Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Wednesday, April 2, 2014

kerja. kerja dan kerja::

salam alaikum.

ketika menulis pada hari ini, sedar tak sedar saya sudah pun bekerja hampir 7 bulan.
beberapa hari lepas, mentor saya kembali membuka fail mentor-mentee. ini bermakna penilaian bulan ke 6 dah pun dilakukan. hopefully lepas la. insyaAllah....

sepanjang 7 bulan ni, banyak lagi yang sy tak tahu, and learning process never come to the end.
junior baru seramai 25 org membuatkan saya agar berpeluh. macam2 soalan ditanya. and thanx, then i realize, what i really dont know yet. somehow u feel comfortable. but altually u dont. hahaha

i really enjoy my work. stress and penat bukan perkara baru. just enjoy it!
kena marah dgn doktor sekali-sekala tu biasa. kena tegur dengan senior pun biasa.
anggaplah itu semua untuk mengembalikan kita ke jalan yg betul bila track yg kita lalui hampir terkeluar dari landasan. think positive! 

now dah nampak hikmah dapat kerja di paeds. saya memang suka budak. and thats it. one word, HEAVEN! happy even stress. sometimes we talk each other using eye contact. when i hold the small and tiny hands, they try to give me such an aura. to make me calm. and sumtimes they just make me tearing without any words....i dont talk nonesense...tiada yang benar melainkan yg benar2 sahaja....

saya harap, perasaan yg positif ni kekal. perjalanan jauh lagi...i really wanna enjoy my working life.
and later on i wanna be a student again. insyaAllah....one fine day....amin :)

Baca sampai habes >>

Sunday, January 12, 2014

4 bulan 4 hari::

Assalamualaikum.


4 bulan lalu, semasa matron mengumumkan nama saya di tempatkan di wad sekarang, hati penuh dengan tanda tanya. kecut perut sampai sekarang tak reda. tempat yg paling dihajati, operation theater xdapat. sobs
Agak jeles dengan org yg dapat OT. ok fine, freshie diorg tak ambil. cuma 2 org akak transfer in(from other hospital) yg dapat OT. walau apa pun, saya tetap bersyukur, sebab ditempatkan di critical unit. which is also my dream :) alhamdulillah.....

1st day lapor diri di tingkat 4, naik je wad, serba salah nak masuk. kami bertiga. saya sorang freshie. bersama 2 lagi akak transfer in. sorang dr HTAR, sorang dari HSA. diriku terasa kerdil di situ. no experience in icu even masa student kitorang x pernah masuk ICU. apatah lagi di icu jantung. kanak-kanak. *telan air liur* my very 1st impression tentang wad ni macam tak busy. time tu patient 2-3 org je. staf dalam 4-5 org per shif. dan sister bg sikit sebanyak orientasi wad pada kitorang. sister pun mesra. hati pun lega.

1st week berjalan lancar. kerja office hour. tagging dengan senior ikut assignment. tolong2 je at first. bagi ubat, update vital sign charting. nak pegang patient takut2. seriously. dengan ventilator bagai. kenal pun tidak. hehehehe seriau!

A fews weeks later, dah start incharge patient. tulis report, bagi ubat, and jaga patient almost A-Z me myself. senior sentiasa pantau. selalu tanya "imah OK?" which always make me calm. rasa selamat gitu.haha
thanx k.min, k.leha, k.nadiah, k.pijah, k.piqa, k.zura, k.ita, k.mimi, k.nik, k.liza,k.rohid, k.shikin, k.ana, k.norzie,k.tasha,k.nazurah, k.zahirah,k.aida,k.sari dan lain-lain...banyak tolong...banyak ajar.. means a lot to me...perjalanan ni masih panjang. mohon sentiasa guide diriku....(walaupun diorang tak baca pun. haha :P)

Harini dah 4 bulan, 4 hari. alhamdulillah. perkara yang paling saya suka bila datang kerja ialah bekerja dalam suasana yg unstressful. teamwork. tolerate and motivate each other. and of course demi menyelamatkan pesakit2 kami. bunyi macam poyos gila. tapi thats true story.

berhadapan dengan kes yang kritikal/tenat setiap hari adakalanya jadi 'terbiasa'/immune.
namun ada ketika, kesayuan bertandang.dan sesekali air mata gugur jua.
sebagai insan, hati ni tak dapat lari daripada bersikap simpati dan empati.

perjalanan masih panjang.
moga Allah bantu dalam setiap langkah.

