Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Monday, January 13, 2014

Anak mummy yg kuat!::


salam alaikum. (:

********************************************

Assalamualaikum anak mummy Muhammad yg kuat.....
Mummy rindu anak mummy ni...
Bila Muhammad nak sihat?
Mummy selalu doakan anak mummy ni...
Tak apa sayang, sayang rehat ye..
Sayang kan tak sihat...
Mummy tak kisah anak mummy lambat sihat pun..
Berapa lama pun tak apa, 
Asalkan anak mummy sihat....

Muhammad anak mummy..
Muhammad tahu kan mummy susah nak dapat Muhammad...
Lama mummy tunggu...
Baru mummy dapat Muhammad...
Masa mula-mula mummy dapat tahu mummy pregnant,
Mummy orang paling happy dalam dunia!
9 bulan mummy kandungkan Muhammad,
mummy seronok sangat...

Bila Muhammad lahir, doktor cakap Muhammad ada masalah jantung...
Masa tu mummy la orang paling sedih sekali...
Kalaulah mummy boleh bagi jantung mummy pada Muhammad,
mummy sanggup sayang!
Sejak tu rumah Muhammad adalah hospital...
Muhammad tak pernah balik rumah kita lagi, kan sayang....

Anak mummy yg kuat...
Mummy cerita ni supaya Muhammad kuat semangat..
Mummy bukan niat nak down kan Muhammad....
Muhammad tau kan?

Muhammad anak mummy...
Mummy rindu nak tengok Muhammad bukak mata, tendang-tendang..
Mummy rindu nak tidur kan Muhammad...
Dah 4 hari Muhammad langsung tak bukak mata..
Mummy rindu sayang...

Malam tadi mummy tak dapat tidur..
Mummy asyik fikirkan Muhammad...
Mummy sentiasa doakan Muhammad cepat sihat...
Mummy sayang Muhammad...
Semua orang doakan Muhammad tau?

Muhammad anak mummy yang kuat..anak mummy yg semangat...
Rindunya nak tengok mata Muhammad yg cantik tu...
Rindunya nak tengok Muhammad gerak2..nangis-nangis..tendang-tendang...
Mummy rindu........

**************************************************

true story. hati mana tak sayu dengar perbualan seorang ibu kepada anak yg sedang "berjuang".
dan perjuangan itu seakan-akan menemui jalan yg semakin pendek.
penamatnya seakan-akan semakin hampir. 2 bulan berjuang. dan selama itu juga tangisan ibu dan ayah tak pernah reda. doa, dan zikir sentiasa meniti di bibir seorang ibu dan ayah....
namun senyuman tak pernah lekang di bibir mereka! walau kepahitan jelas terasa.
Kata-kata si ibu yang sangat lembut jelas terpancar.
Sentiasa menghargai insan-insan yg menjaga anak mereka...sungguh, saya kagum!

Saat doktor memberitahu bahawa peluang semakin tipis,
hati ibu semakin dihiris sembilu..hati ayah siapa yang tahu?
Air mata ibu semakin murah, mujur ayah sentiasa disisi..
Menjadi bahu untuk bersandar..dan mengesat air mata yang tak henti-henti mencurah...
Hati ini yang mendengar, juga terasa pilu...
Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ibu dan ayah..kasihnya tiada terperi...
Memberi kata-kata semangat kepada sang anak, meski harapan semakin kabur.
Hati ibu dan ayah, meski mereka redha atas ketentuan, jauh disudut hati mereka tetap berharap pada keajaiban... 
Siang dan malam bergilir-gilir membacakan yassin, berzikir dan tak putus-putus mendoakan anak...
Siapa tak sayang anak?

Inilah hakikat kehidupan.
Ada yang diuji dengan kesedihan dan ada juga yang diuji dengan keseronokan.
Semuanya ujian Allah kepada hambaNya. untuk mempertingkatkan tahap keimanan.
Beruntunglah bagi yang sentiasa kembali pada Allah saat ia jatuh dan bangun!
Beruntunglah bagi yang menjadikan sabar dan solat sebagai penolong!

Moga kita beroleh hati yang kuat saat diuji.
Moga kita makin akrab dengan Tuhan.
Moga syurga menjadi tempat kembali.
Moga Allah redha.....

