Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Thursday, December 31, 2009

selamat datang 2010!

salam.
mesti 2010 membawa makna bg setiap org.kan..kan..kan...
2010 resolutions mesti mantop2.haaaa. . . . saya pun. . . . .tp . . .
xperlulah diceritakan di sini...cumanya ada yg akan masuk ke hari pertama persekolahan..
tak lain xbukan,anak saudara sulungku,AMAN akan masuk ke darjah 1 dan ALMUSTOFA akan masuk tadika.
ngahlah org paling cuak.dan bermacam persediaan telah dirangka dengan abg iparku,abg sopi.
yelah,setiap ibu bapa memang nk yg terbaik untuk anak2.daripada sekolah pg,sekolah agama,
tusyen,semuanya nak yg terbaik.itulah juga yg berlaku masa kita kecil2 kan.mak abah sure nk yg terbaik untuk kita.bahkan sekarang dan hingga kita dewasa!(belum dewasa kut:P)
yg bakal menduduki SPM tahun ni pula,mesti tengah cuak.esp my adek....gd luck dik..:))
dan yg nk mendapat result bln 3 nanti lagilah cuak.....huh...yg nk ke PLKN sehari lagi,mesti hati tengah berdebar,dan bermalas-malasan.tak kurang juga,ada yg tak sabar,mungkin. . . .
selamat berjuang,wira-wati negara!:)
dan yang sudah terlepas daripada menyertai PLKN,mesti senyum meleret2 kan...
esp sahabatku ATIQAH HILMI :))
haaa..x pergi plkn,jgn lupa jd cikgu tusyen yg baik yer!i've faith in you lah. hehehe.
psst: wazien,bye2!:)

Baca sampai habes >>

Wednesday, December 30, 2009

satu lagi siap!

salam.
satu lagi buku siap dibaca dalam satu malam.
yela bukunya nipis sahaja.
dan jalan ceritanya sudah dapat ditangkap.
tp semasa membaca,banyak juga teka-teki yg dibuat oleh penulis.
apa-apa pun ttp seronok.
:)

psst: sekadar berkongsi minat.:)

Baca sampai habes >>

d.o.n.e!

salam.
sepanjang cuti ni baru 3 novel berjaya dihabiskan.
sebaik sahaja cuti bermula,
memang sudah di setkan dalam kepala.
semua novel milik cah(kakakku Hafsah) akan dikhatamkan.
almaklumlah kami ada minat yg sama.
peminat FAISAL TEHRANI.
alhamdulillah.
tak perlu keluarkan duit untuk baca semua novel tu.
sebab koleksi buku-buku tu banyak Cah dah ada.
YES!
ada lagi yg sedang dalam proses untuk dihabiskan.
tak sabar nk habiskan.
sesungguhnya,
membaca karya faisal tehrani ibarat melayari sebuah perjalanan yg indah menuju
DESTINASI CINTA!
cintailah ilmu :)
bila baca buku ni teringat kelas sejeq masa lower form.
banyak ketokohan sultan alauddin ditonjolkan.
watak atuk yg melayani cucu2nya yg rajin mendengar cerita toknya!
wah! memang best! x tahu nk describe dgn kata-kata!
budak2 indigo dgn kuasa telepati mereka.
gelagat mereka memang mencuit hati.
tp,endingnya membuat sy tak keruan.kan best kalau sambung satu bab lagi.
mesti terungkai misteri ni!tp mestilah penulis ade merencanakan sambungan yg lg best,kan!
nie.memang sah2 lah best.
teringat pula geng2 masa kecil2 dulu.
tapi sayangnya bakat anak2 miskin ni tak dapat pengakhiran yg sepatutnya.
sayang sekali.
mungkin kena buat 2nd round reading untuk lebih memahami endingnya.
hehe.


psst: sedang baca.- - - >rahsia ummi, by faisal tehrani :)

Baca sampai habes >>

Tuesday, December 29, 2009

hajat2 kesampaian semasa sPm:))

hanya Orion di surau sSp!

