salam alaikum ::
abah hantar dayah balik kuliah harini. col abah ....
saya: chotchetchotchet...
abah: chotchetchotchet jugak....
saya: Abah! selamat Hari Abah!
Abah: (senyap)
saya: (abah ni dgr tak org wish ni?)
abah: chotchetchotchet lagi (sambung carita pasal menda lain.)
saya: chotchetchotchet lagi jugak (-.-)
Abah saya :-
Abah berbadan sasa. berkulit gelap. berjanggut putih. hampir semua rambut nipis abah juga putih.jarang senyum. umur abah 66tahun. kalau orang tanya siapa yang saya paling takut selepas Allah, semestinya saya akan cakap "Abah saya".
Si Fulanah: kenapa fatimah takut Abah?sebab apa?
Fatimah: abah saya garang....
Si Fulanah: garang macam mana ye?
Fatimah: abah selalu marah saya...
Si Fulanah: marah sebab apa?
Fatimah: macam2 sebab la...
Si Fulanah: Fatimah buat salah?
Fatimah: emmmmm.
Si Fulanah: memang patutlah abah awk marah, sebab awk buat salah.
Fatimah: zraappppp. (bunyi koyak dan rabak)
abah tak pandai nak sweet2. dulu, takut nak cium abah. seingat saya, masa besar ni, start cium abah lepas dapat abang ipar ke-2. Abang Soleh memang happy-go-lucky. suka melawak dgn semua orang. abah pun layankan aje. everytime dia salam abah, mesti akan cium dan peluk abah. start pada tu kot saya mula cium abah semula. mula ada kekuatan. bukan tak pernah nak cium abah lepas salam, tapi TAKUT abah akan refuse atau ignore. nyata pemikiran negatif sy meleset sama sekali. sobs3. (kesat hingusss).
abah...kenapa abah tak tunjuk yang abah sayang anak-anak abah?abah tak peluk, tak cium? macam ayah2 orang lain...soalan ni pernah membelenggu saya.
saya: Abah, selamat hari lahir. moga panjang umur, murah rezeki.
Abah: em. abah tak reti.
saya: (speechless)
abah bukan tak sayang. saya tahu. abah cuma tak reti.

abah pesan:-
senyum walaupun terbeban dengan masalah.
jangan campurkan hal peribadi dengan kerja.
sambung belajar dan berkembangkan kerjaya.
insyaAllah abah...doakan anak abah berjaya dunia akhirat....
sayang Abah kerana Allah..... (:
1 Comment:
salam imah :)
rasa nk nanges baca. sbb abah akk pun garang jgk :')
tp faham je knpa mereka garang, utk kite jgk :')
Post a Comment