Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Wednesday, December 11, 2013

Ambil satu titik::

salam alaikum :)



Jalan ini adalah perjalanan yang panjang
Aku sendiri tak tahu di mana penghujungnya
Aku sudah di sini
di tengah perjalanan yang sungguh maha panjang
Lalu ku ambil satu titik
Aku kira itu sebagai permulaan
Sedang aku tak pasti di mana aku bermula.

Di perjalan yang panjang itu
Kulihat jalan yang lurus dihadapanku
Namun tak semudah ku sangka
Dihadapan sana jalannya penuh liku, onak dan berduri
Kutemui luka dan sedu
Ketawa dan air mata

Aku belajar agar tidak bergantung
selain daripada Engkau
kerana aku pernah kecewa
kerana berharap selain daripadaMu
disaat layar aku kacau
dilautan yang penuh gelora

Dijalan yang maha panjang ini
ada kalanya langit mendung dan awan kelabu
lalu perjalananku suram dan kelam
namun pelangi tak pernah memungkiri
terlakar indah seusai hujan dan mendung berarak pergi

Ada kalanya aku berjalan dan berlari
Sesekali aku jatuh dan merangkak
jatuh dan bangun 
lalu Kau tempiaskan sedikit kekuatan
supaya aku bangkit dan belajar

Genggam baru api biar sampai jadi arang
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Kerana perjalanan ini masih belum tamat
Maka teruskan perjalanan meski aku perlu merangkak
Kerana Dia sudah berjanji
bersamaku dijalan ini
dan Dia takkan pernah meninggalkan aku
wahai Pencinta yang setia....


***********


Titik permulaan itu tidak semestinya  1.1.14. 
Kerana 11.12.13 sudah cukup untuk menjadi titik yang indah.
May Allah ease everything.
InsyaAllah. amin (:





Baca sampai habes >>

Sunday, June 9, 2013

Abah yang dikasihi kerana Allah :)

salam alaikum ::


abah hantar dayah balik kuliah harini. col abah ....

saya: chotchetchotchet...
abah:  chotchetchotchet jugak....
saya: Abah! selamat Hari Abah!
Abah: (senyap)
saya: (abah ni dgr tak org wish ni?)
abah:  chotchetchotchet lagi (sambung carita pasal menda lain.)
saya: chotchetchotchet lagi jugak (-.-)

Abah saya :-

Abah berbadan sasa. berkulit gelap. berjanggut putih. hampir semua rambut nipis abah juga putih.jarang senyum. umur abah 66tahun. kalau orang tanya siapa yang saya paling takut selepas Allah, semestinya saya akan cakap "Abah saya". 

Si Fulanah: kenapa fatimah takut Abah?sebab apa? 
Fatimah: abah saya garang....
Si Fulanah: garang macam mana ye? 
Fatimah: abah selalu marah saya... 
Si Fulanah: marah sebab apa? 
Fatimah: macam2 sebab la... 
Si Fulanah: Fatimah buat salah?
Fatimah: emmmmm.
Si Fulanah: memang patutlah abah awk marah, sebab awk buat salah.
Fatimah: zraappppp. (bunyi koyak dan rabak)

abah tak pandai nak sweet2. dulu, takut nak cium abah. seingat saya, masa besar ni, start cium abah lepas dapat abang ipar ke-2. Abang Soleh memang happy-go-lucky. suka melawak dgn semua orang. abah pun layankan aje. everytime dia salam abah, mesti akan cium dan peluk abah. start pada tu kot saya mula cium abah semula. mula ada kekuatan. bukan tak pernah nak cium abah lepas salam, tapi TAKUT abah akan refuse atau ignore. nyata pemikiran negatif sy meleset sama sekali. sobs3. (kesat hingusss).

abah...kenapa abah tak tunjuk yang abah sayang anak-anak abah?abah tak peluk, tak cium? macam ayah2 orang lain...soalan ni pernah membelenggu saya.

saya: Abah, selamat hari lahir. moga panjang umur, murah rezeki.
Abah: em. abah tak reti. 
saya: (speechless)

abah bukan tak sayang. saya tahu. abah cuma tak reti.

Abah....sayang abah sangat2... terima kasih sebab abah marah dan tegur anak abah ni. kalau tak, ntah-ntah anak abah ni tak jadi orang sekarang ni. terima kasih sebab abah cari rezeki utk kami semua anak-anak abah. majoriti anak abah 'sihat'. cukup makan, malah terlebih. alhamdulillah. dulu, mungkin abah impikan anak abah ni jadi doktor. tapi anak abah jadi misi pulak. tapi anak abah ni tahu, abah tetap bangga dengan anak abah kan? bila orang tanya pasal anak abah, abah akan cakap "ini misi". anak abah ni janji, akan usaha jadi insan yang terbaik dan membanggakan mak dan abah. insan yang terbaik adalah insan yang bermanfaat pada orang lain kan? insyaAllah anak abah akan bergerak ke arah itu... anak abah akan ingat pesanan abah, insyaAllah.
abah pesan:-

senyum walaupun terbeban dengan masalah. 
jangan campurkan hal peribadi dengan kerja.
sambung belajar dan berkembangkan kerjaya. 

insyaAllah abah...doakan anak abah berjaya dunia akhirat....

sayang Abah kerana Allah..... (:






Baca sampai habes >>

Wednesday, March 6, 2013

menjadi yang terbaik::


salam alaikum::

dalam kehidupan yang kita lalui sudah pasti semua insan ingin menjadi yang terbaik.
mahu menjadi anak yang terbaik kepada ibu bapa. menjadi hamba yang taat. menjadi pekerja yang rajin.
serba serbi kita mahukan kebaikan sebab fitrah manusia asalnya baik. suka akan kebaikan.
sejahat mana pun manusia pasti impikan syurga. meskipun tingkahnya songsang.
yaaa, kerana fitrah, ketua penjahat sekalipun mengidamkan syurga.
kerana fitrah, si playboy mahukan isteri yang solehah sebagai pendamping.
semuanya kerana fitrah!

dan kerana diri ini hanya insan biasa, aku ,menjerit di dalam hati, "Aku mahu kembali kepada fitrah!!!!!"
meskipun berulang-ulang kali melakukan dosa. berjanji takkan mengulangi dan kemudiannya mengkhianati janji pada pencipta. malu...tapi apakan daya, diri ini insan biasa. yang takut pada azab yang pedih.
cintakan syurga, walaupun terus berbuat dosa. takutkan siksa kubur tapi masih mampu bergelak tawa.

alpa semusim lama.

beringat semusim cuma.

sedih.

sedih.

dan hanya bersedih?

terus angkat tangan dan merintih,

rupanya Tuhan rindu mendengar suara hati meminta kepadaNya.


ya Allah, ampunkan dosaku,
dosa kedua-dua ibu bapaku,
ahli keluargaku,
guru-guru aku,
sahabat-sahabatku,
jiran-jiranku,
dan seluruh kaum muslimin dan muslimat,
sama ada yang masih hidup,
ataupun yang telah meninggal dunia.
amin yaRabbal 'alamin....


Baca sampai habes >>

Sunday, December 30, 2012

smile::


salam alaikum! ^_^

bukan senang nak bergambo ngn abah :D

Qurratul 'ain kacau deeja.huhu


suka gamba diatas so much! :)

Baca sampai habes >>

Sunday, October 28, 2012

sapu laju-laju::

salam alaik.


titisan jernih itu gugur.
terasa hangat mengalir lesu.
empangan air mata itu pecah jua.
tak tertahan sudah.

lampu itu dipadam.
agar mereka tak nampak apa ada diwajah.
adakah sedih atau gembira.
kerna gelap ia terhijab.

wahai hati.
meruntun pilu.
tak siapa bisa membaca.
apa ada di lubuknya.

bisa memendam rasa.
lagi bisa merungkai nista.
dalam hati ia tertahan.
kerna ku tak bisa melukai.

air jernih mengalir hangat.
lebih laju dari biasa.
hujan diluar jendela seakan mengerti.
kisah hati alergi sepi.



Baca sampai habes >>

Tuesday, October 9, 2012

merenung langit::

salam alaik :)


aku INSAN BIASA,
yang tidak lari daripada membuat DOSA.

terlalu banyak tipu daya dunia yang terlalu INDAH.

lantas terHIJAB mataku dek sinaran DUNIA yang penuh fantasi.

KESERONOKAN dunia ini terlalu melalaikan.

aku perlukan BEDUK supaya dapat MENGETUK diri ini.


aku INSAN BIASA,
aku SENYUM dan aku KETAWA.

aku sedih lalu aku MENANGIS.

bila ujian mendatang MENDUNG mula berarak dihatiku.

aku juga insan yang lalai.

cuai dalam tingkahku.

seringkali aku kecewa dan berkeluh kesah.

arhhhhh...banyaknya dosaku....

aku INSAN BIASA,
Ada masanya aku perlukan masa untuk SENDIRIAN.

BERSEORANGAN sambil merenung langit.

MEMIKIRKAN diri sendiri, hala tuju kehidupan.

Mengingati DOSA-DOSA lalu yang belum diampuni.

Mungkin masa ini BUKAN untuk MENCARI CINTA selainnya

Tetapi masanya untuk MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH :)


note to me, myself & I.~
oh betuk, ketuklah bila aku lalai.

syukran sahabat.
yang selalu mengetuk pintu hatiku...






Baca sampai habes >>

Saturday, July 7, 2012

suwit::

salam alaykum. :)

sape sini ada anak sedara/anak buah? oh. ramai-ramai. 
sape sini ada anak sedara/anak buah yang sweet?
\(^___^)/ saya! saya!

pada suatu malam . . . . . . 

almustofa: makchu, makchu. seronoklah makchu ada.(makchu tido rumah)

makchu: yeke? knape pulak seronok?

almustofa: yelaa. sebab boleh tido dengan makchu.

makchu: yeke....?

almustofa: iyelah. sebab kami sayang makchu.

makchu: hehehe. *blushing*

almustofa: kami sayang makchu, tp kami juga sayang ibu kami! 

makchu: yer. yer.... hehehe (dalam hati, "sapelah ajar dia cakap lagu ni. haha")



almustofa :)


Baca sampai habes >>

Saturday, June 2, 2012

praktikal sem 4 #part 1

Assalamualaikum :)


oh. seperti yang dijanjikan. eceh. nak ceritalah tentang posting sepanjang sem 4 nie. overol, best! new experiences, with great people. alhamdulillah. semuanya datang dari Allah. tkasih yaRabb atas perasaan bittersweet itu. :)

untuk sem ni, kuliah kitorang selama 2 bulan. dan praktikal juga 2 bulan. diselit-selit dengan exam formatif dan summatif. plus minus cuti. melaghaaa. cukuplah satu sem. tak sangka sem depan dah melangkah ke tahun akhir. genap lagi setahun, sy akan melangkah ke alam baru. 'alam penuh tanggungjawab'-kerja. dan meninggalkan dunia 'hoyeah-hoyeah'. dunia bergelumang dengan buku. argh. memikirkannya dah buat sy rase tak sanggup. huk. :(

erm. ok, 1stly, untuk bulan yang pertama, grup saya ditempatkan di hospital. seperti sedia maklum sy ditempatkan di 'hospital dihatiku' lahh. buat julung-julung kalinya kami ditugaskan untuk bekerja shift malam. walaupun pernah kerja shif malam masa sem2 (atas sebab yg tak dpt dielakkan), namun perasaan excited tu tetap ada. hihi erm, untuk 1st week, grup saya dah kena shift malam. kena pulak wad paling busy di 'hospital dihatiku'. medikal perempuan. kerja seronok sangat! staf sangatlah ok. tapi. sobs. ada pulak 'tapinya'. rase teruji sangat kerja malam. mengantok. waaa. macam manalah kalau dah masuk 'alam penuh tanggungjawab' nanti kan? 

sepanjang 2 bulan tu, sy kena kerja shift malam sebanyak 4 hari je. lain2, kerja normal lah. shift pagi dan petang. antara wad yang saya masuk, medikal perempuan, medikal lelaki. surgical lelaki, dan ortopedik perempuan. tak dapat dilupakan, sister wad ortopedik(P) sangat best,kelakar. will miss u, sister!

antara cross(tugasan dalam buku log, perlu sign puan. markah untuk masuk exam), adalah :

- bandaging(figure of eight, stump, reverse spiral, dll)
stump bandaging
-pemeriksaan capillary blood glucose level monitoring
for diabetic patient


-membantu pemasangan plaster of paris(POP)

long leg cast

-membantu pemasangan skin traction




-kalibrat alat penimbang

-antropometri(ukur tinggi,panjang, berat, lilitan kepala dan dada bayi/kanak2)


- dan lain-lain

dalam melengkapkan cross ni, macam-macam ujian dan halangan yang perlu kitorang lalui. bukan senang nak cukupkan 100% cross tu. tambah-tambah lagi, tangan ni tak brape nak kreatif balut bandage pesakit. ada jugak membe sy kena 'decross' sebab buat bandaging tak cantik. syukur tak kena macam tu. huk.


alhamdulillah. sem 4 seronok... harapnya, pembelajaran dlm sem 4 akan sentiasa diingati sampai bila-bila. insyaAllah ^^

next post : posting di klinik :P



Baca sampai habes >>

Friday, May 11, 2012

selamat hari misi ::



Oh. siputih.
engkau dikenali dgn gelaran misi.
mereka seakan tahu kau punya 'misi' yg agung dlm pentas ini.

Oh. siputih.
kau bergelumang dgn darah, kotoran tercemar, radiasi
dan infeksi 
itu ini yang kau sentuh
nyawa kau tidakkah lebih berharga?

Oh. siputih.
kau ubati mereka dgn sentuhan
senyuman dan amalan kesihatan,
ya, sememangnya itu tugasanmu.

Oh. siputih.
ada antara mereka menyanjungimu,
dan ada jumlah yg besar memandang enteng kewujudanmu
malahan madu yang kauberi
onar yg mereka balasi
ya, itu kerana nila yg setitik.

Oh. siputih.
jangan kau hausi nilai dirimu dimata manusia
nescaya kau akan hampa
kau akan kecewa
kerana manusia itu bermacam sifat
mereka pendosa dan bukan malaikat
dan kau perlu sedar
kau bekerja untuk manusia , bukan malaikat.

Oh. siputih.
dalam pekerjaan menuntut kau bersama
bekerjasama sepasukan.
jangan kau bergerak sendiri
kelak tingkahmu songsang.

Oh. siputih.
bersabarlah wahai hati.
ikhlas lah walaupun payah.
senyumlah walaupun perit.
kerana nilaian Tuhan lebih utama.

Oh. siputih.
biarlah siapapun dirimu,
kau tetap perawat 
jika tidak kepada manusia sejagat,
kau tetap jururawat hakiki buat insan
bernama ayah, ibu,keluargamu dan teman-temanmu
kerana mereka sekali-kali tidak menyisihkanmu
malah merekalah yang paling dekat
dihatimu.

JP Fatimah bt Abdullah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
Sg.Buloh.
12 Mei 2012 @ 9.15am.

moga kita terus bekerja dgn penuh dedikasi.
moga kita terus bekerja dengan ikhlas semata-mata krn Dia.
moga rezeki kita halal dan berkat
moga Allah redho dgn kita.
insyaAllah. =)



Baca sampai habes >>