Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, March 26, 2011

Satu Cinta



Album : Satu Cinta
Munsyid : StartFive
http://liriknasyid.com


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Baca sampai habes >>

Friday, March 25, 2011

fewwit ^_~


salam alaik. sekarang saya berada di rumah. home sweet home ^.^ cuti sabtu, ahad je.
esok balik hostel semula. exam dah habis, reda jela walaupun rasanya exam kali ni sangat la terok. last minute study kadang2 bagus. tp hakikatnya x boleh di amalkan selalu. betul x? kalu di saat2 akhir tu kita tertidur, tersakit, terdown. naya kan??? its ok, learn from mistake.*tutup kes*

fewwit ;)

Ahad, 20 Mac haritu, saya, k.ima, k.sha, n k.fatma gi join satu program "fewwit"( Fun n Exciting Weekend With Iluvislam Team) yang dianjurkan oleh iLUVISLAM. seminggu sebelum tu k.ima bagitau nak pergi. tp, macam tak sure lagi sbb brapa hari je nak exam kan. bila tengok balik diri nie yg macam jiwa less, setuju je nak pergi. tak sangka event dia sangat best! sbb masa k.ima bagitau, dia cakap cuma nak pergi Ceramah Ustaz Pahrol kat UKM. memang best amat!

Kami bertolak dari KSKB pada pukul 6.30 pagi. Mujur K.Ima yang proaktif dah tempah teksi awl2 lagi. Kalau tak, terpaksa lah jalan kaki ke Hospital Sg.Buloh untuk dapatkan teksi awl2 pagi. Perjalanan dari KTM Sg.Buloh-UKM mengambil masa kurang 1 jam.kat dlm KTM tu, kami pun dengan aksi baiknya, memegang nota Anatomy,walaupun dlm keadaan mengantok amat. :) Sampai di Stesen UKM, kami cepat2 cari teksi. Tiba-tiba, ada seorang akak yg comel, muka baik tegur saya.Rupa2nya, akak tu datang sorang untuk tujuan yang sama dgn kami.so, kami pun sama2 naik teksi ke UKM. Nama akak tu K.Nadia, n dia student daripada politeknik Shah Alam.mula2 k.nadia janji nak datang gdn kawan2 dia, at last, semua busy.tp, dengan semangat jihad fisabilillah yang ada, dia datang juga walaupun sorang2. respect ar.

Sampai2 je kat UKM, pendaftaran belum lagi dibuka. so, kami pun ambil tempat dulu kat dalam Panggung Seni, UKM. dewan yang sederhana besar tu semakin di penuhi oleh para penonton yang datang dari segenap pelusuk alam (cewah). memandangkan sy ni seorang yg suka memerhati, maka byk perkara yg membuatkan saya terfikir.tengok kiri, kanan. ramainye muslimah yg solehah. tudung labuh, pakai purdah,pakai handsock, skinsock.tutup litup la. comelnye mereka! tengok diri sendiri. muhasabah diri balik. =.='
sedang sy memerhati org ramai yg berpusu-pusu memenuhi dewan, tiba2 terpandang seseorg. rasa2 macam kenal. nak tegur x? segan amat!dah la dia duduk dengan kawan2 dia. lamanya tak jumpa, kalau dia tak kenal sy mcm mana? segan weh. erm...jap ea.

Masuk2 je dlm dewan tu, barula saya tau, event ni namanya "fewwit", anjuran iluvislam. panel2 pula, bukan calang2. siap ada artis lagi. huhu Panel pd hari tu ialah Ustaz Pahrol Md Juoi, Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre n moderator pada hari tu ialah Wardina Safiyyah. ^_^ topik kupasan pada hari tu ialah " Di Mana Dia di Hatiku?" Antara perkara yang dikupas ialah:-
-bersangka baik pada Allah,
-keikhlasan dalam melakukan amal,
-kita tak berhak judge org yg lakukan dosa, krn Allah tu Maha Pengampun. kita hanya pendakwah
-jauhi diri drp perasaan riak, ujub
-sebanyak mana pun ibadah kita, takkan pernah cukup untuk membalas nikmat Allah pd kita
-hati itu memang sentiasa berbolak balik, maka perlu selalu berdoa agar kita dimatikan dalam khusnul khatimah

selepas tamat forum "Di mana Dia Di Hatiku", saya cepat2 mendapatkan dia yang saya kenal. Alhamdulillah, dia still ingat saya. ^.^