mandi hujan!
first time mandi hujan di sSp!
last day paper:)
salam.
tiada post menarik.
cuma terkenang kenangan silam menggamit rasa ceria di hati.
syukur.
sebelum keluar sekolah,
hajat nk mandi hujan tercapai.
almaklumlah.
terikat dgn peraturan yg menegah para pelajar merentas hujan.
inikan pula mandi hujan.
sepanjang sPm,
mmg ada hujan,
tp gara2 menjaga kesihatan diri,
hajat2 terbantut.
dan banyak2 doa agar masa paper akhir atau sebelum keluar sekolah,
dapatlah sekali seumur hidup nk merasa mandi hujan.
esp kat 'green' lawn ball.
dan masa hujan,harap sangat guruh tak berdentum!
kalau x,melepaslah!
nk dijadikan cerita,
mmg betul2 hujan.
hujan rahmat sy kira.
cuma tak ada lagu hindustan nk melengkapkan hajat.
dum.dum chak!
hehe.
ade pulak.
apa-apa pun.
hajat tercapai.
dan semua tu akan terpahat kukuh di
MEMORI!
psst: miss u damn much :teha:qist:yunie:


Baca sampai habes >>

Monday, December 28, 2009

alfatihah*


salam.
baru tadi dapat col from mash.berita sedeh sy dapat daripada mash.
jr.pantun kami, siti hajar muhad salleh,telah kembali ke rahmatullah pkul 3pg td sebab meningitis.hampir nk menitiskan air mata dengar berita tersebut.terbayang-bayang pula muka dia last time jumpa.dia peluk sy.teringat pula gelagatnya sepanjang perkenalan.dia memang jr.yg baik dan sentiasa happy.teringat pula masa salam muhibah f3. dia menangis sambil minta maaf dan peluk saya.memang terpancar cahaya keikhlasan masa tu. :(
apa-apa pun, alfatihah buat allahyarhamah siti hajar muhad salleh. moge ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yg beriman. alfatihah.

psst: kepada Allah kita dtg, kepada Dia juga kita kembali.

arwah yg sentiasa ceria.moga aman di sana.amin.

Baca sampai habes >>

kembali ke kuala!

salam.
hari ni kembali semula ke kuala lumpur.selepas 4 hari pulang ke rumah tercinta. nampaknya, 3bulan xbalik raub, susun atur perabot sudah sedikit berbeza. apa2 pun.tetap home sweet home. tapi, apa yg sy perasan, lepas SPM nie, minat terhadap tv makin meleset nampaknya. tak tahu sama ada perubahan yg baik atau buruk, tp apa yg pasti, oleh sebab tak berkenan nk tengok tv, tak perlu yg gaduh2 ngn adik & kakak2 untuk tengok channel pilihan. tengok je apa2 yg disajikan. tiada sungutan. cuma kalau cerita tak best, komen juga lah. fitrah.
selama 4 hari, tiada masa yg terbazir.ada sahaja aktiviti yg sy buat. kebetulan jiran sebelah rumah buat majlis tahlil dan keesokan harinya, ada majlis doa selamat kat rumah Chu di belakang rumah.jd, tolong lah apa2 yg patut. yg paling best, sy dan ain( jiran sebelah rumah aka bestie) pergi jolok buah kelapa dkt belakang rumah dia.aduh.memang best dan 'berjejet' peluh! ain cakap, tak perlu jogging kalau jolok buah kelapa hari-hari.hehe.memang betul tu. anda patut cuba!masa menjolok buah, ada juga pasu orkid yg terkorban gara2 tak alihkan. maaf ye Cik Nab. apa2 pun, sy memang ank kampung kini dan selamanya. buat apa segan nk mengaku,kan.
paling mengasyikkan, makanan mlm majlis tahlil tu, ;nasi putih, lambuk masak cili dgn hati ayam,gulai nangka masak lemak, ayam gulai masak lemak, sambal tempoyak petai, ayam goreng kentucky!:)) nyummy. . .
memang sedap.tapi, bukan makan tujuan utama, tp ialah mendoakan kesejahteraan arwah p.cik Cha yg kembali ke rahmatullah beberapa hari sebelum raya haji. bila terpandangkan gambar arwah di dinding rumah, rasa sebak di hati ni. sempat juga saya mendengar cerita daripada isteri arwah(m.cik Nab),katanya, memang doktor ada memberitahu arwah mungkin tak lama, sebab jantungnya lemah. tapi, dia meninggal mengejut.apa2 pun moga Allah merahmati arwah.dan yg menggembirakan, Ain sempat berbakti pd abahnya.banyak saya kira. dia lah yg memandu kemana-mana disebabkan abahnya xlarat, dan macam2 lah.moga amalnya diterima.ain, ko tabah.aku bangga ngan ko!i luv u~:)
tiada apa yg menarik, cuma apa yg dapat sy katakan, sy seronok berada di kg walaupun sekejap.
to ngah - - -> i know, i'm not ur bibik la. saje nk bergurau.sincerely, i luv doing dis lah!
to dr wan n dr fahrina- - ->selamat berjumpa kembali!

Baca sampai habes >>

Wednesday, December 23, 2009

P.M.R

salam.
huwaa!hari ni result pmr keluar lah. . .
menggamit kenangan silam pulak. . .
tak pergi sekolah pun.
cuma call pejabat.
lebih drp 10x try.
akhirnya dapat jugak call.
aduh memang ketar lutut lah.
tp semua tu tinggal kenangan.
to adek2 elda,
esp: hanis,adek2 pantun,adek2 BADAI dan korg sume
all da besh.
ape2 result pun,
itu lah ketetapan Ilahi.
reda itu yg terbaik.
salam.

psst: do tell me keyh!

Baca sampai habes >>

Tuesday, December 22, 2009

pulang ke kampung tercinta+

salam.
esok nk balik raub dah.lepas ni susah la nk online.
update blog pun tak boleh selalu la.
tp tak apa lah.misi balik rumah ni kena diteruskan.
buat hantaran abang.
10jan ni kawin dkt muar,johor.
orang johor,
nantikan kedatangan kami ye.
tol jgn banyak-banyak.
botak kami.
haha.
apa-apa pun,
all da best kpd budak2 pmr.
esok result keluar kan?
to elda,
korang boleh.insyaAllah.
ok.salam.

Baca sampai habes >>

Monday, December 21, 2009

perubahan?

salam.
baru beberapa minggu bergelar ex-student, dah bermacam-macam bermain dibenak sy ni. mula-mula memikirkan diri sendiri.lepas tu memikirkan rakan-rakan. adakah kita semua akan berubah. itu sudah tentulah.tp,bagaimana perubahan tu ye?adakah perubahan kepada ke arah kebaikan atau sebaliknya. saya pun ada memikirkan sebanarnya. bagaimana saya nk berpakaian lepas ni?adakah seperti selalu; simple+sempoi,atau gaya yg kasual atau gaya seorang nerd?atau bertudung labuh?atau bergaya seperti wardina?atau waheeda?atau ekin? bermacam-macam bermain di benak.sudah tentu rakan-rakan yg lain pun ada terfikir.
adakah selepas ini akan meneruskan perhubungan dengan si dia?atau mula berjinak-jinak dengan cinta? atau mula mengubah cara berpakaian,lebih anggun.anggun bagaimana?dengan mula bertudung atau mula memasang niat untuk mengubah style hair cutting? atau mula mengkaratkan rambut?dari segi pakaian, adakah mula memakai baju yg lebih labuh,atau mula menyingkatkan baju dan memilih baju yg mengikut bentuk badan agar tampak lebih feminine kononnya.
ayuh kawan, sudah puas cikgu halimatus berpidato dlm kelas menyebarkan dakwah pada kita agar berpegang teguh pada budaya Melayu dan ciri-ciri keperempuanan.atau mungkin ustaz kamil memerli dengan niat kita sedar kepentingan tudung dan berpakaian menutup aurat.atau cikgu nasir yg tersipu dan malu2 untuk berterus-terang tentang cara kita berpakaian. atau mulut yunie yg lepas dalam mengomen sesiapa yg tak pin tudung dengan sempurna, atau biro dm yg bertegas agar masuk ke DM dengan pakaian yg proper.
aduh kawan.sy mula bertambah risau tentang diri ini dan anda . minggu ini dapat mesej daripada seorang rakan.kata-katanya membuatkan saya terjerut.
'hey,aku doakan ko tak kena culture shock after nie!'
kenapa mesejnya berbunyi begitu?mungkinkah sbb sekolah satu jenis sering dikaitkan dengan masalah culture shock ini bila tiba di ipt.hurm. . . .takut juga sebenarnya.walau siapa pun kita, kita semua sebenarnya berisiko.
psst:ayuh,kuatkan jati diri,agar diri ini terpelihara dan sentiasa berhijrah ke arah kebaikan.
insyaAllah.amin.

Baca sampai habes >>

Saturday, December 19, 2009

saYang korang semua!

SAHABAT SELAMANYA~
* qist & imah+last day in ssp*

* pres & s/u BADAI SSP 09.*


*shu & qist+luv u both,forever more!*

*thanx dear.qist+wawa*


*yunnie+imah+teha*

salam.
to:
teha yunie qist shu wawa
i do luv all of you.
no doubt.
sincerely from my deep heart core.
sayangs,
sorry sangat2 selama ni kalau kite buat salah ngan korang.
thanx sbb korang yg menceriakan hari2 kite kat ssp.
thanx dengar probs kite.
thanx kc support di saat kite hampir jatuh.
thanx ats segala ajaran.
thanx sbb kc kite memori terindah sepanjang di ssp.
kite syg korg sangat-sangat!
forever and more.
may our friendship last forever.
moga Allah rahmati persahabatan kita!
amin.

Baca sampai habes >>

Thursday, December 17, 2009

kena batang hidung!

salam.this is real.benda ni berlaku pd saya.entah lah.kadang-kadang bila baca blog orang, lebih-lebih lagi kalau orang tu rapat atau kita kenal,post dia macam kena batang hidung sangat.tak tahu lah kenapa.tapi mungkin sebab kita buat salah dgn org tu,dan kemudian, kita baru perasan, betapa org tu appreciate kita, tp kita yg buta. emm.sedih. kenapa rasa bersalah sangat yer? saya sayang awk ke? mestilah. awk macam adik sendiri. tapi rasanya selama ni saya banyak buat awk kicil hati. maaf ye. saya tahu awk syg saya, cuma kadang-kadang saya dipengaruhi oleh persekitaran. sekarang baru saya tahu, sebenarnya saya sayang awk, cuma sy rasa, sekarang awk dah membutakan hati untuk sayang saya jugak. awk, sekarang baru saya rasa perasaan awk selama ni. bila kita sayang org,tp orang tu kurang respon, atau buat lebih sakit hati. walaupun saya rasa bersalah sangat sekarang, tp sekurang-kurangnya awk dah buat saya sedar. hargailah org disekitar kita. sayangi sesama saudara kerana Allah. betul kata org, bila org yg kita syg tu tak ada dpn mata,br kita belajar nk sayang dia.
psst:sy nk awk tahu, org pun syg awk. no doubt.

Baca sampai habes >>

selamat tahun baru HIJRAH :))

salam.tiada perkataan lain yg dapat diungkapkan.

*ALHAMDULILLAH*
sungguh suci.sungguh murni.ahh. . .sungguh indah.
terima kasih Ya Rabb.

Baca sampai habes >>

Wednesday, December 16, 2009

terlupa atau memang bad attitude?

TERIMA KASIH
salam.susahkah nak mengungkapkan ucapan terima kasih?
atau ada sebab yg munasabah untuk terlupa mengungkapkan perkataan tersebut?mungkin juga kerana kecuakan melanda, atau sebab terkejut? atau mungkin sedang marah?
psst:itu lah aku!selepas berlalu baru aku teringat.aku ucap terima kasih tak tadi?aduh.maaf!bukan sengaja.tolong jangan salah anggap.pliss.

Baca sampai habes >>

segenggam tabah :)

Dedikasi buat sahabat-sahabat seperjuangan yg masih tabah sehingga ke hari ini menempuh liku-liku kehidupan dengan penuh ketabahan.tahniah!anda hebat sebenarnya. teruskan meniti hari-hari mendatang dengan sabar kerana sebenarnya kita sedang menjalani proses kematangan.tempuhi saja semuanya ya! la tahzan. ALLAH sentiasa bersama-sama kita.
YAKIN!
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
~inteam~
psst: lagu yg sentiasa berlagu dijiwa.sebati.saya rindu awk semua!
[keluarga kayangan][teha.yuni.qist.shu.]
[ain jiranku.tiQah bdak nakal.izzaty bff.orion 0509]

Baca sampai habes >>

Monday, December 14, 2009

S.P.M?

S.P.M
is not about getting all A+s, its about making
THE BEST
out of it!
psst: spm hanya tinggal kenangan.jiwa kacau mengenangkan SPM?
perbanyakkan doa.perkuatkan dalaman.insyaALLAH, ALLAH bantu.
YAKIN!

Baca sampai habes >>

i got red light!:(

salam.tadi abah datang rumah ngah.hari ni mak buat check up kt HKL.
sy suarakan hasrat kt abah.menyedihkan.abah tak bagi.
tapi sebenarnya sy mmg dah bersedia untuk mendengar jawapan tu drp abah.
tak apa-apa lah...mungkin itu terbaik untuk diri ini.
yg penting hargai masa yang ada ini kan. .. . :))

Baca sampai habes >>

Sunday, December 13, 2009

green light is needed!

salam.hari ni seperti yg dijanjikan, saya dan kakak pergi ke kninik family di setiawangsa...
dr.on duty ialah dr.fahrina...kali terakhie kami datang ada dr.wan kamariah, tp hari ni dia cuti.
dr.fahrina pun agak sporting.sy cuci bisul berkenaan dgn pemerhatian doktor.agak kembang semangkuk bila doktor puji."gud job" hehe.semua berjalan dengan lancar.sy pun dah xtakut-takut lagi nak sumbat gauze dalam lubang bisul tu.selepas tu, 2nd mission dijalankan.
sy ke kfc berdekatan untuk bertanyakan tentang kerja kosong di situ.
mula-mula cuma bertanya dengan seorang staf kat situ.kemudian, dia bgtahu kat manager kat situ.saya disuruh duduk kejap sebab borang permohonan baru nk difotostat.
selepas isi borang tu, sy serahkan pada staf yg mula-mula sy jumpa tu.
then, tunggu manager tu keluar.ingatkn dia nk bg kata-kata sikit, tupa-rupanya terus di 'interview'.aduh.dia tanya sama ada sy sanggup kalau kerja malam.dalam fikirn masa tu, abg ngah boleh jemput.tak terfikir benda lain.dan dia tnya sama ada sanggup kerja hari minggu.sy ckp sanggup.hehs.jawapan dalam kekeliruan dan kecuakan sebenarnya.
kemudian, sy disuruh untuk menyediakn perkara2 berikut:fotostat ic;gambar ukuran pasport
nanti kena dapatkan injection drp klinik panel kfc.baru boleh mula kerja.
masalah di sini, green light pun masih belum dapat!dah confirm dpt kerja.
gaji yg ditawarkan pun agak lumayan bg sy yg baru sahaja khatam spm.tp itu semua perkara nombor dua.pengalaman bekerja tu paling utama.siapa boleh beli pengalaman.btul kn?
macam mana nk bagitahu abah?mungkinkah abah faham situasi ni?apa risiko sy?kerja lewat malam,sapa nk jemput?adakah bahaya menunggu teksi pd lewat2 malam,adakah seorang diri?
pelbagai persoalan bermain.hurm . . . . abah bukan jenis yg senang nk melepaskan anak-anak, lebih2 lagi sy ni perempuan.nk kerja di bandar besar kuala lumpur pula tu.apa2 keputusan abah, sy terima je.sbb sesungguhnya, reda Allah,terletak pd keredaan ibu bapa.
rezeki yg halal mesti bermula dgn restu mak ayh, betul kan. . . . kan. . . .kan. . . .

