Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, March 3, 2013

operation theater ::

salam alaikum ;)

pengalaman yang cukup berharga posting di OT seminggu.
dapat juga beberapa info tentang nurse OT. antaranya:-

1) OT merupakan special area. tak seperti di wad atau klinik.
2) peluang untuk sambung belajar adalah sgt cerah. dalam post-basik peri-operatif atau anaestesia
3) mana-mana pegi memang hot-stuff la.(sebab kemahiran oke.hakhak) contoh, boleh buat locum kt swasta, or berpeluang kerja di overseas.
4) nurse OT tak perlu buat report pesakit macam kat wad
5) kurang komplen, sebab pesakit datang dan pergi. sekejap sgt attend pesakit
6) datang kerja sharp dan balik sharp juga (jarang la nak balik lewat mcm kat wad)
7) kerja pakai baju biru, tudung biru.(baju dalam OT). uniform cuma utk datang, and balik kerja kot. hee
8) kerja pakai selipar(crocs etc)

best jugak kan? berbeza byk dengan wad! tp, ade jugak yang x best. kita akan duduk dlm OT sahaja. terperapla dalam erti kata yang lain. tak tulis report, tak bagi ubat, kurang buat prosedur, for sure sikit sebanyak akan lupa kan? hukhuk 

so, ade pro and cons la kan? terpulang pada individu actually. :)

Alhamdulillah, semalam ditempatkn di dalam OT. berpeluang tengok pembedahan relook laparatomy peritoneal washout. tengok usus manusia for real!subhanallah! 2 jam berdiri dalam OT. 2nd operation, EMLSCS (baby keluar ikut "tingkap"). ibu kena intubate, keluar2, baby senyap je. blue! baby pun kena intubate. lepas baby keluar, satu team menyelamatkan baby, satu team menyelamatkan ibu. doktor2 bekerjasama dgn nurses menyelamatkan 2 nyawa yg sangt bernilai!*tegak bulu roma*. tak lama kemudian, barulah dengar baby menangis! syukurrrr! tengok doktor jahit bahagian abdomen ibu. subhanallah, nampak rahim ibu dan ovari melekat.! *eh, macam dalam buku anatomy laa!!!*
tiada kata yg dapat digambarkan. SUBHANALLAH! T_T — withFarahanim Ali.
Like ·  · Promote ·  · Tag Friends

0 Comments: