salam alaykum.
its been a while saya tak mencoret. terlalu banyak nak diceritakan. baik yg dah expired ataupun cerita terbaru yang masih hangat dari ladang. ermmm.
kisah ini berlaku baru sahaja. pagi tadi. buat air mata ni menetes jugak....
tepat 9.30 pagi, cikgu syukri sampai depan flat rumah pik ni. secepat mungkin bersiap sebab asalnya cikgu cakap nak jemput pukul 10pagi. awal lah pulak... jalan... nasib baik harini cikgu tak suruh drive...
tiba-tiba...
**2 messages received.
tengok 1st mesej from yana(rumet saya). 2nd mesej dari nombor yang tak dikenali.
bukak mesej yang tak dikenali.
**"Assalam. maaf saya bertanya, adakah saudari pemilik nombor ini yg bernama Siti Fatimah?"
erk. sejak bila nama aku ada 'Siti' ni? (dalam hati)
tekan reply.
**"ni sape?"
sampai di pintu pagar IMKL (tempat belajar memandu).
cikgu suruh tukar tempat masuk kat driver. cikgu pergi pejabat jap.
cikgu syuk- "tukar tempat. get ready nak memandu."
saya- "baik ckgu"
betulkan tempat duduk. cermin sisi. cermin belakang. bunyi mesej masuk lagi.
capai henset jap. cikgu kat pejabat lagi.
open message.....
**"nama saya Aida (bukan nama sebenar), isteri kepada Ali bin Mohd (bukan nama sebenar). Jika benar saudari bernama Siti Fatimah. Alhamdulillah. saya ingin memaklumkan bhw suami saya telah kembali ke rahmatullah pada 7Syawal baru-baru ini. Arwah pernah beritahu saya tentang saudari yang dianggapnya sebagai adik/anak angkatnya kerana pernah membantunya (sebagai pelatih jururawat) di hkl. Terima kasih atas segala bantuan yang pernah dihulurkan kepada arwah. Alhamdulillah. arwah pergi dalam keadaan husnul khatimah insyaAllah dan berada di tempat yang baik dan tersendiri dlm masyarakat dan di sisi Allah SWT. Jika ada kesudian, sedekahkanlah bacaan Alfatihah buat insan yang tersangat istimewa ini. Terima kasih. "
tiba-tiba...chest pain>kepala berdenyut>
cikgu datang.
cikgu syuk- "cikgu suruh ready, sempat pulak dia main henfon....pagi2 cikgu dah bebel ni...
saya- muka ditoreh tak berdarah. senyap.....
alfatihah untuk uncle Ali (bukan nama sebenar). moga Allah menempatkan arwah ditempat orang2 yang beriman. insyaAllah.....
0 Comments:
Post a Comment