Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, September 25, 2009

kesyahduan sepanjang syawal

assalamualaikum. bukan senang untuk saya menceritakan detik2 kesedihan di pg 1 syawal. hanya yg berada di tempat kejadian yg mengetahuinya.sangat menyebakkan.dan membuatkan mata saya yg bulat ini tertambah jelas kesembapannya apabila menjadi bengkak dek kerna terlalu banyak mengeluarkan air mata. sungguh,saya tak sangka terlepas laku!saya sedih sangat dan rasa berdosa.hanya pd ALLAH yg memohon agar dosa ini diampunkan.saya malu untuk bercerita.
*************************blank**************************************************

dan sebenarnya meskipun syawal sudah berganjak ke angka 6,namun, langkah sy masih giat. ke rumah SAYANG. bukan senang untuk sy ke rumahnya, walaupn niat mmg nk belajar,namun, gagahkan jua untuk minta kebenaran abah untuk ke jerantut.kalau niat suci, insyaALLAH ALLAH bantu kan.maka, permohonan sy telah diluluskan abah.heeee.
dan saya telah memberanikan diri untuk ke sana seorang diri!bukan susah pun, cuma ambil bas dr dong ke benta, dan dr benta ambil bas ke jerantut.dan sampai lah.takut jua.tp sy duduk di celah2 makcik yg nk naik bas yg sama, jd tiada masalah la.dan buat pengetahuan anda, buat pertama kali dalam sejarah hidup saya naik bas dulu, dah sampai destinasi,bru bayar.hahaha.
bkn naik secara HARAM ye!tp uncle 2 tak tahu nk budjet berapa yg perlu sy bayar,jd dah sampai br kira!hehe.memang unik.dan SYG telah tahan bas untuk sy turun.agak memeranjatkan,kami pakai baju yg sama hari tu.mmg boleh tubuhkan kumpulan QASIDAH taw!segan la jugak.n dia buat reunion dgn kwn2 lama dia.agak menyeronokkan!kami siap mkn SIPUT SEDUT lg!hidangan luar biasa yg tak pernah org hidangkan masa raya.hahaha.sedappp.

hurm....ingatkn ada kawan stdy, sy x LAGHA.....lagha jugak hah.kui3....tp ktorg mmg giat stdy. tp stdy bersama2 hp? mmg bijak bestari.terima kasih kepada awk.awk.awk. yg sudi teman sy stdy.sampai ke pg juga lah.nasib baik masih terjaga untuk solat subuh.almaklum lah, susah bgun pg.hehe.takot juga kalu SYG kejotkan dengan cara yg unik.tahu apa?dia sergah sy dgn APUK[kucing gebu berusia dlm lingkungn remaja dan sangat aktif d wktu mlm].aduh.

tak sangka dah hari jumaat. nnti x boleh mesej awk.awk.awk. dah.thanks tu awk.awk.awk. yg mesej sy semasa cuti dan memberi tips2 dan berkongsi soalan2 untuk persiapan spm. dan tidak lupa yg sentiasa menenangkan hati sy.trima kasih ats nasihat awk.awk.awk. okey?
ribuan ampun dan maaf sebelum spm bermula.doakan kejayaan bersama k.

berjuta2 time kasih kepada anda2: norfatihah azhar krn sudi memberikn bahu anda untuk sy menangis. nur atiqah hilmi ats nasihat dan bantuan yg hnya ALLAH mmpu membls. muhammad luqman abd jalil ats kesudian menemani sy sepanjang cuti agr sy tidak kebuhsanan. wazien ats kesanggupan berlawan mata dgn sy dan berkongsi cerita.
ukhti amira azam kerana sudi menelefon dan memberikan sokongan
tidak dilupakan KULAWANGSA terchenta!

Baca sampai habes >>

Friday, September 11, 2009

hari minggu terakhir. . . .


salam.agak lama sebenarnya tak menulis di sini.agak kekok memandangkan aku sudah bertekad akan menggunakan bahasa melayuyang baik di blog drfatimah ni. setelah beberapa kritikan membina aku terima daripada kakakku (ngah) dan beberapa teman yang sudah masuk ke blog ni.terima kasih semua.dengan ini aku dapatlah menggunakan bahasa ibunda dengan sebaiknya.barulah bolah berbangga menjadi MELAYU sejati!

sesungguhnya hari ni sudah masuk ramadan ke 22!
pejam celik(2X), RAMADAN bakal pergi.
kesayuan melanda diri.
jika diimbas kembali, apakah sudah cukup amalan yg aku kerjakan?
rasanya, tidak lah sebanyak mana. sahur pun kadang2 tak bangun.
memang kelemahanku sejak azali,nama shj perempuan,tp susah bangun pagi.
hehe.tiada orang yang sempurna kan?
tp hari ini aku bangun sebelum pukul 4 pagi!
syukur, dan terima kasih kepada ya ukhti hanis nabiha,sbb sudi datang ke 'kayangan'(top floor) untuk kejutkan ana.moga Allah melipat gandakan pahala awk,sbb awklah sy kejutkan beberapa org kawan untuk bangun sahur dan Alhamdulillah melangkah ke surau, walaupun sy kena marah dengan org,sbb kejutkan dia....xmengapalah......dan hari ni langkah kanan,sbb menu sahur pg ni sungguh menyelerakan! ayam dan tomyam....bagi kami, menu tersebut memang sedap..tak dapat digambarkan dengan kata2.haha.yela tuh.....

semalam sekali lg kami peljar ting.5 dipertemukan lagi dengan PAK ANJANG daripada KESUMART Malaysia.nampaknya kekuatan dalaman semakin meningkat sejak bertemu dengan P.Anjang buat sekian kalinya.terima kasih p.anjang dan abg ngah yg sudi datang dr Johor Bahru semata2 kerana ORION0509

haaa!lupa ingin sy kongsikan satu berita gembira.kakak sy ngah sudah selamat melahirkan anaknya yang ke4,dan diberi nama Muhammad Alfateh...anak2 saudara saya semua ada nama yg sy rasakan islamic, dimana jarang2 ibu bapa pada zaman sekarang ingin menamakan anak mereka dengan nama tersebut.
tp belum berkesempatan lg berjumpa.insyaALLAH raya nnti kita jumpa ye.

sy tak sabar nk balik rumah, tp bila balik cuti,bermakna, ramadan akan pergi, dan syawal datang.....selepas buka cuti pula, sy bakal menduduki percubaan negeri selangor pula.dan bermacam2 program selepas raya, antaranya ialah kem sejarah dengan RMC dan Malam Selingkar Kasih.tidak lama selepas itu, SPM bakal tiba! hati rasa 'cuak' dan agak gundah-gulana.tp apa kan daya, hidup tetap perlu diteruskan. selepas SPM, . . . . selamat tinggal pula kepada ssp dan semua warganya.sedihnya tak tergambar.nampaknya sy bakal melalui hari2 yang mendatang tanpa perlu memakai uniform sekolah lg.tp kehidupan di luar membimbangkan saya. tiada lagi guru2 dan kwn2 yang selama ini sentiasa mengingatkan saya dan kehidupan d ssp yang sememangnya membataskan pergaulan sy dengan kaum bertentangan.dan sememangnya hidup di sini ibarat tinggal di dalam kepompong yang keras dan selamat.
apa2 pun, kalau hati kita sentiasa dengan ALLAH, Allaah akan bersama-sama kita kannnn.....INSYA ALLAH...bersangka baiklah dengan ALLAH.itu lebih baik.

sekian dahuku buat masa ini, jumpa lg kalau jodoh kita kuat. okey?

ready for overnight!

Baca sampai habes >>