Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, December 31, 2016

Tahun Membesarkan Anak

Assalamualaikum.

2016 bakal pergi dan 2017 bakal menyusul.
Terlalu banyak kenangan suka duka. Tapi tahun ni memang mostly dengan anak dan keluarga. Tengok anak membesar depan mata. Alhamdulilah dah masuk 1tahun 1bln. Tak sabar nak tunggu Farisya berjalan. Hehe boleh teman mama shopping πŸ˜‰

Tahun ni jugak merasai pengalaman menyusukan anak. Betapa gigihnya bangun awal pagi untuk pam susu. Minum air banyak. Makan supplemen. Sempatlah 11 bln Farisya merasa susu mama. Pastu dah xda. Wuwuwu. Sedih la cakap pasal ni. Ok titik.

Baru2 ni abah operate kt Hkl. Pengalaman ke 2 abah operate. Before ni buang cataract kt Hospital Sultan Mizan. Kira ni 2nd time lah. Buat op TURP. Diagnosis BPH. Before op tu dlm 2 bln juga on CBD kat rumah. Sekarang dah boleh dah pass urine normal, cuma kadang2 bleeding. Harap abah cpt sembuh. 😭😭😭 

Pecah rekod tahun ni sebab MC sebanyak 20 hari babe. Hahaha Rejeki ke ape ni? Waduh2. Masa awal tahun kena chicken pox dan dapat mc 10 hari. Tengah tahun sakit mata dan dapat mc 9 hari dan 1 hari mc sebab demam. Mudah-mudahan Allah beri kesihatan yang baik pada tahun mendatang. Insyaallah.

Untuk penutupan tahun 2016 ni Farisya diserang measles. So mama abah ang Farisya kena perintah berkurung lah nampaknya. Mujur cuti. Cepat sihat ye anak mama. 



Mudah-mudahan 2017 memberi sinar yang lebih bercahaya. Moga Allah berkati setiap langkah kita. Mari cari reda Allah 😘😘😘


Baca sampai habes >>

Friday, December 30, 2016

Pengasuh Anak

Assalamualaikum.. sebut pasal pengasuh memang sesuatu yang amat penting dalam kehidupan ibu yang bekerja. Bukan senang nak cari pengasuh yang memenuhi SOP. Banyak perkara yang perlu di timbang tara apabila bercakap soal pengasuh. Hidup mati kot. Ibaratnya macam tu lah..


Ehem. Bukan apa. Banyak sangat dah kisah dera, tersedak susu dan lain-lain. Mau tak risau? Masa dok tercari-cari pengasuh tu memang saya doa je dapat pengasuh yang sayang kat anak dan baik. Bila penyayang automatik dia takkan buat perkara-perkara yang boleh memudaratkan anak kita. Doa. Itu kunci dia.

Masa mula cari pengasuh Farisya kebetulan jiran sebelah blok yang bagi nombor. Dan langkah2 yang saya dan suami ambil...

1. Jumpa dengan pengasuh
-jalan2 tengok rumah. Sambil2 tu tengok lah persekitaran rumah dia. Jiran tetangga. Anak2 dalam rumah. Kebersihan. 

2. Beritahu masa dan cara kerja suami isteri
-saya pun cerita lah yang saya kerja syif. Syif pagi, petang dan malam. Disebabkan pengasuh pernah jaga anak nurse, so dia memang dah biasa dengan cara kerja saya. Suami saya pulak hanya cuti hari Ahad, so sabtu memang kena hantar anak. Malam pun sama dan pengasuh setuju utk jaga weekends dan syif malam which is tak semua pengasuh nak. 

3. Bayaran
- boleh jadi isu juga bab bayaran ni. Sebelum jumpa pengasuh duk tanya2 juga kawan-kawan berapa bayaran bulanan pada pengasuh diorang. Range RM300-RM380. Bila pengasuh cakap bayaran RM400 standard area rumah dia, mak terkejut sebentar. Haha Rasa mahal pada saya. Tapi pengasuh cakap kalau nak RM350 boleh tapi weekends kira lain. Haila. Kan sabtu memang kitorang husband and wife kerja. Bila balik dari rumah pengasuh tu mesej la kawan-kawan. Diorang cakap dah ok sangat. Sebab boleh jaga weekends, malam dan ambil lewat tak ada caj lain. Which is woth it. Dan keputusan dimetrai. Haha

4. Bagitahu pengasuh sudah selamat bersalin
- disebabkan jumpa pengasuh masa mengandung 8 bulan, maka lepas selamat bersalin infom lah. Bagitahu mungkin start hantar masa baby 3bln. Atau lebih tepat 2 minggu before start kerja.

5. Hantar anak 2 minggu sebelum bekerja
- lebih kurang 2 minggu sebelum mula kerja saya dah mula hantar Farisya di rumah pengasuh. Hantar pukul 11 pagi dan ambil jam 6ptg. Alhamdulillah Farisya ok. Tak nangis. Senang jaga. Tu yang pengasuh bagitahu. Masa hantar Farisya tu sedih la jugak. Tapi saya tinggalkan Farisya dengan membaca Alfatihah dan ayat qursi. Dan doa yang tak putus agar Farisya selamat dalam jagaan orang lain. Wuwu

6. Barang keperluan anak
- pengasuh request nak warmer untuk panaskan susu dan tilam untuk Farisya tidur, jadi sediakan lah. Baju2 Farisya saya letak bakul kat rumah pengasuh. Asalnya nak topup setiap minggu, last2 hari-hari pun saya bawa baju untuk dia. So bakul bawak balik semula. Barang hari2 hantar:-
1.baju siang x1
2.baju tidur malam x1
3.pampers x4
4.tuala x1
5.napkin x1
6.susu EBM x4
7.mitten and booties (sarung kaki dan tangan)
8. Bedung x1

7. 'Jenguk' anak
-masa2 free pergi lah tengok anak. Kot2 dia menangis ke ape. Ni tips orang bagi tapi saya tak praktikkan pun. Cuma kadang2 ambil anak awal dari waktu. Tp alhamdulillah ok je. Takda dia nangis ke ape.

8. Tanya pengasuh perangai anak
-sesekali berbual mesra dgn pengasuh, boleh la nak tanya keadaan anak masa ketiadaan kita. Alhamdulilkah Farisya nangis masa lapar je.

9. Jangan berkira dengan pengasuh
-sesekali beli barang makanan untuk pengasuh. Macam goreng pisang, biskut2, buah2, mesti pengasuh seronok nak jaga anak kita.

10. Tekankan pengasuh bagitahu awal jika nak cuti
-yang ni memang topik paling penting. Kadang2 jadual kerja kita dah keluar masa tu la pengasuh baru bagitahu nak balik kampung. Time tu lah rasa nak menangis. Haha kena bagitahu pengasuh yang jadual keluar 2 minggu sekali, jadi kenalah bagitahu seawal mungkin.

Sekin sedikit perkongsian. Stress tak baca?? Kalau stress boleh dapatkan vitamin anti- stress daripada saya hokey :')

B-complex untuk mama 😊

Baca sampai habes >>

Thursday, December 29, 2016

Bagaimana Bekalkan EBM Kepada Pengasuh

Assalamualaikum. Hari ni saya akan mula bekerja lepas 6 hari bercuti. Rasa malas tu pasti ada. Tapi kena lawan jugak perasaan tu. Kerja lillahitaala mana boleh malas-malas. Kan kerja itu juga satu ibadat. Kalau meninggal masa bekerja dah jatuh syahid. Maka, ayuhlah bekerja dengan semangatnya. Ececeh. Ayat nak pujuk hati. 😊😊😊


Sebenarnya dah lama nak buat entri ini. Sebab saya yakin inilah antara perkara yang bermain di fikiran ibu-ibu sekalian. Macam mana nak handle EBM di rumah pengasuh. But.. before that, korang dah ada pengasuh anak ke belum ni???? Sebab bukan senang nak cari pengasuh nowdays. Pening kepala kalau masih belum jumpa. Kalau dah jumpa pulak, belum tentu serasi dan puas hati. Kan? Alhamdulillah Farisya dapat pengasuh yang ok. Lega lah hati mama ni.

Actually jumpa pengasuh ni masa 8 bulan mengandung. Jiran yang bagi nombor. Lepas tu kami pun jumpa minum2 petang kat rumah pengasuh. Bincang waktu kerja macam mana, bayaran dan sebagainya. Disebabkan pengasuh ni dah pernah jaga anak jururawat, makanya dia dah biasa dengan waktu kerja saya. Dan bayaran ditetapkan RM400. Mula-mula rasa agak mahal, tapi selepas tanya kawan-kawan, agak berbaloi sebab boleh hantar weekends, dan boleh jaga masa saya kerja syif malam. Ambil lambat tak ada caj tambahan. Berbaloi kan?

Baik. Berbalik kepada cara2 handle EBM. 
1. Terang kepada pengasuh.
Penerangan ni penting ya. Bukan kita buat-buat pandai. Tapi cuma bagi pengasuh 'refresh' je cara-caranya. Kita pun pandai-pandai la berbahasa kan. Cakapla 'saya tahu akak dah tahu, cuma saya nak bagitahu lagi kot-kot akak lupe ke' atau err.. pandai-pandai la kan..hehehe

-susu fresh baru perah boleh tahan dalam suhu bilik dalam masa 4jam

-susu frozen bila dah cair dan dipanaskan boleh tahan 1-2jam sahaja. 

- susu yang dah cair tak boleh dibekukan semula


2. Beg berisi ice brick
Masa transport susu ke rumah pengasuh perlulah letak dalam beg berisi ais supaya kesegaran susu terjamin. Sampai di rumah pengasuh, cepat-cepat lah simpan dalam peti ais.

3. Cairkan susu
Malam sebelum tidur saya akan keluarkan susu daripada beku dan rendam dalam air di chiller. Bangun pagi susu dah cair. Daripada plastik beg tu, saya akan masukkan siap-siap dalam botol. Biasanya 4-5 botol. Farisya minum 4oz. Jadi saya akan bekalkan 5 botol susu berisi 4oz susu setiap botol. XJarang-jarang susu semua habis. Biasanya 4 botol je. Sempatlah saya ambil sebelum susu habis.

Atau..kalau saya bangun pagi saya akan perah susu. Susu yang fresh ni boleh tahan 5-7hari di chiller. Saya akan buat label di botol. Yang no.1 FRESH, no.2 dan no.3 susu yang dicairkan semalaman dan no.4 susu FRESH. Incase no.4 dan no.5 tu tak habis kat pengasuh boleh lah pindahkan ke freezer untuk dijadikan stok beku. So 2 susu FRESH, 2 susu EBM.

4. Warmer
- warmer susu Farisya asalnya ada 1 sahaja. Pengasuh request nak warmer, makanya kita ikutkan sahaja. 1 warmer tinggal di rumah pengasuh dan kena lah beli 1 lagi warmer kat rumah. 😊 iyela, kalau mama kerja malam Farisya kan tinggal dengan abahnya. Senang kerja abah Farisya.

Untuk memudahkan pengasuh, saya siap pesan tak perlu basuh botol anak. Kita nak dia fokus jaga anak kita je. Insyaallah, kita mudahkan kerja orang lain, Allah mudahkan kerja kita. Kan 😊

Begitulah kisah selama 11 bulan saya menyusukan Farisya. Setakat tu je rezeki Farisya. Its ok, i will try my best untuk adik Farisya pulak. Hehe 

All the best mummies 😊😊😊

Susu adalah rezeki, bukan untuk dibanggakan.
Bersyukurlah. Dan bila tiada, redolah. 





Baca sampai habes >>

Tips Atasi Sembelit Semasa Berpantang

Assalamualaikum w.b.t 😊


Bila scrol Fb newsfeed, ramai pulak kawan-kawan yang selamat melahirkan anak. Seronoknya dapat baby kan. Last year berpantang pun musim2 ni jugak lah. Sebab Farisya lahir 26 November. Berpantang jadi sangat seronok bila kita dapat manjakan diri. Kita dengan baby sentiasa bersama, dan tak perlu buat kerja2 rumah macam memasak, jemur baju, mengemas rumah dll. Tapi berpantang boleh jadi mimpi ngeri bila terdapat perkara yang menyakitkan terutamanya sembelit! Saya pun berpengalaman kena sembelit. Jadi saya nak kongsi cara2 saya atasi sembelit tu.

Sebenarnya kawan ada suggest beli dulcolax di farmasi utk membuang dengan senang. Jadi sy pun ambil 1 biji pil tu. Belum saya sempat membuang, ank dara dulu yang poo poo cair. Wuwuwu
Makanya mama terus stop ambil ubt tu. Sebab takut Farisya pulak yang memulas perut. 

Lepas seminggu dalam pantang tu saya terus order Set Berpantang Premium dan siap daftar ahli lagi. Menurut k.zulaikha ostematrik bertindak mcm agen pelawas. So tak sembelit. Saya pun ambil 4 biji oste sebelum tidur. Effect dia..memang senang nak membuang. Badan pun kurang lenguh. Azabku hilang serta-merta. Allahu.. gembira tak terperi.. mana taknya...mada kena sembelit tu Allah je tahu azabnya. Rasa nak berak berdiri πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

-Selain tu, memang kena minum air banyak. Barulah senang nk membuang. Dan susu insyaallah banyak. 

-Disamping tu, bawa2 lah berjalan perlahan-lahan dalam rumah tu. Kurang mobilisasi pun boleh buat sembelit jadi lebih teruk.

-Lebihkan pengambilan serat seperti buah- buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur yang betul. Kan masa pantang banyak jugak sayur2 yang tak boleh makan. Kalau my MIL memang ketat sikit pantang dia. πŸ˜…

-Selain tu, bila ada urge/rasa nak membuang tu jangan la pospone hajat tu. Yang ni memang saya pun selalu buat. Tahan hajat sebab leceh nak pergi toilet. Bila dah tahan je, kejap lagi nak membuang dah susah. Haih. Sila ubah sikap ni!



So sapa yang nak order set berpantang tu boleh terus whatsapp Imah ye. 017-9297793. Atau boleh ke Fb Fatimah Abdullah. Insyaallah Imah akan guide anda bagaimana utk berpantang dengan gumbiranya. ☺
This is my lovely oste!

Baca sampai habes >>