Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, June 22, 2012

my 1st day of high school =)

salam alaykum :)


seperti yang dijanjikan, saya nak mula cerita tentang kenangan kat skolah menengah. aih. kenangan terindah yang takkan berulang lagi., tp yang penting ia tetap segar dalam ingatan. watak-watak yang bakal disebutkan dalam cerita ini adalah insan yang penting dalam hidup saya. moga Allah rahmati mereka walau dimana mereka berada. =)

************************

1st day melangkah ke sekolah seri puteri cyberjaya.  bersama-sama mak abah, ngah dan abg sopi. tak dilupakan aman yang masih kanak-kanak ribena masa tu. hari yang indah,takjub jugak rasanya sebab masuk je pagar sekolah, tersergam indah! O,o besarnya, sekolah ke hotel ni?

setiba di lobi sekolah, terkial-kial jugaklah nak cari mana tempat mendaftarnye. tiba-tiba, ada sorang insan ni tegur saya. dia pun perkenalkan diri dia sebagai K.TINIE, form 4, rumah sapphire. dia ialah college sister(CS) sy. takat tu je yang saya tau pasal k.tinie. dia lah yang memudahkan proses pendaftaran sy pada haritu. tunjukkan selok-belok sekolah. melawat kelas, koperasi, surau dan hostel. sikit sebanyak, hati ni lega dan rasa selamat ada k.tinie. dialah insan pertama yang saya kenal kat ssp. so, no wonder lah saya sayang gile kat dia, kan?hehe :P

selesai urusan pendaftaran, destinasi terakhir ialah hostel. k.tinie tunjukkan dorm sy. Hibiscus 1 bay 1. dan sy ditempatkan di rumah RED HOT RUBY. saya pun  tak paham, apesal ade rumah RUBY(merah), TOPAZ (kuning), EMERALD(hijau) dan SAPPHIRE(biru).? seriosly tak paham. rupa-rupanya, kat ssp, diorang gunakan sistem merit rumah. markah koko dan koku serta sahsiah di ssp semuanya diambil kira. dan semuanya akan di update dalam sistem rumah. merit dan demerit. OH. perkara yang paling menakutkan di ssp, ialah DEMERIT.=tolak markah. apekebenda tu? kenapa ia paling menakutkan?haaaaa, later sy story.

em. lepas setel parking barang kat dorm, tibalah masanya untuk mak abah cakap babai. phewww. tahan jela rasa nak nangis tu. keraskan hati gak. seb bek macho, mmg tak nangis pun. HAHA *riak. lepas salam-salam tu, mak abah pun balik. sekian. bermula lah kehidupan 'berdiri-atas-kaki-sendiri'. termenung seketika dalam dorm. dalam dorm HIB 1 ada tiga bay. satu bay ada 12 katil. 11 orang juniors, dan seorang senior sbg ketua. sedang termenung seketika, tiba-tiba datang seorang minah-mulut-kepoh menegur saya. namanya AMIRA AMALINA. yup, dialah budak batch sy yang pertama sy kenal.

amira: nama siapa? orang mana?
saya: Fatimah. dr raub, pahang.
amira: sy takpernah ada kawan nama fatimah. nak panggil apa eh?
saya: panggillah apa-apa. fatimah pun boleh.
amira: em. panggil IMAH ye?
saya: tak kesah. ok je.

so, macam tu lah saya dapat nama IMAH. its from A'a. amira amalina azmi. :)
dan haritu jugak sy kenal insan-insan yang masih berwajah suci lagi murni.

ketua dorm: k. saadah.
baymates: 
shuhada abdullah-bedmate
huda shukor
jannah hambali
fadzleena najib
aziera tarmizi
syuhada talib
amira amalina
adani ishak
dayah

macam-macam kenangan masa form 1. kena lecture dengan seniors. kena iron baju. jemur baju. amekkan air panas untuk senior. kena suruh pegi cafe. tapau food kat DM. kena hafal nama seniors. hafal lagu cheer house. kena cuci toilet. kena nyanyi mintak maaf kat fountain. tak boleh makan dalam dorm. tak boleh duduk atas bedspread. pegi dorm senior pakai tudung. kena bagi salam kat senior. dan macam-macam lagi. hahaha.

apa lagi eh? will be continued =)

hostel life......




Baca sampai habes >>

Sunday, June 17, 2012

rindu sekolah::

salam alaykum =)


salam israk wal mikraj. harini best! gi kenuri dpn rumah n malam dengar ceramah kat masjid abu bakar as-siddiq. penceramah best sgt2! sumpah tak tido. dgr ustaz tu bagi ceramah, terbayang pulak suasana kat surau sekolah dlu. rindu. rindu. rindu. !

tadi, dayah kmz mesej ajak datang sports day. 23rd june. alahai, akak kat umah ler cik adik. hurm. teringin sangat nak pergi skul. dah lama tak jejak kaki. dah lama tak rasa suasana sports day ssp! seriuosly, even dah merantau kat kolej pun, still, event yang ssp anjurkan tetap no.1 gempaknya. tak tau lah kalau sy sorang je rase macam tu. hee ermm. rindu.

tetibe, rasa macam nak cerita pasal ssp. yang kalau cerita pun, memang takkan habis. daripada zaman sy junior. sampai jadi super duper senior. akan update soon. insyaAllah.

 urgh. rindukan kenangan!

rindu. rindu. rindu. :'(

last time visit skul.
Majaka 2011 wif mash. :)

Baca sampai habes >>

Saturday, June 16, 2012

daripada hati, untuk hati jua ::

Salam Alaykum. =)
Selamat Hari Bapa. buat cinta hatiku, selamat hari Abah!^_^

Puisi kasih buat Abah.

Dia adalah Abah,
satu-satunya ayahku.
cinta hatiku. intan payung.
pengarang jantung.

Abah yang dikasihi,
ingin sekali kuluahkan
kasih sayangku pada abah takkan mungkin surut
malah makin hari semakin ku sayang
makin cinta sedalam-dalamnya.

Abah yang dimuliakan Allah,
terlalu banyak jasa dan budi abah berikan
takkan mungkin kami balasi
sekalipun dengan segunung intan permata.

Abah tersayang,
kegagahanmu, ketabahanmu, kecekalanmu
menjadi sumber inspirasiku untuk berjuang
pada sebuah perjalanan yg panjang
sejak aku masih mentah lagi
hingga kini aku sudah dewasa
membesar di atas jasamu.

Abah yang dicintai,
makin celik mataku melihat dunia
makin bertambah kecintaanku kepadamu
kerna abahlah guru paling agung
mengajarku supaya tidak buta
baik buta mata
mahupun buta hati.

Abah habibie,
terima kasih atas segala-galanya.
mengajarku kenal Pencipta,
melengkapi keperluanku
mendidikku dengan penuh kesabaran
menegurku dengan caramu yg bukan cara orang lain.

kusayang abah...kucinta abah selama-lamya....


****************************

Abah.......

"abah, nak makan lamb chop x? kambing ni bah." abah senyum. manis sekali. 

"abah, harini hari jadi timah. ada ape2 ucapan tak bah?" abah pun jawab, "emm, abah tak reti."
saya tergelak sendiri.

"abah, timah praktikal kt hkl sebulan. tlg doakan praktikal bjalan lancar ye" 
one message received "moga diperkenankan"

"dah makin muk la awak nie. kurangkan makan ayam. senam lebih sikit. " erk, "ye bah..."

"abah, pointer dah klua" then, abah tanya "naik ke turun?"

"jangan berjaga malam. pagi susah bangun" hee. abah paham sgt.

"abah, spm lagi sebulan." abah cool je... "lama lagi tu..."

"abah, kawan timah ramai dah fly" jawapan abah nak sedapkan hati, "kalau awak dapat fly pun, abah tak bagi pegi.."

"keluar naik ape tu?teksi?" errr "naik moto dengan kawan.." terus abah ingatkan.. "awak tak ingat abg awk accident dulu? abah dah tak sanggup...." "tuttttttt...."

"kalau boleh nanti cari orang dekat" er... "abah carilah orang dekat yg mane satu." jauh abah pikir.

"abah kalau boleh taknak awk kerja shif. tinggal anak, suami" erm. terkedepannya abah....



***************************


abah: kacak bergaya disamping cucu dan kekasih halalnya :)

insyaAllah daripada hati, untuk hati jua.
-anak mak Abah-
17 Jun 2010 : 1.24am

Baca sampai habes >>

Friday, June 15, 2012

Oh ujian. Oh sabar ::

Salam Alaykum =)

hari sabtu yang bahagia. harini, mak dan abah ke kajang sbb anak tok aka pak sedare muda ku bertunang. pak sedara muda? yupp, sebab x silap anak tok tu umo dia awal 20-an kot. bab salah silah keluarga ni payah kalau nak dibentangkan. cuma, kalau dalam family mak, sy selalu jd terlebih muda. sebab, pak sedara paling kecik setakat ni, tadika pun ada. berbeza dgn side abah. dah jadi terlebih tua pulak! dah ada cucu pun. weee~ segan saye. special kan?

***************
terasa bagai nak berkata-kata bab ujian. sabar. dan.....

UJIAN. TEST.er, ujian bunyinya datang dari Allah. test bunyinye macam nak amek exam! erk.
tak ke dua benda tu sama? buta menilai. sobs~

Ujian ada dimana-mana. baik di tempat belajar, meskipun di tempat seindah dan seaman rumah.
ujian datang dalam pelbagai bentuk. daripada sekecil-kecil ujian, sehingga sebesar-besar ujian.
ketika ujian melanda, teman apakah yang paling baik kita dampingi? ye, SABAR lah sebaik-baik teman.

erm. bila sebut bab sabar. aplikasi tak sesenang mulut menyebut. kat mana-mana pun kita berada hidup ni pasti dilanda ujian Allah. dan semestinya dengan mempunyai benteng kesabaran, pasti ujian yg kita hadapi melalui jalan yang agak cerah dan bercahaya. meskipun cahayanya malap, ia masih mampu menyuluh pandangan yang agak kelam dek ujian yang mendatang. Oh, ujian. Oh, kesabaran. 

ujian...ujian...payahnya nak bersabar. rasa nak marah je. waaaaarrgghhhhh!!!

bagaimana nak bersabar ye?

firstly, apabila kita ditimpa sesuatu ujian/musibah atau mungkin juga sesuatu nikmat, kita perlu tanya pada diri sendiri, " Apakah pelajaran di sebalik semua ni?" pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu., maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. 

kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup adalah 'mehnah' yakni didikan terus drp Allah.
mereka brpendapat bahawa, apa saja yg berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus drp Allah. jika manusia tak mampu dididik melalui didikan terus drp Allah (mehnah), maka manusia tersebut takkan dapat dididik lagi oleh sesiapapun.... Allahurabbi...
so, kena betulkan pemikiran kita dahulu. bila pemikiran kita dah di formatkan dgn betul, maka insyaAllah tindak-tanduk seterusnya pun bakal membuahkan hasil yang positif =)

bagi saya, untuk melahirkan sesuatu yang positif, tak kira dalam apa jua aspek, pemikiranlah yang paling utama untuk diperbetulkan. then, secara tidak langsung NIAT kita terus diperbaharui. 

sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. so, lets TAJDID(perbaharui) our niat LILLAHI. :)

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. - Hadis Arbain no.1


indahnya. :(


p/s : jari hala pada diri sendiri. sukarnya nak bersabar.... T_T

Baca sampai habes >>

Sunday, June 10, 2012

di setiap gambar, ada lagu :)

Assalamualaikum :)

let the picture tell the story.
oh. i'm currently at home.
alhamdulillah :)

Baca sampai habes >>

Saturday, June 2, 2012

praktikal sem 4 #part two


Assalamualaikum ::

pagi yang ceria. alhamdulillah. perut berbunyi sudah. ngap kerepek, sebab tu je yang ada dlm stok. sobs.
erm, ok. pagi yang segar lagi menyegarkan eloklah kiranya saya menyambung cerita seterusnya. kali ni pasal KLINIK pulak. ye, sebulan di klinik ibu dan anak/mch. macam-macam benda baru. seyess.

buat kali pertama kitorang kena posting kat klinik ibu dan anak. kitorang semua berdebar sangat dan excited la kononnye. bhahaha hari pertama, bas yang hantar kitorang datang agak lambat. memandangkan kitorang share bas dengan budak sg.buloh, so pakcik hantar diorang dulu. then, barulah kami bertolak ke kuang-kuang-kuang. setibanya di klinik, kitorang disambut mesra oleh akak PPK(pembantu perawatan kesihatan). then, sister datang dengan penuh senyuman. 1st impression yang sangat positif. lepas breakfast, kitorang diberi taklimat tentang klinik oleh sister hakiki. (sebab ad 3 sister kt klinik. hik)

1st day, sangat lah blur. takut nak buat prosedur. serba-serbi takut. urgh. macam-macam lah kitorang kena utk 2 minggu yang pertama. kalau disuruh sy memberi bintang, keramahan staf hanya dapat 2 bintang per sepuluh. sangat tak seronok! kitorang seolah-olah kurang diberi peluang untuk belajar. bila kami lakukan kesilapan, cemuhan yang kami dapat. ini kami rasakan tidak adil untuk kami yang baru belajar. even orang kuat klinik, seolah-olah tak merasakan kewujudan kami adalah bermakna bagi mereka. sangat kesal di situ. hurm. adat orang belajar, akan melakukan kesilapan. normal lah kan? kadang-kadang tertanya-tanya gak, diorang expect kita ni pandai serba-serbi ke? diorang takpernah jadi student ek? apa perasaan diorang kalau anak diorang di 'treat' macam nie? 2 minggu yang sangat stress. then, kitorang rest 2 minggu untuk beri laluan kepada minggu study dan exam final sem. rasa lega yang amat sangat dapat lari drp klinik. bhahaha
2 minggu yang terakhir. semuanya seakan telah berubah. macam masuk ke tempat yang baru. keramahan staf telah berubah sebanyak 8 bintang per sepuluh. alhamdulillah ! seakan tak percaya. peluang demi peluang diberikan. apa lagi? sangat seronok dan syukur. antara aktiviti kami ialah:-



BOOKING/ BUKA BUKU MERAH


kalau ibu tu dah sah mengandung, maka dia perlu bukak buku merah ini! sangat penting sebab buku ini akan dijadikan bahan rujukan daripada mula dia mengandung, sampai lah dalam proses berpantang. perlu dapatkan sejarah kehamilan lepas, sejarah medikal keluarga dan sebagainya. 



PEMERIKSAAN IBU HAMIL
this part memang best. pemeriksaan fizikal memang kitorang belajar. tp, bab kena palpate perut ibu memang tak belajar, sebab kitorang bukan student Jururawat Masyarakat. so, kitorang belajar basik sangat tentang antenatal/jagaan ibu hamil ni. tp, best sangat. sister liza ajar macam mana nak cari fetal back, kepala, ukur fundal height dan dengar fetal heartbeat dengan menggunakan doppler. subhanallah! sangat amazing dengar degupan jantung fetus. waaaaa. sangat takjub. ada manusia dalam perut manusia. tengok dia gerak-gerak. er, speechless. hebat sangat aturan Tuhan. T.T
mula-mula palpate dari bawah ke atas. cari kat mana bahagian fundus




daripada fundus, ukur sampai simphis pubis


dah palpate dan jumpa fetal back(bahagian rata), then letak jel.
taruk doppler kat bahagian tu. sampai dengar  bunyi degupan jantung dan bacaan kat skrin tu.. pheww.


ANTROPOMETRI

antropometri ataupun pengambilan berat, tinggi,panjang, lilitan kepala dan lilitan dada kanak-kanak/bayi. untuk yang bertugas mengambil antropo, dia kena jaga kaunter depan. bila patient datang, dia akan serahkan buku kesihatan anak. then, kita kena cari buku 'pendua'(buku B) dimana buku itu disimpan di klinik. macam mana nak cari buku pendua tu? caranya, ambil 4 nombor terakhir dalam i/c ibu. tengok alamat. dan cari lah di sudut penyimpanan rekod pesakit. sangat berpinar mata. haha

bila dah dapat buku B, boleh panggil kanak-kanak/bayi untuk ukur.
timbang berat bayi. kena tanggalkan semua pakaian.
ukur panjang bayi. kepala rapat ke pengukur dan kaki lurus.
ukur lilitan kepala.
ukur lilit dada




PEMBERIAN  SUNTIKAN IMUNISASI

kitorang berpeluang bagi injection dekat sekolah dan klinik. bagi kanak-kanak sekolah, kitorang bagi injection untuk budak tahun1, dan tingkatan 3. saya cuma berkesempatan bg injection untuk budak tahun 1.. di sekolah juga kami lakukan pemeriksaan fizikal. kalau terjumpa kanak-kanak yang tidak mempunyai BCG scar, kita akan rujuk dia dan bagi tarikh untuk appointment injection BCG. sama jugak dengan budak tahun 6. cuma yang berbeza, budak tahun 6 kita akan lakukan pemeriksaan tulang belakang untuk kesan scholiosis. dan pemeriksaan rabun warna(ishihara test) untuk budak lelaki. takda suntikan imunisasi untuk budak tahun 6 melainkan BGC scar takde.

bukan senang nak cucuk budak-budak ni. macam-macam karenah. siap kena terajang, bersilat (tipu), nak cucuk tu. ishk3.
antara suntikan yang kitorang bagi :-



PENILAIAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN

kitorang kena buat P&P kanak-kanak/bayi 0-6tahun. untuk kesan sebarang masalah bayi/kanak-kanak. tengok p&p sejajar dengan usia atau tak. kalau ada sebarang masalah, kita akan rujuk kepada doktor.


antara tools untuk P&P
(kiub warna-warni, kelentong, red yarn)

kitorang kena hafal perkembangan bayi/kanak-kanak. contoh, 1 bulan ada grasp reflex, rooting reflex dan moro reflex. 3 bulan dan boleh angkat kepala. 6 bulan dah boleh duduk dengan pertolongan. 9 bulan mula merangkak, 1tahun boleh jalan dengan dipimpin. 2 tahun boleh berlari dan sebagainya..... kalau perkembangan kanak-kanak/bayi tu terlalu lambat kena rujuk kepada doktor. disinilah peranan nurse sangat penting. andaikata sepatutnya boleh detect awal, sebarang masalah tu jugak boleh diselesaikan pada peringkat awal. contoh, kepala teleng/torticolis. atau mata juling dan sebagainya...

LAWATAN KE RUMAH

melawat ke rumah adalah aktiviti rutin harian staf. mengikut zon yang dijaga. masing-masing ada tanggungjawab ke atas kampung masing-masing. saya berpeluang mengikut sister liza dan jm lisa melawat kampung mereka. melalui lawatan ke rumah ini, sy dapat lihat pelbagai taraf sosio ekonomi keluarga di dalam kawasan kuang-kuang-kuang. tapi itu adalah secara tidak langsung. matlamat utama lawatan ke rumah adalah mengikut jenis lawatan yang dilakukan. antara lawatan yang dilakukan ialah lawatan ibu hamil, ibu post-natal, keciciran imunisasi kanak-kanak, lawatan warga emas , lawatan kanak-kanak khas dan sebagainya. kebanyakan lawatan yang sy pergi ialah lawatan ibu post-natal/ selepas melahirkan anak. kita akan check ibu dan anak. tengok sama ada baby ada kuning lagi atau tak. timbang berat pada hari ke 10. dan beri pendidikan kesihatan berkanaan mandi bayi, jagaan tali pusat, senaman pelvic floor(untuk kuatkan otot pelvik) dan lain-lain.

kesimpulannya,

macam-macam pengalaman baru. dan ianya sangatlah berharga. terima kasih kepada semua pihak yg sudi mengajar. moga Allah balas jasa baik kalian :)


suka-duka diharungi bersama.
(JP Balween, JP Mimi JP Hanim JP Khairiah, JP Khairunnisah, JP Azahrah n me.)

