Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Tuesday, July 2, 2013

nikmat nasi minyak::

salam alaikum :)

2 hari berturut-turut makan nasi minyak. tapi nasi minyak dekat sg.lar baru-baru ni paling mantop. dengan masak lemak labu dia yg best sangat. gabung dengan kari daging. plus, ayam goreng. kecur air liur kome wehhh... salam dengan mak pengantin. "makcik, terima kasih. sedap sangat lauk" "bagusla gitu. aok kawen nnti suruh deme(diorang) masak utk aok ye" hehe senyum :)


seronok tengok majlis kahwin ni. pengantin pakai cantik2. time akad paling sedih. ayah melepaskan anak perempuan pada sang suami. sayu je. masa hari menyambut pengantin, meriah dengan pelamin dan meja makan beradab. lauk-pauk yang beraneka dan dihias cantik. pengantin bergurau senda. ada yang malu-malu menjeling. bersalaman dengan para tetamu yang hadir. berkatnya terasa. nikmat nasi minyak dirasai.
melepasi angka 20-an, nampaknya saya pulak jadi bahan usikan makcik-pakcik. bila kata belum ada calon, diorang x percaya pulak. alahai. cikgu-cikgu pun sama. cakap sy tipu. hehe bila diorang tanya, tapi kita senyum aje, diorang cakap, "dah x lama lah tu". bila cakap tak ada, cakap kita tipu pulak. heee macam-macam lah. :) 


banyak lagi perkara yang saya nak fikir sebelum ke arah 'itu'. rasa diri belum layak yang teramat sangat. ingat  perkara senang ke? tanggungjawab yang berat! seriau kot dengar perkataan 'isteri'. title yang mulia. dan berat bagi saya. tapi orang cakap, sampai bila-bila pun kita tak akan rasa bersedia ye dak? tapi bagi saya, paling penting persedian dari segi ilmu. saya ada banyak lagi ilmu yang saya nak belajar. banyak buku lagi saya nak baca. banyak lagi majlis ilmu yang saya nak tadah telinga dan cerna. banyak lagi. bagi saya, inilah usaha saya ke arah 'itu'. permulaan mendidik anak soleh bermula sejak awal pemilihan bakal isteri  bukannya selepas lahirnya seorang bayi ke dunia. so, sangat besar kan tugas seorang isteri. 


ade jugak orang cakap, perempuan tak solehah boleh kawin dengan lelaki soleh. tapi lelaki tak soleh tak digalakkan kahwin dengan perempuan solehah. mungkin, sebab lelaki mendominasi kaum wanita. thats why lah kan? andaikata kita ditakdirkan berkahwin dengan seorang lelaki yang soleh, alhamdulillah. jika sebaliknya?? maka, amat penting bekalan sebelum berkahwin yang kita sudah sediakan. sedikit sebanyak dapat mempersiapkan kita kepada sebarang kemungkinan. 


taknak try and error sebelum kahwin?
bercinta sebelum kahwin?
for me, no such thing. bercinta yang diiktiraf adalah selepas akad. jatuh cinta tak salah. mengotori cinta tu yang salah. kita tak perlu takut siapakah jodoh kita, sebab ianya telah pun ditentukan oleh Allah SWT. dan apa yang perlu kita lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi perintah Allah dalam keaadaan penuh yakin bahawa ianya sudah ditetapkan. jodoh adalah perkara ghaib. dan Allah sahaja yang mengetahuinya. kita hanya mampu berusaha, dan bertawakal. berusaha dengan doa. dan mempersiapkan diri. 


Allah s.w.t berfirman: "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin:26)


banyak jugak cara lain yang disarankan dalam memilih jodoh. antaranya:-


1) menjadi orang baik, insyaAllah mendapat jodoh yang baik
seperti firman Allah dalam surah An-nur:26.
"perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia"


2) pilihan orang yang baik-baik 
contohnya pilihan daripada ibu bapa, cikgu, atau sahabat yang baik. (:


dan sebenarnya, kedua-dua cara ni pun boleh diaplikasikan serentak. tapi andaikata selepas kita berusaha jadi orang yang baik-baik, dan mendapat pilihan daripada orang baik juga, tapi calon yang dapat adalah sebaliknya. maka reda adalah sebaiknya. anggaplah ini satu ujian daripada Allah bagi mempertingkatkan darjat kita. sabar dan solat adalah sebaik-baik penolong :)

p/s: sekadar pendapat. wallahu'alam.

credits: http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

cah's wedding :)


0 Comments: