Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, May 18, 2013

Imbas kembali-Interview SPA ::

salam alaikum :)



masa saya isi borang spa, dia bagi 5 jawatan yang kita nak mintak. seriously, satu jawatan pun saya tak minat. haha dan tak tau pun skop kerja. isi borang pulak membuta je. takda hikmat nasihat pakar pun. lebih-lebih lagi nak akses internet kena pergi cyber cafe at that time. saya pun main isi je jawatan yang 5 tu.

1) Pelatih Penolong Pegawai Farmasi
2) Pelatih Jurupulih Anggota
3) Pelatih Jurupulih Cara Kerja
4) Pelatih Jururawat
5) Pelatih Jururawat Pergigian

nak dijadikan cerita, hujung bulan April saya dapat interview dekat Putrajaya. bermalam kat rumah Qistina, Putrajaya. beliau berjasa menghantar saya ke pusat interview tu. sampai kat bangunan tu alhamdulillah x susah nak cari tempat dia. banyak signboard. dan lepas sampai, terus ke bilik ujian bertulis. kami ditempatkan di sebuah bilik(macam bilik mesyuarat with round table). soalan objektif, dia nak tengok minat kita kalau tak silap. lepas ujian tu, kami pun diarah  tunggu giliran untuk di temuduga. punya lah lama sebab turn saya pukul 1.30 petang. 

dengan muka manis, saya masuk bilik interview. ada 2 orang wanita sebagai penemuduga. saya duduk kat kerusi bila dia suruh. soalan pertama dia, "awak datang untuk jawatan apa?" saya pun dengan confident, "Penolong Pegawai Farmasi". sekali, dia jawab " maaf ye, harini kami tak bukak untuk jawatan tu. kalau kami interview awak untuk jawatan tu, no point jugak. so, awak bersedia untuk jawatan apa?" less than 5seconds, saya pun jawab "Jururawat Pelatih". arghhhhh. saya rasa nak nangis time tu! am I make a right decision???

antara soalan masa interview tu.

penemuduga: please, introduce yourselve in ENGLISH. 
saya: my name is fatimah. I'm 18 years old. I come from Raub, Pahang. I have 8 siblings, I'm the 7th. my father already retired while my mother is a housewife. my previous school is Ssp, cbj. I was a school prefects during my school time. thats all about me. (hahaha. xda idea)

penemuduga: please tell us about your siblings.
saya: (err, tak tau nak story apaaaa. omputih pulak tuuu.) my eldest sister bla bla. my 2nd , my 3rd, my brother...my sister..my brother, me and my youngest sister bla bla bla....heee

*berpeluh saya skipping, eh! speaking...haha*

penemuduga: ok, lets move on to the interview. kenapa awak minat nak masuk Nursing?
saya: (adoi, manalah sy minat puan...kan sy datang nak amek Farmasi..ermmmmm) sebab jururawat adalah tugas yang MULIA. 

*dua-dua puan tu tersenyum. mantap sangat ke jawapan sy tu? haha

penemuduga: apa penyakit kronik yang awak tahu?

saya: sakit jantung, darah tinggi, kencing manis.

penumuduga: ok. misalnya orang ada darah tinggi, apa makanan yang sesuai untuk diorang?

saya: kalau ada darah tinggi, kenalah kurangkan makanan bergaram. tak boleh makan yang tinggi lemak. berminyak. dan kena amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam. 

penemuduga: apa yang awak tahu tentang jururawat?apa tugas jururawat?

saya: mak saya banyak kali masuk wad dan saya pernah tengok jururawat bertugas. mereka menjaga orang yang sakit. bagi ubat, bagi sokongan dan menbantu kerja doktor. jururawat ada level2 dia. ada sister, staff nurse, jururawat masyarakat.

penemuduga: oh, macam mana awak tau level2 nurse?

saya: errrr. saya tengok pada carta organisasi wad. (hahahaha. jawapan spontan lagi skemaaaaa.!)

penemuduga: apa penyakit yang bahaya pada wanita yang awak tahu?

saya: kanser payudara pembunuh no.1 wanita dan kanser servik juga.
 
penemuduga:ok, bagus awak tau jugak pasa kanser serviks. em, sy sarankan awak tak payah la awak masuk nurse ni. pergi masuk U lah. dengan result awak ni awak boleh pergi masuk U terus. kalau awak masuk nurse, lepas habis belajar, kerja. dah bina keluarga mesti awk malas dah nak sambung belajar. awak dulu sekolah seri puteri. saya tau sekolah ni. sekolah hebat. ramai nak masuk ssp. orang kalau tak dapat hantar anak dia ikut pintu depan, akan cuba masuk jugak ikut pintu belakang. takkan awak lepasan ssp nak masuk nurse ? sy sarankan awak masuk U terus. (ayat psycho abissss!)

saya: saya akan sambung belajar, sebab saya tahu nurse senang nak further study. saya akan pastikan saya masuk menara gading juga satu hari nanti. saya harapan mak dan ayah saya. saya tahu jaminan dan kelebihan bila jadi sebahagian daripada orang kerajaan. senang ,masuk hospital ada GL dan banyak lagi kelebihannya. 

penemuduga: ok, apa kata-kata akhir awak..

saya: saya amat berharap puan pilih sy sebab sy yakin sy boleh menjadi jururawat yang baik. terima kasih. (:


haha. banyak lagi soalan dia tanya actually. yang ni lah sy ingat. 3 tahun lepas punya cerita kan?hee balik interview tu saya bagitau abah yang tak dapat interview untuk farmasi sebab tak bukak. abah punyalah berangin. lebih-lebih lagi untuk jawatan nurse kan. abah bukan anti-dengan nurse. cuma dia tak berkenan dengan kerja syif. kerja yang membahayakan nyawa. bergelumang dengan penyakit. abah risaukan anak dia ni. :P 

tapi lepas interview, serius saya dapat rasakan dia memang nak ambil sy. cuma masa tu, hati ni kata, x nak. tak kesah kalau tak dapat. tp kalau dapat, boleh dipertimbangkan. doa yang terbaik je time tu. lepas 2 bulan,    saya dapat offer tu. alhamdulillah pergi selepas hati mengatakan "Ini yang terbaik dr Allah untuk awk, Fatimah!" dan inilah saya sekarang. Thank You Allah! :)



4 Comments:

pena maya said...

sedih nye imah =) sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.and i can see that u'll be a very good nurse.amin~

-nabihah-

Imah ;D said...

syukran nabihah. insyaAllah, i will. u too. moga menjadi doktor muslimah yg baek :)

imran YL said...

apa yang Allah tentukan pada kita, ianya yang terbaik untuk kita...don't stop to study. you will achieve great success someday

mahirah said...

kenapa dia tak bukak utk jawatan farmasi tu? dh penuh ke cane?