Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, January 5, 2013

05 Januari 2005::

salam alaikum ^_^


'tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain'

8 tahun lalu, pada tarikh 5 Januari, buat pertama kali sy menjejakkan kaki ke seri puteri.
dan sejak itu, sy bergelar keluarga Orion 0509! mengenali Orion merupakan hadiah terindah buat sy.
moga kami semua terus bersahabat sampai Jannah. Allahumma amin :)

seri puteri terchenta, seindah nama :)

bersamamu~
harapan ibu ayah, guru dan sekolah!
kejayaan diraih bersama-sama!
suka duka dunia remaja :)

matlamat yg sama~

to serve with loyalty <3 b="b">

Ya Allah, kukuhkanlah ikatan ukhwah antara kami.
jadikanlah kami insan yg berkasih sayang keranaMu.
berkati dan rahmatilah ukhwah ini yaAllah.
moga ikatan ukhwah yg dibina hari ini,
berkekalan hingga ke Jannah...
amin :)


Baca sampai habes >>

Saturday, August 11, 2012

sahur::

salam alaykum :)


alhamdulillah. atas segala-galanya. nikmat yg tak terhingga.....

tak tau nape sejak belakangan ni, tajuk entry cuma satu perkataan je.
simple. dan yang penting ianya highlight apa yg ingin sy sampaikan.
sahur. harapnya belum terlambat nak cakap pasal sahur. hehe
sahur membezakan puasa kita umat Islam dengan puasa agama lain.
dan sahur dijanjikan Allah keberkatan di dalamnya.

Rasulullah berpesan:
“Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.
(Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim )


Abu Sa’iad Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengatakan: 
“Bersahur itu semuanya berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun salah seorang kamu bersahur dengan seteguk air kosong, kerana sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya memohon rahmat kebaikan kepada mereka yang bersahur.” 


zaman sekolah dulu, ada sorang sahabat ni. takpernah tinggal sahur. mmg solute abes ngn dia. tak lain x bukan, sahabat sy Ayunni. budak law uitm skrg nie. dulu yunni selalu kejutkan saya sahur. walaupun dia tau sy payah bangun pagi, tp dia tak putus asa kejutkan saya. tu yang terharu banget. rindunya....
lepas sahur kt dewan makan kami sama-sama naik surau dan buka PA system. ada kalanya, junior kami yang lebih awal akan buka radio. berebut. hehe sementara tunggu sahur, yunni akan ajak buat solat sunat dlu. then, kami solat subuh jemaah sama-sama. kalau pagi jumaat, biasanya yunni akan jadi imam dan sempatlah buat sujud sajadah. dia hafal surah as-sajadah. *mantop*
 betapa masa itu sgt terisi.....betapa Ramadhan tu rasa sangat bermakna...rindu.....

Yunnie,
syukran, sbb banyak bersabar dengan saya. tkasih sbb slalu kejutkan saya sahur sama-sama.
selalu menyeru sy pada kebaikan....bertuahnya sy dapat sahabat macam awk...luv u lillah sahabati.... :)

tak dilupakan,
Qistina Shahlan juga! sahabat yang memahami kerenah daku yg loklaq ni....hee
mekasih qist yang juruh(baik) ^_^

juga, buat sahabat yg lebih kurang sama loqlaq ngn saye, Teha Azhar. cuma bezanya, sy slalu pesan kt Yunni kejut sahur n makan kt dwn makan. teha pulak, pesan jgn kejutkan dia! betuah punye teha...hehehe

bersama ayunni pd zaman muda-mudi ^^







Baca sampai habes >>

Friday, June 22, 2012

my 1st day of high school =)

salam alaykum :)


seperti yang dijanjikan, saya nak mula cerita tentang kenangan kat skolah menengah. aih. kenangan terindah yang takkan berulang lagi., tp yang penting ia tetap segar dalam ingatan. watak-watak yang bakal disebutkan dalam cerita ini adalah insan yang penting dalam hidup saya. moga Allah rahmati mereka walau dimana mereka berada. =)

************************

1st day melangkah ke sekolah seri puteri cyberjaya.  bersama-sama mak abah, ngah dan abg sopi. tak dilupakan aman yang masih kanak-kanak ribena masa tu. hari yang indah,takjub jugak rasanya sebab masuk je pagar sekolah, tersergam indah! O,o besarnya, sekolah ke hotel ni?

setiba di lobi sekolah, terkial-kial jugaklah nak cari mana tempat mendaftarnye. tiba-tiba, ada sorang insan ni tegur saya. dia pun perkenalkan diri dia sebagai K.TINIE, form 4, rumah sapphire. dia ialah college sister(CS) sy. takat tu je yang saya tau pasal k.tinie. dia lah yang memudahkan proses pendaftaran sy pada haritu. tunjukkan selok-belok sekolah. melawat kelas, koperasi, surau dan hostel. sikit sebanyak, hati ni lega dan rasa selamat ada k.tinie. dialah insan pertama yang saya kenal kat ssp. so, no wonder lah saya sayang gile kat dia, kan?hehe :P

selesai urusan pendaftaran, destinasi terakhir ialah hostel. k.tinie tunjukkan dorm sy. Hibiscus 1 bay 1. dan sy ditempatkan di rumah RED HOT RUBY. saya pun  tak paham, apesal ade rumah RUBY(merah), TOPAZ (kuning), EMERALD(hijau) dan SAPPHIRE(biru).? seriosly tak paham. rupa-rupanya, kat ssp, diorang gunakan sistem merit rumah. markah koko dan koku serta sahsiah di ssp semuanya diambil kira. dan semuanya akan di update dalam sistem rumah. merit dan demerit. OH. perkara yang paling menakutkan di ssp, ialah DEMERIT.=tolak markah. apekebenda tu? kenapa ia paling menakutkan?haaaaa, later sy story.

em. lepas setel parking barang kat dorm, tibalah masanya untuk mak abah cakap babai. phewww. tahan jela rasa nak nangis tu. keraskan hati gak. seb bek macho, mmg tak nangis pun. HAHA *riak. lepas salam-salam tu, mak abah pun balik. sekian. bermula lah kehidupan 'berdiri-atas-kaki-sendiri'. termenung seketika dalam dorm. dalam dorm HIB 1 ada tiga bay. satu bay ada 12 katil. 11 orang juniors, dan seorang senior sbg ketua. sedang termenung seketika, tiba-tiba datang seorang minah-mulut-kepoh menegur saya. namanya AMIRA AMALINA. yup, dialah budak batch sy yang pertama sy kenal.

amira: nama siapa? orang mana?
saya: Fatimah. dr raub, pahang.
amira: sy takpernah ada kawan nama fatimah. nak panggil apa eh?
saya: panggillah apa-apa. fatimah pun boleh.
amira: em. panggil IMAH ye?
saya: tak kesah. ok je.

so, macam tu lah saya dapat nama IMAH. its from A'a. amira amalina azmi. :)
dan haritu jugak sy kenal insan-insan yang masih berwajah suci lagi murni.

ketua dorm: k. saadah.
baymates: 
shuhada abdullah-bedmate
huda shukor
jannah hambali
fadzleena najib
aziera tarmizi
syuhada talib
amira amalina
adani ishak
dayah

macam-macam kenangan masa form 1. kena lecture dengan seniors. kena iron baju. jemur baju. amekkan air panas untuk senior. kena suruh pegi cafe. tapau food kat DM. kena hafal nama seniors. hafal lagu cheer house. kena cuci toilet. kena nyanyi mintak maaf kat fountain. tak boleh makan dalam dorm. tak boleh duduk atas bedspread. pegi dorm senior pakai tudung. kena bagi salam kat senior. dan macam-macam lagi. hahaha.

apa lagi eh? will be continued =)

hostel life......




Baca sampai habes >>

Sunday, June 17, 2012

rindu sekolah::

salam alaykum =)


salam israk wal mikraj. harini best! gi kenuri dpn rumah n malam dengar ceramah kat masjid abu bakar as-siddiq. penceramah best sgt2! sumpah tak tido. dgr ustaz tu bagi ceramah, terbayang pulak suasana kat surau sekolah dlu. rindu. rindu. rindu. !

tadi, dayah kmz mesej ajak datang sports day. 23rd june. alahai, akak kat umah ler cik adik. hurm. teringin sangat nak pergi skul. dah lama tak jejak kaki. dah lama tak rasa suasana sports day ssp! seriuosly, even dah merantau kat kolej pun, still, event yang ssp anjurkan tetap no.1 gempaknya. tak tau lah kalau sy sorang je rase macam tu. hee ermm. rindu.

tetibe, rasa macam nak cerita pasal ssp. yang kalau cerita pun, memang takkan habis. daripada zaman sy junior. sampai jadi super duper senior. akan update soon. insyaAllah.

 urgh. rindukan kenangan!

rindu. rindu. rindu. :'(

last time visit skul.
Majaka 2011 wif mash. :)

Baca sampai habes >>

Wednesday, March 14, 2012

sahabat::

Assalamualaikum :)

semalam tertidur agak awal. mata mengantuk tahap tak boleh nk tongkat dengan batang manciss dah.huhu
cuti sehari yg sangat best lepak di bilik. sanggup makan megi je sebab malas nak turun cafe.hihi teruk punya budak. biasalah kan, cuti-sorang-sorang je. bercakap dengan katil, meja,kerusi, kipas, notebook. pun best ape xD *angkat kening double-jerk

today is thursday. bangun awal pagi untuk mengerjakan sesuatu yg nice :) sesungguhnya bangun pagi-pagi sangat best. tenang dan harmonis. seyes ^_^ so, harini kerja shif petang with hanim only(plus, some seniors). harini k.zara cuti. lusa hanim pulak cuti. tinggal beberapa hari je lagi di wad pembedahan lelaki ni. next week akan masuk wad ortopedik perempuan pulak. yeah, mahu setelkan 'cross'(assignment amali) kitorang a.s.a.p----> bandaging,asist POP(plaster of paris), prsediaan katil amputasi,traction. dll. mohon dipermudahkan urusan kami. insyaAllah :)

*           *              *

erm, tetibe rindu sahabat2 disana, disana dan disana. T.T
tengok semula mesej-mesej yang tersimpan di inbox. yup, mesej yang sangat meaningful biasanya tersimpan diam di inbox. buat tatapan dikala hati rindu dan untuk recharge the spirit. 

mesej 33: Andai kumerinduimu krn kejauhan,maka ketahuilah bahawa rinduku itu akan hilang bila kita berdekatan. Jika kukasih padamu kerana kita sering bertemu, maka aku bimbang kasihku akan pudar bila perpisahan berlaku. Tetapi sedarilah bahawa kusayang padamu kerana hati yg dekat pada Allah. Maka jgn sekali-kali jauh dariNya, kerana tanpa cintaNya hampalah cinta manusia....uhibbukifillah! I love u so much!;-)

dear sohabati,

 thank u so much for always pull my hand when i fall. u guys, osem! ^_____^


SKMJ 1999-2004 :)

SSP CBJ 2005-2009 :)

p/s : Friends are like quilts, they never lose their warmth . . . .



Baca sampai habes >>

Wednesday, March 7, 2012

skypoo::

assalamualaikum!

dikala sy menaip di belog ini, hati sy sangat berbunga riang. kalau lah dapat sy pamerkan betapa indahnya hati sy saat ini, pasti ia berlagu indah bak nyanyian sebiru hari ini-edcoustic :))

sebenarnya baru lepas buat video conference dengan sahabat-sahabat tersayang dan amat dirindui tahap petala kelapan! mereka ialah : syahidatul qistina, najwa ashim, noraini daud, kauthar alharsikanil & norfatihah azhar :D

seronok sangat. daripada berbincangan isu terkini personal masing-masing, kepada perkembangan topik kawan-kawan orion, terus memuncak ke hot story of sspians , terlerai kepada topik dunia semasa hari ini.

urgh. sangat rindu. sangat kepingin ketemu. tp kapan? Mohon dipanjangkan jodoh, kami bisa bersua-muka. insyaAllah. *sabar*

YaAllah,
walau dimana kami berada. walau jarak memisahkan kami. kami pohon, kau eratkan hati-hati kami dengan cinta kepadaMu.kau mekarkanlah kasih dan cinta kami kepada agamaMu, semarakkan perjuangan kami dengan api jihad para sahabat. moga kami sentiasa di bawah lembayung rahmatMu. kerana kami serupa, kami hambaMu yang menagih keredaanMu. Amin ya Rabb.

yang dirindui,

Orion Girlss.
*makin hari makin rindu*


p/s :ada orang ajak kte qiam. thanx,reminder :)

Baca sampai habes >>

Friday, February 17, 2012

kau terbang jua::



salam alaik. :)

juz nak wish all the best to :-


  • penolong ketua pelajar(PKP) ssp sesi 2008/2009
  • top 5 yang sangat prihatin
  • adik kepada Mizah Tahir
  • jiran sebelah bilik di top floor Topaz masa form 5
  • grupmate PMC 'the lima'(grup 5 masa jadi calon pengawas)
  • classmate masa form 1 Usaha
  • sahabat se-K-Po (kadet Polis)
  • sahabat yang penyayang dan comel
  • budak bijak yang patnam alig-alig(terbalikkan-mantap gila-gila)

Dia ialah seorang Nor Asyikin Mohd Tahir! :)

Mula berjihad di Otago, New Zealand pada 13 Februari 2012.
Selamat maju jaya, Ekin! take care of yourself n iman :D

Luv ya!


 wif ekin yang cantik & smart :D


p/s: nak terbang juga! wif MERCY Malaysia. boleh?


Baca sampai habes >>

Monday, June 27, 2011

yang dirindui :(



salam alaik ^_____^

Baru2 ni borak dengan sorang member pasal silat. tetibe, rase rindu la dgn silat. rindu sangat2 ! zaman kat ssp dlu, minat gle dengan silat. maybe ni antara sebab saya boleh kamceng dengan teha and yunni. kitorang start join silat gayung fatani ni since form 2. masa tu mula2 martial art ni ditubuhkan kat sekolah. kalau dulu, the only martial art yang ade, cuma taekwondo. then, masa form 2, macam2 martial art lain ditubuhkan macam karatedo, aikido, silat olahraga dll. dan. . . kitorang perlu membuat pilihan, sama ada, nak join martial art atau badan beruniform(kader polis, kadet bomba, kadet remaja, pandu puteri, dll) kitorg pun join la silat gayung fatani :)

geng silat gayung fatani")

Dulu rajin gak turun praktis silat, walaupun tengah panas terik, punye la semangat. . . . ^^badan lenguh2, lebam2 praktis hard sangat. HAHA pastu, kat bilik, kitorang suka praktis syok sendiri. pastu amek gamba.padahal bukan power sangat pun. kui3




praktis kat dorm :)

masa cuti akhir tahun form 2 pulak, kitorang(saya n Teha) pernah join program silat kat Pulau Pangkor. serius kitorang ade sejarah hitam kelabu dalam perjalanan balik pangkor-KL-Pahang. betapa gigih cari ilmu silat jauh2, pastu mengharung badai di tengah jalan. HAHA biarlah sejarah tu kita je simpan. kan sayang?hehe

*Undur diri*

kalau kita sayang sesuatu, ada kalanya perlukan pengorbanan. betul x? syahdu yang amat la kena keluar silat. tau nape? Alkisahnya, . . hujung tahun form 3, kitorang join kawad kaki formasi untuk persembahan Hari Kokurikulum. kitorang kne pakai uniform kadet polis(K-po),kadet bomba, KRS. then, time form 4, Ne'em si Presiden K-Po ni x cukup orang untuk pertandingan kawad peringkat daerah Sepang. so, dia pun ajak kitorang join. fyi, marching pun antara minat kitorang yang tak dapat dibendung lagi. Buat julung-julung kalinya dapat sarung uniform K-po, rasa begitu bangga sekali. and sangat perasan diri tu smart.*HAHA kitorang actually dipinjam je untuk pertandingan, tp at last kitorang macam dah buat kelab sendiri pulak. siap join perkhemahan K-po peringkat negeri Selangor. join macam2 aktiviti diorang, padahal kitorang bukan ahli K-po. so, untuk berlaku adil, kitorang pun memaksa relakan diri ni untuk keluar SILAT tercinta, and join k-po.

sedeh jugak la kena keluar silat, tp, yang bestnye, presiden silat orait je kalau kitorang nak g join praktis silat. wallap r. lepak abess. memang sayang gle silat. thanx wawa :)


wif teha n wawa :)

lepas keluar silat,saye and teha declare janji nak continue silat kat U. kat kskb ni ade je silat gayung, tapi xda geng nak join, nak trigger spirit nie. sedeh sedeh. erm. . . .hopefully, pasni dapat join silat lagi. tapi bila ? wallahualam.

p/s: takut nak join silat raub.ngee~

Baca sampai habes >>

Thursday, March 10, 2011

Bagai sireh pulang ke gagang :)

salam alaik ^__^
korang.korang!
hari tu korang tau kan, ramai student Malaysia di mesir
dibawak balik,sbb pergolakan politik di Mesir.
so,
Cik Doktor Qistina telah kembali ke tanah air.
makanya,
Cik Misi Imah jumpa Cik Doktor Qistina!
kitorang pun melawat Ssp trchenta...

\(^_^)/



ahlan wasahlan wamarhaban bikum/
selamat datang ke kelab marhaban??hee

Cik Doktor Q

I LOVE SSP too~ wif Dayah KMZ

DM dah maju, menu tayang kat srin je. dulu2 manual kot...
hehehe, mantop2!

tempat warden n top 5 :)
mereka selalu ade air sedaap.hehe

Gemala Puteri. tetap indah (^-^)

Junior band Qist-trombone :)

Melawat BR- band room

dulu tkde, sekarang ade.
BB court. kalau pakai uniform jgn lintas court ye!
rindu nk jerit2 marah org lintas court. haha

huyoo. main golf yuk :)

Setiap kali pergi SSp, tempat yg wajib di lawati ialah Dewan Makan! kalau x jengah DM sure kena marah ngan Ratna and Makcik Sunarti. my beloved makcik DM n kawan DM. hehe
memang rapat ngn diorang since jadi Biro DM dan kadang-kadang ada la sms Ratna. kiut kan?:)
Makcik siap kasi epal seplastik besar, dan anggur seplastik besar, WOAH. rezeki~

Next, mesti jejak kaki kat surau ssp :) pastu buat muke 50sen pinjam telekung junior.hee
segan2 sambil tu, bersalam-salaman. lebih2 lagi rupa dah 'tua'(matured laa)... badan pun mengembang..hee tak kesah la, asalkan respect still ade, even dah jd mantan student. alhamdulillah.

Kali ni memang ronda2 abes satu hostel n skul compound. ketuk rumah warden Ruby jumpa Cikgu Syira and Miss Zuraihan. Borak ngn Cikgu Zila kat pejabat asrama. panjat sampai top floor jumpa biro Kero. then, melawat BR. pantau diorang praktis. sy teman Qist jee.

Lepas ronda2, Qist hantar g KTM. sebak la gak nk berpisah tu. entah bila lagi boleh jumpa kan?
moga panjang umo, murah rezeki. ada jodoh, kita jumpa lagi! insyaAllah... ;)

LBNL, I LOVE SSP. HISTORY.

sekali ssp memencak, kejayaan pasti dipuncak!

Baca sampai habes >>