Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Thursday, October 6, 2011

obstetric hopping:labour room



Day 1 : Labour room:19sept



Hati sangat teruja cz kitorg posting kat labour room! Dapat tengok org beranak weh. Seram sejuk gak sbenarnya, takut2 la kalau tak kuat semangat nak tengok proses kelahiran baby tu.Pagi tu, ktorg diberi orentasi selok belok labour room oleh puan kitorg, lecturer obstetric, merangkap clinical instructor kat labour room tu.then, ktorg berpecah dan 2 org ditugaskan utk jaga satu bilik labour. Tak ingat ada berapa bilik, tapi yg pasti lebih 10 bilik. Kat labour room yg ktorg masuk ni Cuma conduct kes normal delivery. Andaikata doktor kesan awl yg ibu tu memang kena bersalin secara ceaser(bedah), diorg ni akan dipindahkan ke labour room yg khas.



Hari tu saya partner dengan nonie. Bilik yg kitorg jaga ada ibu yang berumur dlm 30an dan nak lahirkan anak ke 4. Os (pintu rahim) bukak baru bpe cm. kitorg berpeluang ambil cross assist doctor buat vaginal examination.(VE). Seramnye lah tengok VE tu. Kalau setakat sekali, dua buat VE takpe lah jugak. Ni tak….dekat 5 kali doctor n staf nurse buat. Er, VE ni kalau korang tengok, mesti nk menjerit weh. Doktor akan pakai glove ‘sterile’ n ratakan gel pada jari. Then, examine vagina dengan cara masukkan jari untuk cek berapa cm pintu rahim terbuka, rasa kepala baby, cek air ketuban dah pecah ke belum dan untuk kesan kalau2 ada sebarang keabnormalan. Kalau doctor tu dah expert, dia akan confirm dengan VE yang dia buat. Kalau tak pasti, nanti dia suruh member dia cek pulak. Kalau tak pasti lagi, member kepada member dia pulak buat. Mak aih….naya patient….sabar kak eh. Dan nak dijadikan cerita, ibu yang saya n nonie jaga ni, pintu rahim dia bukak baru beberapa cm, n dijangka lahirkan baby selepas pukul 5ptg. Mak aih, dah abes shif la kalau gitu. Melepasla kitorg nk tengok dia deliver baby.



Lebih kurang jam 11.45pg, kitorg menjengah ke bilik yang dijaga oleh k.zara n farah mahirah. Akak Chinese tu dah bukak 8cm. so, tinggal 2 cm lagi baby tu akan keluar!tak sampai beberapa minit, dah cukup 10cm. so, dengan pantasnya, student staff nurse(student pos basic midwife), bersama2 puan kitorang suruh patient tu push/meneran. Patient ni tak reti teran tapi anak dia dah nampak kepala dekat bahagian vulva! Sambil ibu tu teran, staff nurse terpaksa gunting(epiostomy) tepi vulva tu supaya baby senang keluar, lebih2 lagi kalau anak tu besar.Keadaan jadi semakin cemas bila baby dah keluar sampai leher, tapi ibu tu berhenti teran. Muka baby tu biru! Terdetik juga perkara buruk kat fikiran ni. Dengan sekuat tenaga, kitorang kangkangkan kaki ibu tu sambil staff nurse tarik kepala baby. Ramai la terus bagi semangat kat ibu tu supaya teruskan meneran. Alhamdulillah, pukul 11.49 pg, baby tu pun selamat dilahirkan. Selepas baby lahir, placenta/uri pulak dikeluarkan. Then, last sekali, nurse akan jahit epiostomy sebelum doctor check bahagian rahim untuk pastikan tiada sebarang objek asing tertinggal di rahim. Kalau tak, pendarahan yg teruk pulak akan terjd. Itulah satu2nya kes yg saya sempat tengok hari tu.



Overall prosedur yang kitorang buat kat labour room ialah tengok baby deliver, ukur berat,panjang, lilit kepala, buat pemeriksaan fizikal head to toe, check patensi anus, cuci muka n telinga baby(top and tail), and cuci tali pusat(cord dressing) baby. Untuk ibu, kitorg Cuma buat vulva swabbing, itu pun bagi yang bertuah je. Kebanyakannya, kitorg cuma memerhati sahaja,almaklumlah kami baru setahun jagung. :P



Sekian dahulu buat masa dan ketika ini. Sehingga bertemu lagi untuk next ceritera di obstetric :P




model:m.hassan albanna :)

terima kasih mak, kerana melahirkan sy :(


Baca sampai habes >>