Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Wednesday, December 28, 2011

mari kita kritik hospital !

salam alaik :D

mak aih, tajuk tak boleh bla. tadi baca satu artikel kat fesbuk tentang kerjaya jururawat. artikel tu merupakan luahan rasa seorang nurse. dia cerita pasal mentaliti masyarakat Malaysia dan kritikal yang diberikan pada nurse ni. of course la banyak yang tak puas hati dengan nurse nie. macam-macam lah kritikan yang diorang bagi. nurse kurang ajar,pemalas, suka tangguh kerja, buat kerja kasar, tengking patient dan macam-macam lagi. all those statements dah memang klise. biasa sangat kita dengar. tapi well, kalau bab kritikan, sangat lah orang pandang. bab2 kebaikan n mulianya kerja nurse ni ada orang kesah?

sorry to say, saya bukan nak berat sebelah, tapi inilah hakikatnya. bila simpati dan empati masyarakat kurang pada nurse, cuma yang buruk aje diorang nampak, yang sebaliknya seolah-olah tak ada langsung, zero! tak dinafikan ada sesetengah nurse yang 'kurengs' tu, tapi bukan semua. betul la, kerana nila setitik, habis susu sebelanga kan?

saja nak google pasal kritikan terhadap nurse, then, keluarlah satu website ni, besar2 tajuk dia "mari kritik hospital". pergh. memang kaw-kaw punya kritik. ada yang tak puas hati dengan nurse, sister, matron, pegawai, sampai guard pun naik nama! 

jum tengok apa komen yang negatif nuhh. ready tadah telinga!



komen A

1.Adakah seorang jururawat patut memberi cara layanan yang kasar terhadap pesakit?
2. Sebagai seorang jururawat jangan terlalu kasar dan kurang ajar terhadap pesakit kerana pesakit ini memang mempunyai ragam yang berbeza.Namun sebagai seorang yang merawat dan menjaga sepatutnya kita memberi layanan yuang baik seperti keluarga kita sendiri tidak kira kaya atau miskin.
3. Ada pula sebahagian jururawat yang suka jeritkan pesakit sehingga pesakit tersebut terasa hati.
4. Bagi segilintir jururawat yang bersikap sedemikian majikan mereka haruslah mengambil tindakan sewajarnya dan jangan cuba membelanya.

(komen dengan bahasa sekolah, oke orang boleh terima)

komen B

helo....helo...helo... jururawat gemuk boleh buat keja tau... klu nak yg cantik sj dok mekap x pandai buat keja buat apa... perabih boras jaaaaa... indah kabar dari rupa....

(uih, komen dia...mesti lah orang yang komen ni terlebih cantik.kan?)

komen C

Staff Nurse nampaknya lebih banyak bermain komputer daripada membuat kerja kerja yang telah diamanahkan. Main internet la, games la..Nampak macam buat kerja di komputer tetapi hadap komputer dari pagi sampai balik. Apa kebendenya keje camtu. Kalau ada kerja disuruhnya orang lain yang buat. 

(ish..ish..ish...x patut...)


hohoho. pening je bace. ok, tak dinafikan, memang pihak yg berkenaan perlu mengambil peduli komen masyarakat, kan? yela, kalau tak masyarakat yg pergi mendapatkan rawatan di hospital, macam mana staf nak kerja. so, periuk nasi kami memang bergantung pada masyarakat. tp, tak bermakna semua benda patut dipersalahkan kepada staf hospital. Yes, customer always right, but, doesn't mean we're wrong!!!

erm, kalau nak kritik, biarlah berbahasa sikit kan. jangan ikutkan marah, sampai semua nak dihamburkan. kritik dengan mencarut dan sebagainya bukan sesuatu yang baik dan dikira matang. be profesional okeh!

jum kita sama-sama tingkatkan mutu kerja!





7 Comments:

Aina said...

patient dan nurse sama-sama manusia yg ada hati dan perasaan.kalau penat dan tension, macam-macam kena hadapi.sabar pun ada hadnya.

kalau yg pro mebi bole tangani dgn elok.walaupun patient mengada2 nurse kena dahulukan petient drp diri sendiri.kena set motto 'patient always right' kot?

tapi nampak perbezaan besar antara nurse swasta dan gomen.mebi nurse gomen kena kasi gaji tinggi kot utk bagi lebih banyak senyum.kalau nurse swasta boleh buat takkan sbb gaji rendah , patient bayar bil nmurah/free so, nurse boleh bg layanan kelas 4...cemana tu?

Imah ;D said...

i admit, ade certain nurse yg buat kje smbil lewa. but not all.. stigma masyarakat pd nurse sgt la mngeciwakan...hurm, i jz hope i can be a good nurse. pray 4 me :)

Anonymous said...

Bodoh sapa yg kutuk nurse ni..bodoh sapa yg kutuk polis bodoh sapa yg mcm2 lg.. Otak zaman batu la.. Pkir je bkn semua mcm tu.. Klau cikgu pun bkn semua baik klau pemimpin pun bkn semua baik.. Ada akai ka..klau nk kutuk guna bahasa individu.. Dlm keluarga korg semua hati baik ke..

noritawsaju said...

nurses memang bodoh selamanya..staff paling bangsat dalam perkhidamatan awam..kerja malas..gaji nak banyak..menyampah tengok nurse ni...

Anonymous said...

nurse mmg perasan..syok sendiri,,pdhal masyarakat tau status pangkat dorg sebenar kt hosp,,diploma mengalahkan org degree..pwuwehh..doktor yg ada title pn humble..buat malu jew

Anonymous said...

setuju nurse x ne x sedar diri dh la gaji kecik pastu nk berlgak plak

wakawaka said...

apa2 pun aku benci tengok nurse2 ni..budget hot sgt..hebat padahal nurse jer pun..dah la bodoh..kerajaan pulak satu bagi gaji mereka ni banyak2..all i ever know nursing is stupid job