Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Wednesday, December 28, 2011

wishlist::

salam alaik :)

untuk tahun baru akan datang, saya berazam ingin memiliki baberapa buah buku yang sangat owsem. ngee~

rasa macam nak kumpulkan karya-karya Ustz Pahrol Mohd Juoi ! buku-buku beliau sangat lah owsem. best sangat2! kalau beliau bagi talk pun, sangat mantop. admire habis lah :P


selain tu, nak beli buku ni. sebab, kalau baca dalam buku Ustaz Hasrizal, banyak kali dia sebut tentang buku ni. pernah belek-belek kat MPH, tapi sebab harga dia tak affodable masa tu, tak jadi la beli. kalau tengah ada duit saya beli. tp ni termasuk dalam wishlist la.huhu

tapi nak beli yang Malay version la..haha

mudah-mudahan diberikan rezeki yang lebih. boleh la nak shopping buku-buku. insyaAllah.
No Money, No Talk! talk to the hand. hoho

psst: tak sabar nak borong buku kat Book Fair 2012!!!!! can't wait ~

Baca sampai habes >>

mari kita kritik hospital !

salam alaik :D

mak aih, tajuk tak boleh bla. tadi baca satu artikel kat fesbuk tentang kerjaya jururawat. artikel tu merupakan luahan rasa seorang nurse. dia cerita pasal mentaliti masyarakat Malaysia dan kritikal yang diberikan pada nurse ni. of course la banyak yang tak puas hati dengan nurse nie. macam-macam lah kritikan yang diorang bagi. nurse kurang ajar,pemalas, suka tangguh kerja, buat kerja kasar, tengking patient dan macam-macam lagi. all those statements dah memang klise. biasa sangat kita dengar. tapi well, kalau bab kritikan, sangat lah orang pandang. bab2 kebaikan n mulianya kerja nurse ni ada orang kesah?

sorry to say, saya bukan nak berat sebelah, tapi inilah hakikatnya. bila simpati dan empati masyarakat kurang pada nurse, cuma yang buruk aje diorang nampak, yang sebaliknya seolah-olah tak ada langsung, zero! tak dinafikan ada sesetengah nurse yang 'kurengs' tu, tapi bukan semua. betul la, kerana nila setitik, habis susu sebelanga kan?

saja nak google pasal kritikan terhadap nurse, then, keluarlah satu website ni, besar2 tajuk dia "mari kritik hospital". pergh. memang kaw-kaw punya kritik. ada yang tak puas hati dengan nurse, sister, matron, pegawai, sampai guard pun naik nama! 

jum tengok apa komen yang negatif nuhh. ready tadah telinga!



komen A

1.Adakah seorang jururawat patut memberi cara layanan yang kasar terhadap pesakit?
2. Sebagai seorang jururawat jangan terlalu kasar dan kurang ajar terhadap pesakit kerana pesakit ini memang mempunyai ragam yang berbeza.Namun sebagai seorang yang merawat dan menjaga sepatutnya kita memberi layanan yuang baik seperti keluarga kita sendiri tidak kira kaya atau miskin.
3. Ada pula sebahagian jururawat yang suka jeritkan pesakit sehingga pesakit tersebut terasa hati.
4. Bagi segilintir jururawat yang bersikap sedemikian majikan mereka haruslah mengambil tindakan sewajarnya dan jangan cuba membelanya.

(komen dengan bahasa sekolah, oke orang boleh terima)

komen B

helo....helo...helo... jururawat gemuk boleh buat keja tau... klu nak yg cantik sj dok mekap x pandai buat keja buat apa... perabih boras jaaaaa... indah kabar dari rupa....

(uih, komen dia...mesti lah orang yang komen ni terlebih cantik.kan?)

komen C

Staff Nurse nampaknya lebih banyak bermain komputer daripada membuat kerja kerja yang telah diamanahkan. Main internet la, games la..Nampak macam buat kerja di komputer tetapi hadap komputer dari pagi sampai balik. Apa kebendenya keje camtu. Kalau ada kerja disuruhnya orang lain yang buat. 

(ish..ish..ish...x patut...)


hohoho. pening je bace. ok, tak dinafikan, memang pihak yg berkenaan perlu mengambil peduli komen masyarakat, kan? yela, kalau tak masyarakat yg pergi mendapatkan rawatan di hospital, macam mana staf nak kerja. so, periuk nasi kami memang bergantung pada masyarakat. tp, tak bermakna semua benda patut dipersalahkan kepada staf hospital. Yes, customer always right, but, doesn't mean we're wrong!!!

erm, kalau nak kritik, biarlah berbahasa sikit kan. jangan ikutkan marah, sampai semua nak dihamburkan. kritik dengan mencarut dan sebagainya bukan sesuatu yang baik dan dikira matang. be profesional okeh!

jum kita sama-sama tingkatkan mutu kerja!





Baca sampai habes >>

Tuesday, December 27, 2011

baitul muslim::

abang long Aqil :)

salam alaik :)

comel tak anak sy???(gambar di atas) ok, gambar di atas ialah anak saudara makchu yg ke-7. Muhammad Aqil b. Mohd Taufik. anak abang sg yg 2nd. Nak story sket pasal Aqil. dia ni manja ngan wan(mak saya). kalau dah dukung dengan wan, langsung tak pandang dah orang lain. Makcu suka panggil Aqil 'abang', sebab tak lama lagi Aqil nak dapat adik baru.huhu Aqil suka tengok tv, tapi dia suka tengok iklan je. bila tengok iklan, ralik bebenor. Antara iklan febret abang ialah iklan Oreo, darlie,twister dan lain-lain. selain tu, abang suka dengar azan. :)

kalau korang perasan, most of budak kecik, akan bagi tumpuan semasa azan. then, diorang akan buat aksi macam orang azan, taruk tangan kat telinga macam muazzin. hati diorang ni masih bersih daripada secalik dosa. muka pun suci je kan. mata jernih dan tenang. sejuk mata memandang wajah2 suci diorang nie.

meskipun diorang budak2 lagi, tp diorang dah ada perangai n ragam masing2. contohnya, pandai buat muka, suka merajuk, kuat nangis, asyik nak berdukung dan sebagainya. kalau di ikutkan, diorang ni masih tak faham tentang kehidupan dunia kan. jelas, anak2 kecil ni merupakan satu ujian untuk para ibu bapa dalam usaha menjadikan mereka ibu bapa yg bertanggungjawab dan matang dalam mendidik anak2.

 Yes, anak2 adalah satu anugerah, dan amanah Allah buat ibu bapa. sebab itulah, ibu bapa diangkat martabatnya oleh Allah s.w.t. Rasulullah ada bersabda, "keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa". kenapa begitu hebat martabat ibu bapa, sehingga keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa?

“Dan kami telah wasiatkan kepada manusia tentang dua ibu bapanya (yang mana ) ibunya telah mengandungkannya di dalam keadaan kelemahan atas kelemahan dan (tempoh ) bercerai (susunya) di dalam jangkamasa 2 tahun bahawa hendaklah kamu semua bersyukur kepadaku (Allah ) dan kepada kedua ibu bapa dan kepada Akulah (Allah ) tempat kembali.” -surah luqman:14-

maka, kita wajib taat kepada ibu bapa kita, selama mana tidak bertentangan dengan syariat. ibu bapa juga wajib menjaga dan memelihara anak-anak daripada melakukan perkara2 mungkar. Amar makruf, nahi mungkar. 

Menurut Imam Muqatil; “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan anak-anaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang ditegah Allah dari mereka”. (Rujuk: Tafsir Ibu Kathir)

sekadar satu perkongsian. sy tak mahir bab2 keibubapaan ni. hehe

abang belum siap gunting rambut laaa >.<

Baca sampai habes >>

Friday, December 23, 2011

markah di sana ::



Telah dekat kepada manusia hari menghisab amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al-Quran pun yang baru (diturunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main.
 (Surah al-Anbiya': 1-2)


Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala (urusan) yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.
 (Surah al-Qamar: 52-53)

Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. 
(Surah al-Mujadala: 6)


psst: dah berapa markah kita ?

Baca sampai habes >>

Tuesday, December 20, 2011

save the doctor ::

salam alaik :D

maaflah, lately memang banyak post tentang kisah cik misi. dah masuk dunia nurse, mestilah kehidupan misi jugak yang saya ceritakan. oke, kali ni nak cerita tentang saya n sorang kawan, menyelamatkan seorang doktor. eceh, macam poyo je kan?

doktor lemas ke? doktor eksiden ke? nope.nope. actly, insiden ni berlaku semasa tempoh saya praktikal jugak. begini alkisahnya . . . . 

well, kalau korang belajar medik, mesti tahu teknik aseptik kan? yang mana satu? alaa, hand washing, pakai mask, glooving, jaga strerility. menjaga teknik aseptik la tu. dengan menjaga teknik aseptik, kita boleh reduce bilangan mikroorganisma terutama pada kawasan luka, ichision sites dll. 2ndly, dapat elak daripada jangkitan silang daripada sorang pesakit, kepada pesakit lain. dan disamping itu, dapat elak staf sendiri daripada mendapat jangkitan daripada pesakit. so, aseptik teknik sangat penting, terutama, hand washing!~ boleh contact en.google utk maklumat lanjut.
amalkan 7teknik mencuci tangan yang betul :)

sory, sory, sambung cerita. alkisahnya di dalam sebuah hospital . . . . 

hari tu rajin terlebih. masa dimanfaatkan utk buka 'bed head ticket'(BHT) pesakit. dari satu cardiac table, ke cardiac table yang lain saya n sorang kawan ni tinjau. ehem, kalau sister nampak sure puji abes la. haha mana taknya, memang hampir semua sister wad akan pesan "u all kena ambil tahu condition pesakit u all. itu lah pentingnya u all bukak ticket pesakit, bukan duduk berkumpul sesama u all" toink! -.-

membaca BHT pesakit memang interesting. korang akan dapat tahu kisah pesakit tu dari A sampai Z. daripada sebelum dia dapat penyakit, dalam proses penyakit, dan situasi semasa pesakit. sebab, hari-hari, doktor n nurse akan update condition pesakit tu. so, BHT memang penting. fail peribadi pesakit. sangat private&confidential. hanya doktor, nurse dan staf2 tertentu sahaja dibenarkan utk membaca. including kami student nurse. :)

ada bermacam kisah pesakit. dan selain daripada membaca BHT pesakit, kita boleh tahu tentang pesakit tu melalui 'pass report' daripada nurse shif sebelumnya. memang ini rutin harian para nurse. memang kena take note la. kalau tak, habiss la.

eh, eh, nak cerita pasal doktor kan td. ehemm.

nak dijadikan cerita, tengah saya n sorang kawan ni sedap membaca BHT, ada sorang doktor jalan ke arah katil sorang pesakit ni. doktor tu tolak 'blood taking troley' sekali. then, dia carry satu kidney dish berisi branular,needle,syringe, dll ke arah sorang pesakit ni . jeng!jeng!jeng! tiba2 rasa pelik semacam. saya pun bisik pada kawan sebelah. 

awww!sakit -.-


"Eh, mana gloove doktor tu?Patient tu kan ada . . . . ."

sepantas kilat berlari cari kotak gloove. jumpa je kotak tu, terus capai 2 helai(sepasang) gloove and lari kat doktor tu. 

"doktor, nahh gloove" 

automatik lari tinggalkan doktor tu dengan kawan saya.
jantung tak henti2 degub dengan kencang.tangan seram sejuk. makaih. begitu sekali penangan terkejut.

lepas beberapa minit, nampak doktor dah tolak blood taking trolley. saya pun cepat2 cari kawan saya tadi.

"weh, doktor pakai tak  gloove yang kite kasi tadi?"

"pakai,orang suruh gak dia pakai"

"dia pelik tak, pesal kita tiba2 terjah dia?"

"agakla, dia tanya, "kenapa? ada sister ke?"

"takkan orang nak cakap sebabnya depan patient tu kan...dia tak banyak soal, terus je pakai gloove tu."

"ishk doktor tu. buat sakit jantung kite je"

haa? faham tak kisah tadi tu? ok, secara protokolnya, bila nak handle dengan blood, fluids daripada badan pesakit, memang kena pakai gloove. dan lebih membahayakan, kalau pesakit tu mempunyai penyakit berjangkit, contohnya, HIV, Hepatitis B, Hepatitis C,dan virus-virus lain yang membahayakan nyawa kita. cuba bayangkan kalau jari doktor tu terluka, tergores,needle prick dan sebagainya, dia amat berpotensi utk mendapat virus daripada pesakit yang dah bercampur dengan darah dia! Yes, sangat berbahaya!

kesimpulannya, kenalah berhati-hati dan berwaspada semasa bekerja. ambil langkah berjaga-jaga dengan memakai gloove jika melakukan prosedur. dan amalkan hand washing sebelum dan selepas prosedur. sayangi nyawa anda dan orang disekeliling anda, kerana dirimu begitu berharga.

sekian ~


psst: bercakap untuk memperingatkan diriku, yang mudah lupa....beringat sebelum kena! 
salam ingatan buat sahabat  - Dr.Syahidatul Qistina & Dr.Norfatihah. :)


Ya Allah, peliharalah kami daripada kelalaian, sesungguhnya kami hambaMu yang lemah, dan mudah terleka. 

Baca sampai habes >>

Monday, December 19, 2011

mencari ikhlas::

salam alaik XD

ikhlas. satu perkataan yg sangat mudah dituturkan, namun sangat payah diukur, dinilai, malah tak nampak, dan tak tahu bagaimana perasaan itu yang sebenarnya. Yes. Ikhlas itu rahsia Allah. rahsia dalam rahsia.Makin dicari, terasa semakin misteri.-jawapan yang saya jumpa apabila menggoogle.-

menjadi pelatih jururawat bagi saya bukan satu tugas yang mudah. tanggungjawab yang tergalas dibahu makin hari semakin berat apatah lagi semakin hampir untuk menamatkan latihan. apabila berada di wad, memakai uniform serba putih, bagi masyarakat, kami adalah sama. penjawat awam, walau pada hakikatnya, saya masih seorang student. maka, apabila berada di wad, realitinya, saya memang sedang bekerja . teringat kata-kata abah,
 " Awak training pun dapat gaji bulanan enam ratus ringgit. Ingat senang2 orang nak bagi enam ratus sebulan? nampak je macam student, tapi tenaga awk dikerah, samala macam org yg dah kerja"
Yes. saya penjawat awam.

dalam tempoh praktikal, kami berjumpa dengan bermacam-macam orang. bergelumang dengan pelbagai ragam manusia adakalanya menyesakkan dada. 1001 perasaan ada. adakalanya sabar mendahului amarah dan adakalanya teruji dek iman senipis kulit bawang. istighfar jugak yg menjadi teman dikala syaitan memainkan peranan. Sabar itu ada hadnya. Ikhlaskah aku dalam setiap langkahku? soalan yang sering bermain dihati. 

pernah satu hari, saya bertanya kepada seorang staf di wad. "seronok tak kerja?" jawapannya:
"nak tak nak kena la kerja jugak. banyak yang tak seronok.terpaksa pun ada. kalau tak, mana nak dapat duit?" jawapan yang menghampakan saya. huh.

Soalan yang beribu kali orang soal, dan selamanya akan ada yang menyoal. "awak minat nursing?" soalan keramat yang amat payah saya jawab. kenapa perlu keliru dengan perasaan sendiri? 

1) saya masuk nursing pada mulanya bukan atas dasar minat, tapi lebih terdorong kepada memikirkan masa hadapan yang lebih terjamin. kerja. yes, thats da word.

2)bila ada sesuatu yang menguji iman masa kerja, terselit rungutaan. muka masam mencuka. hati sendiri ragu-ragu. "ikhlas ke aku menjadi nurse?"

3)kadang-kadang buat sesuatu yang payah, rasa macam nak nangis je. masa mula2 belajar injection, rase diri ni lembab sangat. tangan terketar-ketar nak buat. nak pecahkan ampule ubat pun x reti. nerves tak hilang-hilang. time tu, rasa nak quit pun ada. 

4)tengok staf nurse sendiri ada yang buat kerja sambil lewa, ada perasaan weirdo. hati ni berfikir, staf nurse jenis macam mana saya suatu hari nanti?

5) bila kesibukan teramat sangat melanda, rasa tak nak duduk di bidang ni. penat dan seumpamanya. masa untuk diri sendiri. macam tak nak jadi nurse.

tetapi . . . . .

bila difikir dengan mata hati, ditimbang tara dengan fikiran yang waras, saya suka menjadi seorang jururawat. 
sebab . . . . .



rakan sejawat :)

1) ini adalah tuntutan agama. membantu orang adalah satu sedekah!

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : ” Setiap sendi di tubuh manuasia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang yang bergaduh adalah sedekah,kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang sesuatu yang menyakiti di jalan adalah sedekah.”

2)bila dah masuk dalam keluarga KKM, barulah diri sendiri ada kesedaran untuk menjaga kesihatan, walaupun gaya hidup tak berapa nak sihat. dapat tahu perkembangan kesihatan, dan berupaya untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga, insyaAllah.

3) duit. yes, tipulah kerja taknak duit kan? ada ke orang yang ikhlas kerja, dan nak kerja foc kan? itu namanya, ikhlas tak bertempat. nak makan, bayar kereta, rumah, letrik, pakaian semua perlukan duit. bila ada duit, maka keperluan dapat dipenuhi. dan insyaAllah dapatlah nak buat infak. insyaAllah. teringat kata2 seorang tutor, "kerja nurse ni memang tak kaya, tapi insyaAllah hidup tak susah"

4) menggembirakan hati orang lain, timbul rasa bahagia. tak dinafikan, memang seronok bila tengok orang gembira. contoh yang simple,. bila mandikan pesakit yang tak berdaya,bau macam-macam. then, bila siap mandikan dia, bau wangi, nampak sihat, cantik, hensem,bagai.tak ke dapat pahala free bila gembirakan orang lain, walaupun sekecil-kecik kebaikan yang dibuat? insyaAllah sekecil-kecik kebaikan walaupun sebesar biji sawi akan mendapat balasan.janji Allah.


5) mengingati mati. yes, adakalanya bila diulit dengan kesenangan, kesibukan belajar, kita lupa padahal kita semua akan mati. bila duduk di hospital, hari-hari ada kes kematian. adakalanya pesakit yang kita jaga mendapat kematian setelah kita berusaha untuk selamatkan nyawa. namun, mati itu kerja Allah. bila dan dimana kita tak ketahui. lambat atau cepat yang membezakan kita. yes, kerja nurse always remind me of this word "mati".


ikhlas. macam mana nak merasai ikhlas?? ikhlas itu rahsia Allah! maka, biarlah sama ada perkara yang kita buat tu adalah untuk diri kita sendiri, atau untuk orang lain...yang paling utama, kerja yang kita lakukan adalah bertujuan  untuk kebaikan dan mencari keredaan Allah. Ikhlaskah kita?banyak mana ikhlas? atau memang tak ikhlas? itu bukan kerja kita! Tidak ikhlas boleh bertukar kepada sangat ikhlas setelah kita melakukan pekerjaan yang baik tersebut. jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walaupun hati kita terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah.Mohon kepada Allah agar meredai pekerjaan kita, walau pada mulanya kita tidak ikhlas.istighfar dan bersangka baik kepada Allah adalah sebaiknya. jum, sama2 kita tajdid (perbaharui) niat sentiasa kerana Allah!~


wallahualam.






Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”



“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)" 


Baca sampai habes >>

not famous

salam alaik :)

kalau last post saya ada cerita tentang Jorge, Eliana & Alexa yg famous, kali ni nak cerita satu kisah terbalik dengan tu.hehe not famous. tak femess. hehe

Ingat lagi kan pasal saya pergi KSKB UK sebab jagi ajk konvo tu kan? masa datang kskb uk, saya tak naik transport bas kskb. saya datang dengan ayah k.ima naik kereta. so, ajk2 konvo yang lain tak tahu saya  n k.ima ajk. malam kami sampai kat kskb uk tu, baru la kenal dengan ajk2 lain. itu pun hanya yang incharge booth persatuan pengajar2 KKM.perempuan semua. ajk yg lelaki tak jumpa pun.

sepanjang seminggu kat sana, ramai la jugak kenal kawan baru.tp, cuma kskb sg.buloh jugak la. sbb jumpa dengan budak kolej lain, tak sempat nk beramah mesra sgt pun. most of the time, kitorang jaga booth n bergaul dengan budak kolej sendiri, sama ada sama kos, atau kos selain nursing.

saya tahu, saya memang tak dikenali oleh org ramai. kawan2 kos lain, cuma beberapa kerat je. saya ni pendiam ke? jawapannya, YES. cuma banyak mulut dengan certain people yg rapat. nak suruh saya berborak havoc2 dengan orang yg baru kenal, memang sorila. berat mulut jugak. adess~

hari yang ktorg bertolak balik ke kskb sg.buloh, saya tumpang bas kolej. kawan saya, kos farmasi, which is Selly, bagitahu yang bas datang pukul 10pg. so, memang turun lepas Selly bagi sms. Turun2 je daripada hostel, dah ada 2 buah bas menunggu. saya pun naik bas yg 1st daripada hostel. then, ada sorang senior sem 4, lelaki tanya nak naik bas mana. saya tunjuk la bas kolej sebelah saya, lepas tu, dia pun senyum pelik je. Bila naik bas tu, tengok2 majoriti lelaki., cuma ada 3 org perempuan. saya pun tanya senior td, bas depan pun ramai lelaki ke? Dia angguk. saya dah nerves dah. cari batang hidung Selly tak nampak. muka2 dalam bas tu semua pandang saya. Alamak, rasa segan gila. Then, ada sorang senior tanya soalan tak boleh bla, "Awak kolej mana?" ayoo. =.=' saya senyum je.haha lepas letak beg dekat bahagian belakang bas, saya ambil tempat duduk area belakang juga. selang satu kerusi daripada senior td. lepas tu dia cakap, "Pakcik bas pesan jgn duduk belakang sangat, barang kat belakang berat, nanti takut2 barang jatuh" saya pun angguk n ambil seat seberang seat dia. dia pun tanya lagi:

senior nursing 1: student kskb sg.buloh nah?

saya: a'ah. hee

senior nursing 1: tak pernah nampak pun. kos ape?

saya: nursing.

senior nursing 1: haah?sem berapa?

saya : tiga :)

senior nursing 1: haah?

senior nursing  2: aaa. betul la dia kskb. aku penah nampak. boyfren awk sem 5 kan?

saya : Haa????sejak bila?-.-

konklusinya, semua dalam bas tu memang tak pernah kenal saya. tak pernah nampak saya. hahaha.

sedih tak menjadi orang yg tak dikenali? haha tak da perasaan pun. sedih tak, suka pun tak. sebab bagi saya, menjadi tak dikenali adalah agak selamat. kenapa? sebab tak da la orang nak perhatikan kita. cari salah kita. nak gosip tentang kita. nak kisah tepi kain kita. betul tak? majoriti kawan baru yang saya kenal kat situ, semua cakap tak pernah nampak saya kat kolej or asrama. hehe unik kan?


HAHA.a-not-femes-me XD

psst: kalau ai dapat 4 flat pun blum tentu ai femes. :P

Baca sampai habes >>

Friday, December 16, 2011

new famous Jorge Narvaez

salam alaik :D

pagi ni as usual mengahadap MHI, pebret tv show sy dipagi hari. suka sangat tengok mhi lebih2 lagi kalau wardina, fedtri yahya, alley iskandar, nurul syuhada nurul ain yg mengacarakan mhi. diorg ni ada style masing2 yg sangat sy suka. esp, ahmad fedtri yahya sebab dia pandai bermadah pujangga. i loike :P okeh, pagi tadi m.zul n wardina yg mengacarakan mhi. topik pagi ni sangat best, which is ibu bapa pilih kasih dengan anak2., dan syoknya, dato' fadzilah kamsah yg dtg ke mhi. yeah, lagi tokoh motivasi yg sy minati : )

then, yg istimewa di mhi harini ialah, wardina dengan m.zul telah skype dengan the fomous "Jorge, Alexa & Eliana Narvaez" drp US. korang kenal diorg nie? kalau korg memang selalu m'hadap internat, for sure dah lama kenalkan. so, nak di jadikan cerita, saya baru je kenal diorg nie. >.< haha almaklumla, sy cuma part-time pegawai fesbuk :P

kenapa diorg satu family nie sangat femes ye? oke, actly diorg femes melalui youtube. si ayah, iaitu Jorge ni, upload video dia bersama-sama dua org anak dia yg super duper cute, iaitu Eliana & Alexa. diorang nyanyi, menari n buat mcm2 lagi. Jorge ni actly, bapa tunggal. umur 24 tahun, n still study kat UCSD. memang mantop sangat, bapa muda boleh menjaga anak yg sangat cute Alexa(6thn) n Eliana (2thn).
setakat upload video, cane boleh femes ha? nak tahu cerita macam mana diorg start jadi femes, boleh baca kat sini :






superb, cute!


Baca sampai habes >>

Thursday, December 15, 2011

Majlis Konvokesyen ILKKM 2011


salam alaik XD
alhamdulillah, 2nd post untuk harini. dis time around, nak cerita sikit tentang konvokesyen ILKKM 2011 telah berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta minggu lepas.

alkisahnya, saya disunting untuk menjadi ajk konvokesyen melalui sahabat sy, K.ima Asmahani. pada mulanya 50-50 jugak antara nak pergi ataupun tak, sebab kena korbankan masa cuti. tp bila fikir-fikir semula, bukan senang nak dapat peluang menjengah tempat orang secara free of charge. tambah-tambah pulak,saya sebenarnya rindu dengan suasana menghandle majlis. macam zaman kat es-es-pi dlu la. yg paling dirindui, jadi emcee(walaupun tak bagus mane.he) so, lepas abah bagi green light nak pergi perak, terus konfemkan dengan k.ima. yahoo. seronok bangat!

rombongan tenaga kerja daripada kolej saya, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg.Buloh(KSKB SB) bertolak ke KSKB UK pada petang 2hb. namun, disebabkan sy dan k.ima masih kerja(praktikal) pada hari berkenaan, kami menggunakan alternatif lain, iaitu pergi dengan kenderaaan sendiri. so, k.ima ajak le tidur rumah dia semalaman. makanya, jauhla sy melancong cuti ni. dari KSKB SB-Felda sg.tengi(singgah rumah abg k.ima)-Felda Gunung Besout(rumah k.ima)-KSKB UK. pengalaman baru sangat2. 1st time melancong ke perak. :D

petang 4hb dec, sy dan k.ima tiba di KSKB UK. WOW. cantik gleer kolej nie. tak tipu. macam hotel taraf 5 bintang. tak yah compare dgn KSKB SB la, mmg kalah.hee ok, kalah bab kecantikan landscape,bangunan,teknologi la. KSKB SB tetap dihatiku.huhu masuk hostel dia pulak, memang wallapp. dua bilik, share toilet. tak perlu keluar bilik untuk ke tandas. sangat selesa lah konklusinya.

malam tu, sy diperkenalkan dengan rakan2 seangkatan yg akan sama2 bertugas sepanjang di KSKB UK nie. dapat kawan baru!sama kolej, tp berlainan kos. Nabila(farmasi),k.ija(farmasi),k.zuriati(fisoterapi),k.afiqah(occupational therapy) n selly(farmasi). diorg memang sangat best! cool :D then, ktorg diterangkan lah skop tugas kitorg sebenarnya sepanjang konvo nie.

Oke, at 1st ingatkan kena handle dalam dewan. dapatla tengok org terima award kan. pastu, k.ima ada bagitahu yg ktorg akan jaga gerai. makaih. sy dah terbayang2 kena jaga gerai makanan ke ape. alih2, kena jaga booth pemakanan sihat, dibawah nama "persatuan pengajar2 KKM".*mencabar*

shif bermula 8pg hingga 5ptg.(adakalanya dtg lambat)he. apa yg ktorg kena buat?
orang yg berkunjung ke booth kami akan menjawab kuiz, ujian minda dan soal selidik pemakanan. plus, terdapat unit kaunseling pemakanan di booth ktorg juga, dimana terdapat dietitian dr hospital Ipoh bertugas untuk org ramai yg ingin mendapatkan khidmat nasihat pemakanan. yg best dan havocnya, mereka yg datang perlu memutar 'roda impian' untuk mendapatkan set soalan kuiz.then, kena jawab ujian minda untuk mengetahui risiko pemakanan, sama ada pada tahap cemerlang, baik, atau sederhana. dan lastly, mengisi borang kaji selidik berkaitan pemakanan. penat mereka menulis, ktorg sediakan hadiah 'misteri'.haha oke, itulah rutin kami setiap hari. :)

yg sangat tak menahan, ktorang akan beri pendidikan kesihatan kpd semua yg menjawab ujian minda tu. soalan2 ujian tu perlu dijawab jujur. antara soalannya, "berapa kerap ambil sarapan" "berapa kali makan makanan bergoreng dalam seminggu" "berapa kali makan sayur dan buah-buahan dlm sehari" =.=' erk, tersekat di kerongkong. nak tak nak, memang kena bagitahu pendidikan kesihatan yg terbaik utk diorg ni. walaupun yg bercakap tu x berapa nak 'sihat' pemakanannya. adoy. menghantui tau soalan nie! budak2 m.a yg dataang booth ktorg panggil ktorg 'dietitian' kot.nak membeli belah makanan pun resah-gelisah. yela, takutla diorg nampak 'dietitian tak bertauliah' ni menbeli makanan tidak sehat. kan?

ok, kat sini terdapat banyak booth dibuka termasuklah gerai makanan dan minuman, souvenirs,baju, tudung,bunga dan hadiah, pemeriksaan mata, pemeriksaan kesihatan(check tekanan darah, glucose level,cholesterol,BMI) dan bermacam lagi.sy juga berpeluang untuk menderma darah buat pertama kali dalam hidup. :D pengalaman yg sangat indah, insyaAllah akan menderma lagi jika ada kesempatan. also, banyak duit dihabiskan beli air jambu hari2.haha

walaupun tak dapat tengok pelatih2 ILKKM ni ambil award, sekurang-kurangnya kegembiraan mereka dan keluarga sedikit sebanyak menyuntik semangat dalam diri ni. insyaAllah akan buat yg terbaik untuk merasai detik2 manis yang sangat bermakna tu.
plus, sepanjang bertugas kat booth tu, macam2 pengalaman baru. dapat jumpa ramai org. dapat kenal pengajar drp kolej2 lain. dan kenal lebih dengan pengajar KSKB SB sendiri. da most important, dapat suntikan semangat drp para dietitian untuk menjalani healthy life style esp pemakanan. baru tahu, kos dietitian nie juga menyeronokkan. silap ambil kos lah sy nie. kalu tahu, amek dietitian kan.haha *koya*

seminggu yang bermakna. tkasih k.ima, lain kali mahu jd dietitian lg yer!
 \(^__~)/

breakfast kena ambil setiap hari, dun skip ur meal!
exercise selalu ye!

fast food sebulan sekali jep :p


psst: ms.dietitian kata, tak mustahil nk turunkan berat badan ni ke paras normal. tak da ape yg mustahil! sy syg para dietitians tu sbb dia sentiasa positif dalam setiap kata2 dia!tengs~

Baca sampai habes >>

Wednesday, December 14, 2011

::semester three done ::

salam alaik :D

cuti semester dah masuk minggu kedua. tp, bg sy baru cuti seminggu. tahu kenapa?
sy ada 'vacation' di 'UK'.hihi nanti sy akan buat entri khas sepanjang vacation tersebut. chekidaut#
oke, kali ni cuma nk summaries my life in sem 3. mari bace kalau rajin. : )

TEORI

alhamdulillah semester 3 sudah tamat. pelbagai pengalaman baru yg cukup2 bermakna buat sy n kawan2.
pembelajaran semester 3 tertumpu kepada obstetric & gynaecology(kebidanan & sakit puan)+ peadiatric(kanank2). sangat menyeronokkan dan sangat kena dengan jiwa. ecece :P

actly, agak berat hati nk tinggalkan sem 3, sebab lepas ni dah tak belajar Obstetric, Gynaecology, dan Peads. subjek2 best dan seronok sangat belajar. rasa macam tak puas lagi explore. tapi tak pe, hopefully apa yg diajar di ingat sampai bila2.(walaupun akan lupa.need to revise~)

tak dilupakan, subjek hard core medical & surgical. every sem dua subjek killer ni akan tetap memburu. kenapala mereka ni mesti ade?haha yes, tak dapat nak di elak lagi. nanti sy kerja, nilah benda utama yg akan sy bergelumang. ye dak? orang masuk hospital, mestilah sy kena tau macam mana perawatan, ubatan, nursing intervention, medication, surgeri, alatan blablabla~ huuh. kena betul2 master, baru rasanya yakin nak jadi staf nurse. OPPS.  sy dah half way in nursing. pejamcelikpejamcelik. need to complete another half way of study. tak sabar, tapi takut. -.- 



PRAKTIKAL

as usual. every sem ade 'clinical posting'/praktikal. alhamdulillah, kembali bertugas di HKL.my pebret hospital.hihi syukur sangat tak posting kat klang.hoho penat dah rasenya posting di klang sem 2 haritu. bukan penat dengan hospital, tp tak larat nak stay dekat hostel tu. dengan kelas prep, rocol. cant stand lor.

praktikal kali nie sangat unik. we're just like hopping n travelling into certain ward in HKL. of course, kami posting seminggu di obstetric, gynae, medical, surgical, peadiatric. after complete, we go another round, according to our roster, sampailah lebih kurang 2 bulan. 2 bulan yg dimaksudkan bukanlah stret, tapi diselang-selikan dengan exam, cuti dan sebagainya. overol, sangat seronok clinical sem ni. tak terasa sangat, dah habis semester 3. best! alhamdulillah.


pas kerja di HKL


 HKL, hospital di hatiku.hehe



STRESS

aha. stress, but not depression ok!hehe 
agak stress la. sem ni jadi penolong. banyak benda kena pk. kutip, duit,borang, buat annoncement, blabla. sangat takut bila pegang jawatan. kena jd perantara antara tutor dengan pelatih. macam2 la. next sem insyaAllah kasi chance org lain pulak. kalau boleh, biar semua org rasa mcam mana menjadi pemimpin. bagaimana handle dengan org atasan, dan berdepan dengan pelbagai ragam kawan2 sendiri. thanx kepada semua yg membantu sy, secara langsung atau x. maaf lah kalau selalu emoe ye. berkerut muka. masam mencuka. kening double jerk ke. haha thanx jgak kpd ajk2 kelas esp my boss, Hasif. s/u, Liyana. bendahari, Ona, p/a system, Mira. k.zara n da geng. not to forget, K.watie da best. XDS

walaupun pressure dengan tanggungjawab yg semakin bertimbun di bahu, namun, alhamdulillah segalanya berjaya di harungi walau dengan peluh merenjis, lelehan air mata, marah membara, geram, sedih dan sebagainya. terima kasih kepada semua yg hadir dalam chapter baru di semester 3.


EXAM

alhamdulillah. PNGS naik. PNGK turun.hehe memanglah pngk tu turun, sebab pngs sem lepas turun banyak. kan.haha insyaAllah akan perbaiki pointer untuk sem 4. mudah-mudahan Allah bantu.




teman studyku. k.watie da besh~


HOPE

harapnya, next sem akan menjadi lebih menarik, dan minat dlm nursing lebih mendalam. 
harapnya, sy akan cintakan nursing sepenuh hati, tanpa paksa, tetapi hanya rela dan redha.


psst, SATU TAHUN SETENGAH lg!insyaAllah.

sincerely,

JP Fatimah 
Basik 2/2010.



Baca sampai habes >>