![]() |
| hargai ibu dan ayah kita, kerana merekalah insan yang paling menyayangi! |
Kami tak takut jarum :)
Berilah injection LIKE pada blog ini
Monday, January 13, 2014
Anak mummy yg kuat!::
Posted by Imah ;D at 9:36 PM 1 yang cute melawat Cik Misi
Labels: c.i.n.t.a, experience, halwa jiwa, kisah cik misi, la tahzan, life, the truth, to remember
Tuesday, July 2, 2013
nikmat nasi minyak::
salam alaikum :)
2 hari berturut-turut makan nasi minyak. tapi nasi minyak dekat sg.lar baru-baru ni paling mantop. dengan masak lemak labu dia yg best sangat. gabung dengan kari daging. plus, ayam goreng. kecur air liur kome wehhh... salam dengan mak pengantin. "makcik, terima kasih. sedap sangat lauk" "bagusla gitu. aok kawen nnti suruh deme(diorang) masak utk aok ye" hehe senyum :)
seronok tengok majlis kahwin ni. pengantin pakai cantik2. time akad paling sedih. ayah melepaskan anak perempuan pada sang suami. sayu je. masa hari menyambut pengantin, meriah dengan pelamin dan meja makan beradab. lauk-pauk yang beraneka dan dihias cantik. pengantin bergurau senda. ada yang malu-malu menjeling. bersalaman dengan para tetamu yang hadir. berkatnya terasa. nikmat nasi minyak dirasai.
melepasi angka 20-an, nampaknya saya pulak jadi bahan usikan makcik-pakcik. bila kata belum ada calon, diorang x percaya pulak. alahai. cikgu-cikgu pun sama. cakap sy tipu. hehe bila diorang tanya, tapi kita senyum aje, diorang cakap, "dah x lama lah tu". bila cakap tak ada, cakap kita tipu pulak. heee macam-macam lah. :)
banyak lagi perkara yang saya nak fikir sebelum ke arah 'itu'. rasa diri belum layak yang teramat sangat. ingat perkara senang ke? tanggungjawab yang berat! seriau kot dengar perkataan 'isteri'. title yang mulia. dan berat bagi saya. tapi orang cakap, sampai bila-bila pun kita tak akan rasa bersedia ye dak? tapi bagi saya, paling penting persedian dari segi ilmu. saya ada banyak lagi ilmu yang saya nak belajar. banyak buku lagi saya nak baca. banyak lagi majlis ilmu yang saya nak tadah telinga dan cerna. banyak lagi. bagi saya, inilah usaha saya ke arah 'itu'. permulaan mendidik anak soleh bermula sejak awal pemilihan bakal isteri bukannya selepas lahirnya seorang bayi ke dunia. so, sangat besar kan tugas seorang isteri.
ade jugak orang cakap, perempuan tak solehah boleh kawin dengan lelaki soleh. tapi lelaki tak soleh tak digalakkan kahwin dengan perempuan solehah. mungkin, sebab lelaki mendominasi kaum wanita. thats why lah kan? andaikata kita ditakdirkan berkahwin dengan seorang lelaki yang soleh, alhamdulillah. jika sebaliknya?? maka, amat penting bekalan sebelum berkahwin yang kita sudah sediakan. sedikit sebanyak dapat mempersiapkan kita kepada sebarang kemungkinan.
taknak try and error sebelum kahwin?
bercinta sebelum kahwin?
for me, no such thing. bercinta yang diiktiraf adalah selepas akad. jatuh cinta tak salah. mengotori cinta tu yang salah. kita tak perlu takut siapakah jodoh kita, sebab ianya telah pun ditentukan oleh Allah SWT. dan apa yang perlu kita lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi perintah Allah dalam keaadaan penuh yakin bahawa ianya sudah ditetapkan. jodoh adalah perkara ghaib. dan Allah sahaja yang mengetahuinya. kita hanya mampu berusaha, dan bertawakal. berusaha dengan doa. dan mempersiapkan diri.
Allah s.w.t berfirman: "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin:26)
banyak jugak cara lain yang disarankan dalam memilih jodoh. antaranya:-
1) menjadi orang baik, insyaAllah mendapat jodoh yang baik
seperti firman Allah dalam surah An-nur:26.
"perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia"
2) pilihan orang yang baik-baik
contohnya pilihan daripada ibu bapa, cikgu, atau sahabat yang baik. (:
dan sebenarnya, kedua-dua cara ni pun boleh diaplikasikan serentak. tapi andaikata selepas kita berusaha jadi orang yang baik-baik, dan mendapat pilihan daripada orang baik juga, tapi calon yang dapat adalah sebaliknya. maka reda adalah sebaiknya. anggaplah ini satu ujian daripada Allah bagi mempertingkatkan darjat kita. sabar dan solat adalah sebaik-baik penolong :)
p/s: sekadar pendapat. wallahu'alam.
credits: http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/
![]() |
| cah's wedding :) |
Posted by Imah ;D at 1:10 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: c.i.n.t.a, halwa jiwa, usrati, wishlist
Wednesday, March 6, 2013
mampukah kita?
salam alaikum :)

Firman-Nya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
– Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.
Posted by Imah ;D at 6:08 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: 'hospital di hatiku', experience, halwa jiwa, kisah cik misi, to remember, wishlist
menjadi yang terbaik::
beringat semusim cuma.

Posted by Imah ;D at 3:31 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: halwa jiwa, la tahzan, seindah puisi
Saturday, October 20, 2012
I want nobody but u::
alhamdulilllah. ada juga kesempatan nak menulis blog walaupun dalam kesibukan praktikal di wad medikal.
cewah. padahal tak lah sibuk mana pun. cuma letih sikit sebab straight 2 minggu medikal. tapi wad medikal yang ni agak best lah. staff ok, kerja pun seronok. tak sempat nak bikin 'ketupat2 raya'. bagus!
dalam kesibukan praktikal tu jugak, alhamdulillah baru-baru ni Islamic Friendship Society(IFS) telah menjemput penulis/penceramah/pendakwah yang tidak asing lagi, Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Nordin ke surau Ar-Raudhah bersempena dengan Minggu Penghayatan Islam. tambah-tambah lagi ustazah Fatimah Syarha memang penulis favourite sy. walaupun hari selasa lepas sy kerja petang, balik pukul 9mlm dan sampai asrama pukul 10 lebih, alhamdulillah sempat jugak 1 jam dengar ceramah beliau. :)
so, ini ada sedikit perkongsian ceramah Ustazah Fatimah Syarha yg bertajuk,
1) cinta MATLAMAT, baru cinta ALAT.
cinta matlamat? cinta alat? dua jenis cinta ini ternyata dua perkara yang berbeza, tapi berkait antara satu sama lain. maksudnya kat sini, ofcourse Allah adalah matlamat kita dalam mencapai kejayaan dunia akhirat. dalam menggapai matlamat kita, dah semestinya kita perlukan alat sebagai jalan menggapai matlamat. so, untuk dapatkan cinta Allah, kita perlukan alat(manusia, kewangan, dll). ramai orang tersilap langkah sebab terlalu cintakan alat, hingga kabur dan samar matlamat yang UTAMA!(muhasabah diri).
2) kenali kriteria CALON
-mesti rasional
-jangan terlalu mudah
-jangan terlalu payah
yang pasti, pilihlah yang kita redho dengan AGAMA dan AKHLAKNYA. insyaAllah kita takkan menyesal.
