salam alaykum :)
eh. eh. rajin dok menghupdate blog. padahal esok trial osce bagi sem 5.
xpe, xpe. lepas isya kita praktis ek!hehe ^____^
sebagai student nurse, saya rase, saya bukanlah orang yang mahir atau selayaknya nak bercakap selok- belok bidang kejururawatan. setahun jagung baru.
maka, saya bercakap atas dasar apa yang saya nampak, dan apa yang saya rasa.
kurang daripada setahun lagi nak jadi jururawat terlatih/staf nurse. bersediakah saya?
terlalu banyak ranjau dan duri yang perlu dihadapi untuk menjadi penjawat awam.
banyak tanggungjawab. yang berat. dan itu semua kerja orang dewasa...
kadang-kadang saya terlupa, usia ini dah pun menginjak dewasa. cepatnya masa berlalu...
sekali-sekala mendengar inspirasi dan pengalaman daripada para tutor membuatkan saya rasa begitu bersemangat. dalam diam, saya berdoa agar boleh menjadi hebat seperti mereka.
bercita-cita tinggi dan tidak berhenti setakat memegang jawatan sebagai jururawat diploma U29.
sebaliknya, ramai daripada mereka bukan sahaja memegang ijazah, malah master dan ada juga yang mengambil phD! mantop....sangat!
sekadar memetik apa yang diperkatakan oleh puan petang td.
menjadi nurse, awak bukan sahaja menjalankan perawatan ke atas pesakit.
malah, awk adalah teman paling setia mendengar luahan hati mereka.
menjadi guru dalam mengajar mereka tentang penyakitnya.
menjaga kebajikan mereka seolah-olah saudara terdekat.
menjaga hak mereka dan menghormati kehendak mereka.
bertegas dengan mereka pada tempat yang sepatutnya.
mengingatkan mereka agar berharap kepada Tuhan.
meraikan kegembiraan, dan menyelami kesedihan mereka.
itulah tugas jururawat. ia adalah menyeluruh.
merawat fizikal, mental dan rohani.
erk, tersedak.
saya pernah berada di atas. dan alhamdulillah pernah merasai saat-saat terjatuh.
sebagai hamba, saya terlalu banyak permintaan pada Tuhan.
sentiasa mohon agar hajat saya dimakbulkan.
tapi sayang, terlalu banyak nikmatNya yang saya dustakan.
terlalu banyak hak Dia yang tidak saya laksanakan dengan baik.
sentiasa melihat pada superficial. tanpa melihat dengan mata hati dalam ke dasar.
“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS Ar-Rahman 13)
tidak semua yang kita mahu, kita akan dapat.
sebab Allah lebih Maha Mengetahui.
Dia memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah:216)
serius,
saya tak pernah minta untuk menjadi jururawat.
saya tak pernah minta untuk menjadi jururawat.
tapi Allah yang anugerahkan saya untuk berkhidmat pada sebuah jalan yang mulia.
Allah sangat baik :'(
sama-sama muhasabah..... |
0 Comments:
Post a Comment