salam alaik XD
ikhlas. satu perkataan yg sangat mudah dituturkan, namun sangat payah diukur, dinilai, malah tak nampak, dan tak tahu bagaimana perasaan itu yang sebenarnya. Yes. Ikhlas itu rahsia Allah. rahsia dalam rahsia.Makin dicari, terasa semakin misteri.-jawapan yang saya jumpa apabila menggoogle.-
menjadi pelatih jururawat bagi saya bukan satu tugas yang mudah. tanggungjawab yang tergalas dibahu makin hari semakin berat apatah lagi semakin hampir untuk menamatkan latihan. apabila berada di wad, memakai uniform serba putih, bagi masyarakat, kami adalah sama. penjawat awam, walau pada hakikatnya, saya masih seorang student. maka, apabila berada di wad, realitinya, saya memang sedang bekerja . teringat kata-kata abah,
" Awak training pun dapat gaji bulanan enam ratus ringgit. Ingat senang2 orang nak bagi enam ratus sebulan? nampak je macam student, tapi tenaga awk dikerah, samala macam org yg dah kerja"
" Awak training pun dapat gaji bulanan enam ratus ringgit. Ingat senang2 orang nak bagi enam ratus sebulan? nampak je macam student, tapi tenaga awk dikerah, samala macam org yg dah kerja"
Yes. saya penjawat awam.
dalam tempoh praktikal, kami berjumpa dengan bermacam-macam orang. bergelumang dengan pelbagai ragam manusia adakalanya menyesakkan dada. 1001 perasaan ada. adakalanya sabar mendahului amarah dan adakalanya teruji dek iman senipis kulit bawang. istighfar jugak yg menjadi teman dikala syaitan memainkan peranan. Sabar itu ada hadnya. Ikhlaskah aku dalam setiap langkahku? soalan yang sering bermain dihati.
pernah satu hari, saya bertanya kepada seorang staf di wad. "seronok tak kerja?" jawapannya:
"nak tak nak kena la kerja jugak. banyak yang tak seronok.terpaksa pun ada. kalau tak, mana nak dapat duit?" jawapan yang menghampakan saya. huh.
Soalan yang beribu kali orang soal, dan selamanya akan ada yang menyoal. "awak minat nursing?" soalan keramat yang amat payah saya jawab. kenapa perlu keliru dengan perasaan sendiri?
1) saya masuk nursing pada mulanya bukan atas dasar minat, tapi lebih terdorong kepada memikirkan masa hadapan yang lebih terjamin. kerja. yes, thats da word.
2)bila ada sesuatu yang menguji iman masa kerja, terselit rungutaan. muka masam mencuka. hati sendiri ragu-ragu. "ikhlas ke aku menjadi nurse?"
3)kadang-kadang buat sesuatu yang payah, rasa macam nak nangis je. masa mula2 belajar injection, rase diri ni lembab sangat. tangan terketar-ketar nak buat. nak pecahkan ampule ubat pun x reti. nerves tak hilang-hilang. time tu, rasa nak quit pun ada.
4)tengok staf nurse sendiri ada yang buat kerja sambil lewa, ada perasaan weirdo. hati ni berfikir, staf nurse jenis macam mana saya suatu hari nanti?
5) bila kesibukan teramat sangat melanda, rasa tak nak duduk di bidang ni. penat dan seumpamanya. masa untuk diri sendiri. macam tak nak jadi nurse.
tetapi . . . . .
bila difikir dengan mata hati, ditimbang tara dengan fikiran yang waras, saya suka menjadi seorang jururawat.
sebab . . . . .
rakan sejawat :) |
1) ini adalah tuntutan agama. membantu orang adalah satu sedekah!
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : ” Setiap sendi di tubuh manuasia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang yang bergaduh adalah sedekah,kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang sesuatu yang menyakiti di jalan adalah sedekah.”
2)bila dah masuk dalam keluarga KKM, barulah diri sendiri ada kesedaran untuk menjaga kesihatan, walaupun gaya hidup tak berapa nak sihat. dapat tahu perkembangan kesihatan, dan berupaya untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga, insyaAllah.
3) duit. yes, tipulah kerja taknak duit kan? ada ke orang yang ikhlas kerja, dan nak kerja foc kan? itu namanya, ikhlas tak bertempat. nak makan, bayar kereta, rumah, letrik, pakaian semua perlukan duit. bila ada duit, maka keperluan dapat dipenuhi. dan insyaAllah dapatlah nak buat infak. insyaAllah. teringat kata2 seorang tutor, "kerja nurse ni memang tak kaya, tapi insyaAllah hidup tak susah"
4) menggembirakan hati orang lain, timbul rasa bahagia. tak dinafikan, memang seronok bila tengok orang gembira. contoh yang simple,. bila mandikan pesakit yang tak berdaya,bau macam-macam. then, bila siap mandikan dia, bau wangi, nampak sihat, cantik, hensem,bagai.tak ke dapat pahala free bila gembirakan orang lain, walaupun sekecil-kecik kebaikan yang dibuat? insyaAllah sekecil-kecik kebaikan walaupun sebesar biji sawi akan mendapat balasan.janji Allah.
5) mengingati mati. yes, adakalanya bila diulit dengan kesenangan, kesibukan belajar, kita lupa padahal kita semua akan mati. bila duduk di hospital, hari-hari ada kes kematian. adakalanya pesakit yang kita jaga mendapat kematian setelah kita berusaha untuk selamatkan nyawa. namun, mati itu kerja Allah. bila dan dimana kita tak ketahui. lambat atau cepat yang membezakan kita. yes, kerja nurse always remind me of this word "mati".
5) mengingati mati. yes, adakalanya bila diulit dengan kesenangan, kesibukan belajar, kita lupa padahal kita semua akan mati. bila duduk di hospital, hari-hari ada kes kematian. adakalanya pesakit yang kita jaga mendapat kematian setelah kita berusaha untuk selamatkan nyawa. namun, mati itu kerja Allah. bila dan dimana kita tak ketahui. lambat atau cepat yang membezakan kita. yes, kerja nurse always remind me of this word "mati".
ikhlas. macam mana nak merasai ikhlas?? ikhlas itu rahsia Allah! maka, biarlah sama ada perkara yang kita buat tu adalah untuk diri kita sendiri, atau untuk orang lain...yang paling utama, kerja yang kita lakukan adalah bertujuan untuk kebaikan dan mencari keredaan Allah. Ikhlaskah kita?banyak mana ikhlas? atau memang tak ikhlas? itu bukan kerja kita! Tidak ikhlas boleh bertukar kepada sangat ikhlas setelah kita melakukan pekerjaan yang baik tersebut. jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walaupun hati kita terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah.Mohon kepada Allah agar meredai pekerjaan kita, walau pada mulanya kita tidak ikhlas.istighfar dan bersangka baik kepada Allah adalah sebaiknya. jum, sama2 kita tajdid (perbaharui) niat sentiasa kerana Allah!~
wallahualam.
wallahualam.
“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)"
0 Comments:
Post a Comment