Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, January 27, 2013

minggu pertama-pediatrik::

Assalamualaikum :)

alhamdulillah, 1st week completed. sebenarnya last time group saya masuk paeds ialah setahun yang lepas, so actually kitorang agak tergagap-gagap dan serabut sikit sebab dah lama tak handle baby dan kanak2 ni.
dengan asyik menagis je. tak ke serabut?kih3 tapi yang comel, i'm sorry lah asyik jadi mangsa cubit pipi. :p
 
  • pengalaman baru ;)
1st day dah kena insert Ryle's tube kat baby 5 bulan. kalau kat org dewasa memang dah biasa, tp untuk baby, inilah kali pertama. even dah sem 6, baru kali ni berkesempatan buat. sebab masa amek cross sem 3, cuma asist je everytime buat dekat baby. tolong pegang sebab for sure dia akan meronta-ronta. dengan jeritan bagai yang membuatkan kita kesian. huhuhu so baru-baru ni agak nervous masa buat, tp buat-buat berani je sebab kalau kita tunjuk muka tak confident mestilah mak baby tu orang pertama refuse. itu pun mak dia macam taknak, sebab anak dia pakai nasal prong oxygen, pastu insert Ryle's tube, metilah susah sikit nak nafas kan? mak dia berulang-ulang kali cakap yang dulu muka anak dia 'biru' bila masuk via hidung. tak ke buat kita makin cuak?he alhamdulillah, berjaya insert dengan pertolongan Atin. ;)

  • teroka paeds
baru tahu ada bilik susu dekat paeds ni. masa tu staf nurse suruh ambil susu patient. rupa-rupanya kat bilik susu tu lah menyediakan permintaan susu daripada seisi hospital tu. bukan department paeds je. penuh dengan botol susu , macam excited sikit tengok.hahaha jakun kejappp!
pastu, baru tahu kat mana bilik echocardiogram(scan jantung). bawak patient down syndrome pergi echo. tak tahulah pulak patient tu ada behavior problem. sampai dekat bilik echo tu, dia taknak duduk menelentang. puas pulak mak dia pujuk. macam-macam cara guna. at last, MA tu suruh je patient duduk. syukur dia tak struggle waktu buat prosedur tu. kebetulan patient tu ada cataract. menurut mak patient tu, mata dia dah tak nampak. tak boleh dengar dan tak boleh bercakap. dan yang paling menyedihkan, everytime dia marah(tak suka, tak selesa), dia akan  pukul diri dia. sekuat hati! merah-merah tangan dia. kesian sangat! T_T moga unty Chinese tu terus tabah jaga anak yang istimewa tu.

  • child abuse, sexual abuse, depression
tak tahu lah kalau dulu-dulu masa sem 3 masuk paeds rasanya tak dengar pulak kes-kes macam child abuse, sexual abuse dan depression. kes-kes macam ni sangat rare. dan bila terjumpa, cepat-cepat amek kesempatan untuk baca case notes. agak menarik. berdebar pun ada. parents tak mengaku cederakan anak diorang. of course lah, kalau tak konfem lah kena masuk jail dah. substance abuse pun salah satu punca mencederakan anak. tengok parents dia macam ok. cantik, hensem, peramah. sekali substance abuse. =.=' so, dont judge the book by its cover okey!seramnya laaa..ofkos semua parents sygkan anak. tp kalau dah ada effect daripada drug, for sure akan ganggu kewarasan diri. nauzubillah....


sekian sahaja buat waktu ini. moga hari-hari yang mendatang akan diterokai dengan hati yang tabah.
erk, esok masuk emergency! gementar tapi tak sabar...apakah? 

yaAllah, bantu kami YaAllah....kuatkan kami YaAllah. niat kami hanya satu, menyelamatkan nyawa insan. ikhlaskan hati kami YaAllah. amin YaRabbal alamin......

muka nakal, geram nak cubit...

muka suci, kecik-kecik dah suka pakai tudung.


Rasulullah s.a.w. yang bersabda;

    "Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi".
                                    
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)




Baca sampai habes >>

Saturday, January 5, 2013

05 Januari 2005::

salam alaikum ^_^


'tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain'

8 tahun lalu, pada tarikh 5 Januari, buat pertama kali sy menjejakkan kaki ke seri puteri.
dan sejak itu, sy bergelar keluarga Orion 0509! mengenali Orion merupakan hadiah terindah buat sy.
moga kami semua terus bersahabat sampai Jannah. Allahumma amin :)

seri puteri terchenta, seindah nama :)

bersamamu~
harapan ibu ayah, guru dan sekolah!
kejayaan diraih bersama-sama!
suka duka dunia remaja :)

matlamat yg sama~

to serve with loyalty <3 b="b">

Ya Allah, kukuhkanlah ikatan ukhwah antara kami.
jadikanlah kami insan yg berkasih sayang keranaMu.
berkati dan rahmatilah ukhwah ini yaAllah.
moga ikatan ukhwah yg dibina hari ini,
berkekalan hingga ke Jannah...
amin :)


Baca sampai habes >>

Tuesday, January 1, 2013

Syukran 2012!::

Assalamualaikum :)

harini bertarikh 1 Januari 2012!alhamdulillah, masih berkesempatan untuk menaiki satu lagi anak tangga.
masuk ke gerbang 2013, bermakna usia juga makin bertambah. 21 tahun :) macam pelik, tetapi benar.
rasanya masih belum terlambat untuk sy imbas kembali kenangan 2012. masih segar dalam ingatan kerana baru sahaja beberapa jam 2012 meninggalkan kita semua. jom saksikan imbasan ini. aiwahh :D



praktikal di klinik buat kali pertama. pelbagai pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata.
sesungguhnya  bekerja di klinik ada cabaran tersendiri.
 (April 2012-semester 4)

1st time menganjurkan program bersama-sama OKU.
pengalaman yang tak dapat dilupakan di Bukit Cahaya Seri Alam :)
(June 2012-semester 4)

mini reunion bersama orion girls.qistina, teha, ieka, shu, neem
.
berbuka puasa dan sahur sama-sama.(July 2012)

selamat hari raya puasa!
1 family berkumpul di Raub.
sooo happy :)
(Ogos 2012)

reunion pertama batch SKMJ 1999-2004 setelah  8 tahun!
(Ogos 2012)
menyiapkan research study bersama groupmate.
pengalaman yang sangat penat, tetapi ada hikmah tersembunyi.
merasai erti persahabatan dan pengorbanan.
menimbang ikhlas.
(September 2012-semester 5)

studying phychiatric! sangat enjoy!!!
 memberikan sedikit gambaran  dunia  psy yang sebelum ini hanya imaginasi.
berdepan dengan situasi real, sangat mencabar dan menarik!seriously..
(November 2012-semester 5)

* * * * * * * * * * * * *
last but not least,selepas final exam tamat saya dikejutkan dengan satu berita sedih tapi gembira.
sahabat baik saya, k.wati disahkan pregnant! setelah berkahwin selama 4 tahun, buat pertama kali k.watie disahkan hamil. gembira! tumpang gembira utk k.watie & abang amin. so, disebabkan precious baby tu, k.watie disarankan untuk extend study selama setahun. due date ialah pada bulan June dimana batch kitorang akan menduduki final exam sem 6 pada masa tu. of course atas dasar keselamatan baby, k.watie kena tangguhkan study sebab kerja-kerja di wad memerlukan tenaga yang kuat. dan amat bahaya untuk primigravida. rahim belum cukup kuat, so anything can happen. so, k.watie extend for good. harapan kite, semoga k.watie and baby selamat! kite tak sabar nak cium baby tuuuu!

my sweet n gojes sis. she tought me a lot of things, especially ,
grooming n so on. hehe

i miss this baby so much!
dengan kancil merah ni lah kitorang selalu hangout sama-sama.
pergi kolej, makan kt kg.melayu, the store, kfc, econsave, HTAR,
rumah abg lie, fun fair, makan sate, cari somtum and so on :(
i miss u kak. rindu ngn akak yg kuat bebel.
rindu peluk akak yang wangi.
rindu pegi makan, solat, jln2 sama-sama.
take care k.watie!
i luv u so much :(

* * * * * *  * * * * * * * * * *

bismillahirrohmanirrohim,
dear 2013,
please be nice to fatimah ea?


yaAllah, bantulah hambaMu yang lemah ini. :(
biiznillah.......






Baca sampai habes >>