Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, May 11, 2012

selamat hari misi ::



Oh. siputih.
engkau dikenali dgn gelaran misi.
mereka seakan tahu kau punya 'misi' yg agung dlm pentas ini.

Oh. siputih.
kau bergelumang dgn darah, kotoran tercemar, radiasi
dan infeksi 
itu ini yang kau sentuh
nyawa kau tidakkah lebih berharga?

Oh. siputih.
kau ubati mereka dgn sentuhan
senyuman dan amalan kesihatan,
ya, sememangnya itu tugasanmu.

Oh. siputih.
ada antara mereka menyanjungimu,
dan ada jumlah yg besar memandang enteng kewujudanmu
malahan madu yang kauberi
onar yg mereka balasi
ya, itu kerana nila yg setitik.

Oh. siputih.
jangan kau hausi nilai dirimu dimata manusia
nescaya kau akan hampa
kau akan kecewa
kerana manusia itu bermacam sifat
mereka pendosa dan bukan malaikat
dan kau perlu sedar
kau bekerja untuk manusia , bukan malaikat.

Oh. siputih.
dalam pekerjaan menuntut kau bersama
bekerjasama sepasukan.
jangan kau bergerak sendiri
kelak tingkahmu songsang.

Oh. siputih.
bersabarlah wahai hati.
ikhlas lah walaupun payah.
senyumlah walaupun perit.
kerana nilaian Tuhan lebih utama.

Oh. siputih.
biarlah siapapun dirimu,
kau tetap perawat 
jika tidak kepada manusia sejagat,
kau tetap jururawat hakiki buat insan
bernama ayah, ibu,keluargamu dan teman-temanmu
kerana mereka sekali-kali tidak menyisihkanmu
malah merekalah yang paling dekat
dihatimu.

JP Fatimah bt Abdullah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
Sg.Buloh.
12 Mei 2012 @ 9.15am.

moga kita terus bekerja dgn penuh dedikasi.
moga kita terus bekerja dengan ikhlas semata-mata krn Dia.
moga rezeki kita halal dan berkat
moga Allah redho dgn kita.
insyaAllah. =)



Baca sampai habes >>

mengadap fesbuk berjam-jam::

Assalamualaikum. =)


syukur,alhamdulillah. ada idea nak menghupdate belog. almaklumlah, baru abes exam final sem la katekan. hehe ok, topik hangat harini. FACEBOOK. ::

majoriti kengkawan sy ada facebook, tp jangan tak tahu, ada je yang tak berminat pun nak ada account facebook ni. tapi tak ramai lah. my bestie, k.watie takda fb tau. puas pujuk suruh dia buat, tp alasan dia "taknak lah. akak & abang akak sama-sama takda fesbuk" (abang aka suami ) hehe so, dia ada alasan tersendiri. yang dah memang aktif berfesbuk ni, majoriti korang berfesbuk berapa jam sehari??? 4 jam? 6 jam? 8jam? 24jam? haaa? oh, korang memang tak sign out kan. *faham* ^^

saya? oh. kantoi. emm, dalam 4 jam dan lebih. teruk? hehe depends la. ada je hari yang tak on9 langsung. tp hari-hari memang nak on9 la rasanya. apa bestnya berfesbuk ni? bagi saya :-

1) best sebab kat fesbuk ada qist, teha, yunni, shu, wawa, ieka, orion girls, budak2 skmj,cikgu-cikgu, sedara-mara. fesbuk ni sebagai medium untuk berhubung dan untuk tau perkembangan semasa adik-bradik, kengkawan, cikgu-cikgu, malah saudara-mara seagama kita!

2)boleh tau isu semasa
-pelik-tak-pelik, walaupun tak membaca paper, tp update pasal isu semasa boleh kita tau melalui facebook. kan? sy tau isu syria pun melalui fesbuk dan diperkukuh dengan penerangan penuh smangat drp qist. hehe

3)menggamit memori lama
-boleh tau perkembangan sekolah dan segala yang berkaitan dengan memori silam lah. :P

4)info drp lecturer & berkaitan batch
-maklumat ni biasa diorang umum kat fb. walaupun bukan semua org hari-hari bukak fb. tp, sy pun tak paham, diorg tetap akan maklumkan dekat fb gak. so, kne selalu update la ngn grup batch.