Baca sampai habes >>

practice as 'medical student' di klinik esok!

salam.aha...jgn tak tahu....walaupun minat dalam bidang medic semakin meluntur, namun diri ini mungkin ade chemistry dengan course tersebut.
aha.tahu mengapa?beberapa hari lalu, sempat sy menemani kakak yg mendapatkan rawatan di sebuah klinik sekitar setiawangsa untuk mencuci bisul yg saya kira luar biasa.
sebaik tiba giliran akak untuk mendapatkan rawatan, tanpa sebarang was-was, boktor bertugas, dengan berbesar hatinya meminta sy untuk membersihkan tempat bisul berkenaan.
jarang2 berpeluang untuk melakukan praktikal sedemikian rupa.
bukan hati tidak gerun melihat lubang sebesar anak mata, dengan gauze sepanjang 10cm dimasukkan kedalam lubang tersebut..untuk mencuci kita perlukan step-step berikut:
1) buka tampalan yg dibuat atas lubang
2) dengan berhati-hati, tarik keluar gauze yg panjang lebih kurang 7cm tersebut drp lubang tersebut dengan menggunakan forcept
3) ambil gauze yg sederhana kecil bukaannya dan remdam dengan cecair tidak berwarna (lupa nak tanya ubat apa)
4) masukkan kedalam lubang tersebut
5)ambil gauze yg agak panjang, lumurkan ubat kuning(iodine sy kira)
6)dengan berhati-hati masukkan ke dalam lubang tersebut dengan menggunakan forcept
7) tolak kedalam lubang sehingga semua ruang dipenuhi (gunakan kekasaran sekali-sekala)
8) hujung gauze yg berlebihan dipotong
9) letak gauze yg baru atas sekali beberapa lapisan untuk mengelakkan iodine tersebut tembus dan mengotorkan pakaian
10) tampal dengan pita selefon

siap!

harap-harap praktikal selama 2 hari dirumah membuahkan hasil.kita lihat apa kata doktor esok okey??kalau betul apa yg saya buat, mesti dapat 5 STARs from doc! ngee....we'll cee...
moge ngah cepat sembuh!itu paling utama++ :))

Baca sampai habes >>

amalina shahabuddin thanx...

salam.
coretan ini diberikan oleh sahabat[sprt tertera diats]
di'link'kan from iluvislam.com.
thanx a lot.
wahai sahabat semua fahamilah sebaik2nya.
mendalam maksudnya.
:))

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah
www.iLuvislam.com
daffodil
Editor : everjihad

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~

psst: tiada cinta sebelum berkahwin :))

Baca sampai habes >>

Saturday, December 12, 2009

saYa beRISIKO!

salam.
anda berisiko untuk membesar dengan perkadaran yg drastik?
saya berisiko.selepas SPM duduk sahaja.tanpa membuat apa2 yg boleh mengeluarkan peluh.
online sahaja.makan sahaja.tidur sahaja.message sahaja.duduk di depan tv sahaja.bc buku sahaja.
aduhai.apa yang patut dilakukan.. . ?
berada di tengah kesibukan bandar kuala lumpur.yg begitu asing bagi diri ini.
mungkin beberapa hari lagi sy akan keluar dan mengambil udara luar.
nantikan.takkan mahu duduk diam sahaja.
mahu tunggu balik kg lambat lagi.jd, first step must be taken!
sediakan payung sebelum hujan.
jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.
beringat sebelum kena!
jadi ayuh keluarkan peluh demi kesihatan diri.
sayangi diri anda!:))


Baca sampai habes >>

Thursday, December 10, 2009

to;TIKAH aka budak nakal++

salam to sahabat smapK sy atikah hilmi (sori kalau salah eja)
semalam sy 'check out' drp ssp.lalu pergi ke rumah kakak sy di kantan permai, kajang,
pada mulanya, memang hajat di hati nk berkunjung ke smap.
tp apa kan daya, ayah sy kena balik pahang, dan sy pulak telah di 'booked' oleh kakak di kl!
tahu untuk apa?menjadi 'bibik'nya untuk seminggu.alahai. . . . .
sy memang ikhlas nk jd bibik nya, tp hati sayu sangat+terkilan tak dapat nk jumpa awk. . . .
maaf ye tikah!kalau lah sy pandai drive . . . . . subuh2 sy dah gi smap. . . . untuk jumpa awk. . .
erm . . . tp tak ape2. . . nnti contact kiter after spm keyh!
tak sabar nk message ngn awk yg nakal.hehehe


***blank**


psst; ayuh sama2 berdoa agar penanda paper spm lembut hati+murah hati mase menanda paper2 kter ok!doakn kejayaan bersama!

Baca sampai habes >>