Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Monday, June 27, 2011

yang dirindui :(



salam alaik ^_____^

Baru2 ni borak dengan sorang member pasal silat. tetibe, rase rindu la dgn silat. rindu sangat2 ! zaman kat ssp dlu, minat gle dengan silat. maybe ni antara sebab saya boleh kamceng dengan teha and yunni. kitorang start join silat gayung fatani ni since form 2. masa tu mula2 martial art ni ditubuhkan kat sekolah. kalau dulu, the only martial art yang ade, cuma taekwondo. then, masa form 2, macam2 martial art lain ditubuhkan macam karatedo, aikido, silat olahraga dll. dan. . . kitorang perlu membuat pilihan, sama ada, nak join martial art atau badan beruniform(kader polis, kadet bomba, kadet remaja, pandu puteri, dll) kitorg pun join la silat gayung fatani :)

geng silat gayung fatani")

Dulu rajin gak turun praktis silat, walaupun tengah panas terik, punye la semangat. . . . ^^badan lenguh2, lebam2 praktis hard sangat. HAHA pastu, kat bilik, kitorang suka praktis syok sendiri. pastu amek gamba.padahal bukan power sangat pun. kui3




praktis kat dorm :)

masa cuti akhir tahun form 2 pulak, kitorang(saya n Teha) pernah join program silat kat Pulau Pangkor. serius kitorang ade sejarah hitam kelabu dalam perjalanan balik pangkor-KL-Pahang. betapa gigih cari ilmu silat jauh2, pastu mengharung badai di tengah jalan. HAHA biarlah sejarah tu kita je simpan. kan sayang?hehe

*Undur diri*

kalau kita sayang sesuatu, ada kalanya perlukan pengorbanan. betul x? syahdu yang amat la kena keluar silat. tau nape? Alkisahnya, . . hujung tahun form 3, kitorang join kawad kaki formasi untuk persembahan Hari Kokurikulum. kitorang kne pakai uniform kadet polis(K-po),kadet bomba, KRS. then, time form 4, Ne'em si Presiden K-Po ni x cukup orang untuk pertandingan kawad peringkat daerah Sepang. so, dia pun ajak kitorang join. fyi, marching pun antara minat kitorang yang tak dapat dibendung lagi. Buat julung-julung kalinya dapat sarung uniform K-po, rasa begitu bangga sekali. and sangat perasan diri tu smart.*HAHA kitorang actually dipinjam je untuk pertandingan, tp at last kitorang macam dah buat kelab sendiri pulak. siap join perkhemahan K-po peringkat negeri Selangor. join macam2 aktiviti diorang, padahal kitorang bukan ahli K-po. so, untuk berlaku adil, kitorang pun memaksa relakan diri ni untuk keluar SILAT tercinta, and join k-po.

sedeh jugak la kena keluar silat, tp, yang bestnye, presiden silat orait je kalau kitorang nak g join praktis silat. wallap r. lepak abess. memang sayang gle silat. thanx wawa :)


wif teha n wawa :)

lepas keluar silat,saye and teha declare janji nak continue silat kat U. kat kskb ni ade je silat gayung, tapi xda geng nak join, nak trigger spirit nie. sedeh sedeh. erm. . . .hopefully, pasni dapat join silat lagi. tapi bila ? wallahualam.

p/s: takut nak join silat raub.ngee~

Baca sampai habes >>

Tuesday, June 21, 2011

Wordless Wednesday


Baca sampai habes >>

Saturday, June 18, 2011

positifkan yang negatif

salam alaik :)

Soalan untuk cik misi sekalian yang seangkatan dgn saya.

Soalan :pernah tak korang dihina dengan profesion masa depan korang nie???

Baca sampai habes >>

Thursday, June 16, 2011

Ini senjata kita !

salam alaik :)



Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merungsingkan para malaikat, lalu para malaikat menghadap Allah.

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?"

"Kerana belum dipaku" Jawab Allah.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi, wahai Rab?"tanya para malaikat.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah lagi.

Setelah itu, Allah menciptakan gunung-ganang di pelbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar. Setelah diciptakan gunung-ganang, bumi kemudian berputar sesuai pada paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan oleh Allah SWT.

Paku merupakan objek keras yang diperbuat daripada besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi, iaitu gunung-ganang, kemudian malaikat bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat daripada paku?"

Baca sampai habes >>

Monday, June 13, 2011

Lapan yg soleh & solehah ^.~

salam alaik kmu sume!:)

TAK SANGKA,

DAH LAPAN

ANAK MENAKAN,MAKCHU :P

pak teh & Aman
(Muhammad Luqman)

Baca sampai habes >>

Saturday, June 11, 2011

selamat hari lahir,sasterawan negara generasi Y (^_^)

salam alaik, girls and boys!

Apa yang sentiasa naik, dan tak pernah turun?


sesaje, teringat, teka teki ni familiar, kan?
yea, seantero dunia dah tau jawapannye, kan?
*USIA*





happy birthday to : sahabat
all e best 4 ur future undertakin'
may Allah bless u always :)
ukhwah fillah abadan abada,insyaAllah.

Baca sampai habes >>

"abah saya garang"


salam alaik anda sume :D

yeah!dah banyak kali dalam bulan ni orang asyik tanye saya, "Father's day bila ea?" sampai otak dah abes cerna yg father's day tu jatuhnye 19Jun. hehe

Ini kisah tentang buah hati saya. dari kecik, sampai besar, dia sentiasa ade masa saya susah dan senang. dia HEBAT. dia ialah ABAH!

Masa kecik2 dulu, bila nk buat menda jahat, jarang la nk ingat Allah memandang, malaikat mencatat amalan... tp, 1st sekali terdetik kat otak ni, -----> nanti abah marah!abah garang!
tak tipu, abah memang garang! tengok muka pun tau kan? memang slalu nangis sebab kena marah dgn abah. kecik hati dgn abah pun pernah. tp, nak melawan ckp abah memang takut la.serius!

Banyak benda yg abah sekat, kadang2 rase abah mengongkong. rase diri tu dah besa sangat, padahal, akal tu dangkal sangat nak di bandingkan dengan abah yang dah makan garam lebih dari diri ni.

Abah suka cakap serius. jarang nak nampak abah senyum, sbb tu 1st impression org bila jumpa abah, mesti ckp , "weh, abah kau garang." tapi korang tak tau, abah tu sweet orgnye. baik hati dan hensem. ;)orait, mari buktikan.

Abah semasa minggu exam
- tiap2 kali balik exam, abah akan tanye,
Abah : "Boleh buat tak exam?"
saya : Susah la bah...
Abah : Ape yg senang?
Saya : hee (sambil t'sengih..)
Abah : susah tu boleh jawab x?
Saya : er,.boleh la...(dengan nada tak yakin)

see..abah memang caring. tiap2 hari akan tanye, sampai la exam abes...dan kecik2 dulu, makan satay adalah pekara special dalam hidup ni.tau sbb ape? masih ingat lagi, lepas result upsr, pmr, abah tak miss belanja satay kat Restoran Rokiah Satay. itu menunjukkan abah hargai kegigihan saya. abah saya sweet, tp saje tak nak tunjuk.kan?
hipotesis accepted: ABAH SAYA SWEET

Baca sampai habes >>

Friday, June 10, 2011

Diari HTAR ^___^ PART 2


salam alaik, BoBoiBoy & GeGeGurl ;)
(ops, makcu trkena pengaruh aman,mustofa,addin,alfatih n hassan!)

bonjour!yeah, alhamdulillah. saat ini, jasad masih punya upaya menyedut o2. phalanges tetap menari ikut irama. mata menggigil, kerna hampir terkatup. paras melatonin meningkat, itu sudah pasti.

Diari HTAR kutitipkan. untuk mereka fahami........

April hingga Mei....tu la saat2 paling mencemaskan buat ktorg, warga pelatih basik 2/2010. misi kami di clinical kali ni lebih mencabar drp sem lepas.cross sem 2 mantop2, rase nk nanges kejar cross. ape2 pun, sumenya b'jaya d laksanakan dgn jayanya.alhamdulillah :)

*Minggu Pertama & ke Dua

Grup saya ditempatkn di wad medikal perempuan. alhamdulillah tak lah kekok sangat dgn wad yg busy tu, berkat dulu pernah merasa kerja di HKL.tp, kondisi wad ni, lebih padat n mampat drp HKL kut. 1st day, langsung tak dapat sebarang cross. mana tak nye, satu cubicle, sorang kena handle. lebih kurang 12 atau lebih pesakit dlm satu cubicle tu. macam mane nk kejar cross? dengan observation yg tak selesai, kena pula hantar pesakit ke xRay department.atau, pesakit yg nak ke dewan bedah.atau ke ultrasound dll. mmg stress kalau kerja fikir nak kejar cross kan?astaghfirullah. memang, senang betul nak dapat dosa kalau kerja niat tah betul.
sebab tu kena slalu tajdid niat!*pesanan qist*

*new experience*

Seperti biasa, kalau dah nama pun wad medikal, konfem lah pesakitnya dengan variasi penyakit. siap ade penyakit berangkai lagi! majoriti : sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, asma, demam, TB, dll
pengalaman paling tak dapat d lupakan ialah masa 1st time bg injection. Masa tu ikut staft nurse incharge ubat.so, berpeluanglah bg injection. serius gigil, tak tipu! time tu bg suntikan subcutaneous aka insulin utk pesakit diabetes. alhamdulillah, after bg injection tu, tak berdarah pun. n makcik tu ckp tak sakit.hehe beselah tu, pesakit diabetes mmg kurang deria rasa. tp, feelin' tu mmg best. *wah*


*ibadah dlm wad*

Dalam kesibukan bekerja (walaupun still student), kadang2 lalai kita padaNya. dalam diam, dalam penat, rupa2nya, kita sedang buat ibadat. tp, kita tak sedar kan? saya ingat lg pesanan puan, "jd nurse mmg senang dapat pahala, dan senang juga dpt dosa." betul sangat apa yg puan ckp.totally right! niat kena betul. ikhlas. aib pesakit kena jaga. kena jaga hati pesakit, relatives.also, kawan sekerja!team work penting. baru kerja pun jd best! kena jugak saling mengingati. kalau ade kesempatan, smbil borak2 dgn pesakit tu, selitkan peringatan. suruh pesakit banyakkan bersabar, n berselawat dll. *surah al-asr*- beringat2 dan berpesan2 pd kebaikan. simple2 things, tp kadang2 payah nk buat. =.='

*Minggu ke Tiga & Empat

Buat julung2 kalinya, grup saya ditempatkan ke wad lelaki. ortopedik. wad mat rempit sejati. bukan tu je, infected diabetic memang banyak laaa....kes majoriti accident, diabetic yg teruk, putus jari, patah kaki, patah tangan, nk kena potong kaki, nk kena cuci luka dll.
makanya, cross untuk dressing aka cuci luka pesakit memang full! hari2 buat dressing. dengan teknik aseptik, cewaaah. pernah jugak muntah(sekali) sbb tak tahan bau.*maaf* tp, dah buat hari2, bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. besa bro! hee nikmat tengok luka tu bertambah baek. semakin cantik ;)
1st time g wad lelaki memang panik. nak kne communicate, touch dll. mula2 memang terase la jurang and aura, tak mahu! tp, yea, NIAT. tajdid(perbaharui) niat! mereka pesakit saya. dan saya juru yg merawat mereka. alhamdulillah, walaupun charge +- = attract, tp lame2 -+=biasa.

mangsa remp-it!

*new experience*

-best gle dapat cuci luka yg besar gaban. and bleeding mengalir. ade blood clot. sapu honey manuka pada luka. tak sangka, madu boleh taruk kat luka tau. memang berkesan, dgn izin Allah. luka pakcik tu walaupun besar, tp cantik! *fresh meat*
-dapat tengok kes gangren. kaki hitam sbb sel kulit dah mati
-buat dressing kat jari yg macam dah nk terputus. rase nak menjerit pun ade. haila, seram gle kalau tibe2 saya yg menyebabkan jari dia terputus.kan?? (huuu, imagine...)
-staft nurse bagi peluang buat injection, intramascular. cucuk ubat tahan sakit. *puas*


jum buat dressing :)

*TAMAT*
selepas sebulan di HTAR, kitorg kena balik kskb sbb exam summatif kut. hailaa...then, continue clinical untuk 3 minggu. ada lagi new experience yg cik misi belum cite. later keyh! insyaAllah.


Baca sampai habes >>

Diari HTAR ^___^ PART 1


salam alaik, anda sume! :)

syukur, idea tengah masyuk nie. smangat tahap giga! hoho baek2, bersempena mnjadi org klang sepanjang 'clinical area'(praktikal), makanya, beta dgn berbesar hati utk kongsi pengalaman beta semasa di klang. atau lebih spesifik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, selangor. makanya, beta telah menjadi pemastautin di klang utk sebulan lebih. chaitt! jgn marah ye. duduk kat bandar diraja, kena la guna BETA. kui3

fyi, kak ayu telah ditugaskn menjadi ketua asrama di htar. saya plak? pembantu k.ayu la lebih kurang. meh..meh...kte story morie tentang hostel dlu. 1st day kitorang di tempatkan kat Asrama Jururawat Pelatih HTAR tu, sume dok berbuih mulut cite duk klang x best!including saya kut.ngee~ asrama antik, warden skema, radicare sensetif! mak aih. berat.berat.