Fatimah: kak husnaida kan?
K.Ida: A'ah. Imah ye?

walaupun dah bertahun lamanya tak jumpa, mujur K,ida still kenal saya. kak husnaida salam, kakak senior ohana, aka ex-senior dorm yg baek! thanx k,.ida belanja kebab ukm :)

itulah alkisahnya saya dan fewwit : Di Mana Dia di Hatiku - UKM Bangi
moga Allah tetap membuka hati ini, memudahkan urusan untuk menghadiri majlis ilmu.
insyaAllah. kepada k,ima, syukran ala min fadhlik, ukhti! tak di lupakan kak fatmanizam n k.sha :)

Baca sampai habes >>

Thursday, March 10, 2011

Bagai sireh pulang ke gagang :)

salam alaik ^__^
korang.korang!
hari tu korang tau kan, ramai student Malaysia di mesir
dibawak balik,sbb pergolakan politik di Mesir.
so,
Cik Doktor Qistina telah kembali ke tanah air.
makanya,
Cik Misi Imah jumpa Cik Doktor Qistina!
kitorang pun melawat Ssp trchenta...

\(^_^)/



ahlan wasahlan wamarhaban bikum/
selamat datang ke kelab marhaban??hee

Cik Doktor Q

I LOVE SSP too~ wif Dayah KMZ

DM dah maju, menu tayang kat srin je. dulu2 manual kot...
hehehe, mantop2!

tempat warden n top 5 :)
mereka selalu ade air sedaap.hehe

Gemala Puteri. tetap indah (^-^)

Junior band Qist-trombone :)

Melawat BR- band room

dulu tkde, sekarang ade.
BB court. kalau pakai uniform jgn lintas court ye!
rindu nk jerit2 marah org lintas court. haha

huyoo. main golf yuk :)

Setiap kali pergi SSp, tempat yg wajib di lawati ialah Dewan Makan! kalau x jengah DM sure kena marah ngan Ratna and Makcik Sunarti. my beloved makcik DM n kawan DM. hehe
memang rapat ngn diorang since jadi Biro DM dan kadang-kadang ada la sms Ratna. kiut kan?:)
Makcik siap kasi epal seplastik besar, dan anggur seplastik besar, WOAH. rezeki~

Next, mesti jejak kaki kat surau ssp :) pastu buat muke 50sen pinjam telekung junior.hee
segan2 sambil tu, bersalam-salaman. lebih2 lagi rupa dah 'tua'(matured laa)... badan pun mengembang..hee tak kesah la, asalkan respect still ade, even dah jd mantan student. alhamdulillah.

Kali ni memang ronda2 abes satu hostel n skul compound. ketuk rumah warden Ruby jumpa Cikgu Syira and Miss Zuraihan. Borak ngn Cikgu Zila kat pejabat asrama. panjat sampai top floor jumpa biro Kero. then, melawat BR. pantau diorang praktis. sy teman Qist jee.

Lepas ronda2, Qist hantar g KTM. sebak la gak nk berpisah tu. entah bila lagi boleh jumpa kan?
moga panjang umo, murah rezeki. ada jodoh, kita jumpa lagi! insyaAllah... ;)

LBNL, I LOVE SSP. HISTORY.

sekali ssp memencak, kejayaan pasti dipuncak!

Baca sampai habes >>

Wednesday, March 9, 2011

Cardiopulmonary Resuscitation ^.^


salam alaik!
kali ni Cik Misi nak share sikit apa yg kami belajar baru-baru nie :)


ini kak watie~ hahaha

recovery position

plastik putih tu face shield untuk elak direct contact
dengan air liur dan darah mangsa

30 chest compression: 2 blows


infant choking/tercekik


check carotid pulse

Minggu lepas jadual memang pack! Berturut-turut je aktiviti kitorang. Teori CPR-Praktis CPR-Exam CPR-Trial Osce-Cuti! memang letih tahap karma lah. Alhamdulillah last day tu balik cuti. So, otak yang tepu tu boleh lah nak rehat-rehat. Kasi mata rehat cukup-cukup. Bagi perut cukup makan. Refill kasih sayang kat rumah. Renew semangat. Topup segala macam yg kurang.
\(^_^)/

Jap.jap. before tu mesti ade yangtak berapa faham ape Cardiopulmonary Resuscitation aka CPR ni kan? Meh Cik Misi cite sikit. :-

CPR ni macam First Aid bila kita dapati seseorang tu tak ada nadi atau pernafasan atau kedua-duanya. CPR ni bukan golongan medik je boleh buat, setiap individu pun boleh belajar, sebab malang tak berbau. Kalau-kalau kat public area tiba-tiba ada orang pengsan, dan kita orang pertama yang menyaksikan kejadian, maka kita boleh selamatkan mangsa, dengan ilmu CPR yang kita ada sementara tunggu ambulans atau bantuan sampai. CPR ni termasuklah kejadian choking / tercekik.

Andaikan korang jalan2 kat public, and tiba-tiba ada sorang ni tiba-tiba pengsan. so, pertama sekali, kena lakukan pemeriksaan ke ats mangsa dengan teknik DR ABC.

D- danger (check lah kalau2 kawasan tu berbahaya dan suruh sumone call 999)
R- respon (cuba tepuk,goyang,panggil mangsa untuk lihat tahap kesedaran)
A- Airway ( head tilt, chin lift-dongak kepala, angkat dagu- untuk mudahkan pernafasan)
B- breathing ( dengar, lihat, dan rasa pernafasannya, jika tiada pernafasan, bg 2blow* dan rasa nadi carotid-dewasa dan nadi brachial-bayi)
C- circulation (untuk pastikan peredaran darah) apabila didapati mangsa tiada pulse, pernafasan, buat chest compression 30x dan 2 blow sebanyak 5 cycles. lepas 5cycles, check nadi carotid semula. kalau ada nadi, dan pernafasan, letak mangsa dalam recovery position, iaitu posisi semi-prone/ lateral(mengiring)

** 2 blow- mulut ke mulut, mulut ke hidung, face shield dll cara
** chest compression- tangan perlu tegak dan tekan dengan berat badan kita. tekan di tengah dada pada kedalaman 1 .5 -2 inci- dewasa. (30 compressions+2blows) x 5cycles.

Banyak lagi nak cerita, tapi cukup setakat ni je ok. untuk further explaination, boleh search kat internet or tanya pada yg pakar. maaf ats segala kekurangan :)

Baca sampai habes >>

Sunday, March 6, 2011

Aura Nasihat Dan Teguran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hari-hari yang kita lalui seakan kosong dan tidak bermakna sekiranya kita hidup tanpa teguran daripada para sahabat, keluarga, guru-guru dan sesiapa sahaja.

Tahukah anda, apabila kita menegur seseorang terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan?

Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan.

Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.

Kesemua ini ialah teknik dan cara menegur mengikut tahap ilmu yang telah dimiliki. Teguran dan nasihat amat diperlukan bagi setiap manusia. Kita amat memerlukan teguran dan nasihat daripada insan di sekeliling kita. Kita memerlukan mereka untuk meruntuhkan kubu ego yang kita miliki.

Terdapat manusia yang sudah terlalu tinggi ilmunya dan pantang sahaja ditegur lalu mereka akan melenting sekiranya ada insan lain yang kurang berilmu menegur mereka. Hari ini jika dilihat suasana di sekeliling, terlalu ramai manusia yang memerlukan nasihat, teguran dan bimbingan daripada orang di sekeliling mereka.

Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba berubah tetapi mereka tidak mendapat bimbingan daripada orang di sekeliling. Saya juga turut merasakan aura tersebut kerana setiap teguran dan nasihat itu ikhlas daripada hati mereka yang menegur saya. Mereka tidak mahu saya hanyut dalam buaian dunia sendiri.

Setiap teguran memerlukan masa untuk kita merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya kita akan cuba sedaya upaya mengubah sedikit demi sedikit setiap kesalahan yang telah dilakukan. Hal ini amat berbeza kepada mereka yang tidak mendapat teguran dan nasihat daripada orang di sekeliling.

Cubalah melihat mereka yang tidak ditegur. Adakah mereka akan berubah? Tanya pada diri anda?

Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.

Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat. Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.

Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.

Pepatah Arab ada mengatakan ;

" Katakanlah yang benar walaupun pahit. "

Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.

http://iluvislam.com/]Artikel iluvislam.com


** mampukah insan yg bengkok, menunjuki jalan yg lurus?? T.T

Baca sampai habes >>

Saturday, March 5, 2011

sebiru hari ini ^.^






Sebiru Hari Ini

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

kenangan semalam, masih sebiru hari ini! :)

Baca sampai habes >>