salam alaik ;)
saya rindu nak berblog. dan hari ini, tertulis juga akhirnya. sebenarnya terlalu banyak perkara yang nak diceritakan sampai satu tahap, "lebih baik tak tulis apa-apa". haha
masa lebih banyak di habiskan dengan membaca news feed dan mengomen gambar2 dan berbual di fesbuk.
haih. sangat membuang masa. kadang-kadang timbul rasa untuk berhenti daripada aktiviti berfesbuk. sendiri sedia maklum banyak masa dilaburkan untuk bersosial di muka buku. dan tak tahu lah bila akan stop. even harini ialah 1st day of final exam. heee it doest matter with social webs. me myself yang tak reti manage time sampai over usage. hailaaaa.
terlalu banyak perkara yang saya nak coretkan sempena April. sebab April merupakan bulan istimewa buat saya. hakhak walaupun tak ramai yang ingat, 26 April yang lepas merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-21!yaAllah, tak sangka saya telah mencapai usia ni. alhamdulillah, Allah juga yang memberi peluang hingga hari ini. masih banyak tanggungjawab yang perlu saya selesaikan. perjuangan yang belum selesai hingga jasad di mamah bumi.
April. bulan kelahiranku. bulan kelahiran Qistina. bulan kelahiran fadzleena, Haslina, Adah, Aina, dan ramai lagi kenalan. bulan April jugak memang di tunggu-tunggu sebab Pesta Buku Antarabangsa KL buat sekian kalinya berlangsung di PWTC. dan inilah masanya untuk saya memborong buku! this feeling is unusual. shopping buku is even more fun compared to shopping the girl's stuff. hang out dengan Cah sambil snap gambar buku-buku yang nak dibeli. dan Ngah yang sangat excited borong buku RAM. berjumpa dengan penulis buku yang amat saya kagumi amat meninggalkan kesan yang sangat ....errr, xreti nak explain. rasa macam jumpa artis yang amat popular!hehe
last but not least, exam praktikal(OSCE) ada sehari lagi. exam paper khamis dan Jumaat. dan menunggu tibanya 12Jun pulak untuk menjawab exam Lembaga Jururawat Malaysia. (LJM). may Allah ease :)
Kami tak takut jarum :)
Berilah injection LIKE pada blog ini
Sunday, April 28, 2013
Bila April tiba ;)
Posted by Imah ;D at 11:38 PM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: go more imah go more, i luv books, kisah cik misi, kskb sg.buloh da best, the truth, to remember, zaman muda-mudi
Wednesday, March 6, 2013
mampukah kita?
salam alaikum :)

Firman-Nya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
– Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.
Posted by Imah ;D at 6:08 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: 'hospital di hatiku', experience, halwa jiwa, kisah cik misi, to remember, wishlist
menjadi yang terbaik::
beringat semusim cuma.

Posted by Imah ;D at 3:31 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: halwa jiwa, la tahzan, seindah puisi
Sunday, March 3, 2013
Emergency Department::
salam alaikum :)
depends kat rezeki masing2. kitorang masuk ED seminggu. dapat ditempatkan kat beberapa section.
antaranya:-
1) Red zone/Rhesus
2) Yellow zone
3) Asthma bay
4) Intermediate Care ward(IC)
minggu kedua praktikal grup saya ditempatkan di ED. 1st day masuk IC ward. kat sini pesakit yang masuk cuma sekejap je. biasanya masuk IC ward sementara nak naik wad/nak balik/nk pegi POP/nak x-ray atau apa-apa sebab atas arahan doktor lah. for further management yg x urgent. pesakit yang masuk pun stable je. waktu sy masuk tu pesakit 2-3 orang je paling ramai pun. so faham-faham jela tahap kebosanan tu. hakhak
2nd day, masuk Asthma bay dengan k.mijah. kat sini kami ditugaskan untuk bagi nebulizer kepada pesakit yang datang kebanyakannya pesakit asthma. selain tu, kami jugak berpeluang mengambil cross membantu dalam prosedur Toilet & suturing, pengambilan darah dan memasukkan branula. terketar-ketar jugak amek darah and masukkan branula, tp memang best feeling tu. alhamdulillah kpd inche2 M.A(medical assistant) yang byk bagi tunjuk ajar dan tips. MA memang teror bab amek darah n insert branula. sbb diorang dah belajr since sem 1 kot. kitorang cik misi ni, baru je belajar masa sem6 ni. huhu
3rd day masuk red zona a.k.a resus. tempat paling urgent dalam emergency ni. hari kat red zone sy sorang je student. dengan blur tak tahu barang kat mana. dengan tak tau nak buat ape. stress sikit. haha
tp adat tak tahu mestilah bertanya kan? so, memang asyik tanye itu dan ini lah. buatla kerja sorang-sorang.
everytime locong bunyi 3 kali, ini bermakna ada admission untuk red zone. so kena siap sedia.
kerjanya attend pesakit yang baru masuk, tukarkan baju, amek vital sign(BP,pulse,respiration,suhu) setiap 15 minit. kebetulan waktu sy masuk takde la kes yg 'menakutkan' mcm accident ke ape. kes kebanyakannya susah bernafas, sakit dada bla bla.
waktu sy bertugas kt red zone xda la kes yang urgent gile-gile yang memerlukan CPR. xda pun. dilute ubt untuk intubate pun takde. kira biasa-biasa aje. time kengkawan sy yang lain ade jugak yang best2. xda rezeki nak tengok kes cmtu lagi. hee
4th day and 5th day duduk kt Yellow zone. ternyata yellow zone lebih ramai pesakit kalau nak dibandingkan dengan red zone. pesakit stable sikit berbanding red zone. macam biasa kena buat prosedur mcm kat red zone jugak. amek vital sign, buat ECG. hantar pesakit X-ray dan lain-lain,
overall, sy masih belum jatuh hati dengan ED. sejujurnya lah. insyaAllah akan ade 2nd round masuk ED. mudah-mudahan kita jatuh cinta ye? hakhak
Posted by Imah ;D at 11:12 PM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: 'hospital di hatiku', emergency, experience, life, to remember
operation theater ::
Posted by Imah ;D at 8:10 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: experience, kisah cik misi, OT, to remember





