salam alaik XD
alhamdulillah, 2nd post untuk harini. dis time around, nak cerita sikit tentang konvokesyen ILKKM 2011 telah berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta minggu lepas.
alkisahnya, saya disunting untuk menjadi ajk konvokesyen melalui sahabat sy, K.ima Asmahani. pada mulanya 50-50 jugak antara nak pergi ataupun tak, sebab kena korbankan masa cuti. tp bila fikir-fikir semula, bukan senang nak dapat peluang menjengah tempat orang secara free of charge. tambah-tambah pulak,saya sebenarnya rindu dengan suasana menghandle majlis. macam zaman kat es-es-pi dlu la. yg paling dirindui, jadi emcee(walaupun tak bagus mane.he) so, lepas abah bagi green light nak pergi perak, terus konfemkan dengan k.ima. yahoo. seronok bangat!
rombongan tenaga kerja daripada kolej saya, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg.Buloh(KSKB SB) bertolak ke KSKB UK pada petang 2hb. namun, disebabkan sy dan k.ima masih kerja(praktikal) pada hari berkenaan, kami menggunakan alternatif lain, iaitu pergi dengan kenderaaan sendiri. so, k.ima ajak le tidur rumah dia semalaman. makanya, jauhla sy melancong cuti ni. dari KSKB SB-Felda sg.tengi(singgah rumah abg k.ima)-Felda Gunung Besout(rumah k.ima)-KSKB UK. pengalaman baru sangat2. 1st time melancong ke perak. :D
petang 4hb dec, sy dan k.ima tiba di KSKB UK. WOW. cantik gleer kolej nie. tak tipu. macam hotel taraf 5 bintang. tak yah compare dgn KSKB SB la, mmg kalah.hee ok, kalah bab kecantikan landscape,bangunan,teknologi la. KSKB SB tetap dihatiku.huhu masuk hostel dia pulak, memang wallapp. dua bilik, share toilet. tak perlu keluar bilik untuk ke tandas. sangat selesa lah konklusinya.
malam tu, sy diperkenalkan dengan rakan2 seangkatan yg akan sama2 bertugas sepanjang di KSKB UK nie. dapat kawan baru!sama kolej, tp berlainan kos. Nabila(farmasi),k.ija(farmasi),k.zuriati(fisoterapi),k.afiqah(occupational therapy) n selly(farmasi). diorg memang sangat best! cool :D then, ktorg diterangkan lah skop tugas kitorg sebenarnya sepanjang konvo nie.
Oke, at 1st ingatkan kena handle dalam dewan. dapatla tengok org terima award kan. pastu, k.ima ada bagitahu yg ktorg akan jaga gerai. makaih. sy dah terbayang2 kena jaga gerai makanan ke ape. alih2, kena jaga booth pemakanan sihat, dibawah nama "persatuan pengajar2 KKM".*mencabar*
shif bermula 8pg hingga 5ptg.(adakalanya dtg lambat)he. apa yg ktorg kena buat?
orang yg berkunjung ke booth kami akan menjawab kuiz, ujian minda dan soal selidik pemakanan. plus, terdapat unit kaunseling pemakanan di booth ktorg juga, dimana terdapat dietitian dr hospital Ipoh bertugas untuk org ramai yg ingin mendapatkan khidmat nasihat pemakanan. yg best dan havocnya, mereka yg datang perlu memutar 'roda impian' untuk mendapatkan set soalan kuiz.then, kena jawab ujian minda untuk mengetahui risiko pemakanan, sama ada pada tahap cemerlang, baik, atau sederhana. dan lastly, mengisi borang kaji selidik berkaitan pemakanan. penat mereka menulis, ktorg sediakan hadiah 'misteri'.haha oke, itulah rutin kami setiap hari. :)
yg sangat tak menahan, ktorang akan beri pendidikan kesihatan kpd semua yg menjawab ujian minda tu. soalan2 ujian tu perlu dijawab jujur. antara soalannya, "berapa kerap ambil sarapan" "berapa kali makan makanan bergoreng dalam seminggu" "berapa kali makan sayur dan buah-buahan dlm sehari" =.=' erk, tersekat di kerongkong. nak tak nak, memang kena bagitahu pendidikan kesihatan yg terbaik utk diorg ni. walaupun yg bercakap tu x berapa nak 'sihat' pemakanannya. adoy. menghantui tau soalan nie! budak2 m.a yg dataang booth ktorg panggil ktorg 'dietitian' kot.nak membeli belah makanan pun resah-gelisah. yela, takutla diorg nampak 'dietitian tak bertauliah' ni menbeli makanan tidak sehat. kan?
ok, kat sini terdapat banyak booth dibuka termasuklah gerai makanan dan minuman, souvenirs,baju, tudung,bunga dan hadiah, pemeriksaan mata, pemeriksaan kesihatan(check tekanan darah, glucose level,cholesterol,BMI) dan bermacam lagi.sy juga berpeluang untuk menderma darah buat pertama kali dalam hidup. :D pengalaman yg sangat indah, insyaAllah akan menderma lagi jika ada kesempatan. also, banyak duit dihabiskan beli air jambu hari2.haha
walaupun tak dapat tengok pelatih2 ILKKM ni ambil award, sekurang-kurangnya kegembiraan mereka dan keluarga sedikit sebanyak menyuntik semangat dalam diri ni. insyaAllah akan buat yg terbaik untuk merasai detik2 manis yang sangat bermakna tu.
plus, sepanjang bertugas kat booth tu, macam2 pengalaman baru. dapat jumpa ramai org. dapat kenal pengajar drp kolej2 lain. dan kenal lebih dengan pengajar KSKB SB sendiri. da most important, dapat suntikan semangat drp para dietitian untuk menjalani healthy life style esp pemakanan. baru tahu, kos dietitian nie juga menyeronokkan. silap ambil kos lah sy nie. kalu tahu, amek dietitian kan.haha *koya*
seminggu yang bermakna. tkasih k.ima, lain kali mahu jd dietitian lg yer!
\(^__~)/
breakfast kena ambil setiap hari, dun skip ur meal! |
exercise selalu ye! |
fast food sebulan sekali jep :p |
psst: ms.dietitian kata, tak mustahil nk turunkan berat badan ni ke paras normal. tak da ape yg mustahil! sy syg para dietitians tu sbb dia sentiasa positif dalam setiap kata2 dia!tengs~
1 Comment:
Girl, nice story
Post a Comment