Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, March 3, 2013

Emergency Department::

salam alaikum :)


seminggu yang sangat cuak sudah tamat. ape yang best tentang Emergency Department(ED)?

depends kat rezeki masing2. kitorang masuk ED seminggu. dapat ditempatkan kat beberapa section.
antaranya:-

1) Red zone/Rhesus
2) Yellow zone
3) Asthma bay
4) Intermediate Care ward(IC)

minggu kedua praktikal grup saya ditempatkan di ED. 1st day masuk IC ward. kat sini pesakit yang masuk cuma sekejap je. biasanya masuk IC ward sementara nak naik wad/nak balik/nk pegi POP/nak x-ray atau apa-apa sebab atas arahan doktor lah. for further management yg x urgent. pesakit yang masuk pun stable je. waktu sy masuk tu pesakit 2-3 orang je paling ramai pun. so faham-faham jela tahap kebosanan tu. hakhak

2nd day, masuk Asthma bay dengan k.mijah. kat sini kami ditugaskan untuk bagi nebulizer kepada pesakit yang datang kebanyakannya pesakit asthma. selain tu, kami jugak berpeluang mengambil cross membantu dalam prosedur Toilet & suturing, pengambilan darah dan memasukkan branula. terketar-ketar jugak amek darah and masukkan branula, tp memang best feeling tu. alhamdulillah kpd inche2 M.A(medical assistant) yang byk bagi tunjuk ajar dan tips. MA memang teror bab amek darah n insert branula. sbb diorang dah belajr since sem 1 kot. kitorang cik misi ni, baru je belajar masa sem6 ni. huhu

3rd day masuk red zona a.k.a resus. tempat paling urgent dalam emergency ni. hari kat red zone sy sorang je student. dengan blur tak tahu barang kat mana. dengan tak tau nak buat ape. stress sikit. haha
tp adat tak tahu mestilah bertanya kan? so, memang asyik tanye itu dan ini lah. buatla kerja sorang-sorang.
everytime locong bunyi 3 kali, ini bermakna ada admission untuk red zone. so kena siap sedia.
kerjanya attend pesakit yang baru masuk, tukarkan baju, amek vital sign(BP,pulse,respiration,suhu) setiap 15 minit. kebetulan waktu sy masuk takde la kes yg 'menakutkan' mcm accident ke ape. kes kebanyakannya  susah bernafas, sakit dada bla bla.

waktu sy bertugas kt red zone xda la kes yang urgent gile-gile yang memerlukan CPR. xda pun. dilute ubt untuk intubate pun takde. kira biasa-biasa aje. time kengkawan sy yang lain ade jugak yang best2. xda rezeki nak tengok kes cmtu lagi. hee

4th day and 5th day duduk kt Yellow zone. ternyata yellow zone lebih ramai pesakit kalau nak dibandingkan dengan red zone. pesakit stable sikit berbanding red zone. macam biasa kena buat prosedur mcm kat red zone jugak. amek vital sign, buat ECG. hantar pesakit X-ray dan lain-lain,

overall, sy masih belum jatuh hati dengan ED. sejujurnya lah. insyaAllah akan ade 2nd round masuk ED. mudah-mudahan kita jatuh cinta ye? hakhak

0 Comments: