Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, December 30, 2016

Pengasuh Anak

Assalamualaikum.. sebut pasal pengasuh memang sesuatu yang amat penting dalam kehidupan ibu yang bekerja. Bukan senang nak cari pengasuh yang memenuhi SOP. Banyak perkara yang perlu di timbang tara apabila bercakap soal pengasuh. Hidup mati kot. Ibaratnya macam tu lah..


Ehem. Bukan apa. Banyak sangat dah kisah dera, tersedak susu dan lain-lain. Mau tak risau? Masa dok tercari-cari pengasuh tu memang saya doa je dapat pengasuh yang sayang kat anak dan baik. Bila penyayang automatik dia takkan buat perkara-perkara yang boleh memudaratkan anak kita. Doa. Itu kunci dia.

Masa mula cari pengasuh Farisya kebetulan jiran sebelah blok yang bagi nombor. Dan langkah2 yang saya dan suami ambil...

1. Jumpa dengan pengasuh
-jalan2 tengok rumah. Sambil2 tu tengok lah persekitaran rumah dia. Jiran tetangga. Anak2 dalam rumah. Kebersihan. 

2. Beritahu masa dan cara kerja suami isteri
-saya pun cerita lah yang saya kerja syif. Syif pagi, petang dan malam. Disebabkan pengasuh pernah jaga anak nurse, so dia memang dah biasa dengan cara kerja saya. Suami saya pulak hanya cuti hari Ahad, so sabtu memang kena hantar anak. Malam pun sama dan pengasuh setuju utk jaga weekends dan syif malam which is tak semua pengasuh nak. 

3. Bayaran
- boleh jadi isu juga bab bayaran ni. Sebelum jumpa pengasuh duk tanya2 juga kawan-kawan berapa bayaran bulanan pada pengasuh diorang. Range RM300-RM380. Bila pengasuh cakap bayaran RM400 standard area rumah dia, mak terkejut sebentar. Haha Rasa mahal pada saya. Tapi pengasuh cakap kalau nak RM350 boleh tapi weekends kira lain. Haila. Kan sabtu memang kitorang husband and wife kerja. Bila balik dari rumah pengasuh tu mesej la kawan-kawan. Diorang cakap dah ok sangat. Sebab boleh jaga weekends, malam dan ambil lewat tak ada caj lain. Which is woth it. Dan keputusan dimetrai. Haha

4. Bagitahu pengasuh sudah selamat bersalin
- disebabkan jumpa pengasuh masa mengandung 8 bulan, maka lepas selamat bersalin infom lah. Bagitahu mungkin start hantar masa baby 3bln. Atau lebih tepat 2 minggu before start kerja.

5. Hantar anak 2 minggu sebelum bekerja
- lebih kurang 2 minggu sebelum mula kerja saya dah mula hantar Farisya di rumah pengasuh. Hantar pukul 11 pagi dan ambil jam 6ptg. Alhamdulillah Farisya ok. Tak nangis. Senang jaga. Tu yang pengasuh bagitahu. Masa hantar Farisya tu sedih la jugak. Tapi saya tinggalkan Farisya dengan membaca Alfatihah dan ayat qursi. Dan doa yang tak putus agar Farisya selamat dalam jagaan orang lain. Wuwu

6. Barang keperluan anak
- pengasuh request nak warmer untuk panaskan susu dan tilam untuk Farisya tidur, jadi sediakan lah. Baju2 Farisya saya letak bakul kat rumah pengasuh. Asalnya nak topup setiap minggu, last2 hari-hari pun saya bawa baju untuk dia. So bakul bawak balik semula. Barang hari2 hantar:-
1.baju siang x1
2.baju tidur malam x1
3.pampers x4
4.tuala x1
5.napkin x1
6.susu EBM x4
7.mitten and booties (sarung kaki dan tangan)
8. Bedung x1

7. 'Jenguk' anak
-masa2 free pergi lah tengok anak. Kot2 dia menangis ke ape. Ni tips orang bagi tapi saya tak praktikkan pun. Cuma kadang2 ambil anak awal dari waktu. Tp alhamdulillah ok je. Takda dia nangis ke ape.

8. Tanya pengasuh perangai anak
-sesekali berbual mesra dgn pengasuh, boleh la nak tanya keadaan anak masa ketiadaan kita. Alhamdulilkah Farisya nangis masa lapar je.

9. Jangan berkira dengan pengasuh
-sesekali beli barang makanan untuk pengasuh. Macam goreng pisang, biskut2, buah2, mesti pengasuh seronok nak jaga anak kita.

10. Tekankan pengasuh bagitahu awal jika nak cuti
-yang ni memang topik paling penting. Kadang2 jadual kerja kita dah keluar masa tu la pengasuh baru bagitahu nak balik kampung. Time tu lah rasa nak menangis. Haha kena bagitahu pengasuh yang jadual keluar 2 minggu sekali, jadi kenalah bagitahu seawal mungkin.

Sekin sedikit perkongsian. Stress tak baca?? Kalau stress boleh dapatkan vitamin anti- stress daripada saya hokey :')

B-complex untuk mama 😊

Baca sampai habes >>

Friday, December 9, 2016

Cerita 3 tahun

Assalamualaikum!


Alhamdullillah. setelah 3 tahun menyepi akhirnya Allah buka hati saya untuk kembali mengatur jari di atas papan kunci laptop untuk menajamkan kembali sel-sel otak. Terima kasih kepada encik suami atas ketukan semangat. katanya otak kalau tak diasah supaya berfikir akan berkarat. Tak tak dapat dinafikan! Seumpama orang yang sering menggunakan kalkulator untuk mengira. Apabila diminta untuk mengira menggunakan otak, makanya akan jem lah sel-sel otak untuk menjumlahkan angka-angka meskipun sekecil nombor. hehe

Jadi... mana nak mula ya?

Alhamdulillah sepanjang 3 tahun menyepi saya telah berubah kepada beberapa status. Yang pertama, saya dah jadi isteri kepada bekas tunang(baca: suami) dan telah menjadi seorang ibu kepada si kecil yang dah pun masuk 1tahun. Allahu. Terima kasih kepada Allah S.W.T yang telah meberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat menjadi seorang isteri dan nikmat menjadi seorang ibu. 

Alhamdulillah juga saya telah menjadi penjawat awam selama 3 tahun. Masih bergelar Jururawat U29. dan masih bekerja di PCICU, tempat pertama saya ditempatkan. Alhamdulillah masih seronok bekerja di sini dan terlalu banyak pengajaran suka duka saya di sini. Sedikit demi sedikit saya akan ceritakan pengalaman saya selama 3 tahun jagung ini. masih mentah..tapi sikit sebanyak cerita yang bakal saya kongsi insyaAllah akan memberi kesan..

Sampai disini dulu ya.. 

Misi Imah :')
Mama Farisya Iman.


Baca sampai habes >>

Sunday, June 30, 2013

perancangan :)

salam alaikum :)


rancang..
dengan apa yang ada di tangan.
bukan yang kita angan-angankan...
ooo...kita membina cita-cita dan harapan..
bukan mimpi igauan.

perancangan harus diperhati
agar tertib rapi dan teliti
matlamat dan caranya berbeza
masalah pun harus diambil kira..
 
****************
teringat lagu ni.... tentang perancangan..

setiap hari yang dilalui pasti dimulai dengan perancangan.
kalau tak, hidup mesti haru. tak banyak, sikit pun mesti haru.
kalau dulu masa study hidup kita dah ditentukan flownya.
aktiviti kita semua di masukkan dalam jadual. pukul 8pagi-5petang.
full dengan kelas. aktiviti persendirian bermula jam 5 petang.
itu pun kena masuk hostel before 8 malam hari bekerja dan 10malam hari minggu.

now, dekat rumah. setiap ari adalah sama sahaja. Isnin tanpa monday blues.
dan rutin yang sama jugak hari-hari. rasa macam tak berkualiti aje.
nak lakukan sesuatu yang lebih berkualiti daripada sekarang.
arghhhhhhhhhhhhhh...

terasa sesuatu. kosong..kosong..kosong... T_T

jom merancang dengan lebih rapi , moga hasilnya luar biasa berkualiti :)



