Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, December 28, 2012

titik timbang tara::

salam alaikum :)


tengah packing barang nak balik kolej, tp tiba-tiba terpegang note book. so, tunda kejap kerja-kerja mengemas.hehe perasaan semacam je bila nak balik kolej. happen all the time nak balik hostel. mak pun dah faham sangat. anak dia bila nak balik hostel akan dapat perangai 'pelik'. 

random thought::

akan ada satu masa, kita rasa kita berada di atas. titik itu berada di puncak. kita berasa Iman berada pada zon yang selesa. aman dan harmoni. jiwa yang tenteram, qalbun salim. itu impian orang beriman :)

juga pasti datang suatu masa, kita jatuh tersungkur. kalah dengan hawa nafsu. tertipu dengan godaan duniawi. kita kecewa kerana kita jauh dengan Dia.... 

tiba-tiba beduk bagai diketuk!

tersedar dari lamunan. tersentak. syukurnya sempat tersedar!

kita hanyut. 

tersedar.

hanyut.

tersedar.

hanyut.

sedar.

Firman Allah lagi: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(az-zumar ayat 53)
Allah sangat baik T_T sekalipun kita berkali-kali mengulangi dosa, kemudian kembali bertaubat, Dia tak pernah jemu untuk menerima taubat kita. janji Allah, walau setinggi mana pun dosa kita, Allah pasti mengampunkan dosa kita. :)
Firman Allah SWT: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
 (al-baqarah ayat 186)
doa adalah sebaik-baik jalan untuk mendekatkan diri pada Allah. doa senjata kita !TAKBIR!!!

0 Comments: