Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, April 14, 2012

iFest@UTP-Heart for Islam #1

Assalamualaikum :)

flashback trip ke Perak lepas exam formatif  baru-baru ni. for the 1st time naik electronic train service(ETS) gi Ipoh. secara solo plak tu. jumpa sahabat ssp dulu, Eika Azman selepas 3 tahun tinggalkan ssp! yg pasti, program ni sangat best! n i met osemm people. syukran yaRabb, dpt juga peluang ikuti majlis ilmu gini. banyak slot yg best bersama-sama ustaz dan ustazah yg best. antaranya, ustaz zahazan, ustaz zaharudin, imam muda hassan, dr.farhan hadi dan ustazah fatimah syarha :)
sy akan cuba sedaya-upaya untuk berkongsi ilmu sepanjang program 2 hari tu. insyaAllah. :D

iFest @UTP(Heart for Islam)-slot 1: Adiwarna Perpaduan by Dr.Raja Iskandar (pensyarah UTP)

Mengharungi perjalanan selama 45minit dari bandar Ipoh-Tronoh yang sangat mendebarkan bersama sahabat ssp,bureaumate!---> Eika Azman. Perasaan berdebar,beronok-ronok. Maybe macam perasaan 1st time org pergi dating kot. Hehe sangat berdebar nak sampai UTP. Masuk universiti yang femes kot. Erm…dan yang pasti ada mandat yang cukup besar menanti….

Setibanya kitorang di UTP, eika dah awal-awal pesan “Imah, nak sampai ke dewan canselor tu kena jalan jauh tau.” Sy pun olrite aje. Bukan selalu datang UTP. Boleh la menikmati keindahan panorama UTP.ecece. Kitorang pun slow-slow jalan masuk UTP. Tiba-tiba ada satu kereta lalu pastu tengok kitorang macam kenal aje. Rupa-rupanya dia sukarela nak tumpangkan kitorang sampai depan, kebetulan diorang nak lalu jalan yang sama. Apa lagi, bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Jimat tenaga. Syukran YaRabb, hantar pasangan suami isteri ni tumpangkan kami....

Akhirnya sampai jugak dewan canselor. Cepat-cepat kitorang mendaftar n masuk bilik seminar. Masa kitorang masuk tu, Dr.Raja Iskandar dah mula program. Slot yang dinamakan “adiwarna perpaduan”. bg slot pertama ni, beliau cuba membawa para peserta seminar supaya berfikir… adakah kita menjadikan Islam sebagai cara hidup secara total, atau  sebagai ritual semata-mata? Umat Islam mesti berbeza dengan agama lain sebab kita adalah satu-satunya agama yang benar. Agama Islam berbeza dengan agama lain kerana kita mempunyai system yang complete dan terperinci. Lihat sahaja antara system Islam ialah politik, pendidikan,munakahat, sosial ,ekonomi dan sebagainya. Agama lain? Mereka tak mempunyai sistem tersendiri dan tidak complete seperti kita… 

Cuba kita renungkan sejenak..pada zaman Rasulullah dulu, baginda merupakan Perdana Menteri kota Madinah. Tp yang hebatnya, pada masa tu penduduk Islam di Madinah cuma 20% sahaja muslim. Selebihnya 80% adalah non-muslim. Mereka hidup dalam suasana harmoni dalam pemerintahan Rasulullah, dimana sistem yang diamalkan semestinya sistem perundangan Islam(daulah Islamiyah). So, cuba kita compare dengan negara kita. Pemimpin Islam, penduduk pun majoriti umat Islam. Tp, kenapa sistem Islam tak diamalkan? Bila sebut hukum hudud, pemimpin Islam sendiri menolak hukum ni padahal sudah terang lagi bersuluh, hudud wajib dilaksanakan sebab Allah dah sebut dalam Al-Quran… sistem Islam bukanlah pada hudud semata-mata. Jangan mendefinisikan Islam sebagai satu juzuk yang kecil.! terlalu banyak yang perlu diperbetulkan dalam sistem di negara kita. Banyak sangat kelompangan yang tidak kita sedari lantaran terlalu nyenyak berada di dalam comfort zone…..T.T

Kesimpulan daripada slot adiwarna perpaduan ni….kita sebagai umat Islam perlu celik dan bangun daripada lena yang panjang. Perpaduan dalam kalangan umat Islam perlu dikecapi untuk mengembalikan kegemilangan Islam sepertimana kita pernah mendominasi sati pertiga dunia satu masa dahulu. Memetik kata-kata Cik Eika azman “jadilah orang berilmu yang memimpin jahiliyah, bukan orang yang berilmu tapi berada dalam kepompong jahiliyah.”

Wallahualam….

cilop dr blog dr.eika azman :P


0 Comments: