Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, August 31, 2012

reunion batch SkmJ::

salam alaikum =)

riang-ria raya bersama para sahabat pula! weee~
alhamdulillah, setelah kata sepakat dicapai, kitorang pun memulakan langkah untuk persiapan reunion.
seperti yang telah dirancang, Anep sebagai pengerusi telah menjalankan tugasannya dengan baik.
saya sebagai AJK attendance bertugas untuk memberitahu rakan-rakan batch tentang reunion dan menguruskan kehadiran mereka. juga, sebagai pembantu Anep. AJK kebersihan pula Aishah & Izzaty. hehe

makanan Anep tempah kat Cik Ning. nasi goreng+ayam goreng+air bandung cincau.
yuran yang dikenakan sebanyak RM7. huhu
alhamdulillah, seramai 19 orang berjaya dikumpulkan. mereka ialah:-

1) Haniff
2) Yusry
3) Muiz
4) Shafiq
5) Khairil
6) Yaqin
7) Syaheed
8) Aliff
9) Azam
10) Zarif
11) Ezuan
12) Marina
13) Jumatul
14) Syahira
15) Fatin
16) Syikin
17)Aishah
18)Izzaty
19) saya

ukhwah fillah abadan abada =)

fatin & zaty
future doc: Jumatul aisha
Aishah mak jemah =P
sweet 
ekin bakri comel
Shafiq & Zarif
Alif, Zarif, Syaheed
Ex-KP :Mat yusry
Me-Zaty-Syira-Ecah
Jue-ekin-Marina-Fatin



Alhamdulillah. setelah 8 tahun tak jumpa. walaupun tak dapat kumpulkan semua, sekurang-kurangnya sikit berjaya juga dikumpulkan. 2 hari punya planning. mudah-mudan kami dapat berjumpa lagi. 
moga ukhwah yg dibina berkekalan smpai sorga!^___^

syukran YaRabb =)



Baca sampai habes >>

riang-ria raya bersama keluarga::

Assalamualaikum =)


ok. memang. memang tengah rajin menghupdate. lepas ni dah nak balik kskb. for sure busy tahap ape je.
malas nak sebut pasal research. bakal mentensionkan diriku. hahaha 
for the time being, kena happykan diri.lepas ni nak kena stress. situasi yang boleh dijangkakan. ahaks~

raya kali ni begitu bermakna. bermacam perkara berlaku. yang penting, raya disambut untuk meraikan kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. (29 hari untuk tahun ni).
macam biasa, pada malam raya kami akan bertakbir raya bersama-sama. syahdu, tetapi memberi sinar dalam hati ni. insyaAllah.moga Allah memberkati usaha kami menghidupkan malam raya =)

family pik & k.nur
(2 hero:Aqil, Danish)
ngah & Abg Sopie
(4 hero: Aman, mustofa, Addin, Alfatih)

Makcik & Khadeeja

Umide & Hassan

Maknjang, Makchu, Makcik bersama anak2 Ngah

Makchu & Albanna

Tersenyum gembira dipagi raya

 Alfatih seronok main buai dengan Ain

kanak-kanak paling gembira beraya




dah abes beraya, baru noticed yang tak bergambar pun dengan mak abah. huk3 :'(
ape-ape pun, seronok dapat beraya bersama-sama keluarga tercinta. 1st raye semua ada, except family abang. orang kuat klinik, kenalah berkorban kan. huhu saya pun bakal. tp insyaAllah syawal tahun depan (kalau panjang umo), saya belum posting lagi. so, insyaAllah masih boleh beraya dirumah. phew~

ermm. bercinta dengan keluarga adalah perkara yang nikmat. 
manifestasi kasih sayang sesama anggota keluarga tu bervariasi.
terpulang pada bagaimana kita melihatnya. 
bergantung bagaimana kita merasainya.
pemikiran yang positif melahirkan hasil yang positif, insyaAllah.

saya cinta keluarga saya! moga Allah cintakan kami juga. =)

Baca sampai habes >>

Saturday, July 14, 2012

cameron highlands ::


salam alaykum :)

kenal cameron highlands tak? CH terletak di negeri pahang darul makmur. negeri kome tu!hehe 
name je orang pahang, tp sy baru 1st time pergi CH. tu pun sbb abang n family mertua dia dari johor datang jauh2 nak pergi CH. disebabkan sy tengah cuti sem time tu, so sy dapatla ikut free of charge. dah lah gi time takde pitih. memang jalan-jalan cuti mata ajela. hehe 