5) perkongsian ilmu
-boleh berkongsi banyak benda. video, gambar, status dan bermacam lagi.
-subscribe lah ustaz2 yang best2 so that stiap update diorang kita boleh bace. so, taklah kita lagha sepanjang kite berfesbuk. ye dok?^_^

6) shopping? aha!
-yes, boleh shopping on9. paling kurang, cuci mata jela tengok barang2 yang best. =)

7)boleh jadi stalker
-yang ni tak berapa disarankanlah. eh, boleh kalau bertempat ok? contoh? boleh stalk aktiviti adik-beradik. dan ambil peduli lah. :)

8)boleh menghilangkan rindu dan membakar semangat. yeeehaa!
- no komen, no komplen. kalau dah rindu, bukak wall aje pun dah kurang sikit rindu. yelaa, duduk beribu batu, terpisah dek laut ntah apa nama ntah. fesbuk juga sebagai penghubung. wekkk :P
-pastikan gambar-gambar kt fesbuk menutup aurat. 1st condition okeh.huhu

9)dan macam-macam lagi

10)tak tahu nak kata apa lagi. :P

berfesbuk ada pro dan cons . terpulang pada individu. sy pun kadang-kadang terlalai juga. yelah, nama pun manusia kan? sama sama kite baiki diri ok? <3

tapikan . . . . .sejujurnya, sy bukan duduk menghadap fesbuk je. sy rasa sy lebih banyak menghabiskan masa membaca belog walking. mengusha lomo. dan aktiviti selain fesbuk. fesbuk menjadi aktiviti yang havoc hanya bila notification menyala. satuju tak? 

tuntasnya, kalau tengok org tu menghadap laptop, dengan broadband , janganlah cepat menempelak dia. "kaki fesbuk" "24 jam pegawai fesbuk" dan seumpanya. banyak lagi perkara yg lebih best daripada FACEBOOK. gunakan internet sebaik mungkin.

akhir kalam, 




p/s: sakit mata dan telinga kalo fesbuk dijadikan medium mengutuk sana sini.
tak puas hati, itu ini-begitu begini. =.=' maaf deh.

Baca sampai habes >>

Thursday, May 10, 2012

semalam yang takkan bertemu esok~

Assalamualaikum. =)


#sayyidul ayyam#

alhamdulillah. rasa nak nangis pun ada, kertas periksa semua dah setel dijawab. 5 subjek semuanya. boleh jawab tak?ehem. insyaAllah. walaupun banyak juga ragu-ragu, tp right now rasa tenang tu ada. cuma, tak boleh terlalu relaks sebab exam praktikal belum setel lagi. OSCE/exam praktikal. agak cuak sbb teringat midsem punye osce haritu hancuss. bandage terlepas dari tangan. siap kena bebel dgn puan lagi. *kenangan terpahit* insyaAllah i'm not going to repeat the same thing! better, insyaAllah :)

                         *      *      *      *      *      *      *      *      *     *    

oh. pejam celik pejam celik. setahun lagi nak habiskan pengajian. ada org kata "bestnya boleh kerja!" 
ehemm. ingat senang? makin banyak tanggungjawab nk kena pikul atas bahu. sekarang pun dah boleh rasa. bulan julai ni melangkah ke alam baru. alam apa? lepas ni sy akan bergelar 'kakak merah'. oh. tau nape? naik pangkat lagi. sekarang 'kakak biru' dah setahun jadi biru. dan ada lagi setahun untuk menjadi 'kakak merah' pulak. urgh.


                                                     *     *      *      *      *      *

(pejam mata, bukak.)

kejapnya masa tu berlalu.

setapak ke alam baru. 

tampuk baru. 

tak malu ke kalau iman pulak, 

ditakuk lama?

mendung. nak hujan. argh.. nk rintik2 dah.



                                      *      *      *      *      *      *      *      *     *    


kenapa? rasa jeles sangat ni. bro mane tah buat diri ni jeles sangat. ntah pape ntah. makin dibaca, makin jelesss. sobs. pernah dengar " angel pakai gucci? " dah lama dah dia bertapak dalam dunia blogger, tp baru dua tiga hari ni sy kenal dia. dan sy bersyukur sebab jumpa penulis blog yg osem macam dia. gaya penulisan yang gile kentang santainya. baru kenal, dia dah buat sy gile jelesss. sebab? terlalu banyak sebab . . . . 

wordless. fullstop.




