Oh. siputih.
engkau dikenali dgn gelaran misi.
mereka seakan tahu kau punya 'misi' yg agung dlm pentas ini.
Oh. siputih.
kau bergelumang dgn darah, kotoran tercemar, radiasi
dan infeksi
itu ini yang kau sentuh
nyawa kau tidakkah lebih berharga?
Oh. siputih.
kau ubati mereka dgn sentuhan
senyuman dan amalan kesihatan,
ya, sememangnya itu tugasanmu.
Oh. siputih.
ada antara mereka menyanjungimu,
dan ada jumlah yg besar memandang enteng kewujudanmu
malahan madu yang kauberi
onar yg mereka balasi
ya, itu kerana nila yg setitik.
Oh. siputih.
jangan kau hausi nilai dirimu dimata manusia
nescaya kau akan hampa
kau akan kecewa
kerana manusia itu bermacam sifat
mereka pendosa dan bukan malaikat
dan kau perlu sedar
kau bekerja untuk manusia , bukan malaikat.
Oh. siputih.
dalam pekerjaan menuntut kau bersama
bekerjasama sepasukan.
jangan kau bergerak sendiri
kelak tingkahmu songsang.
Oh. siputih.
bersabarlah wahai hati.
ikhlas lah walaupun payah.
senyumlah walaupun perit.
kerana nilaian Tuhan lebih utama.
Oh. siputih.
biarlah siapapun dirimu,
kau tetap perawat
jika tidak kepada manusia sejagat,
kau tetap jururawat hakiki buat insan
bernama ayah, ibu,keluargamu dan teman-temanmu
kerana mereka sekali-kali tidak menyisihkanmu
malah merekalah yang paling dekat
dihatimu.
JP Fatimah bt Abdullah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
Sg.Buloh.
12 Mei 2012 @ 9.15am.
moga kita terus bekerja dgn penuh dedikasi.
moga kita terus bekerja dengan ikhlas semata-mata krn Dia.
moga rezeki kita halal dan berkat
moga Allah redho dgn kita.
insyaAllah. =)
4 Comments:
i pray to Allah for the BEST for everything in your Life sis! ^^,
seeru ala barakatillah..
syukran alaik :)
Amin.
Post a Comment