Sn Fatimah, 12 Rabiulawal 1435H.
Serdang, 14.1.2014 @ 1.30pm.

hargai ibu dan ayah kita, kerana merekalah insan yang paling menyayangi!

Baca sampai habes >>

Tuesday, October 1, 2013

adaptation

salam alaikum :)


dah masuk minggu ke 4 kat hospital periuk nasiku. alhamdulillah. 
tapi rasa macam dah berbulan pulak kat sini. haha
overol, happy je kat sini. cuma tengah adapt dengan persekitaran yang baru.
agak janggal di situ. 

kat wad, best dapat senior yg bersabar dengan saya yang serba-serbi tak reti.
diorang ajar. diorang jawab setiap persoalan sy. walaupun tanya berkali-kali kot.
yaAllah, tabahnya hati2 senior dengan junior yang fresh sgt ni.
terima kasih yaAllah......

saya pernah experience kerja di wad terbusy di HKL. terdisaster di HTAR.
dan sekarang, stay di hospital periuk nasiku. tak macam HKL dan HTAR.
ada pro and cons. lain padang, lain belalang.
banyak benda yang perlu dikuasai secepat mungkin.

yaAllah bantu aku yaAllah....
yaAllah kuatkan hatiku yaAllah....

Baca sampai habes >>

Wednesday, March 6, 2013

menjadi yang terbaik::


salam alaikum::

dalam kehidupan yang kita lalui sudah pasti semua insan ingin menjadi yang terbaik.
mahu menjadi anak yang terbaik kepada ibu bapa. menjadi hamba yang taat. menjadi pekerja yang rajin.
serba serbi kita mahukan kebaikan sebab fitrah manusia asalnya baik. suka akan kebaikan.
sejahat mana pun manusia pasti impikan syurga. meskipun tingkahnya songsang.
yaaa, kerana fitrah, ketua penjahat sekalipun mengidamkan syurga.
kerana fitrah, si playboy mahukan isteri yang solehah sebagai pendamping.
semuanya kerana fitrah!

dan kerana diri ini hanya insan biasa, aku ,menjerit di dalam hati, "Aku mahu kembali kepada fitrah!!!!!"
meskipun berulang-ulang kali melakukan dosa. berjanji takkan mengulangi dan kemudiannya mengkhianati janji pada pencipta. malu...tapi apakan daya, diri ini insan biasa. yang takut pada azab yang pedih.
cintakan syurga, walaupun terus berbuat dosa. takutkan siksa kubur tapi masih mampu bergelak tawa.

alpa semusim lama.

beringat semusim cuma.

sedih.

sedih.

dan hanya bersedih?

terus angkat tangan dan merintih,

rupanya Tuhan rindu mendengar suara hati meminta kepadaNya.


ya Allah, ampunkan dosaku,
dosa kedua-dua ibu bapaku,
ahli keluargaku,
guru-guru aku,
sahabat-sahabatku,
jiran-jiranku,
dan seluruh kaum muslimin dan muslimat,
sama ada yang masih hidup,
ataupun yang telah meninggal dunia.
amin yaRabbal 'alamin....


Baca sampai habes >>

Friday, December 28, 2012

titik timbang tara::

salam alaikum :)


tengah packing barang nak balik kolej, tp tiba-tiba terpegang note book. so, tunda kejap kerja-kerja mengemas.hehe perasaan semacam je bila nak balik kolej. happen all the time nak balik hostel. mak pun dah faham sangat. anak dia bila nak balik hostel akan dapat perangai 'pelik'. 

random thought::

akan ada satu masa, kita rasa kita berada di atas. titik itu berada di puncak. kita berasa Iman berada pada zon yang selesa. aman dan harmoni. jiwa yang tenteram, qalbun salim. itu impian orang beriman :)

juga pasti datang suatu masa, kita jatuh tersungkur. kalah dengan hawa nafsu. tertipu dengan godaan duniawi. kita kecewa kerana kita jauh dengan Dia.... 

tiba-tiba beduk bagai diketuk!

tersedar dari lamunan. tersentak. syukurnya sempat tersedar!

kita hanyut. 

tersedar.

hanyut.

tersedar.

hanyut.

sedar.

Firman Allah lagi: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(az-zumar ayat 53)
Allah sangat baik T_T sekalipun kita berkali-kali mengulangi dosa, kemudian kembali bertaubat, Dia tak pernah jemu untuk menerima taubat kita. janji Allah, walau setinggi mana pun dosa kita, Allah pasti mengampunkan dosa kita. :)
Firman Allah SWT: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
 (al-baqarah ayat 186)
doa adalah sebaik-baik jalan untuk mendekatkan diri pada Allah. doa senjata kita !TAKBIR!!!

Baca sampai habes >>

Sunday, October 28, 2012

sapu laju-laju::

salam alaik.


titisan jernih itu gugur.
terasa hangat mengalir lesu.
empangan air mata itu pecah jua.
tak tertahan sudah.

lampu itu dipadam.
agar mereka tak nampak apa ada diwajah.
adakah sedih atau gembira.
kerna gelap ia terhijab.

wahai hati.
meruntun pilu.
tak siapa bisa membaca.
apa ada di lubuknya.

bisa memendam rasa.
lagi bisa merungkai nista.
dalam hati ia tertahan.
kerna ku tak bisa melukai.

air jernih mengalir hangat.
lebih laju dari biasa.
hujan diluar jendela seakan mengerti.
kisah hati alergi sepi.



Baca sampai habes >>

Tuesday, October 9, 2012

along, jgn pergi long.........

salam alaik =)


harini kerja pagi lagi di wad medikal perempuan. baru tengok assignment dalam roster. kena jaga cubicle acute harini dan esok. kalau dalam wad, biasanya ade 5 cubicle. 

cubicle 1: sangat stabil
cubicle 2 : stabil
cubicle 3(sub-acute) : separa tenat
cubicle 4(acute) : tenat
cubicle 5 : penyakit berjangkit

yang itu kebiasaannya lah. tapi depends on ward protocol jugak. 
so harini bertugas dengan 2 orang staf nurse & sorang adik hijau (sem 2).
6 patients je harini. yang stress nya kalau kerja kat acute cubicle ni, patientnya semua CRIB.
CRIB? complete rest in bed. ini bermakna, semua prosedur kena buat atas katil.
pass urin, pass motion, mandi lap(sponging), dan smuanyalaaah.
sebab, kebanyakan patient walaupun boleh bangun, tp mereka bergantung pada oksigen.
incase tetiba sesak nafas kat tandas, nayaaaa!
atau, blood pressure(BP) high atau low sangat, boleh tumbang!
harini ada 2 katil kosong kat acute. so taklah busy mana.
cuma ada BP hourly. itupun, tekan je pada machine, dah boleh dapat reading.

cumaaaa........
harini ada sorang patient meninggal.
kira-kira jam 12 lebih...

sedihnyaaaa...... ='(

pagi masa ambil report kat acute, memang patient tu nampak restless.
nadi dia tachycardia. suhu tinggi. diagnosis dia ada banyak kot.
antaranya, nephrotic syndrome, TRO laptospyrosis.
muda lagi budaknya, umur 17tahun.

pukul 11 lebih, saya, staf nurse dengan sorang doktor pergi hantar dia pergi buat CT Brain.
naik stretcher, siap angkut tank oksigen, spO2 monitoring, drip dgn infusion pump noradrenaline if x silap.
kat dalam lif, patient tu memang makin laju pulak pernafasan dia. tapi spO2(concentration O2 dalam darah) reading normal. 95-100%. nadi memang laju lah. > 130/min 
saya pun bisik kat staf nurse. 

SN, seramlah, tengok dia bernafas. dengan mata-mata ternaik sekali. 

staf nurse cool je. maybe dah biasa tengok kondisi patient macam tu.
sampai dekat CT Scan department, kitorang pindahkan patient kat tempat yang nak buat CT Brain tu.
saya perasan, doktor HO tu macam cuak je. kejap-kejap tengok spO2 monitor.
bila tak dapat detect, cepat2 dia betulkan kedudukan jari patient pada sensor tu.
erk. saya pun tumpang cuak. 
lepas siap CT Brain, sy dengan HO tu tolak patient naik wad. staft nurse tunggu result.
on the way balik tu, terserempak dengan parents patient tu & relative dia.
terus relative dia nangis je. cium dia banyak kali.
saya dah terdetik macam-macam dalam hati.
tp tengok kt spO2 monitor tu, masih ok.

sampai kat ward, kitorang ramai2 tolong pindahkan patient dari stretcher ke katil.
tiba-tiba, mak patient tu datang sambil nangis. (macam yang dalam drama..tak tipu....)

