Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Wednesday, March 6, 2013

mampukah kita?

salam alaikum :)


sekarang tengah cuti mid-sem. for the last time, opkos sebab sekarang dah sem 6 pun.
cepat sungguh masa berlalu. tak sangka sungguh lagi 3 bulan lebih nak habis study. 
dalam tempoh 2 tahun lebih ni, bermacam pengalaman yang saya tempuhi.
alhamdulillah, syukur sangat kerana berpeluang merasai pengalaman yang ada kalanya tak pernah terfikir akan melaluinya. Allah lebih Maha Mengetahui. di setiap perkara yang Allah datangkan pasti ada hikmah disebaliknya. kena bersangka baik dgn Allah, barulah reda dan ketenangan akan terbit (:

teringat sorang makcik di wad pada minggu last praktikal sebelum habis cuti mid-sem ni.
wad perubatan perempuan yang tak kurang sibuknya. memang sgt paling tersibuk laaaah!(over)
nak dijadikan cerita,satu hari saya ditugaskan menjaga kubikel 2 dimana makcik itu ditempatkan.

biar sahaja saya menggelarkannya dengan panggilan Makcik Minah(bukan nama sebenar).
Makcik Minah didiagnoskan dengan Ca Breast. masuk ke wad medikal utk further treatment selain Ca Breast. beliau juga mengalami ascites dan merupakan pesakit diabetes. badannya belah kanan sedikit lemah dan sering senget ke kanan. 

sedang saya mengambil tekanan darah pesakit di sebelah katil beliau, tiba-tiba Makcik Minah memanggil saya dan meminta untuk menarik badannya daripada baring ke posisi duduk. saya pun datang kepada Makcik Minah dan membantu beliau duduk. baru sahaja beliau duduk, minta dibaringkan pula. katanya kakinya kebas. saya menurut kehendaknya. kemudian ......

Makcik Minah: nurse, tolong ambikkan opah 'minyak cap kapak' atas meja tu.

Saya: nah opah minyaknya....

Makcik Minah: tolong lumurkan kaki opah dengan minyak tu nurse. dua-dua belah ye.

Saya: Emmm, saya ada kerja ni opah. (nak ambil tekanan darah makcik katil sebelah)

Makcik Minah: alaaa...sekejap je nurse. tolong ye....

Saya: (alamak, kesian la pulak) em, ok...dua-dua belah ye....

Makcik Minah: lepas tu urut sikit kaki opah ye nurse. kebas ni....entah mana cucu opah ni. haaaihh, dah tau opah sakit buat apela merayau. tulaaa budak2....bukan tau duduk diam.

Saya: ermmm, saya bukan taknak urut opah. tp saya banyak kerja ni. lagipun, kalau saya urut opah sorang, nanti makcik2 lain pun nak jugak. em, sekejap ye opah, saya buat kerja ye?

terus saya ke katil sebelah dan meneruskan kerja yang tergendala.
semasa saya mengambil tekanan darah makcik yang duduk selang 2 katil daripada makcik Minah, saya ternampak makcik katil lain menolong makcik Minah duduk.makcik Aishah(bukan nama sebenar)namanya. agak lama makcik Aishah duduk dekat dengan Makcik Minah.
sedang saya merekodkan sesuatu di fail pesakit, Makcik Aishah tiba-tiba datang kepada saya.

Makcik Aishah: dik, kesian betul makcik Minah tu. anak datang melawat ramai. tp sorang pun takde tunggu maknya. adik tau, malam tadi dia memanggil-manggil nama anak dia. sorang-sorang dia sebut. Siti...Mamat... yang tu la makcik dengar. 

Saya: yeke makcik...selalunya ada cucu dia yang jaga..

Makcik Aishah: cucu pun tak tau lari kemana. tapi kan dik, orang tua ni memang banyak kerenah laa. sekejap nak duduk, sekejap nak baring. nak senget ke sana sikit lah, ke sini lah. haih.....penat dibuatnya.

Saya: emmm, nak buat mcm mana kan....


so, moral of the story?

nak cakap lebih-lebih, kita pun akan tua kan? kita pun belum tahu nasib kita akan datang macam mana.
dan, akan tiba suatu masa kita diuji dengan ibu bapa yang sakit. mampukah kita menjaga mereka?
ibu seorang mampu menjaga anak 10 orang. tapi, anak yang 10, mampu tak nak jaga ibu yang seorang???

muhasarawak T_T

moga Allah memberi kesabaran kepada kita menghadapi setiap ujian. bersabar dengan kerenah orang tua. bersabar menghadapi kemarahan dan rajuk mereka. berikanlah kesabaran kepada kami 8 beradik utk berbakti kepada mak dan abah kami...YaAllah, berilah kesihatan yang baik kepada mak dan abahku... amin....


Firman-Nya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”  – al-Nisaa’ (4) : 36 
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa." 
Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

0 Comments: