Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, December 31, 2016

Tahun Membesarkan Anak

Assalamualaikum.

2016 bakal pergi dan 2017 bakal menyusul.
Terlalu banyak kenangan suka duka. Tapi tahun ni memang mostly dengan anak dan keluarga. Tengok anak membesar depan mata. Alhamdulilah dah masuk 1tahun 1bln. Tak sabar nak tunggu Farisya berjalan. Hehe boleh teman mama shopping ๐Ÿ˜‰

Tahun ni jugak merasai pengalaman menyusukan anak. Betapa gigihnya bangun awal pagi untuk pam susu. Minum air banyak. Makan supplemen. Sempatlah 11 bln Farisya merasa susu mama. Pastu dah xda. Wuwuwu. Sedih la cakap pasal ni. Ok titik.

Baru2 ni abah operate kt Hkl. Pengalaman ke 2 abah operate. Before ni buang cataract kt Hospital Sultan Mizan. Kira ni 2nd time lah. Buat op TURP. Diagnosis BPH. Before op tu dlm 2 bln juga on CBD kat rumah. Sekarang dah boleh dah pass urine normal, cuma kadang2 bleeding. Harap abah cpt sembuh. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ 

Pecah rekod tahun ni sebab MC sebanyak 20 hari babe. Hahaha Rejeki ke ape ni? Waduh2. Masa awal tahun kena chicken pox dan dapat mc 10 hari. Tengah tahun sakit mata dan dapat mc 9 hari dan 1 hari mc sebab demam. Mudah-mudahan Allah beri kesihatan yang baik pada tahun mendatang. Insyaallah.

Untuk penutupan tahun 2016 ni Farisya diserang measles. So mama abah ang Farisya kena perintah berkurung lah nampaknya. Mujur cuti. Cepat sihat ye anak mama. 



Mudah-mudahan 2017 memberi sinar yang lebih bercahaya. Moga Allah berkati setiap langkah kita. Mari cari reda Allah ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜


0 Comments: