Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Tuesday, December 27, 2011

baitul muslim::

abang long Aqil :)

salam alaik :)

comel tak anak sy???(gambar di atas) ok, gambar di atas ialah anak saudara makchu yg ke-7. Muhammad Aqil b. Mohd Taufik. anak abang sg yg 2nd. Nak story sket pasal Aqil. dia ni manja ngan wan(mak saya). kalau dah dukung dengan wan, langsung tak pandang dah orang lain. Makcu suka panggil Aqil 'abang', sebab tak lama lagi Aqil nak dapat adik baru.huhu Aqil suka tengok tv, tapi dia suka tengok iklan je. bila tengok iklan, ralik bebenor. Antara iklan febret abang ialah iklan Oreo, darlie,twister dan lain-lain. selain tu, abang suka dengar azan. :)

kalau korang perasan, most of budak kecik, akan bagi tumpuan semasa azan. then, diorang akan buat aksi macam orang azan, taruk tangan kat telinga macam muazzin. hati diorang ni masih bersih daripada secalik dosa. muka pun suci je kan. mata jernih dan tenang. sejuk mata memandang wajah2 suci diorang nie.

meskipun diorang budak2 lagi, tp diorang dah ada perangai n ragam masing2. contohnya, pandai buat muka, suka merajuk, kuat nangis, asyik nak berdukung dan sebagainya. kalau di ikutkan, diorang ni masih tak faham tentang kehidupan dunia kan. jelas, anak2 kecil ni merupakan satu ujian untuk para ibu bapa dalam usaha menjadikan mereka ibu bapa yg bertanggungjawab dan matang dalam mendidik anak2.

 Yes, anak2 adalah satu anugerah, dan amanah Allah buat ibu bapa. sebab itulah, ibu bapa diangkat martabatnya oleh Allah s.w.t. Rasulullah ada bersabda, "keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa". kenapa begitu hebat martabat ibu bapa, sehingga keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa?

“Dan kami telah wasiatkan kepada manusia tentang dua ibu bapanya (yang mana ) ibunya telah mengandungkannya di dalam keadaan kelemahan atas kelemahan dan (tempoh ) bercerai (susunya) di dalam jangkamasa 2 tahun bahawa hendaklah kamu semua bersyukur kepadaku (Allah ) dan kepada kedua ibu bapa dan kepada Akulah (Allah ) tempat kembali.” -surah luqman:14-

maka, kita wajib taat kepada ibu bapa kita, selama mana tidak bertentangan dengan syariat. ibu bapa juga wajib menjaga dan memelihara anak-anak daripada melakukan perkara2 mungkar. Amar makruf, nahi mungkar. 

Menurut Imam Muqatil; “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan anak-anaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang ditegah Allah dari mereka”. (Rujuk: Tafsir Ibu Kathir)

sekadar satu perkongsian. sy tak mahir bab2 keibubapaan ni. hehe

abang belum siap gunting rambut laaa >.<

0 Comments: