Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, June 2, 2012

praktikal sem 4 #part two


Assalamualaikum ::

pagi yang ceria. alhamdulillah. perut berbunyi sudah. ngap kerepek, sebab tu je yang ada dlm stok. sobs.
erm, ok. pagi yang segar lagi menyegarkan eloklah kiranya saya menyambung cerita seterusnya. kali ni pasal KLINIK pulak. ye, sebulan di klinik ibu dan anak/mch. macam-macam benda baru. seyess.

buat kali pertama kitorang kena posting kat klinik ibu dan anak. kitorang semua berdebar sangat dan excited la kononnye. bhahaha hari pertama, bas yang hantar kitorang datang agak lambat. memandangkan kitorang share bas dengan budak sg.buloh, so pakcik hantar diorang dulu. then, barulah kami bertolak ke kuang-kuang-kuang. setibanya di klinik, kitorang disambut mesra oleh akak PPK(pembantu perawatan kesihatan). then, sister datang dengan penuh senyuman. 1st impression yang sangat positif. lepas breakfast, kitorang diberi taklimat tentang klinik oleh sister hakiki. (sebab ad 3 sister kt klinik. hik)

1st day, sangat lah blur. takut nak buat prosedur. serba-serbi takut. urgh. macam-macam lah kitorang kena utk 2 minggu yang pertama. kalau disuruh sy memberi bintang, keramahan staf hanya dapat 2 bintang per sepuluh. sangat tak seronok! kitorang seolah-olah kurang diberi peluang untuk belajar. bila kami lakukan kesilapan, cemuhan yang kami dapat. ini kami rasakan tidak adil untuk kami yang baru belajar. even orang kuat klinik, seolah-olah tak merasakan kewujudan kami adalah bermakna bagi mereka. sangat kesal di situ. hurm. adat orang belajar, akan melakukan kesilapan. normal lah kan? kadang-kadang tertanya-tanya gak, diorang expect kita ni pandai serba-serbi ke? diorang takpernah jadi student ek? apa perasaan diorang kalau anak diorang di 'treat' macam nie? 2 minggu yang sangat stress. then, kitorang rest 2 minggu untuk beri laluan kepada minggu study dan exam final sem. rasa lega yang amat sangat dapat lari drp klinik. bhahaha
2 minggu yang terakhir. semuanya seakan telah berubah. macam masuk ke tempat yang baru. keramahan staf telah berubah sebanyak 8 bintang per sepuluh. alhamdulillah ! seakan tak percaya. peluang demi peluang diberikan. apa lagi? sangat seronok dan syukur. antara aktiviti kami ialah:-



BOOKING/ BUKA BUKU MERAH


kalau ibu tu dah sah mengandung, maka dia perlu bukak buku merah ini! sangat penting sebab buku ini akan dijadikan bahan rujukan daripada mula dia mengandung, sampai lah dalam proses berpantang. perlu dapatkan sejarah kehamilan lepas, sejarah medikal keluarga dan sebagainya. 



PEMERIKSAAN IBU HAMIL
this part memang best. pemeriksaan fizikal memang kitorang belajar. tp, bab kena palpate perut ibu memang tak belajar, sebab kitorang bukan student Jururawat Masyarakat. so, kitorang belajar basik sangat tentang antenatal/jagaan ibu hamil ni. tp, best sangat. sister liza ajar macam mana nak cari fetal back, kepala, ukur fundal height dan dengar fetal heartbeat dengan menggunakan doppler. subhanallah! sangat amazing dengar degupan jantung fetus. waaaaa. sangat takjub. ada manusia dalam perut manusia. tengok dia gerak-gerak. er, speechless. hebat sangat aturan Tuhan. T.T
mula-mula palpate dari bawah ke atas. cari kat mana bahagian fundus




daripada fundus, ukur sampai simphis pubis


dah palpate dan jumpa fetal back(bahagian rata), then letak jel.
taruk doppler kat bahagian tu. sampai dengar  bunyi degupan jantung dan bacaan kat skrin tu.. pheww.


ANTROPOMETRI

antropometri ataupun pengambilan berat, tinggi,panjang, lilitan kepala dan lilitan dada kanak-kanak/bayi. untuk yang bertugas mengambil antropo, dia kena jaga kaunter depan. bila patient datang, dia akan serahkan buku kesihatan anak. then, kita kena cari buku 'pendua'(buku B) dimana buku itu disimpan di klinik. macam mana nak cari buku pendua tu? caranya, ambil 4 nombor terakhir dalam i/c ibu. tengok alamat. dan cari lah di sudut penyimpanan rekod pesakit. sangat berpinar mata. haha

bila dah dapat buku B, boleh panggil kanak-kanak/bayi untuk ukur.
timbang berat bayi. kena tanggalkan semua pakaian.
ukur panjang bayi. kepala rapat ke pengukur dan kaki lurus.
ukur lilitan kepala.
ukur lilit dada




PEMBERIAN  SUNTIKAN IMUNISASI

kitorang berpeluang bagi injection dekat sekolah dan klinik. bagi kanak-kanak sekolah, kitorang bagi injection untuk budak tahun1, dan tingkatan 3. saya cuma berkesempatan bg injection untuk budak tahun 1.. di sekolah juga kami lakukan pemeriksaan fizikal. kalau terjumpa kanak-kanak yang tidak mempunyai BCG scar, kita akan rujuk dia dan bagi tarikh untuk appointment injection BCG. sama jugak dengan budak tahun 6. cuma yang berbeza, budak tahun 6 kita akan lakukan pemeriksaan tulang belakang untuk kesan scholiosis. dan pemeriksaan rabun warna(ishihara test) untuk budak lelaki. takda suntikan imunisasi untuk budak tahun 6 melainkan BGC scar takde.

bukan senang nak cucuk budak-budak ni. macam-macam karenah. siap kena terajang, bersilat (tipu), nak cucuk tu. ishk3.
antara suntikan yang kitorang bagi :-



PENILAIAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN

kitorang kena buat P&P kanak-kanak/bayi 0-6tahun. untuk kesan sebarang masalah bayi/kanak-kanak. tengok p&p sejajar dengan usia atau tak. kalau ada sebarang masalah, kita akan rujuk kepada doktor.


antara tools untuk P&P
(kiub warna-warni, kelentong, red yarn)

kitorang kena hafal perkembangan bayi/kanak-kanak. contoh, 1 bulan ada grasp reflex, rooting reflex dan moro reflex. 3 bulan dan boleh angkat kepala. 6 bulan dah boleh duduk dengan pertolongan. 9 bulan mula merangkak, 1tahun boleh jalan dengan dipimpin. 2 tahun boleh berlari dan sebagainya..... kalau perkembangan kanak-kanak/bayi tu terlalu lambat kena rujuk kepada doktor. disinilah peranan nurse sangat penting. andaikata sepatutnya boleh detect awal, sebarang masalah tu jugak boleh diselesaikan pada peringkat awal. contoh, kepala teleng/torticolis. atau mata juling dan sebagainya...

LAWATAN KE RUMAH

melawat ke rumah adalah aktiviti rutin harian staf. mengikut zon yang dijaga. masing-masing ada tanggungjawab ke atas kampung masing-masing. saya berpeluang mengikut sister liza dan jm lisa melawat kampung mereka. melalui lawatan ke rumah ini, sy dapat lihat pelbagai taraf sosio ekonomi keluarga di dalam kawasan kuang-kuang-kuang. tapi itu adalah secara tidak langsung. matlamat utama lawatan ke rumah adalah mengikut jenis lawatan yang dilakukan. antara lawatan yang dilakukan ialah lawatan ibu hamil, ibu post-natal, keciciran imunisasi kanak-kanak, lawatan warga emas , lawatan kanak-kanak khas dan sebagainya. kebanyakan lawatan yang sy pergi ialah lawatan ibu post-natal/ selepas melahirkan anak. kita akan check ibu dan anak. tengok sama ada baby ada kuning lagi atau tak. timbang berat pada hari ke 10. dan beri pendidikan kesihatan berkanaan mandi bayi, jagaan tali pusat, senaman pelvic floor(untuk kuatkan otot pelvik) dan lain-lain.

kesimpulannya,

macam-macam pengalaman baru. dan ianya sangatlah berharga. terima kasih kepada semua pihak yg sudi mengajar. moga Allah balas jasa baik kalian :)


suka-duka diharungi bersama.
(JP Balween, JP Mimi JP Hanim JP Khairiah, JP Khairunnisah, JP Azahrah n me.)

1 Comment:

Mohd Fariz Bin Abdul Jalil said...

saya jatuh hati dengan awak semua