Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Wednesday, March 14, 2012

sahabat::

Assalamualaikum :)

semalam tertidur agak awal. mata mengantuk tahap tak boleh nk tongkat dengan batang manciss dah.huhu
cuti sehari yg sangat best lepak di bilik. sanggup makan megi je sebab malas nak turun cafe.hihi teruk punya budak. biasalah kan, cuti-sorang-sorang je. bercakap dengan katil, meja,kerusi, kipas, notebook. pun best ape xD *angkat kening double-jerk

today is thursday. bangun awal pagi untuk mengerjakan sesuatu yg nice :) sesungguhnya bangun pagi-pagi sangat best. tenang dan harmonis. seyes ^_^ so, harini kerja shif petang with hanim only(plus, some seniors). harini k.zara cuti. lusa hanim pulak cuti. tinggal beberapa hari je lagi di wad pembedahan lelaki ni. next week akan masuk wad ortopedik perempuan pulak. yeah, mahu setelkan 'cross'(assignment amali) kitorang a.s.a.p----> bandaging,asist POP(plaster of paris), prsediaan katil amputasi,traction. dll. mohon dipermudahkan urusan kami. insyaAllah :)

*           *              *

erm, tetibe rindu sahabat2 disana, disana dan disana. T.T
tengok semula mesej-mesej yang tersimpan di inbox. yup, mesej yang sangat meaningful biasanya tersimpan diam di inbox. buat tatapan dikala hati rindu dan untuk recharge the spirit. 

mesej 33: Andai kumerinduimu krn kejauhan,maka ketahuilah bahawa rinduku itu akan hilang bila kita berdekatan. Jika kukasih padamu kerana kita sering bertemu, maka aku bimbang kasihku akan pudar bila perpisahan berlaku. Tetapi sedarilah bahawa kusayang padamu kerana hati yg dekat pada Allah. Maka jgn sekali-kali jauh dariNya, kerana tanpa cintaNya hampalah cinta manusia....uhibbukifillah! I love u so much!;-)

dear sohabati,

 thank u so much for always pull my hand when i fall. u guys, osem! ^_____^


SKMJ 1999-2004 :)

SSP CBJ 2005-2009 :)

p/s : Friends are like quilts, they never lose their warmth . . . .



Baca sampai habes >>

wordless wednesday::


Assalamualaikum. ^_^
harini sy cuti. sy kurang bercakap, tp banyak membaca.
banyak yg saya jumpa, antaranya adalah seperti dibawah nie :-




sunyi? if Allah is all you have, you have all you need :)

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186) 

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16) 




Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus(makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar. (Ayat Qursi)




Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. (al-Asr:1-3)





Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

ada org kata, jgn terlalu memilih. tapi, apa salahnya kan? 
biar kita memilih,asalkan tak tersilap pilih.





p/s :sama-sama kita jaga diri, jaga iman. okayy ^_^

Baca sampai habes >>

Tuesday, March 13, 2012

new environment::

Assalamualaikum :)

alhamdulillah. dah masuk minggu ke-dua praktikal. semangat masih mantain, syukur. dikurniakan kesihatan yg baik,untuk terus berbakti kepada masyarakat. itulah kurniaan yg cukup bernilai dikala diri bergelumang dengan pelbagai penyakit, Allah masih menganugerahkan nikmat kesihatan pada diri ini. syukran yaRabb. . . . ^_^

yeah.persekitaran yang baru di wad yang baru. so far so good. seronok kerja wad baru, walaupun wad lelaki kan. pakcik-pakcik ni bikin hidup ceria jugak. staf pun oke. hepy hepy aje laa. alhamdulillah. moga mantain ye! barulah beronok-ronok kerja. :D

harini puan dtg spotcheck mengejut. pastu dia ckp nk wat asessment untuk kitorang. kire macam nk bagi markah la. kitorang kena cari sorang patient n bentang depan puan kes pesakit tu. shif pagi harini 5 orang. kebetulan masa puan naik tu sy hantar patient pi dental klinik(klinik gigi). so diorang dah ade partner masing-masing. saya bentang sorang jela. kes yg sy pilih tu didiagnoskan dengan penyakit Critical lower limb ischemia. plus, diabetic(kencing manis), hypertension(tekanan darah tinggi).  alhamdulillah puan xdala tanya soalan pelik-pelik. dia just nak tengok sejauh mana kitorang kenal patient. apa intervensi kejururawatan yg kitorang beri, dan ubatan yang patient tu dapat. 