Baca sampai habes >>

Tuesday, April 30, 2013

berbeza pendapat::

salam alaikum::


2nd day of osce done. alhamdulillah. even I dont do it well. i feel like crying right now. only Allah knows. ehem. insyaAllah tawakal pada Allah. usaha dah. doa dan tawakal termampu. 

demam. bukan demam exam. bukan jugak hyperpyrexia. tapi, demam PRU13. kahkah
walaupun saya tak termasuk dalam golongan pengundi, namun bahang PRU tetap terasa.
news feed kat fesbuk pun dah hangat memperkatakan berkenaan isu politik.

politik kotor. politik bersih. tak tahu nak komen. sebab saya bukanlah golongan yang arif.
apatah lagi golongan yang bijaksana dalam memperdebatkan isu politik ni.
so, sebagai orang yang tak arif politik, saya menjurus kepada pencarian sumber-sumber bacaan untuk mendapatkan maklumat. pelbagai maklumat di hadam. baik daripada golongan pro kerajaan mahupun pro pembangkang. haila. saya makin pening bila dihadapkan berkenaan satu-satu isu. kemudian, mendapat 2 pencerahan yang berbeza daripada kedua-dua belah pihak. kasihan sungguh golongan pertengahan seperti saya. tak tahu mana satu yang nak dipercayai. dunia Oh dunia. semakin pelik.

saya mahukan yang terbaik untuk negara Malaysia. of course.
teluslah. moga Allah memberikan yang terbaik buat negara Malaysia terchenta. peace!

sentappp~


Baca sampai habes >>

Sunday, October 21, 2012

jom sihat ^_^

salam alaykum =)

harini ada program Promosi Kesihatan kt kolej. program anjuran bersama PKD Gombak, hospital sg.buloh dan beberapa agensi kesihatan lagi lah..hehe so, kskb sungai buloh jadi tuan rumah untuk program yang julung-julung kali diadakan. sepatutnya, kitorang cuti harini. tp kena pergi program ni. random pick je kot. certain group je kena pergi. kalau tak pergi kena ganti kerja 2 hari! seyes 'paksarela'. kerja 1/52 dis week. =.='

as usual, pagi-pagi akan dimulai dengan senam aerobik. ada team khas yang conduct daripada kementerian belia & sukan kalau tak silap. then, kitorang dapat goody bag for breakfast. kuih karipap 2 bungkus. air mineral. roti multiwholegrain gardenia, majalah iSihat, pek sample susu Ensure & Glucerna!huhu *berkhasiat*

lepas breakfast, kitorang kena pergi audi untuk perasmian program oleh dato' SUB(setiausaha bahagian) BPL. ada penyampaian hadiah kpd pesakit contoh Diabetes. pastu ada forum awam. dua lecturer jemputan.  Prof Ismail mohd noor dengan ceramah Prevalance of Obesity. dan Dr. Feisul Idzwan, specialist kesihatan awam dengan ceramahnya tentang 'penyakit tidak berjangkit di malaysia'. topik cliche. bunyi macam boring. tp sangat informative! banyak perkara baru yang saya dapat. buktinya, saya tak tidur pun masa forum tu. *angkat kening double jerk* haha

cuma nak sentuh sikit pasal ceramah Dr. Feisul. ada 3 penyakit tidak berjangkit yang paling hot kat negara kita. Penyakit cardiovascular(jantung), diabetes dan kanser. dan antara ketiga-tiga penyakit tu, Malaysia antara negara yang menduduki tangga yang top jugak. misalnya, obesiti, Malaysia di tangga no. 1 di asia tenggara. hohoho *champion yg tak boleh dibanggakan!*

masa sesi pertanyaan dibuka, ada sorang ni tanya,

 "adakah ubatan untuk pesakit Diabetes boleh menyumbang kepada rosaknya buah pinggang?"

Dr. Feisul cakap, soalan tu memang selalu pesakit tanya. sebab, ramai juga dalam kalangan pesakit kencing manis (diabetes) ni yang takut makan ubat, sebab risau rosak buah pinggang. ada yang tak makan ubat sebab rasa diri sihat dan hanya makan ubat bila rasa tak sihat/sakit je. wah, wah, wah. banyak chantek!

baca kat link ni untuk tau lebih lanjut.---> diabetes

lagi satu yang menariknya, untuk mengelak daripada penyakit2 kronik ni, semestinya kita kena ada pengetahuan macam mana nak ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat. tetapi, pengetahuan semata-mata tak menjamin apa-apa. sebab, kalaulah pengetahuan tu menjamin seseorang mendapatkan hidup yang sihat, memang tak wujud lah doktor yang merokok dan nurse yang obess! betul tak? *setuju*

perkara yang perlu diamalkan untuk mendapatkan gaya hidup sihat. klise. :-

1) makan makanan seimbang
2) senaman 
3) tidak merokok
4) lakukan pemeriksaan kesihatan berkala

sebut memang senang. bila nak implemen, memang susah wooo! kesedaran individu sangat penting. hati yang kental perlu ada. dan sokongan daripada persekitaran!penting amat!hehe

so, I want to tell the world, I am on diet!
please be more supportive! I beg you! =')


we're on diet =P



Baca sampai habes >>

Saturday, October 20, 2012

I want nobody but u::

salam alaikum ^_^

alhamdulilllah. ada juga kesempatan nak menulis blog walaupun dalam kesibukan praktikal di wad medikal.
cewah. padahal tak lah sibuk mana pun. cuma letih sikit sebab straight 2 minggu medikal. tapi wad medikal yang ni agak best lah. staff ok, kerja pun seronok. tak sempat nak bikin 'ketupat2 raya'. bagus!

dalam kesibukan praktikal tu jugak, alhamdulillah baru-baru ni Islamic Friendship Society(IFS) telah menjemput penulis/penceramah/pendakwah yang tidak asing lagi, Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Nordin ke surau Ar-Raudhah bersempena dengan Minggu Penghayatan Islam. tambah-tambah lagi ustazah Fatimah Syarha memang penulis favourite sy. walaupun hari selasa lepas sy kerja petang, balik pukul 9mlm dan sampai asrama pukul 10 lebih, alhamdulillah sempat jugak 1 jam dengar ceramah beliau. :)

so, ini ada sedikit perkongsian ceramah Ustazah Fatimah Syarha yg bertajuk, 
" I want nobody but Umenarik bukan tajuknya? *kenyit mata sikitt*
memandangkan topik CINTA memang tidak asing lagi bagi golongan remaja dan dewasa, maka ceramah ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada para remaja bagaimana ingin memperoleh cinta yang 'lurus'.

1) cinta MATLAMAT, baru cinta ALAT.

cinta matlamat? cinta alat? dua jenis cinta ini ternyata dua perkara yang berbeza, tapi berkait antara satu sama lain. maksudnya kat sini, ofcourse Allah adalah matlamat kita dalam mencapai kejayaan dunia akhirat. dalam menggapai matlamat kita, dah semestinya kita perlukan alat sebagai jalan menggapai matlamat. so, untuk dapatkan cinta Allah, kita perlukan alat(manusia, kewangan, dll).  ramai orang tersilap langkah sebab terlalu cintakan alat, hingga kabur dan samar matlamat yang UTAMA!(muhasabah diri).

2) kenali kriteria CALON

-mesti rasional
-jangan terlalu mudah
-jangan terlalu payah
yang pasti, pilihlah yang kita redho dengan AGAMA dan AKHLAKNYA. insyaAllah kita takkan menyesal.

3) kapel haram?

couple. couple. ramai yang dok fight nak kate bercinta sebelum nikah ni dibolehkan dalam Islam.
mari kita tengok Al-Imam Hassan Al-Banna kata ape,

" bercinta secara HALAL itu halal, bercinta secara HARAM itu haram "

diperteguhkan oleh Syeihk Yusuf al-Qaradhawi, 
‘Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum nikah (al-hub qabla az-zawaj) kerana cara seperti ini dikhuatirkan bahaya dan syubhat’ (Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)

kahwin tu halal. so, dengan berkahwin, bercouple itu menjadi halal =)

4)istikharah=tanya ALLAH

sedangkan sekecil-kecil urusan pun nabi galakkan umatnya istikharah, inikan pula soal jodoh.
inyaAllah dengan beristikharah Allah akan pandu hati kita untuk memilih yang terbaik untuk kita.
kalau dah istikharah tp, kita tersilap pilih??? mungkin itu adalah ujian Allah untuk kita. yang penting, disetiap ketetapan yang Allah berikan pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. terpulang bagaimana kita melihat dan menghadapinya.

5)alam pertunangan

bertunang tak bermakna menghalalkan berdua-duaan. sebaliknya, dalam tempoh pertunangan tu, kedua-dua pasangan perlu bersikap pada pertengahan. TAK TERLALU HILANG. dan MUNCUL BILA PERLU.
yang ni ramai orang tersilap langkah. bila dah bertunang, buat-buat macam dah jadi suami-isteri. ramai macam tu kan?ada certain orang, dalam tempoh bertunang pulak macam-macam ujian datang. di sinilah pentingnya berharap semata-mata kerana Allah. hati kita milik Allah, Dia yang pegang. dan Dia jugak yang berhak menetapkan hati kita. memberi kita hati yang sejahtera....

6) belum ada kemampuan nak kahwin?

PAUSE. stop dahulu keinginan nak bercinta, berkapel, sebaliknya lihat pada prioriti(keutamaan). kalau masih belajar, utamakan study dulu. bila ilmu penuh didada, insyaAllah lebih matang dalam menempuhi alam rumah tangga.

7) kembali pada pucuk pangkal

apa yang kita lakukan harini, impaknya akan dilihat di kemudian hari.
harini kita bermesej. bergayut dengan kekasih yang belum halal bagi kita.
setelah kahwin, berkemungkinan pasangan kita 'berani-berani' bermesej dan bergayut mencari orang ketiga.
asas kepada cinta. kalau asasnya baik, maka insyaallah hasilnya juga manis.
kalau mulanya cinta telah dipupuk dengan baja2 kemaksiatan, maka alhasilnya jika belum nampak dalam masa terdekat, akan muncul bibit-bibit keretakan dalam jangkamasa panjang. hati yang tidak tenang. nauzubillah...

‎".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...." (Surah Yusuf : 53)


banyak lagi yang saya dapat menurusi 1 jam ceramah Ustazah Fatimah Syarha. tp setakat ini sahaja perkongsian kali ni. saya menulis kerana pertama sekali saya mengingatkan diri saya. kedua, untuk saya kukuhkan peringatan kepada diri sendiri. ketiga,  mana tau kot-kot yang terbaca ni terkena batang idung. sama-samalah kita beringat. :D
saya sedar, saya banyak tersilap. ada kalanya terkeliru.  emm, mengurus nafsu sangat sukar kan? 

mujahadah tu memang pahit. jalannya berliku dan beronak duri. itulah mahar yang perlu dibayar untuk mengecap syurga Allah yang indah. mari kita berusaha perbaiki diri! yang penting mulakan dengan niat yang baik, insyaAllah, Allah bantu kita =)


moga sama-sama mendapat manfaat.


beliau ^_^




Baca sampai habes >>

Tuesday, October 9, 2012

merenung langit::

salam alaik :)


aku INSAN BIASA,
yang tidak lari daripada membuat DOSA.

terlalu banyak tipu daya dunia yang terlalu INDAH.

lantas terHIJAB mataku dek sinaran DUNIA yang penuh fantasi.

KESERONOKAN dunia ini terlalu melalaikan.

aku perlukan BEDUK supaya dapat MENGETUK diri ini.


aku INSAN BIASA,
aku SENYUM dan aku KETAWA.

aku sedih lalu aku MENANGIS.

bila ujian mendatang MENDUNG mula berarak dihatiku.

aku juga insan yang lalai.

cuai dalam tingkahku.

seringkali aku kecewa dan berkeluh kesah.

arhhhhh...banyaknya dosaku....

aku INSAN BIASA,
Ada masanya aku perlukan masa untuk SENDIRIAN.

BERSEORANGAN sambil merenung langit.

MEMIKIRKAN diri sendiri, hala tuju kehidupan.

Mengingati DOSA-DOSA lalu yang belum diampuni.

Mungkin masa ini BUKAN untuk MENCARI CINTA selainnya

Tetapi masanya untuk MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH :)


note to me, myself & I.~
oh betuk, ketuklah bila aku lalai.

syukran sahabat.
yang selalu mengetuk pintu hatiku...






Baca sampai habes >>

Tuesday, September 25, 2012

relationship::

salam alaikum =)


its been a while. hurm. currently at sg.buloh. having mid-sem examination and one more paper to go!gambatteh~

ye. saya bukan sedang bermimpi. saya dalam keadaan sedar sedang menaip dan post yang saya terfikir di minda ialah soal kahwin. ada apa dengan perkahwinan? bagi saya, kahwin adalah 1 persoalan yang besar. bukan main-main. penyatuan dua hati jadi satu. satu hati meredah lautan duniawi bagi mencapai matlamat ukhrawi. big issue.

majoriti kawan-kawan kat sini (sg.buloh) semuanya telah berpunya. baik berpunya dalam erti kata berkapel, bertunang mahupun dah telah berkahwin. bila sebut soal couple, seolah-olah ini merupakan perkara biasa yang sangat klise. bercerita tentang dating dan naik turun dalam perhubungan. melihat kawan-kawan ada yang menangis kerana cinta. ada yang bergaduh kerana lelaki. menggadaikan prinsip kerana cinta. sungguh, IQ manusia boleh jatuh pada tahap paling rendah kerana cinta. 

klise klise jugak.
but,  always bear in mind,
no relationship before marriage.

ehem. bila berada di tahun 3, soal bertunang dan bernikah sudah menjadi topik hangat dalam perbualan semasa. ada yang menggembar-gemburkan di fesbuk. tak kurang ada juga mami jarum menyampaikan berita cepat dari berita utama. erk. dan, ada juga yang merahsiakan pertunangan mahupun perancangan bernikah dengan senyap sekali tanpa sesiapa dapat menghidunya. terpulang pada pilihan masing-masing, yang penting, hebahkan perkahwinan. tu lebih utama. kan ?

kahwin. ramai mengaitkan soal kahwin dengan umur. umur 25 adalah umur paling ideal utk berkahwin. yeke?
tak jugak kot. Pik (abang sy) kahwin masa umur 23tahun. Ngah, 25tahun. Tam, 28tahun. Abang 28 tahaun. Cah (bakal), 27tahun. 

kahwin. big question mark. ??? bila nak kahwin? bila sampai seru? tunggu jodoh jatuh ke riba?

DOA.-doa pun salah satu daripada usaha.
USAHA.-melakukan persiapan. kalau mahu yang soleh, mestilah mensolehahkan diri terlebih dahulu.
TAWAKAL.-serahkan kepada Allah. telah tertulis di luth mahfuz,insyaAllah pasti bertemu ;)

marriage. memetik kata-kata Hasif(2012), "kahwin awal kalau nak anak pandai". entah kajian sape ntah dia dapat. haha katenya, berdasarkan pengalaman. maybe parents dia kot. dan berdasarkan pemerhatian, hasif ni boleh la dikategorikan sbg budak pandai dalam kelas saya. hipotesis maybe can be accepted. =P

p/s: tetibe rasa nak pergi daftar agensi cari jodoh, ni semua gara-gara bercerita soal kahwin overdose lah ni~

=( =)

Baca sampai habes >>

Monday, August 13, 2012

leceh lah jadi nurse, kan best jadi cikgu~

salam alaykum :)


harini as usual cium meja dalam kelas. semalam tido dekat-dekat pukul 2 pagi research punye hal. 
tu kira ok. sian mimie tido pukul 4 pagi kot. hurm. luv u so much research!

last period  tadi belajar mental health nursing. tiba-tiba puan cakap pasal perbandingan antara cikgu & nurse.
saya jadi celik kejap. hehe menarik jugak. buat saya memikir panjang. yela, mana tak nya, dulu pernah gak bercita-cita nak jadi cikgu, tp interview pun tak dapat. bukan rezeki. tau..... ^ ^

ok, pada pandangan saya, kerja nurse mencabar dan skopnya tersangatlah luas. ada 10 sebab :-
  1. kena kerja shift (pagi, petang & malam). pergh. lecehnya. kerja ofis hour kan lagi best?
  2. kena kerja dengan nyawa orang. silap langkah sikit, dah boleh jadi 'pembunuh senyap'! yang tu agak ditakuti. uhuk! semuanya kena berhati-hati dan sangat bahaya kalau tercuai. 
  3. nurse bukan je bagi ubat, cuci luka, tulis report pesakit, tp juga kena lakukan intervensi kejururawatan meliputi aspek fizikal, mental & rohani. kena dengar luahan, bagi nasihat, ajar pesakit tentang penyakit dia, dan sebagainya. luasnya skop kerja nurse!
  4. ramai bertanggapan kerja nurse ni kotor sebab kena tukar pampers pesakit, mandikan pesakit, cuci luka yang kotor dan busuk, lap muntah pesakit, tadah air kencing, tengok najis pesakit dan sebagainya. jijik ke? tak semua orang sanggup, tp hakikatnya, selepas nurse bersihkan dan tukar semua yang kotor tu, alhasilnya, pesakit menjadi bersih dan sihat. wangi dan bertenaga. selesa dan ceria. penyakit pun cepat sembuh. nah! apa lagi yang boleh memberi kepuasan kepada nurse selain melihat pesakit sihat dan ceria?
  5. selain tu, nurse jugak berisiko sangat kena komplen dengan pesakit dan relatives jika perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan. serius! buatnya pulak dengan klien yang high educated dan cepat je nak komplen pegi kat sister, matron atau lebih hebat, terus kepada pengarah hospital! 
  6. nurse jugak selalu dipersalahkan sekiranya kesilapan kecil berlaku ke atas pesakit. contohnya kenapa pesakit tak mandi pagi-pagi masa doktor buat round. padahal, pesakit tu yang refuse sebab katanya sejuk mandi pagi-pagi. sekecil-kecil sebab pun nurse yang kena. so, kena sangat pandai skill memujuk pesakit. macam dalam kondisi di atas tu. huhu
  7. di samping tu jugak, nurse sangat berisiko untuk menyentuh dan melihat aurat orang lain. mahupun sesama wanita, ataupun sebaliknya. itu semua atas dasar darurat, semestinya! tapi, ada jugak yang mengambil kesempatan di atas darurat tu. dan ada jugak yang bermain mata. bak kata pepatah, 'sambil menyelam, minum air'. ishk3.
  8. nurse sentiasa tak boleh balik sharp pada waktunya. datang awal dan balik lewat. sejak student lagi, kami dilatih datng ke wad 15minit awal. dan semestinya balik selepas pass report kepada next shif. itu kalau kerja dah settle. tp andai kerja belum settle, staf pulak kurang, maka terpaksalah balik lewat. maka, terjadilah dialog seperti ni antara suami-isteri. "awak berkampung kat wad jelah. tak payah nak bawak katil, bantal, selimut. semua dah ada. " betapa sangat penting mencari pasangan yang memahami kerjaya nurse. kalau tak paham, takyah kawin la ngan nurse.
  9. susah dapat cuti. bukan senang nak cuti. buatnya pulak staf kurang. ada sorang tutor saya, 15 tahun kerja, tak pernah dapat cuti 1 syawal. makaihhh! 15 tahun tuu...... 
  10. dulu, kini dan selamanya. bosanlah pakai uniform putih ni. tak boleh nak bergaya. tak boleh nak semart-semart. kotor sikit obvious je nampak. dan....ikut body sikit. erk. bila ntah nak ubah....?
banyak lagi kot. agak-agak mesti ramai takut nak kawin ngan nurse kan? hehehe

 nantikan post berikutnya, "kenapa saya redha menjadi nurse".

jumpa lagi, insyaAllah. 
salam 25 Ramadhan \(^_^)/
amir solihin. rindunya patient paeds....




Baca sampai habes >>