Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, September 30, 2012

peliks::

salam alaykum =)


baru sampai dari klang. barang-barang belum unpacked kerana kemalasan melewati diri ini. erk.
maka, secara official saya bukan lagi penduduk di hostel klang. juniors sem 3 & 4 replace tempat kitorang.
so kitorang kenalah berulang-alik naik bas pulak. dah boleh imagine life yang kena bangun awal-awal pagi untuk berebut bas. dan kalau shif petang, akan sampai hostel lewat malam dengan badan yang penat sangat. uhuk. yezza, life as a nursing student is wierd. 

***
alhamdulillah semalam berkesempatan pergi sekolah. walaupun terkejar-kejar, dapat gak menjayakan misi jumpe dengan sspians. dapat sampaikan 2-3 pesanan. dah lama x pegang microfon kt surau, perasaan weird dan nerves yang teramat melanda. thought block pun ada. rasa nak demam bagai. tp alhamdulillah, qist & k.ima di sisi menyalurkan kekuatan. walaupun datang utk sesi sharing je, tp tak tau nape, rasa perasaan yg sangat pelik. hurm. bila dah lama tak buat sesi kerohanian, memang jiwa, kata-kata ni akan rase kurang ruhnya. tak tau nak explain macam mana, tp tulah yang saya rasa. i need an usrah :'( 

***

rasa kosong :'(
maybe kekosongan ni dah terlalu banyak di isi dengan menda yang laghaa.
muhasabah. 
yaAllah, tolong aku jaga hati ni.....
 

Baca sampai habes >>

Tuesday, September 25, 2012

relationship::

salam alaikum =)


its been a while. hurm. currently at sg.buloh. having mid-sem examination and one more paper to go!gambatteh~

ye. saya bukan sedang bermimpi. saya dalam keadaan sedar sedang menaip dan post yang saya terfikir di minda ialah soal kahwin. ada apa dengan perkahwinan? bagi saya, kahwin adalah 1 persoalan yang besar. bukan main-main. penyatuan dua hati jadi satu. satu hati meredah lautan duniawi bagi mencapai matlamat ukhrawi. big issue.

majoriti kawan-kawan kat sini (sg.buloh) semuanya telah berpunya. baik berpunya dalam erti kata berkapel, bertunang mahupun dah telah berkahwin. bila sebut soal couple, seolah-olah ini merupakan perkara biasa yang sangat klise. bercerita tentang dating dan naik turun dalam perhubungan. melihat kawan-kawan ada yang menangis kerana cinta. ada yang bergaduh kerana lelaki. menggadaikan prinsip kerana cinta. sungguh, IQ manusia boleh jatuh pada tahap paling rendah kerana cinta. 

klise klise jugak.
but,  always bear in mind,
no relationship before marriage.

ehem. bila berada di tahun 3, soal bertunang dan bernikah sudah menjadi topik hangat dalam perbualan semasa. ada yang menggembar-gemburkan di fesbuk. tak kurang ada juga mami jarum menyampaikan berita cepat dari berita utama. erk. dan, ada juga yang merahsiakan pertunangan mahupun perancangan bernikah dengan senyap sekali tanpa sesiapa dapat menghidunya. terpulang pada pilihan masing-masing, yang penting, hebahkan perkahwinan. tu lebih utama. kan ?

kahwin. ramai mengaitkan soal kahwin dengan umur. umur 25 adalah umur paling ideal utk berkahwin. yeke?
tak jugak kot. Pik (abang sy) kahwin masa umur 23tahun. Ngah, 25tahun. Tam, 28tahun. Abang 28 tahaun. Cah (bakal), 27tahun. 

kahwin. big question mark. ??? bila nak kahwin? bila sampai seru? tunggu jodoh jatuh ke riba?

DOA.-doa pun salah satu daripada usaha.
USAHA.-melakukan persiapan. kalau mahu yang soleh, mestilah mensolehahkan diri terlebih dahulu.
TAWAKAL.-serahkan kepada Allah. telah tertulis di luth mahfuz,insyaAllah pasti bertemu ;)

marriage. memetik kata-kata Hasif(2012), "kahwin awal kalau nak anak pandai". entah kajian sape ntah dia dapat. haha katenya, berdasarkan pengalaman. maybe parents dia kot. dan berdasarkan pemerhatian, hasif ni boleh la dikategorikan sbg budak pandai dalam kelas saya. hipotesis maybe can be accepted. =P

p/s: tetibe rasa nak pergi daftar agensi cari jodoh, ni semua gara-gara bercerita soal kahwin overdose lah ni~

=( =)

Baca sampai habes >>

Sunday, September 16, 2012

a lesson::

assalamualaikum. =)


seminggu yang memenatkan. penuh dengan kontroversi.
pedih mata gara-gara seminggu buat drama air mata. uhuk.
dan hari ini, 16 September 2012. bersamaan 29 Syawal.
hari Malaysia. juga hari terakhir syawal.
dan saya dah bertekad, no more turning back.
jadikan apa yang dah berlaku sebagai satu pengajaran yang berharga.
pengajaran agar saya berhati-hati. alert. fokus.
gunakan 'common sense' dalam pekerjaan.
jangan buat kerja robot tanpa tau sebab.
sentiasa gunakan 'WHY'.?

perkara dah jadi.
konfem, saya yakin semuanya ada hikmah!
kenapa saya yang terpilih?
Allah lebih tahu.

semuanya punya hikmah.
redha itu yang terbaik.

Rasulullah S.A.W bersabda, "seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali."
-Riwayat Bukhari & Muslim-

Things happen for a reason. Just have to work harder and keep on moving forward.

insyaAllah. think positive. Allah bersama-sama kita ;)

p/s : 24 September due date untuk submit research report.
hari pertama peperiksaan pertengahan semester 5.
next week akan menjadi minggu yang sangat kritikal.!~ moga Allah bantu.amin =)

Baca sampai habes >>

Wednesday, September 12, 2012

kelu::

salam alaik.

tak tahu nak cakap macam mana.

stress teramat.

sedih yang terlalu.

perlukan semangat.

dan kata-kata yang membina.
 
homesick :'(
 
mak..... abah...
 
 **********************************
 
aku cuba mengadu. mengadu pada manusia.
namun aku bukan mengadu domba.
cuma menyingkap kisah agar dunia memahami....
 
namun aku kecewa.
manusia sering punya tanggapan.
tanggapan sinis yang menyedihkan jiwa raga.
 
lalu pada siapa lagi aku perlu mengadu?
nahhh. aku silap.
Dia sebaik-baik tempat mengadu.
 
aku sedih.
aku takut.
tapi aku tahu., semua ujian datang dari Allah.
aku insan lemah.
YaRabb, pandulah aku.....
 
 


Baca sampai habes >>