salam alaik :)
kalau last post saya ada cerita tentang Jorge, Eliana & Alexa yg famous, kali ni nak cerita satu kisah terbalik dengan tu.hehe not famous. tak femess. hehe
Ingat lagi kan pasal saya pergi KSKB UK sebab jagi ajk konvo tu kan? masa datang kskb uk, saya tak naik transport bas kskb. saya datang dengan ayah k.ima naik kereta. so, ajk2 konvo yang lain tak tahu saya n k.ima ajk. malam kami sampai kat kskb uk tu, baru la kenal dengan ajk2 lain. itu pun hanya yang incharge booth persatuan pengajar2 KKM.perempuan semua. ajk yg lelaki tak jumpa pun.
sepanjang seminggu kat sana, ramai la jugak kenal kawan baru.tp, cuma kskb sg.buloh jugak la. sbb jumpa dengan budak kolej lain, tak sempat nk beramah mesra sgt pun. most of the time, kitorang jaga booth n bergaul dengan budak kolej sendiri, sama ada sama kos, atau kos selain nursing.
saya tahu, saya memang tak dikenali oleh org ramai. kawan2 kos lain, cuma beberapa kerat je. saya ni pendiam ke? jawapannya, YES. cuma banyak mulut dengan certain people yg rapat. nak suruh saya berborak havoc2 dengan orang yg baru kenal, memang sorila. berat mulut jugak. adess~
hari yang ktorg bertolak balik ke kskb sg.buloh, saya tumpang bas kolej. kawan saya, kos farmasi, which is Selly, bagitahu yang bas datang pukul 10pg. so, memang turun lepas Selly bagi sms. Turun2 je daripada hostel, dah ada 2 buah bas menunggu. saya pun naik bas yg 1st daripada hostel. then, ada sorang senior sem 4, lelaki tanya nak naik bas mana. saya tunjuk la bas kolej sebelah saya, lepas tu, dia pun senyum pelik je. Bila naik bas tu, tengok2 majoriti lelaki., cuma ada 3 org perempuan. saya pun tanya senior td, bas depan pun ramai lelaki ke? Dia angguk. saya dah nerves dah. cari batang hidung Selly tak nampak. muka2 dalam bas tu semua pandang saya. Alamak, rasa segan gila. Then, ada sorang senior tanya soalan tak boleh bla, "Awak kolej mana?" ayoo. =.=' saya senyum je.haha lepas letak beg dekat bahagian belakang bas, saya ambil tempat duduk area belakang juga. selang satu kerusi daripada senior td. lepas tu dia cakap, "Pakcik bas pesan jgn duduk belakang sangat, barang kat belakang berat, nanti takut2 barang jatuh" saya pun angguk n ambil seat seberang seat dia. dia pun tanya lagi:
senior nursing 1: student kskb sg.buloh nah?
saya: a'ah. hee
senior nursing 1: tak pernah nampak pun. kos ape?
saya: nursing.
senior nursing 1: haah?sem berapa?
saya : tiga :)
senior nursing 1: haah?
senior nursing 2: aaa. betul la dia kskb. aku penah nampak. boyfren awk sem 5 kan?
saya : Haa????sejak bila?-.-
konklusinya, semua dalam bas tu memang tak pernah kenal saya. tak pernah nampak saya. hahaha.
sedih tak menjadi orang yg tak dikenali? haha tak da perasaan pun. sedih tak, suka pun tak. sebab bagi saya, menjadi tak dikenali adalah agak selamat. kenapa? sebab tak da la orang nak perhatikan kita. cari salah kita. nak gosip tentang kita. nak kisah tepi kain kita. betul tak? majoriti kawan baru yang saya kenal kat situ, semua cakap tak pernah nampak saya kat kolej or asrama. hehe unik kan?
HAHA.a-not-femes-me XD
psst: kalau ai dapat 4 flat pun blum tentu ai femes. :P
0 Comments:
Post a Comment