Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, June 26, 2010

Kisah Bakal 'Misi' (nurse)~

salam alaik.

dulu kcik2 saya bercita-cita nk jd doktor.
AlKisahnya begini,
masa umur 3 tahun, saya tinggal kat rumah arwah wan. depan rumah kami ada satu pokok.
pokok tu pokok buah jambu batu!saya suka makan buah tu...tak tarlalu tinggi kot.
sbb tu slalu dapat makan buah jambu batu tu.bila dapat makan buah tu, saya makan ngn bijik skali...ikut sedap mulut la katakan. nk dijadikan cerita, suatu hari ketika berumur 3 tahun, saya menangis meraung2 sbb sakit perut. jd, abah pun cepat2 hantar g hspital. Ya Allah, doktor sahkan saya ada appendix!maka, saya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk di operate. 2 minggu juga saya kat sana.jd, hari2 lah menatap doktor2 HKL yg smart kut. tak tau lah, tp nk dijadikan cerita, itulah permulaan saya nk jd Doktor!hehe

Bila masuk SSP, minat nk jd doktor makin kurang. maybe sbb tak minat Sains sangat kut. n sangat minat Sejarah n BM dan seangkatan dgnnya. nk jd ckgu kaunseling pun ada. sbb teringin sangat nk mengkaji psikologi manusia n kadang2 suka nk nasihat org semampunya. maka, sy berjinak2 nk jd pendidik. lebih2 lagi memang suka bercakap, walaupun tak da bakat sangat mengajar org.hehe. daripada cikgu, sy bercita2 nk jd pensyarah. best juga dapat ajar org2 besar. student2 U or kolej. jd sy memang nk jd PENDIDIK.

so, lepas SPM, sy isi borg UPU. rasa2 nk ambil TESL, sbb zaman sekarang, guru bahasa Inggeris sangat diperlukan. jd, sy cuba nasib.tp nasib tak menyebelahi. maktab perguruan pun tak dapat. sedeh jugalah.tp, sy reda....maybe rezeki nk jd pendidik belum bermula.

APRIL 2010!

saya dapat offer untuk interview beberapa jawatan untuk berkhidmat dengan kerajaan. ada 5 jawatan.online borg drp www.spa.gov.my. antara jawatan yg sy mohon:

1)Pembantu Pegawai Farmasi Pelatih
2)Jururawat Pelatih
3)Jururawat Pergigian Pelatih
4)Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelatih
5)Jurupulih Cara Kerja Pelatih

jawatan ni terbuka pada sesiapa yg memohon. kelayakan PMR, SPM. mula2 cuma nk cuba nasib, lepas dapat tawaran gi interview, saya pergi pun cuma sekadar mencari pengalaman interview. so, saya pilih Penolong Pegawai Farmasi Pelatih untuk ditemu duga.

kebetulan, tempat interview saya kat Putrajaya, jd abah tak tahu sangat jalan area Ptrajaya. Alhamdulillah, ada QISTINA. thanx 2 qist yg hantarkan kite!preparation buat habis baik.mana boleh cincai! beriya la jugak. siap gi klinik dekat ngan rumah interviu akk farmasi. n teman kawan interviu akk nurse. sbb dia nk gi interviu utk Jururawat Pelatih. dokumen2 semua dah sedia.pagi interviu yg dinanti tiba!

Pagi tu rushing juga. tp alhamdulillah everything was fine. qist pun tau jalan. just dropped by kat tepi gate sbb sudah nk cari parking. bangunan pun tak susah nk cari sb ramai juga org datang untuk interview.sampai2 je, terus masuk satu bilik n buat UJIAN BERTULIS. ok je. main bulat2 je.hehe.

next, tunggu turn dari pukul 9 pg!at last dapat turn pkul 1.45 ptg lebih kurang.
before dat dah sms qist n wazien. mintak sikit maklumat pasal ubat n penyakit2. tiba2 blur pagi tu. cuak pun ada. mana pernah di interviu! interviu masa sekolah dulu pun untuk jd prefect.hehe.lain kut. cuak kebebeh!tp as usual bajet fun la.
chill je. bila no. sy naik, sy pun masuk bilik tu. CUAK!

Puan yg interview ada 2 org. sorg garang, sorg muka tenang sikit la. dia pun ambil file saya n suruh duduk.cam biasa, kasi la senyuman paling menawan.huhu. senyuman COLGATE! mula2 dia suruh introduce diri in ENGLISH! berbelit gak lidah Melayu nie. habis sampai family2 dia tanye. kerja adik-baradik semua!nasib baik tak tanye tok, wan.sbb dah tak de. T.T

Lepas perkenalkn diri, sesi interviu sebenar bermula. nasib baik dalam BM. tak la cuak sangat. . . .

PUAN 1 : adik datang untuk jawatan apa?

FATIMAH : Penolong Pegawai Farmasi Pelatih, puan.

PUAN 1: harap maaf. hari ni kita tak jalankan interview untuk jawatan tu.
jd, awk bersedia untuk jawatan apa??

FATIMAH :(Waaaa!!!!nak nangis!!! manalah ready untuk jawatan lain. aduh, NURSE?
urm, bolehla. takkan nk keluar bilik interview ni kot.penat2 datang dr
jauh!!) JURURAWAT PELATIH, puan.

haha. itulah peristiwa macam mana saya boleh dapat jadi Jururawat Pelatih ni.
lepas diinterview, lega gila! lutut yg td vibrate, trus hilang. parkinson pun tiba2 pulih.itulah pengalaman interviewku!

MEI 2010!

masuk matrik. bina azam baru. dah tak ingat dah kisah S.P.A or maktab. mula hidup baru. kebetulan, roommate saya sorg tu pergi interview SPA juga untuk jawatan Pen.Pgawai Farmasi. dia memang betul2 nak jawatan tu.dia pun berkempen lah kelebihan kalu dapat tawaran SPA nie:

1) sudah confirm kerja dgn kerajaan lepas Diploma 3tahun
2) elaun pun not bad. nursing RM600++ elaun masa belajar
3) uniform semua ditanggung Kementrian Kesihatan M'sia
4) lepas diploma boleh sambung beljar lagi(tp kena kerja dulu)

JUNE 2010!

izzaty: mah, tau tak ko dapat nurse 4 SPA!

imah : wah, really?

izzaty : ye, abg aku checkn!

mulala kepala pusing2 nk terima atau tolak. seminggu jugalah fikir pasal ni. mintak pandangan sana sini. muhasabah semula. dipendekkan cerita, saya terima lah tawaran SPA nie. THE END>>>>>>

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. ۞
(Surah Luqman:34)

Baca sampai habes >>

Thursday, June 24, 2010

menyepi & menyenyap~

salam alaik~
sudah 1 minggu lebih meninggalkn KMNS! ringu pd mereka2 disana.
but life must go on. kita sama2 berjuang,kan? dan perjuangn selalu menuntut pengorbanan! everything happen within Allah's will. indah aturan kehidupan.
walau kadang2 corak kehidupan tak tentu pola warnanya.
kadang2 kita merancang. rancang dgn penuh teliti. penuh pengharapan. juga berbekal keazaman yg tinggi. namun, ketentuan Allah Maha Hebat! walau perkara yg berlaku tak pernah sekali terlintas dek fikiran hamba yg lemah . . .

itulah yg berlaku kepada seorg F.A.T.I.M.A.H
dari sekolah kebangsaan muhammad jabar,satu permulaan yg baru ke alam sekolah menengah pula. ke satu destinasi yg tak pernah dijangka!dari alam sekolah menengah yg berakhir dengan suka dan duka, melangkah ke arena matrikulasi dengan penuh keazaman yg baru. namun, siapa sangka, takdir menentukan 1 bulan 6 hari sahaja Fatimah Abdullah berkampung di Kuala Pilah. Maha Suci Tuhan . . dalam jangka masa yg singkat, Dia pertemukan saya dengan insan2 yg terlalu istimewa.Terima Kasih ya Allah!
moga ukhwah fillah abadan abada....

menghitung hari, menanti 1 Julai dengan penuh kesabaran.NURSE?
tak pernah terlintas di fikiran....lalu satu ayat melintas difikiran,

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

macam2 pendapat saya dengar. tp, its ok. decision sudah dibuat. moga Allah permudahkan jalan. kepada insan2 tersyg, slammat berjuang juga!



sayang korang fillah!

Baca sampai habes >>

Friday, June 11, 2010

happY BirhTdaY:P



salam alaik!
wah, awk dah 18 lah.
nothing much to say.
moge panjang umo,
dimurahkan rezeki.
moge dengan bertambahnya usia,
bertambah juga keimanan dan kematangan.
moge berjaya fiddunya wal akhirah.
may Allah bless u always!

Baca sampai habes >>