haritu  uncle ni mai wad kitorang. melawat relative dia je pun. ade gak la yang berani pi ajak dia bergamba. naseb baek fon sy 'terlebih' canggih, kalau x dah tayang kat ampa semua. hahaha 


nothing much to story morie. esok sy cuti. till then xD 

Baca sampai habes >>

Thursday, March 8, 2012

aduhai anak::

Assalamualaikum :)

harini kua gi bandar ngn Ain,jiran sebelah umah. gi bandar naik kereta ain lah. pergi PPD (pejabat pendidikan daearah) raub. ada urusan sekejap. ppd tengah renovate kt bangunan baru yang hampir nak siap. 1st time masuk ppd yang baru, nasib baik ada pakcik tunjukkan selok-belok dalam ppd tu. hehe

tengah-tengah tunggu nak jumpa sorang encik ni, tiba-tiba ternampak sorang pakcik yang dikenali. ayah sorang kawan. pakcik tu mai kat kitorang n tegur. dia tanya sama ada kitorang datang untuk ambil result stpm.(kan baru kua semalam). kitorang pun geleng la. then, cakap la sebab kitorang datang. blablabla. pastu dia cakapla, dia datang amek result anak dia n kaunseling. macam pelik lah kan. sy pun tanya, amacam result anak dia, merangkap kawan sy tu. bila sy sebut nama anak dia, dia pun tanya macam mana kenal. then bagitaulah pakcik tu kitorang pernah sekelas.

tiba-tiba pakcik tu sebak semacam.(takut je kalo-kalo tiba-tiba dia nangis. haru!) dia frust ngn result anak dia. dia cakap, ambil masa yg lama dia nk sejukkan hati. lepas kua result smalam, smpai malam baru dia sejuk lepas pegi surau. dia sedih sangat sbb anak dua orang je. kakak dah lepas, yang sorang ni taktau lagi macam mana. macam-macam dah bagi, dia nak blackberry harga rm1k, bagi. semua dia nak diberi.ditatang bagai minyak yg penuh.(serius pakcik tu guna peribahasa ni td) tp, dia langsung tak hargai pengorbanan ayah dia.banyak kali dah dia buat hal. hurm, "bukan senang nak jadi ayah nie" byk kali pakcik tu ulang. erm.

apa sebenarnya motif sy menulis.?erm. bukan niat nk aibkan kawan tu. cuma nak cakap, kasih ayah tiada tolok bandingnya. walau teruk mana pun anak, ayah takkan pernah sampai hati nk buang anak dia. walau kecewa macam mana pun seorang ayah itu, anak tetap anak. kan? *rasa nak nangis*



p/s: insyaAllah, al an ana laisa hazin walakin sa'idah ^___^

 

Baca sampai habes >>

Wednesday, March 7, 2012

cuti oh cuti::

Assalamualaikum :)

harini dah masuk hari ke-empat sy ngn yah(adik) tinggal berdua kat rumah. mak abah cakap nk balik hari jumaat. maknanya, sy cuma ada less than 24 hours untuk dihabiskan bersama-sama mak abah. hari sabtu dah nak balik sungai buloh. :'( so saaaadd. *sabarsabar*

buat apa je kat umah? erm, boring tinggal berdua. pukul 6 pagi sy dah terjaga n kejutkan yah kat bilik sebelah..well, orang takda kat rumah, kitorang bermaharajalela la ambil satu bilik sorang.huhu lepas dia pergi sekolah, sy sambung tido balik.hehe

di suatu pagi, dalam pukul 10 tu bangun dan tak tahu nak buat ape. blurr. amek netbook,on streamyx. ape lagi?fesbuk la. hampir jam 12tengah hari, dapur belum berasap. hatta nasi pun belum tanak. nak masak pe? then, kat fesbuk tu,sorang kawan ni cadangkan supaya masak ayam masak merah.(memandangkan ada ayam dan ikan dalam petis ais). mula-mula rase nak nangis pun ade, selalu mak yang masak kan. harini kena masak sendiri. without guidance along. i'm sooo.....*blank*

then, sy mula mencari idea. ayam masak merah?urm, rasa-rasa macam yakin nak buat.haha tp...takpelah, untuk keselamatan, google jugak resepi tu. sy rasa nak gelakkan diri sendiri. macam kelakar abes r. kalo dah ade mak mertua ni, takkan setiap kali nk masak kena bukak internet dulu kan?aduyai. fail buat masa ini. as long as i'm single mingle, so why not learn from the internet kan. kakak-kakak sy pun belajar masak from internet wut...i'ts cool!^_^

masak-masak-masak-----> 
taraaaaaaa jadilah ayam masak merah XD

gambar dipinjam mr.google :P

entry ini bukan niat untuk riak dan takabbur bahawa sy pandai memasak.(memang taklah). korang lagi reti masak macam-macam kan? setakat masak macam sy nie, sure hujung jari je kan.huhu cuma nak sarmpaikan, sebenarnya, kita lebih daripada apa yang kita sangkakan. banyak lagi kekuatan diri yang masih belum kita jumpa dalam diri sendiri. sejujurnya, sy memang jarang memasak kat rumah.golongan tak reti masak jugaklah. erm, nampaknya, ade ketokohan jugak, cuma peluang dan kerajinan yang amat diperlukan.hehehe 

till then, insyaAllah.



 Our desire for marriage is similar to our need for food. It’s part of our design.-unknown

p/s: er, single yet preparing. XD





Baca sampai habes >>

skypoo::

assalamualaikum!

dikala sy menaip di belog ini, hati sy sangat berbunga riang. kalau lah dapat sy pamerkan betapa indahnya hati sy saat ini, pasti ia berlagu indah bak nyanyian sebiru hari ini-edcoustic :))

sebenarnya baru lepas buat video conference dengan sahabat-sahabat tersayang dan amat dirindui tahap petala kelapan! mereka ialah : syahidatul qistina, najwa ashim, noraini daud, kauthar alharsikanil & norfatihah azhar :D

seronok sangat. daripada berbincangan isu terkini personal masing-masing, kepada perkembangan topik kawan-kawan orion, terus memuncak ke hot story of sspians , terlerai kepada topik dunia semasa hari ini.

urgh. sangat rindu. sangat kepingin ketemu. tp kapan? Mohon dipanjangkan jodoh, kami bisa bersua-muka. insyaAllah. *sabar*

YaAllah,
walau dimana kami berada. walau jarak memisahkan kami. kami pohon, kau eratkan hati-hati kami dengan cinta kepadaMu.kau mekarkanlah kasih dan cinta kami kepada agamaMu, semarakkan perjuangan kami dengan api jihad para sahabat. moga kami sentiasa di bawah lembayung rahmatMu. kerana kami serupa, kami hambaMu yang menagih keredaanMu. Amin ya Rabb.

yang dirindui,

Orion Girlss.
*makin hari makin rindu*


p/s :ada orang ajak kte qiam. thanx,reminder :)

Baca sampai habes >>

Monday, March 5, 2012

makchu?


Assalamualaikum :)

sekarang sy tengah bercuti pertengahan sem . home suwit home =)

cam sedeh sket, cuti kitorang tak sama ngn dak ipt lain,  tak sama pun ngn bebudak skolah. means, anak-anak sedara pun tak balik le kampung kan. dah la mak abah gi umah tam sbb abg soleh kursus kat sabah. tinggal la brdua ngn yah kat umah nie. aduyai. sabo jela.

rindu oo ngn anak-anak sy. anak abg-abg n kakak-kakakku, anak-anakku jua. XD
tp diorang tak da la panggil sy mama ke..ibu ke..umi ke... diorang panggil sy Makchu le....

Makchu? anak bongsu ke?

haha.banyak soalan sy dapat drp kengkawan. kenapa gelaran sy makchu, sedangkan sy ada sorang lagi adik. biasanya Makchu-maksu=bongsu. errr, macamnie....

dulu waktu kecik-kecik, mana tau pasal nie. nak gelaran ape pun tak tau. so, ikut family abah n emak la.

adik beradik mak ada tiga org je. emak, ayahngah, n mokde. then, tengok belah abah pulak.
maklong, makngah, mokde, mak itam, abah, CHU n embong.  memandangkan adik 2nd last abah ktorang panggil CHU, so sy pun booking awal-awal gelaran 'chu' tu. hehe

time 1st time dpt anak buah, which is Luqman, sy terus gelarkan diri makchu. adik sy plak, kejap maksu, kejap makcik. last-last baru la tetap, panggil Makcik/acik.=kecik skali. keh3



p/s: kalau ada anak sendiri, nak dia panggil ape eh?? :p (lambat lagi kot.heee)


khadeeja :)

Baca sampai habes >>

Thursday, March 1, 2012

pesanan penaja ::

salam alaik =)


bersempena dengan sy kerja malam, sy dapat pesanan daripada penaja. hehehe

"ok jaga keselamatan ye.jgn kemana-mana sendirian. kalu gi toilet biar bertiga.nanti kawan awk masuk, awk ada teman. make sure kawan yg teman tu 'betul-betul kawan'. kang kawan tu ad ditempat lain dlm satu mase.hiiiii jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri. hati2 dgn patient lelaki.kang buat sexual harrassment. so better kemana2 ade kawan"

amacam. caring tak pesanan penaja sy? ^.~

siapa penaja sy?? klik SINI  

Baca sampai habes >>

praktikal sem four::

salam alaik =)

alhamdulillah praktikal di hkl so far berjalan lancar. pengalaman dua hari bekerja mlm di wad medikal yang sangat mencabar bagi kaki-tidur-awal macam sy. seperti semester2 yang lepas, geng klinikal yang sama with 'baby hanim' n 'kakak wuwus'(k.zara.)hihi

before this, memang pernah kerja shift malam dekat HTAR,klang. tp sebenar-benarnya, student mula night duty  bila dah naik sem 4. walaupun ni pengalaman 2nd time kerja malam, tp tetap rasa seperti julung-julung kalinya bekerja malam.huhu

sebelum ni, banyak soalan yang bermain di minda. macam mana eh kerja malam?

1) malam-malam patient buat apa?
-malam2 mostly diorang tidur la. ada gak yang tak boleh tidur malam sebab banyak tidur siang. so diorang buat 'mesyuarat' dari kati-ke-katil la :P

2) busy tak kerja malam?
-wad medikal perempuan, of course la busy. tp tak sebusy siang hari sebab patient tidur, so kurang prosedur dilakukan.
-certain prosedur 'terpaksa' jugak ganggu patient tidur, contohnya kalau doktor order hourly/2hourly tekanan darah, so kena lah kacau jugak. patient mcm ni biasanya kalau tekanan darah dia terlalu tinggi atau terlalu rendah.

3)banyak tak admission(kemasukan pesakit baru)?
- biasanya banyak admission. tp last 2 night, kurang drp 5 orang kot.

4)buat apa je selama 10jam kerja mlm?
-ambil report drp orang shift petang
-start ambil observation(tekanan darah,nadi,suhu,pernafasan)2x
-check Dextrostix(check gula dalam darah) bg pesakit kencing manis
-check IV drip pesakit. kalau habis, gantungkan drip dan alirkan kepada pesakit
-close intake&output chart (I/O chart)>>staft nurse ajar buat grand total :)
-buat mandi lap kat atas katil (sponging) bagi pesakit yang tak mampu ke tandas
(macam-macam kisah semasa sponging. kisah sedih,tragis. biarlah sy simpan sbg bekalan bila dah kerja nanti)
-bagi feeding melalui ryle's tube bagi pesakit yang tak boleh ambil makanan melalui mulut
-bagi ubatan melalui oral(mulut) atau IV(intra vena line)
-check jantung kalau doktor order ECG(electrocardiogram)-biasanya kalau pesakit tu ada masalah jantung atau dia mengadu sakit dada

5)sempat tidur,makan,rehat?
-tak sempat pun tidur. wad medikal perempuan kan...wad lain maybe sempat.
-bab makan kalo tak sempat, kena sempatkan gak.hee alhamdulillah sempat makan
-rehat sambil buat kerja, kira rehat la kot?

6)apa pengalaman best kerja malam?
-1st night, hanim bawak bekal bihun goreng.best. hehe
-staf nurse sporting. ajar macam-macam benda baru. best kerja kalau team work. tak gitu?hehe
-kena bagging(bagi bantuan pernafasan menggunakan pump bag*xingat nama alat tu ape* )kepada pesakit yang agak tenat. ventilator tak ada kat ward, ICU full. so sementara tunggu kemasukan ke ICU, kitorang bergilir-gilir bagging manually. kak zara n hanim buat 2jam. sy sempat sejam je.,

7)tahan mata korang?tak ngantok ke?
-pergh. dah amek 'dos' pun ngantuk weh. dalam 2-4 pagi paras melatonin gle tinggi.sabor jela.

8)ada pengalaman seram tak?
-yang halus tak de. yang kasar ade. haha erk, seram dengan pesakit p.s.y(masalah pyscology) hee

9)balik kerja buat ape?
-tidur tak hingat2 nak makan.hehe xdala sampai tak ingat makan.er, dalam 5-6jam topup tidur siang. ishk3

10)In a nutshell, best tak shift malam?
- best! tp sy prefer morning shift laaa...hehe

sekian sahaja buat masa ini.akan meng'update' sekiranya rajin dan ada kesempatan.hihi


p/s: doakan saya jadi jururawat yang beriman,profesional,skilfull dan caring ye.! syukran =)

dari kiri>>>imah,k.zara n hanim.hihi


Baca sampai habes >>