"sahaja aku bekerja lillahitaala"

sematkan dalam dada. moga ikhlas menjelma. insyaAllah...

Baca sampai habes >>

Tuesday, October 1, 2013

adaptation

salam alaikum :)


dah masuk minggu ke 4 kat hospital periuk nasiku. alhamdulillah. 
tapi rasa macam dah berbulan pulak kat sini. haha
overol, happy je kat sini. cuma tengah adapt dengan persekitaran yang baru.
agak janggal di situ. 

kat wad, best dapat senior yg bersabar dengan saya yang serba-serbi tak reti.
diorang ajar. diorang jawab setiap persoalan sy. walaupun tanya berkali-kali kot.
yaAllah, tabahnya hati2 senior dengan junior yang fresh sgt ni.
terima kasih yaAllah......

saya pernah experience kerja di wad terbusy di HKL. terdisaster di HTAR.
dan sekarang, stay di hospital periuk nasiku. tak macam HKL dan HTAR.
ada pro and cons. lain padang, lain belalang.
banyak benda yang perlu dikuasai secepat mungkin.

yaAllah bantu aku yaAllah....
yaAllah kuatkan hatiku yaAllah....

Baca sampai habes >>

Monday, September 23, 2013

sahaja aku bekerja, lillahitaala (:

salam alaikum :)


alhamdulillah. tetiba rajin nak update blog. 
sedar tak sedar, alhamdulillah, dah 2 minggu di 'hospital periuk nasiku'.
officially berkhidmat sebagai penjawat awam a.k.a government servant.
syukur. dalam kesesakan dan kerisauan org ramai mencari pekerjaan, alhamdulillah saya sudah dapat pekerjaan. dalan usia 21 tahun. syukur. maka nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan? T_T

seronok. mencabar. risau. pening. excited. takut. best. semangat. semua campur-baur. huhu
alhamdulillah 8 org geng KSKB dapat tempat yang sama. legaaaa tengok muka-muka yang dikenali kat sini.
dan surprise jugak sebab dapat department yang tak disangka-sangka. unsangkarable!haha
insyaAllah setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. 

perjalanan career sudah bermula. ini bukan bermakna pembelajaran sudah tamat. kat hospital periuk nasiku ni, pembelajaran berterusan sentiasa diteruskan. setiap hari khamis, paginya akan diadakan Continous Medical Education(CME) dan petangnya, Continous Nursing Education(CNE). last week pun dah berpeluang pergi kursus. ecece. dulu dengar org lain je pergi kursus. now, sy sendiri pulak experience those things. (:

oh lupa! kat sini stay dekat asrama Jururawat. hospital dekat sangat. jalan berbumbung dan tak sempat berpeluh pun pergi wad. he3 alhamdulillah. tp, bulan-bulan dia akan tolak RM330. aduyai. kalo duduk rumah sewa mungkin boleh cut down lagi bajet  utk rumah kan. tapi kat sini, hospital betul-betul tepi highway. area ni mana ada rumah sewa.haha so, kalo xda transport sendiri tak yah la berangan nak dok luar. syukur lah dapat hostel. tak yah tersekat dengan jem bagai. tak yah pk nak parking kereta kat mana. syukurnya ya Allah...

kat mana-mana pun. pasti ada ujian. yang penting, bersangka baik dengan Allah. Dia yang menetapkan kita dijalanNya. Dia takkan tinggalkan kita sendirian. YAKIN! lega kan bila kita bersangka baik dengan Allah? moga Allah reda dengan kita <3 div="" nbsp="">

rasa macam student je lagi. peace V



Baca sampai habes >>