Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Thursday, February 3, 2011

Semangat hari-hari ^^


mak, abah, dan buah hatiku semangatku!

wajah2 orion pembakar semangat!

semangat SBP!

semangat RED HOT RUBY!

doa pemberi semangat rohani&jasmani!

semangat bila nak outing!!

semangat berpantun!

semangat ORION!



salam alaik^.^

Hidup tak semudah diimpikan.
kadang kala kita perlu untuk menikmati saat-sat terjatuh.
kadang kala kita perlu merasai ketika semua yang dirancang tak menjadi.
kadang kala kita juga perlu untuk menjiwai kepayahan & kesukaran.
semuanya punyai HIKMAH!
kerana . . .
apabila kita berada dalam proses kebangkitan,kejayaan & kemenangan,
kita tak akan mudah lupa diri,
bahawa ia bukanlah sesatu yang kekal~
hanya mereka yang pernah merasai
kegagalan, kepayahan, kesukaran,
yang dapat menikmati,
erti kejayaan, kemudahan & kemenangan kelak!

Imam As-Syafie pernah mengungkap:

Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menurusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak merasai kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan dek kejahilan sepanjang hayat.

Baca sampai habes >>

Wednesday, February 2, 2011

sanah helwah salahuddin^^


salam alaik^.^
hari ni merupakan hari lahir salahuddin yg ke-4!
makchu doakan salahuddin jd anak yg soleh dan pintar.
makchu sayang addin!! memuah =)





Baca sampai habes >>

Januari yang padat+mampat.

dulu pipless. [takde pip di bahu]

sudah naik pangkat green pip, alhamdulillah;)
[ wif sis nana n k.wati]

sila teka ketebalan buku nie.sangat berat&tebal!
[medical-surgical nursing]

salam^.^

-rumah Dong-cuti chinese new year-

Assalamualaikum. kesibukan menyebabkan post untuk Januari '0' ye.
alhamdulillah, Januari berjaya diharungi dengan pelbagai episod baru dalam kehidupan. adat org mencari ilmu, mesti ada suka duka, gelak tawa dan air mata. itu satu lumrah yang tidak dapat kita lari. walau apa pun yg bakal mendatang, mesti tempuh jugak! lari dari kenyataan bukan satu penyelesaian, tp ia satu kedayusan yang merunsingkan! chaiyok!

Awal Jan
*Berkobar-kobar masuk lecture!takut dgn lecturer sem 2, sbb ramai mulut2 membawa khabar yg kurang enak, lagi menyenakkan perut. alik2, syok kot. lecture paling best so far ialah Behavioral Science with Puan Rokiah! memang tak kering gusi gelak!chumil mumil amat la Pn.Rukiah! Bila puan cerita tentang biodata puan daripada jadi student nurse sampai jadi lecturer, sangat inspired saya untuk jadi macam beliau! yeah, mesti work hard !insyaAllah^^
*stress bermula apabila nursing sem2 kelas A diwajibkan hadir ke kelas 30minit b4 lecture. 7.30 pg!. maka, stress board di belakang kelas penuh dengan luahan stress oleh para platih. ye, saya pun ade tulis satu!


Mid Jan
*One day, mase lecture Surgical 2, urgent, nak pergi toilet! Sis Nana cakap tak perlu inform puan b4 pergi toilet. so, tanpa rasa bersalah, saya pergi toilet sorang. dan bila balik dari toilet, ada satu group tengah buat presentation hypertonic. masa bukak pintu lecture room tu, semua orang pandang saya. then, puan panggil dan marah2 sebab:

1) saya pergi toilet tanpa permission 2)saya ke toilet semasa presentation

saya disuruh berdiri di satu sudut depan kelas. serius rasa macam penjenayah paling wanted! rasa nak nangis, tp bajet cool je. after lecture abis, Sis Nana cepat2 datang dan ramai yang macam back up saya. hurm rasa sedih sangat hari tu. salah saya jugak kan? serius after ni tak nak pergi toilet time lecture dah. sebenarnya, ada sesetengah puan tak kisah pergi toilet tanpa permission. katanya, we're adult. dan mereka nak train kami as an adult learner. tp, peristiwa petang tu sangat memberi kesan kpd saya. puan nyaris2 nak bg tindakan tata tertib kpd saya. F.O.B.I.A.
*Di kelas malam(Eng class), tutor bi pulak marah2 kami secara berjemaah.
cukup melengkapi kesedihan untuk sehari tu. serius STRESS amat!
kemuncak ksedihan ialah air mata.
terima kasih izzaty menjadi pendengar yg setia, walaupun jauh di Kuala Terengganu....

Akhir Jan
*Macam2 aktiviti sempena Nursing Family Week. main tarik tali dalam hujan, best woo.then, kena incharge nasyid. praktis, cari minus one, dan congrtz dapat 1st(dari belakang!) haha
*assignment pulak tiap2 minggu ada.tp, tension dengan org yg menjadi penumpang dalam kapal. apa boleh buat??
*majlis penutupan Nursing Family Week, 14 Feb. semua org semangat je kejar jam kredit tonton pertandingan2 sempena Nursing Family week. ye, sila2 penuhkan buku koko anda, supaya boleh kejar untuk penuhkan cross pada log book pulak ye!
*pencapaian termantop bulan Jan ialah tak tidur dalam kelas walaupun mengantuk. maybe sbb duduk di tempat yg strategik, dimana boleh menyaksikan Sis nana terkehel leher 'berzikir' penuh khusyuk di sebelah sy, atau aksi2 para pelatih profesional tidur dengan statik, mahupun mencium buku semasa lecture. hahaha

Sekarang.........
*risaukan mereka2 tersyg yg berada di Mesir, esp Qistina.
*berdebar nk tunggu roster untuk praktikal. hopefully nama naik di HTAR,Klang
*berjimat cermat!
*tak sabar nk tamatkan English Class
*mahu jd rajin.

Baca sampai habes >>