Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, June 9, 2013

:)

saya rasa , saya dah terawal wish abah. 

apa-apa pun.

setiap hari adalah hari abah.

so, Abah, SELAMAT HARI ABAH! hehehe

Baca sampai habes >>

Abah yang dikasihi kerana Allah :)

salam alaikum ::


abah hantar dayah balik kuliah harini. col abah ....

saya: chotchetchotchet...
abah:  chotchetchotchet jugak....
saya: Abah! selamat Hari Abah!
Abah: (senyap)
saya: (abah ni dgr tak org wish ni?)
abah:  chotchetchotchet lagi (sambung carita pasal menda lain.)
saya: chotchetchotchet lagi jugak (-.-)

Abah saya :-

Abah berbadan sasa. berkulit gelap. berjanggut putih. hampir semua rambut nipis abah juga putih.jarang senyum. umur abah 66tahun. kalau orang tanya siapa yang saya paling takut selepas Allah, semestinya saya akan cakap "Abah saya". 

Si Fulanah: kenapa fatimah takut Abah?sebab apa? 
Fatimah: abah saya garang....
Si Fulanah: garang macam mana ye? 
Fatimah: abah selalu marah saya... 
Si Fulanah: marah sebab apa? 
Fatimah: macam2 sebab la... 
Si Fulanah: Fatimah buat salah?
Fatimah: emmmmm.
Si Fulanah: memang patutlah abah awk marah, sebab awk buat salah.
Fatimah: zraappppp. (bunyi koyak dan rabak)

abah tak pandai nak sweet2. dulu, takut nak cium abah. seingat saya, masa besar ni, start cium abah lepas dapat abang ipar ke-2. Abang Soleh memang happy-go-lucky. suka melawak dgn semua orang. abah pun layankan aje. everytime dia salam abah, mesti akan cium dan peluk abah. start pada tu kot saya mula cium abah semula. mula ada kekuatan. bukan tak pernah nak cium abah lepas salam, tapi TAKUT abah akan refuse atau ignore. nyata pemikiran negatif sy meleset sama sekali. sobs3. (kesat hingusss).

abah...kenapa abah tak tunjuk yang abah sayang anak-anak abah?abah tak peluk, tak cium? macam ayah2 orang lain...soalan ni pernah membelenggu saya.

saya: Abah, selamat hari lahir. moga panjang umur, murah rezeki.
Abah: em. abah tak reti. 
saya: (speechless)

abah bukan tak sayang. saya tahu. abah cuma tak reti.

Abah....sayang abah sangat2... terima kasih sebab abah marah dan tegur anak abah ni. kalau tak, ntah-ntah anak abah ni tak jadi orang sekarang ni. terima kasih sebab abah cari rezeki utk kami semua anak-anak abah. majoriti anak abah 'sihat'. cukup makan, malah terlebih. alhamdulillah. dulu, mungkin abah impikan anak abah ni jadi doktor. tapi anak abah jadi misi pulak. tapi anak abah ni tahu, abah tetap bangga dengan anak abah kan? bila orang tanya pasal anak abah, abah akan cakap "ini misi". anak abah ni janji, akan usaha jadi insan yang terbaik dan membanggakan mak dan abah. insan yang terbaik adalah insan yang bermanfaat pada orang lain kan? insyaAllah anak abah akan bergerak ke arah itu... anak abah akan ingat pesanan abah, insyaAllah.
abah pesan:-

senyum walaupun terbeban dengan masalah. 
jangan campurkan hal peribadi dengan kerja.
sambung belajar dan berkembangkan kerjaya. 

insyaAllah abah...doakan anak abah berjaya dunia akhirat....

sayang Abah kerana Allah..... (:






Baca sampai habes >>

Sunday, December 30, 2012

smile::


salam alaikum! ^_^

bukan senang nak bergambo ngn abah :D

Qurratul 'ain kacau deeja.huhu


suka gamba diatas so much! :)

Baca sampai habes >>

Saturday, June 16, 2012

daripada hati, untuk hati jua ::

Salam Alaykum. =)
Selamat Hari Bapa. buat cinta hatiku, selamat hari Abah!^_^

Puisi kasih buat Abah.

Dia adalah Abah,
satu-satunya ayahku.
cinta hatiku. intan payung.
pengarang jantung.

Abah yang dikasihi,
ingin sekali kuluahkan
kasih sayangku pada abah takkan mungkin surut
malah makin hari semakin ku sayang
makin cinta sedalam-dalamnya.

Abah yang dimuliakan Allah,
terlalu banyak jasa dan budi abah berikan
takkan mungkin kami balasi
sekalipun dengan segunung intan permata.

Abah tersayang,
kegagahanmu, ketabahanmu, kecekalanmu
menjadi sumber inspirasiku untuk berjuang
pada sebuah perjalanan yg panjang
sejak aku masih mentah lagi
hingga kini aku sudah dewasa
membesar di atas jasamu.

Abah yang dicintai,
makin celik mataku melihat dunia
makin bertambah kecintaanku kepadamu
kerna abahlah guru paling agung
mengajarku supaya tidak buta
baik buta mata
mahupun buta hati.

Abah habibie,
terima kasih atas segala-galanya.
mengajarku kenal Pencipta,
melengkapi keperluanku
mendidikku dengan penuh kesabaran
menegurku dengan caramu yg bukan cara orang lain.

kusayang abah...kucinta abah selama-lamya....


****************************

Abah.......

"abah, nak makan lamb chop x? kambing ni bah." abah senyum. manis sekali. 

"abah, harini hari jadi timah. ada ape2 ucapan tak bah?" abah pun jawab, "emm, abah tak reti."
saya tergelak sendiri.

"abah, timah praktikal kt hkl sebulan. tlg doakan praktikal bjalan lancar ye" 
one message received "moga diperkenankan"

"dah makin muk la awak nie. kurangkan makan ayam. senam lebih sikit. " erk, "ye bah..."

"abah, pointer dah klua" then, abah tanya "naik ke turun?"

"jangan berjaga malam. pagi susah bangun" hee. abah paham sgt.

"abah, spm lagi sebulan." abah cool je... "lama lagi tu..."

"abah, kawan timah ramai dah fly" jawapan abah nak sedapkan hati, "kalau awak dapat fly pun, abah tak bagi pegi.."

"keluar naik ape tu?teksi?" errr "naik moto dengan kawan.." terus abah ingatkan.. "awak tak ingat abg awk accident dulu? abah dah tak sanggup...." "tuttttttt...."

"kalau boleh nanti cari orang dekat" er... "abah carilah orang dekat yg mane satu." jauh abah pikir.

"abah kalau boleh taknak awk kerja shif. tinggal anak, suami" erm. terkedepannya abah....



***************************


abah: kacak bergaya disamping cucu dan kekasih halalnya :)

insyaAllah daripada hati, untuk hati jua.
-anak mak Abah-
17 Jun 2010 : 1.24am

Baca sampai habes >>

Saturday, June 11, 2011

"abah saya garang"


salam alaik anda sume :D

yeah!dah banyak kali dalam bulan ni orang asyik tanye saya, "Father's day bila ea?" sampai otak dah abes cerna yg father's day tu jatuhnye 19Jun. hehe

Ini kisah tentang buah hati saya. dari kecik, sampai besar, dia sentiasa ade masa saya susah dan senang. dia HEBAT. dia ialah ABAH!

Masa kecik2 dulu, bila nk buat menda jahat, jarang la nk ingat Allah memandang, malaikat mencatat amalan... tp, 1st sekali terdetik kat otak ni, -----> nanti abah marah!abah garang!
tak tipu, abah memang garang! tengok muka pun tau kan? memang slalu nangis sebab kena marah dgn abah. kecik hati dgn abah pun pernah. tp, nak melawan ckp abah memang takut la.serius!

Banyak benda yg abah sekat, kadang2 rase abah mengongkong. rase diri tu dah besa sangat, padahal, akal tu dangkal sangat nak di bandingkan dengan abah yang dah makan garam lebih dari diri ni.

Abah suka cakap serius. jarang nak nampak abah senyum, sbb tu 1st impression org bila jumpa abah, mesti ckp , "weh, abah kau garang." tapi korang tak tau, abah tu sweet orgnye. baik hati dan hensem. ;)orait, mari buktikan.

Abah semasa minggu exam
- tiap2 kali balik exam, abah akan tanye,
Abah : "Boleh buat tak exam?"
saya : Susah la bah...
Abah : Ape yg senang?
Saya : hee (sambil t'sengih..)
Abah : susah tu boleh jawab x?
Saya : er,.boleh la...(dengan nada tak yakin)

see..abah memang caring. tiap2 hari akan tanye, sampai la exam abes...dan kecik2 dulu, makan satay adalah pekara special dalam hidup ni.tau sbb ape? masih ingat lagi, lepas result upsr, pmr, abah tak miss belanja satay kat Restoran Rokiah Satay. itu menunjukkan abah hargai kegigihan saya. abah saya sweet, tp saje tak nak tunjuk.kan?
hipotesis accepted: ABAH SAYA SWEET

Baca sampai habes >>