Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, July 27, 2013

18 Ramadhan::

salam alaikum (:


hari ini genap 18 Ramadhan. sedar tak sedar, dah nak masuk ke fasa 10 malam terakhir Ramadhan. fasa pembebasan daripada api neraka. 

cuti dah sebulan lebih. dah ramai kawan-kawan course lain yang dapat posting kerja. cuma tinggal nursing dan x-ray je yang belum dapat tahu. dalam kelegaan belum dapat tempat posting, ada sedikit gentar. lega sebab ini bermakna saya berpeluang beraya bersama keluarga tahun ni. dan sedikit gementar nak tahu dapat posting kat mana. huhuhu

mana isi borang posting waktu sem 5 lepas, kami kena pilih 3 negeri pilihan. makanya, saya telah pilih:-

1) Pahang
2) Selangor
3) Negeri Sembilan

kengkawan duk pertikaikan apesal taruk Selangor. dah konfem2 dapat HTAR. pergh. sebenarnya, mintak jauh sangat daripada HTAR. sebab? hmmm, 'kenangan' masa sem 5 semacam menghantui kot. tapi, andaikata dapat jugak, redo jela. kalau boleh taknak. huhu

berharap sangat, dapat tempat yang dekat dengan rumah. definisi 'dekat' tu  bukanlah maksudnya tepi rumah ke ape kan.  asalkan senang nak balik. macam dekat dgn stesen bas. senang nak amek bas balik kampung. tak pun dkt dgn sedara-mara, ade jugak tempat nak mengadu nasib. over sangat tak permintaan ni?hee macam la boleh buat permintaan nak kat mana.

hmm. insyaAllah, Dia dah tetapkan tempat yang terbaik. staf yang baik. suka mengajar. insyaAllah, amin...

Baca sampai habes >>

Friday, July 5, 2013

soalan luar alam::

salam alaikum::


today is the day~

saya ingatkan dengan mendapat soalan cepumas tersebut daripada beliau saya akan terdiam kaku mulut terkunci. rupa-rupanya, bila masa tu sampai, saya tergelak-gelak. aduyai. tak leh blah betul makcu ni. 

nak gelak lagiiiii!hahahahaha

comel. coolio!!!!

saya akan ingat hari ini. forever! biarlah rahsia :D

Baca sampai habes >>

Tuesday, July 2, 2013

borong buku tahun 2013::

Assalamualaikum :)

buku adalah antara perkara paling best dalam hidup saya. menjadi hobi dan perkara kesayangan saya. Pesta Buku Antarabangsa KL adalah salah satu event wajib dihadiri setiap tahun. untuk tahun ni, pesta buku ni bermula 26 April 2013(besday kite laa.hee) 

1st day pergi pesta buku dapat jumpa Hilal Asyraf! ape lagi, borong la buku kompilasi Langit Ilahi 1, 2 & 3 :) siap amek signature Hilal lagi. untuk qist sekali. yuhuuu! ;) then, usha-usha buku untuk dipesan pada Cah. cah beli daripada kawan dia. so, dapatlah less banyak. antaranya ialaahhhh :-

1. kompilasi Langit Ilahi 1, 2 dan 3 by Hilal Asyraf


2. Biografi Agung Rasulullah by Ustz Rusydi
3. Art of Deception by Jerry D.Gray

4. Deadly Mist by Jerry D.Gray

5. Anthem by Hlovate

6. Cinta High Class by Ustzh Fatimah Syarha

 

hadiah daripada k.ima Asmahani


tahun depan belum tentu boleh pergi PBAKL. so, borong banyak la jugak this year. lepas ni kalau ada kesempatan saya nak buat kupasan buku-buku ni. itu pun kalau berkesempatan. insyaAllah. harapnya rajin. heeee ^_^

Baca sampai habes >>

nikmat nasi minyak::

salam alaikum :)

2 hari berturut-turut makan nasi minyak. tapi nasi minyak dekat sg.lar baru-baru ni paling mantop. dengan masak lemak labu dia yg best sangat. gabung dengan kari daging. plus, ayam goreng. kecur air liur kome wehhh... salam dengan mak pengantin. "makcik, terima kasih. sedap sangat lauk" "bagusla gitu. aok kawen nnti suruh deme(diorang) masak utk aok ye" hehe senyum :)


seronok tengok majlis kahwin ni. pengantin pakai cantik2. time akad paling sedih. ayah melepaskan anak perempuan pada sang suami. sayu je. masa hari menyambut pengantin, meriah dengan pelamin dan meja makan beradab. lauk-pauk yang beraneka dan dihias cantik. pengantin bergurau senda. ada yang malu-malu menjeling. bersalaman dengan para tetamu yang hadir. berkatnya terasa. nikmat nasi minyak dirasai.
melepasi angka 20-an, nampaknya saya pulak jadi bahan usikan makcik-pakcik. bila kata belum ada calon, diorang x percaya pulak. alahai. cikgu-cikgu pun sama. cakap sy tipu. hehe bila diorang tanya, tapi kita senyum aje, diorang cakap, "dah x lama lah tu". bila cakap tak ada, cakap kita tipu pulak. heee macam-macam lah. :) 


banyak lagi perkara yang saya nak fikir sebelum ke arah 'itu'. rasa diri belum layak yang teramat sangat. ingat  perkara senang ke? tanggungjawab yang berat! seriau kot dengar perkataan 'isteri'. title yang mulia. dan berat bagi saya. tapi orang cakap, sampai bila-bila pun kita tak akan rasa bersedia ye dak? tapi bagi saya, paling penting persedian dari segi ilmu. saya ada banyak lagi ilmu yang saya nak belajar. banyak buku lagi saya nak baca. banyak lagi majlis ilmu yang saya nak tadah telinga dan cerna. banyak lagi. bagi saya, inilah usaha saya ke arah 'itu'. permulaan mendidik anak soleh bermula sejak awal pemilihan bakal isteri  bukannya selepas lahirnya seorang bayi ke dunia. so, sangat besar kan tugas seorang isteri. 


ade jugak orang cakap, perempuan tak solehah boleh kawin dengan lelaki soleh. tapi lelaki tak soleh tak digalakkan kahwin dengan perempuan solehah. mungkin, sebab lelaki mendominasi kaum wanita. thats why lah kan? andaikata kita ditakdirkan berkahwin dengan seorang lelaki yang soleh, alhamdulillah. jika sebaliknya?? maka, amat penting bekalan sebelum berkahwin yang kita sudah sediakan. sedikit sebanyak dapat mempersiapkan kita kepada sebarang kemungkinan. 


taknak try and error sebelum kahwin?
bercinta sebelum kahwin?
for me, no such thing. bercinta yang diiktiraf adalah selepas akad. jatuh cinta tak salah. mengotori cinta tu yang salah. kita tak perlu takut siapakah jodoh kita, sebab ianya telah pun ditentukan oleh Allah SWT. dan apa yang perlu kita lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi perintah Allah dalam keaadaan penuh yakin bahawa ianya sudah ditetapkan. jodoh adalah perkara ghaib. dan Allah sahaja yang mengetahuinya. kita hanya mampu berusaha, dan bertawakal. berusaha dengan doa. dan mempersiapkan diri. 


Allah s.w.t berfirman: "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin:26)


banyak jugak cara lain yang disarankan dalam memilih jodoh. antaranya:-


1) menjadi orang baik, insyaAllah mendapat jodoh yang baik
seperti firman Allah dalam surah An-nur:26.
"perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia"


2) pilihan orang yang baik-baik 
contohnya pilihan daripada ibu bapa, cikgu, atau sahabat yang baik. (:


dan sebenarnya, kedua-dua cara ni pun boleh diaplikasikan serentak. tapi andaikata selepas kita berusaha jadi orang yang baik-baik, dan mendapat pilihan daripada orang baik juga, tapi calon yang dapat adalah sebaliknya. maka reda adalah sebaiknya. anggaplah ini satu ujian daripada Allah bagi mempertingkatkan darjat kita. sabar dan solat adalah sebaik-baik penolong :)

p/s: sekadar pendapat. wallahu'alam.

credits: http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

cah's wedding :)


Baca sampai habes >>