Baca sampai habes >>

praktikal sem 4 #part 1

Assalamualaikum :)


oh. seperti yang dijanjikan. eceh. nak ceritalah tentang posting sepanjang sem 4 nie. overol, best! new experiences, with great people. alhamdulillah. semuanya datang dari Allah. tkasih yaRabb atas perasaan bittersweet itu. :)

untuk sem ni, kuliah kitorang selama 2 bulan. dan praktikal juga 2 bulan. diselit-selit dengan exam formatif dan summatif. plus minus cuti. melaghaaa. cukuplah satu sem. tak sangka sem depan dah melangkah ke tahun akhir. genap lagi setahun, sy akan melangkah ke alam baru. 'alam penuh tanggungjawab'-kerja. dan meninggalkan dunia 'hoyeah-hoyeah'. dunia bergelumang dengan buku. argh. memikirkannya dah buat sy rase tak sanggup. huk. :(

erm. ok, 1stly, untuk bulan yang pertama, grup saya ditempatkan di hospital. seperti sedia maklum sy ditempatkan di 'hospital dihatiku' lahh. buat julung-julung kalinya kami ditugaskan untuk bekerja shift malam. walaupun pernah kerja shif malam masa sem2 (atas sebab yg tak dpt dielakkan), namun perasaan excited tu tetap ada. hihi erm, untuk 1st week, grup saya dah kena shift malam. kena pulak wad paling busy di 'hospital dihatiku'. medikal perempuan. kerja seronok sangat! staf sangatlah ok. tapi. sobs. ada pulak 'tapinya'. rase teruji sangat kerja malam. mengantok. waaa. macam manalah kalau dah masuk 'alam penuh tanggungjawab' nanti kan? 

sepanjang 2 bulan tu, sy kena kerja shift malam sebanyak 4 hari je. lain2, kerja normal lah. shift pagi dan petang. antara wad yang saya masuk, medikal perempuan, medikal lelaki. surgical lelaki, dan ortopedik perempuan. tak dapat dilupakan, sister wad ortopedik(P) sangat best,kelakar. will miss u, sister!

antara cross(tugasan dalam buku log, perlu sign puan. markah untuk masuk exam), adalah :

- bandaging(figure of eight, stump, reverse spiral, dll)
stump bandaging
-pemeriksaan capillary blood glucose level monitoring
for diabetic patient


-membantu pemasangan plaster of paris(POP)

long leg cast

-membantu pemasangan skin traction




-kalibrat alat penimbang

-antropometri(ukur tinggi,panjang, berat, lilitan kepala dan dada bayi/kanak2)


- dan lain-lain

dalam melengkapkan cross ni, macam-macam ujian dan halangan yang perlu kitorang lalui. bukan senang nak cukupkan 100% cross tu. tambah-tambah lagi, tangan ni tak brape nak kreatif balut bandage pesakit. ada jugak membe sy kena 'decross' sebab buat bandaging tak cantik. syukur tak kena macam tu. huk.


alhamdulillah. sem 4 seronok... harapnya, pembelajaran dlm sem 4 akan sentiasa diingati sampai bila-bila. insyaAllah ^^

next post : posting di klinik :P



Baca sampai habes >>

Friday, June 1, 2012

sy dah bersara drp klinik ibu dan anak/mch ::

Assalamualaikum. :)


alhamdulillah. tamat sudah praktikal di klinik, secara tak langsung menutup tirai praktis klinikal bagi tahun 2 semester 2. juniors semua dah balik. dan yang masih terkapai-kapai kat  hostel ni, for sure la batch nursing sem 4. course lain takyah cakap la, awal-awal lagi semua dah check-out. as usual, nursing memang suka jadi penunggu kat hostel ni. sobs.~

next week, kitorang ada vocational posting/buat kerja amal? sy pun tak brape nak sure how the vocational posting suppose to be, but pretty sure it is like a charity event. k.ima text me dis morning telling that i'm going to do my vocational posting at Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Sri Kundang, Rawang. again, rawang. huhu hopefully everything going smoothly. insyaAllah. we,do plan. Allah plans. and The Best Planner will always be Him :)

last but not least,

sudah tak sabar nak balik umah.! cuti 3 minggu. nak manfaatkan betul2. heh.

Baca sampai habes >>