Baca sampai habes >>

Tuesday, May 1, 2012

berpesta di gedung ilmu ::

Assalamualaikum =)

alhamdulillah. harini cuti! selamat hari pekerja! hye semua. sy tengah berehat sebentar selama 2 minggu daripada praktikal di klinik. alkisahnya, minggu ni minggu revision! wahh...exam dah dekat sangat ni. exam final sem 4 tau! cuak. cuak.

kelas semalam sangat 'hot' sebab kitorang mendapat pelbagai perkabaran yg kurang enak sekali. sepanjang praktikal ni, bermacam-macam kisah terjadi dalam batch. yg sedih, yang geram, yang masam, pahit, kelat. hurm..yg manis tade langsung pe cite nih?? naseb baek kelas revision best je. puan ade masuk & plus duduk sebelah k.miejah yg sengal. release gak stress. hehe

buku oh buku. banyaknye topik belum sentuh. ada 5 subjek semuanya. =.=' next week, starting from monday until friday. semua paper start pukul 8pagi. agak stress di situ. tp tak mengapa, banyak masa nak study kan?

oh, sebut pasal buku. sy pergi pesta buku ahad lepas! pesta buku antarabangsa kuala lumpur. bertempat di pwtc, kl. nak dijadikan cerita. sy beli 8 buah buku. 6 buku sy, 2 buku izzaty kirim :)
berapa byk duet abis? takpayah ckp la. 2minggu punya belanja abes. hee makan buku jela pasni. haha


buku-buku ustaz pahrol yg sy baru beli ialah:-
1)tentang cinta
2)nota fikir utk zikir
3)di mana Dia dihatiku
4)beduk diketuk



5) sebarkan cintaMu. dah lama nak beli, tp tunggu pesta buku. tak sia-sia tunggu pesta buku, sebab dapat 15% diskaun. (sepatutnya 25%, tp sebab tak bawak matrix card, dpt 15%. ada sikit tak puas hati, sbb kitorg outing memang kena tinggalkan kad matrik kt pondok pak guard.puas explain dkt cashier gerai PTS tu. mana aci kan? next year taknak tinggalkan kad matrik bile outing. nekad. haha)

6)men are from mars, women are from venus. dapat 15% gak. puas ati. hehe



7) contengan jalanan 
8)5tahun 5bulan 

by hlovate. dapat 25% diskaun. untung gile izzaty. sokmo kalo dia pesan buku, mesti dpt less banyak o. rezeki awk la zaty. bestnye. satu buku rm 15 je. berbaloi abes la!

shopping buku selama 2 jam.tu pun tak jalan abis. pastu dgr bual bicara 1 jam lebih. . syok dengar bual bicara kt pentas utama pwtc. dengar ceramah prof Dr.muhaya. bual bicara irma hasnie, yatt n ustaz rusdy. zikir oleh imam muda najdi. seronok sgt walaupun dtg pwtc sorang2.suka hati nak pegi mana. nak lama, nak cepat. hehe actually plan nk gi ramai2, tp at last, sume tak jadi. so lone ranger ajelah. takkan nk bergantung pd org je. ye dok? kat pwtc terjumpa k.ima. so balik sekali. overall, sgt puas hati sebab dapat pergi ke gedung ilmu. dpt masuk majlis ilmu scr tak langsung. walaupun duit abes, hati puas. =)

so, heppy sangat sebab sume wishlist dapat dibeli. setahun sekali aje kan. so, nk shopping sakan la. alhamdulillah. tak sabar tunggu pesta buku tahun depan pulak.! kumpul duet banyak2 ye. hehe

p/s: jumpa ustazah maziana(ustzah skolah rendah) dekat surau the mall. terus ustzh peluk. dah lama tak jumpa, heppy sangat!=D
erm,teringin nak buat mini library kat umah sendiri nanti. insyaAllah.
haa, exam paper 7-11hb mei. osce/exam praktikal 14hb mei. doakan tau!syukran awi.. =)

Baca sampai habes >>