"along, jangan pergi long...long..."

saya tengok patient tu still macam tadi. sy pun pergi buat kerja-kerja lain.
pergi wad depan pulangkan spO2 portable tu. balik dari wad depan,
tiba-tiba, nampak mak patient tu dah terkulai kat depan katil...
saya cepat2 ambil kerusi suruh suami dia angkat isteri dia..
last-last, suami dia pun hilang kudrat dek tengok isteri dia menangis...
ramai yang tertumpu pada diorang...

masih ada kerja yang belum selesai, saya pun pergi buat kerja lain...

tiba-tiba, terdengar bunyi spring katil...kuat jugaklah....
tengok2, doktor tengah buat CPR kat patient tadi tu...
mak patient tu dah terbaring atas katil depan anak dia..
ramai relative dia dah datang..
patient tengah bertarung dengan kematian....
emak dia tampak lemah tak bermaya kat atas katil..
menangis-nangis...
makcik katil sebelah pun tumpang menangis...
wad tu diselubungi kesedihan...
si anak bertarung dengan kematian, si ibu seolah-olah merasai sebahagian daripada kesakitan anaknya...
OH, hati si ibu... masih terbayang esak tangis si ibu....
sebahagian semangatnya telah pergi bersama-sama pemergian anaknya....
kira-kira jam 12 lebih, adik tu telah kembali menemui Ilahi....
AL FATIHAH....



************************************************
ada sorang makcik ni tanya,

makcik : berapa umur adik tu?
saya : 17 tahun
makcik : ouh muda lagi...tp nak buat macam mana, memang dah tertulis dia meninggal muda....
saya: senyum kelat...

moral of the story,

tak kisah la muda atau tua. bila seruan memanggil, tiada siapa yang dapat menangguhkan saat itu. 
note to myself =(
2ndly, kasih ibu kepada anak tiada tolok bandingnya... emak kita menyayangi kita sepenuh hatinya.
so, hargailah emak kita. jangan pernah sakiti hatinya.....

mak....dah la tengah homesick nie..... ='(
mak...moga Allah berikan kesihatan yang baik pada mak...
sayang mak sangat2.... rindu mak...... sobs...sobs..


sudahkah kita melakukan persiapan untuk kematian?







Baca sampai habes >>

merenung langit::

salam alaik :)


aku INSAN BIASA,
yang tidak lari daripada membuat DOSA.

terlalu banyak tipu daya dunia yang terlalu INDAH.

lantas terHIJAB mataku dek sinaran DUNIA yang penuh fantasi.

KESERONOKAN dunia ini terlalu melalaikan.

aku perlukan BEDUK supaya dapat MENGETUK diri ini.


aku INSAN BIASA,
aku SENYUM dan aku KETAWA.

aku sedih lalu aku MENANGIS.

bila ujian mendatang MENDUNG mula berarak dihatiku.

aku juga insan yang lalai.

cuai dalam tingkahku.

seringkali aku kecewa dan berkeluh kesah.

arhhhhh...banyaknya dosaku....

aku INSAN BIASA,
Ada masanya aku perlukan masa untuk SENDIRIAN.

BERSEORANGAN sambil merenung langit.

MEMIKIRKAN diri sendiri, hala tuju kehidupan.

Mengingati DOSA-DOSA lalu yang belum diampuni.

Mungkin masa ini BUKAN untuk MENCARI CINTA selainnya

Tetapi masanya untuk MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH :)


note to me, myself & I.~
oh betuk, ketuklah bila aku lalai.

syukran sahabat.
yang selalu mengetuk pintu hatiku...






Baca sampai habes >>

Sunday, September 30, 2012

peliks::

salam alaykum =)


baru sampai dari klang. barang-barang belum unpacked kerana kemalasan melewati diri ini. erk.
maka, secara official saya bukan lagi penduduk di hostel klang. juniors sem 3 & 4 replace tempat kitorang.
so kitorang kenalah berulang-alik naik bas pulak. dah boleh imagine life yang kena bangun awal-awal pagi untuk berebut bas. dan kalau shif petang, akan sampai hostel lewat malam dengan badan yang penat sangat. uhuk. yezza, life as a nursing student is wierd. 

***
alhamdulillah semalam berkesempatan pergi sekolah. walaupun terkejar-kejar, dapat gak menjayakan misi jumpe dengan sspians. dapat sampaikan 2-3 pesanan. dah lama x pegang microfon kt surau, perasaan weird dan nerves yang teramat melanda. thought block pun ada. rasa nak demam bagai. tp alhamdulillah, qist & k.ima di sisi menyalurkan kekuatan. walaupun datang utk sesi sharing je, tp tak tau nape, rasa perasaan yg sangat pelik. hurm. bila dah lama tak buat sesi kerohanian, memang jiwa, kata-kata ni akan rase kurang ruhnya. tak tau nak explain macam mana, tp tulah yang saya rasa. i need an usrah :'( 

***

rasa kosong :'(
maybe kekosongan ni dah terlalu banyak di isi dengan menda yang laghaa.
muhasabah. 
yaAllah, tolong aku jaga hati ni.....
 

Baca sampai habes >>

Sunday, September 16, 2012

a lesson::

assalamualaikum. =)


seminggu yang memenatkan. penuh dengan kontroversi.
pedih mata gara-gara seminggu buat drama air mata. uhuk.
dan hari ini, 16 September 2012. bersamaan 29 Syawal.
hari Malaysia. juga hari terakhir syawal.
dan saya dah bertekad, no more turning back.
jadikan apa yang dah berlaku sebagai satu pengajaran yang berharga.
pengajaran agar saya berhati-hati. alert. fokus.
gunakan 'common sense' dalam pekerjaan.
jangan buat kerja robot tanpa tau sebab.
sentiasa gunakan 'WHY'.?

perkara dah jadi.
konfem, saya yakin semuanya ada hikmah!
kenapa saya yang terpilih?
Allah lebih tahu.

semuanya punya hikmah.
redha itu yang terbaik.

Rasulullah S.A.W bersabda, "seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali."
-Riwayat Bukhari & Muslim-

Things happen for a reason. Just have to work harder and keep on moving forward.

insyaAllah. think positive. Allah bersama-sama kita ;)

p/s : 24 September due date untuk submit research report.
hari pertama peperiksaan pertengahan semester 5.
next week akan menjadi minggu yang sangat kritikal.!~ moga Allah bantu.amin =)

Baca sampai habes >>

Wednesday, September 12, 2012

kelu::

salam alaik.

tak tahu nak cakap macam mana.

stress teramat.

sedih yang terlalu.

perlukan semangat.

dan kata-kata yang membina.
 
homesick :'(
 
mak..... abah...
 
 **********************************
 
aku cuba mengadu. mengadu pada manusia.
namun aku bukan mengadu domba.
cuma menyingkap kisah agar dunia memahami....
 
namun aku kecewa.
manusia sering punya tanggapan.
tanggapan sinis yang menyedihkan jiwa raga.
 
lalu pada siapa lagi aku perlu mengadu?
nahhh. aku silap.
Dia sebaik-baik tempat mengadu.
 
aku sedih.
aku takut.
tapi aku tahu., semua ujian datang dari Allah.
aku insan lemah.
YaRabb, pandulah aku.....
 
 


Baca sampai habes >>

Wednesday, August 29, 2012

alfatihah ::

salam alaykum. 


its been a while saya tak mencoret. terlalu banyak nak diceritakan. baik yg dah expired ataupun cerita terbaru yang masih hangat dari ladang. ermmm.

kisah ini berlaku baru sahaja. pagi tadi. buat air mata ni menetes jugak....

tepat 9.30 pagi, cikgu syukri sampai depan flat rumah pik ni. secepat mungkin bersiap sebab asalnya cikgu cakap nak jemput pukul 10pagi. awal lah pulak... jalan... nasib baik harini cikgu tak suruh drive...

tiba-tiba...

**2 messages received.

tengok 1st mesej from yana(rumet saya). 2nd mesej dari nombor yang tak dikenali.

bukak mesej yang tak dikenali.

**"Assalam. maaf saya bertanya, adakah saudari pemilik nombor ini yg bernama Siti Fatimah?"

erk. sejak bila nama aku ada 'Siti' ni? (dalam hati)

tekan reply.

**"ni sape?"

sampai di pintu pagar IMKL (tempat belajar memandu).
cikgu suruh tukar tempat masuk kat driver. cikgu pergi pejabat jap.

cikgu syuk- "tukar tempat. get ready nak memandu."

saya- "baik ckgu"

betulkan tempat duduk. cermin sisi. cermin belakang. bunyi mesej masuk lagi. 
capai henset jap. cikgu kat pejabat lagi. 

open message.....

**"nama saya Aida (bukan nama sebenar), isteri kepada Ali bin Mohd (bukan nama sebenar). Jika benar saudari bernama Siti Fatimah. Alhamdulillah. saya  ingin memaklumkan bhw suami saya telah kembali ke rahmatullah pada 7Syawal baru-baru ini. Arwah pernah beritahu saya tentang saudari yang dianggapnya sebagai adik/anak angkatnya kerana pernah membantunya (sebagai pelatih jururawat) di hkl. Terima kasih atas segala bantuan yang pernah dihulurkan kepada arwah. Alhamdulillah. arwah pergi dalam keadaan husnul khatimah insyaAllah dan berada di tempat yang baik dan tersendiri dlm masyarakat dan di sisi Allah SWT. Jika ada kesudian, sedekahkanlah bacaan Alfatihah buat insan yang tersangat istimewa ini. Terima kasih. "

tiba-tiba...chest pain>kepala berdenyut>

cikgu datang.

cikgu syuk- "cikgu suruh ready, sempat pulak dia main henfon....pagi2 cikgu dah bebel ni...

saya- muka ditoreh tak berdarah. senyap.....


alfatihah untuk uncle Ali (bukan nama sebenar). moga Allah menempatkan arwah ditempat orang2 yang beriman. insyaAllah.....

 





Baca sampai habes >>

Monday, August 13, 2012

saya redha menjadi nurse::

salam alaykum :)


eh. eh. rajin dok menghupdate blog. padahal esok trial osce bagi sem 5. 
xpe, xpe. lepas isya kita praktis ek!hehe ^____^

sebagai student nurse, saya rase, saya bukanlah orang yang mahir atau selayaknya  nak bercakap selok- belok bidang kejururawatan. setahun jagung baru. 
maka, saya bercakap atas dasar apa yang saya nampak, dan apa yang saya rasa.
kurang daripada setahun lagi nak jadi jururawat terlatih/staf nurse. bersediakah saya?
terlalu banyak ranjau dan duri yang perlu dihadapi untuk menjadi penjawat awam.
banyak tanggungjawab. yang berat. dan itu semua kerja orang dewasa...
kadang-kadang saya terlupa, usia ini dah pun menginjak dewasa. cepatnya masa berlalu...

sekali-sekala mendengar inspirasi dan pengalaman daripada para tutor membuatkan saya rasa begitu bersemangat. dalam diam, saya berdoa agar boleh menjadi hebat seperti mereka.
bercita-cita tinggi dan tidak berhenti setakat memegang jawatan sebagai jururawat diploma U29.
sebaliknya, ramai daripada mereka bukan sahaja memegang ijazah, malah master dan ada juga yang mengambil phD! mantop....sangat!

sekadar memetik apa yang diperkatakan oleh puan petang td. 
menjadi nurse, awak bukan sahaja menjalankan perawatan ke atas pesakit.
malah, awk adalah teman paling setia mendengar luahan hati mereka. 
menjadi guru dalam mengajar mereka tentang penyakitnya.
menjaga kebajikan mereka seolah-olah saudara terdekat.
menjaga hak mereka dan menghormati kehendak mereka.
bertegas dengan mereka pada tempat yang sepatutnya.
mengingatkan mereka agar berharap kepada Tuhan.
meraikan kegembiraan, dan menyelami kesedihan mereka.
itulah tugas jururawat. ia adalah menyeluruh. 
merawat fizikal, mental dan rohani.
erk, tersedak. 

saya pernah berada di atas. dan alhamdulillah pernah merasai saat-saat terjatuh. 
sebagai hamba, saya terlalu banyak permintaan pada Tuhan.
sentiasa mohon agar hajat saya dimakbulkan.
tapi sayang, terlalu banyak nikmatNya yang saya dustakan.
terlalu banyak hak Dia yang tidak saya laksanakan dengan baik.
sentiasa melihat pada superficial. tanpa melihat dengan mata hati dalam ke dasar.

bbb
“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS Ar-Rahman 13)

tidak semua yang kita mahu, kita akan dapat.
sebab Allah lebih Maha Mengetahui.
Dia memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah:216)

serius,
saya tak pernah minta untuk menjadi jururawat.
tapi Allah yang anugerahkan saya untuk berkhidmat pada sebuah jalan yang mulia.
Allah sangat baik :'(

sama-sama muhasabah.....






Baca sampai habes >>

Tuesday, August 7, 2012

depress.

salam alaykum.

harini belajar pasal affective disorder.
manic, depression, schizophrenia.
rasa macam ade simptom depression.

tertekan.
dengan assignment melambak.
tiga saploh tiga saploh. -.-

dengan manusia yang takda common sense.
takde rasa tangunggjawab.
kadang-kadang rase frust.
kadang-kadang buat hati ragu-ragu memberi ikhlas.
astaghfirullah.....

macam mana nak bagi faham pun tak tahu lah.
wahai hati....
dah separuh jalan kau bersabar.
jadi, bersabarlah untuk separuh perjalanan lagi yang tinggal....
plisssssss.....

YaAllah hindarilah aku daripada hati yang tidak ikhlas dalam amalku.....
ikhlaskan hatiku yaRabb.....

Baca sampai habes >>

Monday, August 6, 2012

sekelip mata::

salam alaykum.


2 hari iftar dengan havocnya.
harini kembali kepada rutin sedia kala.
sekelip mata. baru je jumpa.
dah berpisah.
nampak gayanya, 
kena berbuka sorang-soranglah.
bukan taknak pegi berbuka kat bilik orang.
kalau skali skala boleh la.
hari-hari malas kot...

hurmm.....sedih... :(

Baca sampai habes >>

Thursday, August 2, 2012

teamwork.

salam alaykum.

sesi kuliah dah masuk minggu ke lima. esok jumaat, bermakna minggu ke-enam bakal muncul. 
minggu ke-7 merupakan minggu terakhir sesi kuliah ktorang. hurm. makin nak habis study, masa dirasakan semakin cepat berlalu. dengan kesibukan yang melanda sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya tak berkesempatan menghitung hari-hari yang telah berlalu begitu sahaja. sedih. kenapa nak sedih pulak? erm.

research. rasa nak tembak epal atas kepala sesape je. bikin otak menggelegak. (over) hailaaa. sem ni ktorang belajar topik nursing research. macam-macam la. dalam tempoh 11 minggu ktorang kena completekan semua benda. daripada problem statement--literature review--metadologi n research design--population n sampling--data collection--data analysis--writing a research report. banyak benda belum setel. n yet we still having simple-simple problem yang saya rasa nak bang-bang -boom-boom-kebaboom! masalah dalaman, luaran. shortness of breath sumtimes. mencabar fizikal, mental, rohani. :'(

team work. itu topik yang saya belajar dalam nursing management 2 minggu lepas. bukan sebarangan tutor yang mengajar. ketua program tuu. hurm. sejujurnya sedang mengalami masalah berkaitan term tersebut. 
sedih. sedang mencari solution. yes, kita tak boleh lari daripada masalah, sebaliknya, hadapi ia! 
yaRabb... permudahkan urusanku...

could i have tab dormicum tonite to keep me myself calm? n tab artane coming morning . rasa ingin terbang. jauh dari manusia yang menyesakkan dada. 

masa ibarat pedang,
jika kamu tidak memotongnya,
ia akan memotongmu.....

Baca sampai habes >>