Rules & regulations


  1. rocol setiap malam bermula 9.45pm. ta boleh pakai baju tido g rocol. kne pakai seluar trek suit.(kena tunggu sume sign attandance, n jerit nama dorm sampy kua ank tekak.hoho)

  2. klas prep wajib attend. 8.30am-11 am(kerja shif petang) 3.30pm-5pm(kerja shif pg) kejenya tido tyme klas prep!tp bahaye, klu kantoi ngn puan, kena denda sehinggit!ngee~

  3. pagar akan ditutp 10pm. ( slalunye k.ayu yg tutup, kekadang je tlg.hehe)

  4. dilarang memasak di dalam dorm. hanya di dapur tingkat 1. (lepas warden wat spot cek, baru la rajen turun dapur, masak.haha)

  5. dilarang jemur baju kat dlm dorm.(bagai mencurah air ke daun keladi kot.haha)

  6. turun kelas prep kena pakai kasut bertutup!=.='----> arahan p.yoga

APA YG DILARANG, LAGI KAMI BUAT! hee


ishk3...naek pusing kepale nie dgn perangai anda, anda, dan anda.fenin. paling sy tak tahan, kena bgun pagi g kelas prep. jadual subjek sume dah ade, tp rasanya, most of da time blaja surgical 1. sume merungut je, sbb ade certain subject terabai. sy jugak kot! tp sume tu ade hikmah. at last, dapat la gak A- utk surgical 1. alhamdulillah. thanx puan lakhsmy sbb rajen turun clas prep also, puan rohani and puan2 yg lain :D


YANG BEST KAT KLANG



  1. ade shopping mall 3 serangkai(tesco, giant, n jusco)!

  2. depan bilik ade pokok mempelam

  3. boleh tengok tv hari2 (bilik sebelah tv kot)

  4. baju kat ampaian cpt kering sbb environment yg mantop

  5. tak payah attend class

  6. praktikal kat wad sangat best~

YANG TAK BEST KAT KLANG



  1. makanan mahal!!

  2. ade prep n rocol

  3. kak watie takde :(

hari2 rutin yang same je buat.paling sedeh, lame gle x balik raub. everyday col umah. kdg2, 2x sehari col umah. n abah akan tanye, buat apa col banyak kali??hee abah ni, macam tak fhm je anak dia ni homesick. kekadang bukan ade ape nk cakap sgt pun, cukup dgr suara mak pun dah kire olrite. rindu nye mak, abah!;(


even duk hostel klang ni x best mcm kat kskb sg.buloh, tp well, tido tetap cukup(terlebih sudah..) macam2 pengalaman baru duk sini, sbb duduk dgn rumet baru, cube paksa rela utk study, berdiri ats kaki sendiri utk mcm2 pekara. also, semakin kenal ati budi msing2.


maaf, saya tak menjd diri sendiri masa d klang. under stress. kadang2 x bleh nk accept arahan org pd kita. i had my own reasons.thanx. learned a lot from htar.its about vita(life)!


p/s: insyaAllah next post tntang wad pulak! :)




ini HTAR.indah dan permai.heee

koridor asrama :)



Baca sampai habes >>

Monday, June 6, 2011

siapa Fnizam Azmi ?

salam alaik kamu sume!
dari hari pertama tirai praktikal dilabuhkan, tangan ni semacam gatal dan rindu yg membuak2 utk update belog tersayang. tp, akibat idea yg kekeringan dan tandus, hajat tu tergendala. yg mampu, hanya mencoret contengan idea di diary aje. yeah!

sejak saye tukar status di fb, ramai yg merisik khabar yg lucu di dengar, klakar di ingat dan tak logik dek fitrah! antara pertanyaan hot yg dilontarkan kpd saye:-

kisah 1
A : hik3..cewah..status da tukar tu ek?? bile nk kenduri kawen?
Imah: huhu status??mak cakap tak boleh kawen pmpuan-pmpuan...hehehe
A : haha...adoyai..isk kantoi lak..~tutup muke pakai kotak smbil lari jengket2~ haha

kisah 2
B :siape fnizam azmi tu?pandai ea skrg...
Imah:??

kisah 3
C : ou. dah pandai kapel ea skrg? wish u luck.tc. wslm
Imah: =.='


ahaha baek2. nampaknye, penukaran status sy d fb menimbulkan pelbagai spekulasi.hee skarang biar saye explain kat sume, ok?
tp, nie spesel edition yg hanya pembace blog sy je tahu. yg tak pernah bukak blog saya, harap maaf. maka, saya umumkan, bahawa, FNIZAM AZMI ialah HABIBIE saye :)
merangkap sahabat. juga kakak sy d kskb. cik misi tu... FNIZAM AZMI atau nama sebenarnya, FATMANIZAM BT AZMI :D

harap gosip tentang relationship status sy dapat d tamatkan ye!
terima kasih ats keprihatinan anda sume :)


yg sengih mcm model colgate tu bibie sy :)

p/s: sy tetap ingat, tiada hub halal antara L-P sebelum nikah!;)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah al-hujuraat:13)


Baca sampai habes >>