3) kapel haram?
couple. couple. ramai yang dok fight nak kate bercinta sebelum nikah ni dibolehkan dalam Islam.
mari kita tengok Al-Imam Hassan Al-Banna kata ape,
" bercinta secara HALAL itu halal, bercinta secara HARAM itu haram "
diperteguhkan oleh Syeihk Yusuf al-Qaradhawi,
‘Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum nikah (al-hub qabla az-zawaj) kerana cara seperti ini dikhuatirkan bahaya dan syubhat’ (Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)
kahwin tu halal. so, dengan berkahwin, bercouple itu menjadi halal =)
4)istikharah=tanya ALLAH
sedangkan sekecil-kecil urusan pun nabi galakkan umatnya istikharah, inikan pula soal jodoh.
inyaAllah dengan beristikharah Allah akan pandu hati kita untuk memilih yang terbaik untuk kita.
kalau dah istikharah tp, kita tersilap pilih??? mungkin itu adalah ujian Allah untuk kita. yang penting, disetiap ketetapan yang Allah berikan pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. terpulang bagaimana kita melihat dan menghadapinya.
5)alam pertunangan
bertunang tak bermakna menghalalkan berdua-duaan. sebaliknya, dalam tempoh pertunangan tu, kedua-dua pasangan perlu bersikap pada pertengahan. TAK TERLALU HILANG. dan MUNCUL BILA PERLU.
yang ni ramai orang tersilap langkah. bila dah bertunang, buat-buat macam dah jadi suami-isteri. ramai macam tu kan?ada certain orang, dalam tempoh bertunang pulak macam-macam ujian datang. di sinilah pentingnya berharap semata-mata kerana Allah. hati kita milik Allah, Dia yang pegang. dan Dia jugak yang berhak menetapkan hati kita. memberi kita hati yang sejahtera....
6) belum ada kemampuan nak kahwin?
PAUSE. stop dahulu keinginan nak bercinta, berkapel, sebaliknya lihat pada prioriti(keutamaan). kalau masih belajar, utamakan study dulu. bila ilmu penuh didada, insyaAllah lebih matang dalam menempuhi alam rumah tangga.
7) kembali pada pucuk pangkal
apa yang kita lakukan harini, impaknya akan dilihat di kemudian hari.
harini kita bermesej. bergayut dengan kekasih yang belum halal bagi kita.
setelah kahwin, berkemungkinan pasangan kita 'berani-berani' bermesej dan bergayut mencari orang ketiga.
asas kepada cinta. kalau asasnya baik, maka insyaallah hasilnya juga manis.
kalau mulanya cinta telah dipupuk dengan baja2 kemaksiatan, maka alhasilnya jika belum nampak dalam masa terdekat, akan muncul bibit-bibit keretakan dalam jangkamasa panjang. hati yang tidak tenang. nauzubillah...
".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...." (Surah Yusuf : 53)
banyak lagi yang saya dapat menurusi 1 jam ceramah Ustazah Fatimah Syarha. tp setakat ini sahaja perkongsian kali ni. saya menulis kerana pertama sekali saya mengingatkan diri saya. kedua, untuk saya kukuhkan peringatan kepada diri sendiri. ketiga, mana tau kot-kot yang terbaca ni terkena batang idung. sama-samalah kita beringat. :D
saya sedar, saya banyak tersilap. ada kalanya terkeliru. emm, mengurus nafsu sangat sukar kan?
mujahadah tu memang pahit. jalannya berliku dan beronak duri. itulah mahar yang perlu dibayar untuk mengecap syurga Allah yang indah. mari kita berusaha perbaiki diri! yang penting mulakan dengan niat yang baik, insyaAllah, Allah bantu kita =)
moga sama-sama mendapat manfaat.