CH antara salah satu pusat peranginan yang beriklim sejuk2 ala2 england gitew. haha suhu taklah sejuk mana. ala2 duduk dalam aircond lah. kabus tebal boleh nmpak area pagi-pagi. time tu boleh la nak bajet dok england jap. tp untuk org yang x berapa tahan sejuk macam sy, tidur malam memang tak tahan. pagi-pagi takot nak pijak simen. sejukk. last but not least, hope dapat pegi CH lagi. nak bawak si dayah yang terlepas peluang pegi CH sbb sekolah. best jugak pergi time hari bekerja. tak lah sesak mane. huhu

okey, let the pictures tell the stories :)

konvoi 3 bijik kereta

jalan-jalan cari souvenirs


mak di ladang teh :)

khadeeja kepenatan. omey. sejukkk...
dis picture was snapped by mat saleh. hihi

sweet couple. walid n mummy :)
ummi ngn zahin :)

breakfast stobery .

marvelous. acu ah teck blanje.

deeja comel. geram!




papai CH. nak balik raub dahh. 
 
sehingga berjumpa lagi! insyaAllah :)


 





Baca sampai habes >>

Sunday, June 10, 2012

di setiap gambar, ada lagu :)

Assalamualaikum :)

let the picture tell the story.
oh. i'm currently at home.
alhamdulillah :)

Baca sampai habes >>

Wednesday, March 14, 2012

wordless wednesday::


Assalamualaikum. ^_^
harini sy cuti. sy kurang bercakap, tp banyak membaca.
banyak yg saya jumpa, antaranya adalah seperti dibawah nie :-




sunyi? if Allah is all you have, you have all you need :)

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186) 

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16) 




Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus(makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar. (Ayat Qursi)




Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. (al-Asr:1-3)





Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

ada org kata, jgn terlalu memilih. tapi, apa salahnya kan? 
biar kita memilih,asalkan tak tersilap pilih.





p/s :sama-sama kita jaga diri, jaga iman. okayy ^_^

Baca sampai habes >>

Wednesday, March 7, 2012

cuti oh cuti::

Assalamualaikum :)

harini dah masuk hari ke-empat sy ngn yah(adik) tinggal berdua kat rumah. mak abah cakap nk balik hari jumaat. maknanya, sy cuma ada less than 24 hours untuk dihabiskan bersama-sama mak abah. hari sabtu dah nak balik sungai buloh. :'( so saaaadd. *sabarsabar*

buat apa je kat umah? erm, boring tinggal berdua. pukul 6 pagi sy dah terjaga n kejutkan yah kat bilik sebelah..well, orang takda kat rumah, kitorang bermaharajalela la ambil satu bilik sorang.huhu lepas dia pergi sekolah, sy sambung tido balik.hehe

di suatu pagi, dalam pukul 10 tu bangun dan tak tahu nak buat ape. blurr. amek netbook,on streamyx. ape lagi?fesbuk la. hampir jam 12tengah hari, dapur belum berasap. hatta nasi pun belum tanak. nak masak pe? then, kat fesbuk tu,sorang kawan ni cadangkan supaya masak ayam masak merah.(memandangkan ada ayam dan ikan dalam petis ais). mula-mula rase nak nangis pun ade, selalu mak yang masak kan. harini kena masak sendiri. without guidance along. i'm sooo.....*blank*

then, sy mula mencari idea. ayam masak merah?urm, rasa-rasa macam yakin nak buat.haha tp...takpelah, untuk keselamatan, google jugak resepi tu. sy rasa nak gelakkan diri sendiri. macam kelakar abes r. kalo dah ade mak mertua ni, takkan setiap kali nk masak kena bukak internet dulu kan?aduyai. fail buat masa ini. as long as i'm single mingle, so why not learn from the internet kan. kakak-kakak sy pun belajar masak from internet wut...i'ts cool!^_^

masak-masak-masak-----> 
taraaaaaaa jadilah ayam masak merah XD

gambar dipinjam mr.google :P

entry ini bukan niat untuk riak dan takabbur bahawa sy pandai memasak.(memang taklah). korang lagi reti masak macam-macam kan? setakat masak macam sy nie, sure hujung jari je kan.huhu cuma nak sarmpaikan, sebenarnya, kita lebih daripada apa yang kita sangkakan. banyak lagi kekuatan diri yang masih belum kita jumpa dalam diri sendiri. sejujurnya, sy memang jarang memasak kat rumah.golongan tak reti masak jugaklah. erm, nampaknya, ade ketokohan jugak, cuma peluang dan kerajinan yang amat diperlukan.hehehe 

till then, insyaAllah.



 Our desire for marriage is similar to our need for food. It’s part of our design.-unknown

p/s: er, single yet preparing. XD





Baca sampai habes >>

Monday, March 5, 2012

makchu?


Assalamualaikum :)

sekarang sy tengah bercuti pertengahan sem . home suwit home =)

cam sedeh sket, cuti kitorang tak sama ngn dak ipt lain,  tak sama pun ngn bebudak skolah. means, anak-anak sedara pun tak balik le kampung kan. dah la mak abah gi umah tam sbb abg soleh kursus kat sabah. tinggal la brdua ngn yah kat umah nie. aduyai. sabo jela.

rindu oo ngn anak-anak sy. anak abg-abg n kakak-kakakku, anak-anakku jua. XD
tp diorang tak da la panggil sy mama ke..ibu ke..umi ke... diorang panggil sy Makchu le....

Makchu? anak bongsu ke?

haha.banyak soalan sy dapat drp kengkawan. kenapa gelaran sy makchu, sedangkan sy ada sorang lagi adik. biasanya Makchu-maksu=bongsu. errr, macamnie....

dulu waktu kecik-kecik, mana tau pasal nie. nak gelaran ape pun tak tau. so, ikut family abah n emak la.

adik beradik mak ada tiga org je. emak, ayahngah, n mokde. then, tengok belah abah pulak.
maklong, makngah, mokde, mak itam, abah, CHU n embong.  memandangkan adik 2nd last abah ktorang panggil CHU, so sy pun booking awal-awal gelaran 'chu' tu. hehe

time 1st time dpt anak buah, which is Luqman, sy terus gelarkan diri makchu. adik sy plak, kejap maksu, kejap makcik. last-last baru la tetap, panggil Makcik/acik.=kecik skali. keh3



p/s: kalau ada anak sendiri, nak dia panggil ape eh?? :p (lambat lagi kot.heee)


khadeeja :)

Baca sampai habes >>

Tuesday, February 7, 2012

fokus::

salam alaykum :)

yesterday was awesome. berborak sampai abes kredit dengan si teha. then, dia col back sampai habis kredit dia pulak. nangis n gelak sama-sama.(yang nangis ofkos le teha.hee) rindu tahap petala ke 8.=.=' kapan bisa ketemu? last kitorang jumpa 2tahun lepas kot. berbuka sama-sama kat masjid India. jumpa sekejap je, kebetulan keluar beli tiket raye dengan member2 misi. that was the last time. rindu dol!! rindu sesangat!!!

                                                                     * * * * * * * *

macam tak sangka, cuti 4 hari dah pun berakhir. tak puas lagi melepak kat rumah, harini saya dah duk melangup sorang2 dalam bilik kat hostel nie. hurm. tula manusia, tak pernah nak cukup dengan pemberian. yang sikit dikesali, yang banyak tak pula merasa cukup. *astaghfirullahalazim*

dah masuk bulan februari. dah seminggu pun. sehabuk pun ilmu yang dah dipelajari tak cerna dalam minda ni.hurm. mana silapnya? Virus Malas tahap petala ke-lapan menyerang. haish. malas semedang. ape nak jadi...pesanan mak & abah masih lekat kuat ditampal dengan gam gajah. takkan pernah tanggal. tinggal pelaksanaan yang belum bersungguh-sungguh. ape nak jadi?

bagaimana untuk fokus? 

  • campak henset ke dinding atau ke syiling. ade je idea nak mesej orang sana-sini. =.=' (then, tak susah pun nak col umah, kerana tak perlu beratur panjang untuk menggunakan public fon)
  • deactivate fesbuk (supaya tak payah nak perabih duet pegi beli wifi RM2-sehari, RM10-seminggu)
* * * * * * * *

D.I.S.I.P.L.I.N
hanya ini akan membantu
&
lawan N.A.F.S.U jahat!

insyaAllah.,,
FOKUS

******************************************

INSPIRASIku :)
peace yawww ~
ready 4 practical!




p/s : penang oh penang. :(


Baca sampai habes >>

Saturday, January 21, 2012

cuti rehatkan minda ^_^

salam alaykum :)


hallu ladies n gentlemen :D waaa...rindu gle kat blog sy ni. tp apakan daya, online skali-skale menyebabkan hajat menulis kat sini terbantut. nampaknye, sawang dan sarang labah2 terpaksa di vakum a.s.a.p. hehe
alhamdulillah semalam sy selamat sampai di rumah jam 9 lebih. dengan basah kuyup,sejuk dan terketaq2 turun bas. nasib baik buah ati pengarang jantung tunggu tepi jalan, hulur sekaki payung. hehe tenkiut abah sygg :)

bersempena dgn Cuti Tahun Baru Cina ni, ramai yg sama dengan saya, ambil kesempatan untuk balik ke kampung, walaupun tak celebrate CNY. hola, raye aidilfitri yg cina, India semua pun nak cuti, diorang punye raye, kite pun nak cuti gakla.baru la fair n square,kan? (^_^) hihi 

as usual, KTM tetap dgn kesesakannye. kalau tak sesak, bukan KTM la namenye. =.='
hujan lebat menambahkan keasyikan balik kampung. basah lenjun unifom, blazer dan beg skolah sy. :(
sampai2 je stesen bas pekeliling, jam menunjukkan pukul 6 petang. sy n k.watie brgegas ke surau.
surau tu kecik je, kurang selesa sebenarnya, tp kewajipan ttp ditunaiikan. then, jam menunjukkan hampir 6.30pm. cepat2 salam ngn k.watie, n dia pun cepat2 naik bas bulan restu, terpampang 'temerloh'. sy pulak, berlari anak gi ke arah bas hijau. ramai berkumpul kt depan bas tu. mula2 was-was nak naik. papan tanda bas tu tulis "Raub-Kuala Lumpur". lame tunggu kat depan bas, at last slumber je naik. nampak je seat 13, trus taruk beg n duduk. cam bese, seat febret sebelah tingkap. boleh la nikmati keindahan panorama kununnye. tiba2, satu suare tegur dari seat depan. "Dik, bas ni pergi lipis ke?"
tak pasti sebenarnya. sy pun tanya akak sebelah seat "Bas ni pergi mana?" dia jawab "Raub".
alamak, nampaknye silap naik bas!! tiket sy beli tu "Raub-Benta-Kuala Lipis" hayyoo.
cepat2 turun bas, dan lari gi bas belakang.hehe sy beli tiket Benta. sbb boleh terus berhenti depan rumah :)
kalau beli tiket "raub", kena berhenti kat banda raub je.huhuhu

sebenarnya, seronok sgt2 kot nak baik cuti ni. bukan nak mengeluh, tp. . . . nak mengadu nasib.
penat sangat sem ni. +.+  tau nape? sem 4 ni, kitorang dah lain sangat dengan sem2 sebelum ni.
kalau sebelum ni, pemalas tahap Giga, sem ni, rajin semedang tau tak! balik kelas, pergi jogging 6-6.45pm. malam, mendobi n iron baju. pastu, assignment dah mcm prkara wajib pulak dah. kena bukak internet, taip kat power point. payah sket x da lappy. buat muke kesian, tumpang le kat laptop Fatma, x pun laptop jiran sy, K.zara n K.wawa...em, kena prepare artikel untuk subjek baru. baca topik yg dah belajar. esoknya, puan akan tanye ape yg dah dia ajar. huwaaa....rajin kan??mak abah sure bangga dgn anak dia ni.huhu

yeah, i'm home. alhamdulillah. nak rehatkan mata. nak rehatkan minda. nak cuba lupakan sekejap perkara2 kt sg.buloh. pffft. also, perkara yg melaghakan. tu yg paling nak dilupakan. ujian..ujian...
hurmm, knapelah kena fikir pasal tuuu kan. tak nak pk. tak mahu~

oklah, thats all 4 now...many more to story....but...keep it secret is better. insyaAllah...

p/s : warga 20an memang fikir banyak macam ni ek??


Baca sampai habes >>