salam alaikum ^_^
alhamdulilllah. ada juga kesempatan nak menulis blog walaupun dalam kesibukan praktikal di wad medikal.
cewah. padahal tak lah sibuk mana pun. cuma letih sikit sebab straight 2 minggu medikal. tapi wad medikal yang ni agak best lah. staff ok, kerja pun seronok. tak sempat nak bikin 'ketupat2 raya'. bagus!
dalam kesibukan praktikal tu jugak, alhamdulillah baru-baru ni Islamic Friendship Society(IFS) telah menjemput penulis/penceramah/pendakwah yang tidak asing lagi, Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Nordin ke surau Ar-Raudhah bersempena dengan Minggu Penghayatan Islam. tambah-tambah lagi ustazah Fatimah Syarha memang penulis favourite sy. walaupun hari selasa lepas sy kerja petang, balik pukul 9mlm dan sampai asrama pukul 10 lebih, alhamdulillah sempat jugak 1 jam dengar ceramah beliau. :)
so, ini ada sedikit perkongsian ceramah Ustazah Fatimah Syarha yg bertajuk,
" I want nobody but U " menarik bukan tajuknya? *kenyit mata sikitt*
memandangkan topik CINTA memang tidak asing lagi bagi golongan remaja dan dewasa, maka ceramah ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada para remaja bagaimana ingin memperoleh cinta yang 'lurus'.1) cinta MATLAMAT, baru cinta ALAT.
cinta matlamat? cinta alat? dua jenis cinta ini ternyata dua perkara yang berbeza, tapi berkait antara satu sama lain. maksudnya kat sini, ofcourse Allah adalah matlamat kita dalam mencapai kejayaan dunia akhirat. dalam menggapai matlamat kita, dah semestinya kita perlukan alat sebagai jalan menggapai matlamat. so, untuk dapatkan cinta Allah, kita perlukan alat(manusia, kewangan, dll). ramai orang tersilap langkah sebab terlalu cintakan alat, hingga kabur dan samar matlamat yang UTAMA!(muhasabah diri).
2) kenali kriteria CALON
-mesti rasional
-jangan terlalu mudah
-jangan terlalu payah
yang pasti, pilihlah yang kita redho dengan AGAMA dan AKHLAKNYA. insyaAllah kita takkan menyesal.
3) kapel haram?
couple. couple. ramai yang dok fight nak kate bercinta sebelum nikah ni dibolehkan dalam Islam.
mari kita tengok Al-Imam Hassan Al-Banna kata ape,
" bercinta secara HALAL itu halal, bercinta secara HARAM itu haram "
diperteguhkan oleh Syeihk Yusuf al-Qaradhawi,
‘Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum nikah (al-hub qabla az-zawaj) kerana cara seperti ini dikhuatirkan bahaya dan syubhat’ (Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)
kahwin tu halal. so, dengan berkahwin, bercouple itu menjadi halal =)
4)istikharah=tanya ALLAH
sedangkan sekecil-kecil urusan pun nabi galakkan umatnya istikharah, inikan pula soal jodoh.
inyaAllah dengan beristikharah Allah akan pandu hati kita untuk memilih yang terbaik untuk kita.
kalau dah istikharah tp, kita tersilap pilih??? mungkin itu adalah ujian Allah untuk kita. yang penting, disetiap ketetapan yang Allah berikan pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. terpulang bagaimana kita melihat dan menghadapinya.
5)alam pertunangan
bertunang tak bermakna menghalalkan berdua-duaan. sebaliknya, dalam tempoh pertunangan tu, kedua-dua pasangan perlu bersikap pada pertengahan. TAK TERLALU HILANG. dan MUNCUL BILA PERLU.
yang ni ramai orang tersilap langkah. bila dah bertunang, buat-buat macam dah jadi suami-isteri. ramai macam tu kan?ada certain orang, dalam tempoh bertunang pulak macam-macam ujian datang. di sinilah pentingnya berharap semata-mata kerana Allah. hati kita milik Allah, Dia yang pegang. dan Dia jugak yang berhak menetapkan hati kita. memberi kita hati yang sejahtera....
6) belum ada kemampuan nak kahwin?
PAUSE. stop dahulu keinginan nak bercinta, berkapel, sebaliknya lihat pada prioriti(keutamaan). kalau masih belajar, utamakan study dulu. bila ilmu penuh didada, insyaAllah lebih matang dalam menempuhi alam rumah tangga.
7) kembali pada pucuk pangkal
apa yang kita lakukan harini, impaknya akan dilihat di kemudian hari.
harini kita bermesej. bergayut dengan kekasih yang belum halal bagi kita.
setelah kahwin, berkemungkinan pasangan kita 'berani-berani' bermesej dan bergayut mencari orang ketiga.
asas kepada cinta. kalau asasnya baik, maka insyaallah hasilnya juga manis.
kalau mulanya cinta telah dipupuk dengan baja2 kemaksiatan, maka alhasilnya jika belum nampak dalam masa terdekat, akan muncul bibit-bibit keretakan dalam jangkamasa panjang. hati yang tidak tenang. nauzubillah...
".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...." (Surah Yusuf : 53)
banyak lagi yang saya dapat menurusi 1 jam ceramah Ustazah Fatimah Syarha. tp setakat ini sahaja perkongsian kali ni. saya menulis kerana pertama sekali saya mengingatkan diri saya. kedua, untuk saya kukuhkan peringatan kepada diri sendiri. ketiga, mana tau kot-kot yang terbaca ni terkena batang idung. sama-samalah kita beringat. :D
saya sedar, saya banyak tersilap. ada kalanya terkeliru. emm, mengurus nafsu sangat sukar kan?
mujahadah tu memang pahit. jalannya berliku dan beronak duri. itulah mahar yang perlu dibayar untuk mengecap syurga Allah yang indah. mari kita berusaha perbaiki diri! yang penting mulakan dengan niat yang baik, insyaAllah, Allah bantu kita =)
moga sama-sama mendapat manfaat.
beliau ^_^ |
0 Comments:
Post a Comment