![]() |
| beliau ^_^ |
Posted by Imah ;D at 6:15 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: buah fikiran, c.i.n.t.a, experience, halwa jiwa, to remember
Wednesday, October 10, 2012
my first real CPR::
salam alaikum =)

Posted by Imah ;D at 4:57 AM 1 yang cute melawat Cik Misi
Labels: experience, halwa jiwa, kisah cik misi, wishlist
Tuesday, October 9, 2012
along, jgn pergi long.........
salam alaik =)
![]() |
| sudahkah kita melakukan persiapan untuk kematian? |
Posted by Imah ;D at 4:31 AM 3 yang cute melawat Cik Misi
Labels: experience, halwa jiwa, kisah cik misi, la tahzan, life
Friday, August 31, 2012
puasa sepanjang tahun?
salam alaykum =)
sumber: http://melayukini.net/2012/08/persoalan-puasa-enam-syawal-dan-qadha-puasa/
Posted by Imah ;D at 6:23 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: halwa jiwa
Monday, August 13, 2012
saya redha menjadi nurse::
salam alaykum :)

saya tak pernah minta untuk menjadi jururawat.
![]() |
| sama-sama muhasabah..... |
Posted by Imah ;D at 5:46 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: halwa jiwa, kisah cik misi, la tahzan, life, the truth
Saturday, August 11, 2012
sahur::
salam alaykum :)
![]() |
| bersama ayunni pd zaman muda-mudi ^^ |
Posted by Imah ;D at 5:43 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: halwa jiwa, iluvssp, to remember, zaman muda-mudi
Friday, July 13, 2012
ikhtilat?
Assalamualaikum. again, its weekends! pejam celik-pejam celik dah bertemu hari minggu. 2 hari yang bermakna utk merehatkan minda dan tulang 4 kerat. hehe
sms. chating. facebook.berbual. tanpa urusan dikira sbg ikhtilat.
'dah makan' 'buat ape tu?' 'dah tidur ke?' 'pakai baju ape harini?'
nyata sekali tak ada kepentingan di situ.
ini semuanya tentu sekali berkait rapat soal fitrah. fitrah. fitrah. semua orang yang normal berfitrah mengikut lumrah. adam dengan hawa. yusof dengan zulaikha. see? tipulah kalau tak ada perasaan nak menyayangi dan disayangi oleh yang berlainan jantina. ye dok? jangan melawan fitrah. kerana melawan fitrah, ia akan merebak menjadi barah yang sukar diubati. cuma, pagarlah fitrah dengan syariat Allah. sebab, apabila Allah haramkan sesuatu, masih terlalu luas nikmat atau alternatif lain yang Allah buka untuk ke arah itu. contoh, Allah haramkan arak. arak je. banyak lagi minuman lain yang halal diteguk. tea ais, milo tabur, nata de coco, air soya bean, laicikang, oren, carrot susu etc. tp kenapa arak jugak yang ditogok? nauzubillah. kufur nikmatkah kita? oh manusia. -.-
berbalik soal fitrah. kata ustaz Alif, tak salah nak bercinta. lebih-lebih lagi kalau berkeyakinan bahawa si dia tu betul2 kita rasakan dia jodoh kita. so, istikharahlah. tak susah istikharah. cuma solat 2 rakaat, baca alfatihah dan apa-apa surah. then, berdoalah gane2 pun. tp lebih baik berdoa dengan doa nabi.
nak dapatkan yang baik, kita kenalah bersedia menjadi yang terbaik. bagi wanita, jadilah yang mahal.
ustaz kata lagi, lagi mahal seseorang perempuan itu, makin dikejar oleh lelaki. yang murah-murah, tergedik-gedik, pun lelaki suka. tp nak buat bini jauh sekali. ek? ustaz yang cakap.
perigi boleh cari timba? eh. perigi statik je, mana boleh pergi cari timba. kan kan?
pada zaman Rasulullah dulu, saidatina khadijah yang meminang nabi kan?
melalui seseorang yang amat dipercayainya iaitu maisarah.
sejarah membuktikan bahawa perigi boleh cari timba. tapi masih dalam lingkungan yang dibenarkan.
berlandaskan syariat yang terpuji. adat boleh diselaraskan dengan syariat. kan?
gunakanlah perantara yang sangat dipercayai. dalam situasi dan kondusi yang terpelihara.
malu? malu kena bertempat. kalau seseorang wanita berkenan kepada seseorang yang dia yakin
lelaki tersebut boleh membimbingnya, kenapa tidak wanita tu bertindak kan? malu jugak?
itulah pentingnya perantara. dengan adanya perantara yang menjaga kerahsiaan.
contoh:-
perempuan A berkenan pada lelaki B.
1st step: perempuan A beritahu kakaknya hajat di hati.
2nd step : kakak perempuan A berbincang dengan suaminya.(abg ipar perempuan A).
3rd step: so, abg ipar perempuan A bertemu dengan lelaki B. tanya dah ada calon pilihan ke? abang ipar A ni bijak. dia promote lah perempuan A ni. tak cakap pun yang si perempuan A ni minat si B.suruh si lelaki B istikharah.
4th step: si B beristikharah.
5th step: kalau setuju, alhamdulillah. kalau tak setuju, alhamdulillah jugak. tutup cerita sebab lelaki B tak tahu pun sebenarnya perempuan A tu yang mulakan.
ini hanya sekadar contoh. see? takde malu-malu nye. lainlah kalau macam ni :-
perempuan A: awak, dah ada calon? saya rasa jantung sy dup dap dup dap je bila pandang, dengar suara awk.
lelaki B : hah? iye ke?
perempuan A: iyer. iyer sangattt...kalau boleh saya nak jadikan awk yang halal untuk saya.
lelaki B: masalahnya saya takda perasaan pun kat awak.
teeeetttt.... malu tahap petala ke lapan. argh.! tak sanggup.
ikhtilat. bommm. bomm. kebaaboomm.
humm. banyak sangat kebocoran dalam pergaulan. muhasabah balek.
muhasabah. terkadang kita selalu terfikir. berkenaan jodoh. padahal tu urusan Allah.
siapa kata kita tak perlu berusaha. ? kita perlu berusaha!
dengan melakukan persediaan. baiki diri. dan doa sebaik-baik senjata mukmin.
sejauh mana kita berusaha, sedalam mana kita cinta.
kalau Allah tak izin, tak jadi jugak kan?
doalah. doa. Allah Maha Mendengar isi hati kita.
Allah juga yang memegang hati manusia. yang mengetuk dan membuka hati.
yakin pada Allah. yakin. yakin!
p/s : kalau sayang mesti bawa ke syurga. bukan hanyut ke neraka. ye dok? menjauh bukan bererti benci. jauh untuk mendekat, kata Ustaz Pahrol. ^_^
Posted by Imah ;D at 8:39 PM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: halwa jiwa, kskb sg.buloh da best, life, mawaddah wa rahmah
Friday, June 15, 2012
Oh ujian. Oh sabar ::
tak ke dua benda tu sama? buta menilai. sobs~
Ujian ada dimana-mana. baik di tempat belajar, meskipun di tempat seindah dan seaman rumah.
ketika ujian melanda, teman apakah yang paling baik kita dampingi? ye, SABAR lah sebaik-baik teman.
![]() |
| indahnya. :( |
Posted by Imah ;D at 9:06 PM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: halwa jiwa, life
Thursday, May 10, 2012
semalam yang takkan bertemu esok~
Assalamualaikum. =)
* * * * * * * * *
Posted by Imah ;D at 10:24 PM 2 yang cute melawat Cik Misi
Labels: halwa jiwa, kisah cik misi, kskb sg.buloh da best
Saturday, April 14, 2012
iFest@UTP-Heart for Islam #1
![]() |
| cilop dr blog dr.eika azman :P |
Posted by Imah ;D at 9:38 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: experience, halwa jiwa, life, to remember
kisah RIJAL ::
![]() |
| :'( |
Posted by Imah ;D at 7:26 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: experience, halwa jiwa, kisah cik misi, life















