Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Tuesday, December 20, 2011

save the doctor ::

salam alaik :D

maaflah, lately memang banyak post tentang kisah cik misi. dah masuk dunia nurse, mestilah kehidupan misi jugak yang saya ceritakan. oke, kali ni nak cerita tentang saya n sorang kawan, menyelamatkan seorang doktor. eceh, macam poyo je kan?

doktor lemas ke? doktor eksiden ke? nope.nope. actly, insiden ni berlaku semasa tempoh saya praktikal jugak. begini alkisahnya . . . . 

well, kalau korang belajar medik, mesti tahu teknik aseptik kan? yang mana satu? alaa, hand washing, pakai mask, glooving, jaga strerility. menjaga teknik aseptik la tu. dengan menjaga teknik aseptik, kita boleh reduce bilangan mikroorganisma terutama pada kawasan luka, ichision sites dll. 2ndly, dapat elak daripada jangkitan silang daripada sorang pesakit, kepada pesakit lain. dan disamping itu, dapat elak staf sendiri daripada mendapat jangkitan daripada pesakit. so, aseptik teknik sangat penting, terutama, hand washing!~ boleh contact en.google utk maklumat lanjut.
amalkan 7teknik mencuci tangan yang betul :)

sory, sory, sambung cerita. alkisahnya di dalam sebuah hospital . . . . 

hari tu rajin terlebih. masa dimanfaatkan utk buka 'bed head ticket'(BHT) pesakit. dari satu cardiac table, ke cardiac table yang lain saya n sorang kawan ni tinjau. ehem, kalau sister nampak sure puji abes la. haha mana taknya, memang hampir semua sister wad akan pesan "u all kena ambil tahu condition pesakit u all. itu lah pentingnya u all bukak ticket pesakit, bukan duduk berkumpul sesama u all" toink! -.-

membaca BHT pesakit memang interesting. korang akan dapat tahu kisah pesakit tu dari A sampai Z. daripada sebelum dia dapat penyakit, dalam proses penyakit, dan situasi semasa pesakit. sebab, hari-hari, doktor n nurse akan update condition pesakit tu. so, BHT memang penting. fail peribadi pesakit. sangat private&confidential. hanya doktor, nurse dan staf2 tertentu sahaja dibenarkan utk membaca. including kami student nurse. :)

ada bermacam kisah pesakit. dan selain daripada membaca BHT pesakit, kita boleh tahu tentang pesakit tu melalui 'pass report' daripada nurse shif sebelumnya. memang ini rutin harian para nurse. memang kena take note la. kalau tak, habiss la.

eh, eh, nak cerita pasal doktor kan td. ehemm.

nak dijadikan cerita, tengah saya n sorang kawan ni sedap membaca BHT, ada sorang doktor jalan ke arah katil sorang pesakit ni. doktor tu tolak 'blood taking troley' sekali. then, dia carry satu kidney dish berisi branular,needle,syringe, dll ke arah sorang pesakit ni . jeng!jeng!jeng! tiba2 rasa pelik semacam. saya pun bisik pada kawan sebelah. 

awww!sakit -.-


"Eh, mana gloove doktor tu?Patient tu kan ada . . . . ."

sepantas kilat berlari cari kotak gloove. jumpa je kotak tu, terus capai 2 helai(sepasang) gloove and lari kat doktor tu. 

"doktor, nahh gloove" 

automatik lari tinggalkan doktor tu dengan kawan saya.
jantung tak henti2 degub dengan kencang.tangan seram sejuk. makaih. begitu sekali penangan terkejut.

lepas beberapa minit, nampak doktor dah tolak blood taking trolley. saya pun cepat2 cari kawan saya tadi.

"weh, doktor pakai tak  gloove yang kite kasi tadi?"

"pakai,orang suruh gak dia pakai"

"dia pelik tak, pesal kita tiba2 terjah dia?"

"agakla, dia tanya, "kenapa? ada sister ke?"

"takkan orang nak cakap sebabnya depan patient tu kan...dia tak banyak soal, terus je pakai gloove tu."

"ishk doktor tu. buat sakit jantung kite je"

haa? faham tak kisah tadi tu? ok, secara protokolnya, bila nak handle dengan blood, fluids daripada badan pesakit, memang kena pakai gloove. dan lebih membahayakan, kalau pesakit tu mempunyai penyakit berjangkit, contohnya, HIV, Hepatitis B, Hepatitis C,dan virus-virus lain yang membahayakan nyawa kita. cuba bayangkan kalau jari doktor tu terluka, tergores,needle prick dan sebagainya, dia amat berpotensi utk mendapat virus daripada pesakit yang dah bercampur dengan darah dia! Yes, sangat berbahaya!

kesimpulannya, kenalah berhati-hati dan berwaspada semasa bekerja. ambil langkah berjaga-jaga dengan memakai gloove jika melakukan prosedur. dan amalkan hand washing sebelum dan selepas prosedur. sayangi nyawa anda dan orang disekeliling anda, kerana dirimu begitu berharga.

sekian ~


psst: bercakap untuk memperingatkan diriku, yang mudah lupa....beringat sebelum kena! 
salam ingatan buat sahabat  - Dr.Syahidatul Qistina & Dr.Norfatihah. :)


Ya Allah, peliharalah kami daripada kelalaian, sesungguhnya kami hambaMu yang lemah, dan mudah terleka. 

1 Comment:

Unknown said...

Dr boleh bg info tentang Hep C.. bagaimana nak jaga pesakit ni..