salam alaik.
Kami tak takut jarum :)
Berilah injection LIKE pada blog ini
Sunday, October 28, 2012
sapu laju-laju::
titisan jernih itu gugur.
terasa hangat mengalir lesu.
empangan air mata itu pecah jua.
tak tertahan sudah.
lampu itu dipadam.
agar mereka tak nampak apa ada diwajah.
adakah sedih atau gembira.
kerna gelap ia terhijab.
wahai hati.
meruntun pilu.
tak siapa bisa membaca.
apa ada di lubuknya.
bisa memendam rasa.
lagi bisa merungkai nista.
dalam hati ia tertahan.
kerna ku tak bisa melukai.
air jernih mengalir hangat.
lebih laju dari biasa.
hujan diluar jendela seakan mengerti.
kisah hati alergi sepi.
Posted by Imah ;D at 5:13 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: la tahzan, seindah puisi
Sunday, October 21, 2012
pelan diet saya#part 1
salam alaikum ^_^
dengan sukacitanya saya ingin mengajak anda semua ber'diet' secara sihat. tanpa menggunakan sebarang 'alat bantuan automatik', sebaliknya secara 'manual'. nak try tak?
HEALTHY PLATE/PINGGAN SIHAT
see, patut pun diet selama ni tak menjadi. sayur tak makan. buah apatah lagi. nasi dengan protein, lemak je buat penuh pinggan. so, lepas ni kenalah bahagikan pinggan kepada 4 portions. nasi, saur, buah, protein.
walaupun berat hati nak makan sayur, kenalah kuatkan semangat. sebab sayur sangat-sangat rendah kalori. dan tingi dengan fiber. sayur akan buat kita mudah kenyang dan melancarkan peristalsis. mudahlah ke tandas. jangan lupa minum banyak air kosong!
sekian sahaja buat masa ini. kbai~
salam alaikum =)
Posted by Imah ;D at 3:35 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: go more imah go more, wishlist
jom sihat ^_^
salam alaykum =)
harini ada program Promosi Kesihatan kt kolej. program anjuran bersama PKD Gombak, hospital sg.buloh dan beberapa agensi kesihatan lagi lah..hehe so, kskb sungai buloh jadi tuan rumah untuk program yang julung-julung kali diadakan. sepatutnya, kitorang cuti harini. tp kena pergi program ni. random pick je kot. certain group je kena pergi. kalau tak pergi kena ganti kerja 2 hari! seyes 'paksarela'. kerja 1/52 dis week. =.='
as usual, pagi-pagi akan dimulai dengan senam aerobik. ada team khas yang conduct daripada kementerian belia & sukan kalau tak silap. then, kitorang dapat goody bag for breakfast. kuih karipap 2 bungkus. air mineral. roti multiwholegrain gardenia, majalah iSihat, pek sample susu Ensure & Glucerna!huhu *berkhasiat*
lepas breakfast, kitorang kena pergi audi untuk perasmian program oleh dato' SUB(setiausaha bahagian) BPL. ada penyampaian hadiah kpd pesakit contoh Diabetes. pastu ada forum awam. dua lecturer jemputan. Prof Ismail mohd noor dengan ceramah Prevalance of Obesity. dan Dr. Feisul Idzwan, specialist kesihatan awam dengan ceramahnya tentang 'penyakit tidak berjangkit di malaysia'. topik cliche. bunyi macam boring. tp sangat informative! banyak perkara baru yang saya dapat. buktinya, saya tak tidur pun masa forum tu. *angkat kening double jerk* haha
cuma nak sentuh sikit pasal ceramah Dr. Feisul. ada 3 penyakit tidak berjangkit yang paling hot kat negara kita. Penyakit cardiovascular(jantung), diabetes dan kanser. dan antara ketiga-tiga penyakit tu, Malaysia antara negara yang menduduki tangga yang top jugak. misalnya, obesiti, Malaysia di tangga no. 1 di asia tenggara. hohoho *champion yg tak boleh dibanggakan!*
masa sesi pertanyaan dibuka, ada sorang ni tanya,
"adakah ubatan untuk pesakit Diabetes boleh menyumbang kepada rosaknya buah pinggang?"
Dr. Feisul cakap, soalan tu memang selalu pesakit tanya. sebab, ramai juga dalam kalangan pesakit kencing manis (diabetes) ni yang takut makan ubat, sebab risau rosak buah pinggang. ada yang tak makan ubat sebab rasa diri sihat dan hanya makan ubat bila rasa tak sihat/sakit je. wah, wah, wah. banyak chantek!
baca kat link ni untuk tau lebih lanjut.---> diabetes
lagi satu yang menariknya, untuk mengelak daripada penyakit2 kronik ni, semestinya kita kena ada pengetahuan macam mana nak ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat. tetapi, pengetahuan semata-mata tak menjamin apa-apa. sebab, kalaulah pengetahuan tu menjamin seseorang mendapatkan hidup yang sihat, memang tak wujud lah doktor yang merokok dan nurse yang obess! betul tak? *setuju*
perkara yang perlu diamalkan untuk mendapatkan gaya hidup sihat. klise. :-
1) makan makanan seimbang
2) senaman
3) tidak merokok
4) lakukan pemeriksaan kesihatan berkala
sebut memang senang. bila nak implemen, memang susah wooo! kesedaran individu sangat penting. hati yang kental perlu ada. dan sokongan daripada persekitaran!penting amat!hehe
so, I want to tell the world, I am on diet!
please be more supportive! I beg you! =')
![]() |
| we're on diet =P |
Posted by Imah ;D at 2:42 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: buah fikiran, kisah cik misi, sohabati, wishlist
Saturday, October 20, 2012
I want nobody but u::
salam alaikum ^_^
alhamdulilllah. ada juga kesempatan nak menulis blog walaupun dalam kesibukan praktikal di wad medikal.
cewah. padahal tak lah sibuk mana pun. cuma letih sikit sebab straight 2 minggu medikal. tapi wad medikal yang ni agak best lah. staff ok, kerja pun seronok. tak sempat nak bikin 'ketupat2 raya'. bagus!
dalam kesibukan praktikal tu jugak, alhamdulillah baru-baru ni Islamic Friendship Society(IFS) telah menjemput penulis/penceramah/pendakwah yang tidak asing lagi, Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Nordin ke surau Ar-Raudhah bersempena dengan Minggu Penghayatan Islam. tambah-tambah lagi ustazah Fatimah Syarha memang penulis favourite sy. walaupun hari selasa lepas sy kerja petang, balik pukul 9mlm dan sampai asrama pukul 10 lebih, alhamdulillah sempat jugak 1 jam dengar ceramah beliau. :)
so, ini ada sedikit perkongsian ceramah Ustazah Fatimah Syarha yg bertajuk,
" I want nobody but U " menarik bukan tajuknya? *kenyit mata sikitt*
memandangkan topik CINTA memang tidak asing lagi bagi golongan remaja dan dewasa, maka ceramah ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada para remaja bagaimana ingin memperoleh cinta yang 'lurus'.1) cinta MATLAMAT, baru cinta ALAT.
cinta matlamat? cinta alat? dua jenis cinta ini ternyata dua perkara yang berbeza, tapi berkait antara satu sama lain. maksudnya kat sini, ofcourse Allah adalah matlamat kita dalam mencapai kejayaan dunia akhirat. dalam menggapai matlamat kita, dah semestinya kita perlukan alat sebagai jalan menggapai matlamat. so, untuk dapatkan cinta Allah, kita perlukan alat(manusia, kewangan, dll). ramai orang tersilap langkah sebab terlalu cintakan alat, hingga kabur dan samar matlamat yang UTAMA!(muhasabah diri).
2) kenali kriteria CALON
-mesti rasional
-jangan terlalu mudah
-jangan terlalu payah
yang pasti, pilihlah yang kita redho dengan AGAMA dan AKHLAKNYA. insyaAllah kita takkan menyesal.
3) kapel haram?
couple. couple. ramai yang dok fight nak kate bercinta sebelum nikah ni dibolehkan dalam Islam.
mari kita tengok Al-Imam Hassan Al-Banna kata ape,
" bercinta secara HALAL itu halal, bercinta secara HARAM itu haram "
diperteguhkan oleh Syeihk Yusuf al-Qaradhawi,
‘Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum nikah (al-hub qabla az-zawaj) kerana cara seperti ini dikhuatirkan bahaya dan syubhat’ (Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)
kahwin tu halal. so, dengan berkahwin, bercouple itu menjadi halal =)
4)istikharah=tanya ALLAH
sedangkan sekecil-kecil urusan pun nabi galakkan umatnya istikharah, inikan pula soal jodoh.
inyaAllah dengan beristikharah Allah akan pandu hati kita untuk memilih yang terbaik untuk kita.
kalau dah istikharah tp, kita tersilap pilih??? mungkin itu adalah ujian Allah untuk kita. yang penting, disetiap ketetapan yang Allah berikan pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. terpulang bagaimana kita melihat dan menghadapinya.
5)alam pertunangan
bertunang tak bermakna menghalalkan berdua-duaan. sebaliknya, dalam tempoh pertunangan tu, kedua-dua pasangan perlu bersikap pada pertengahan. TAK TERLALU HILANG. dan MUNCUL BILA PERLU.
yang ni ramai orang tersilap langkah. bila dah bertunang, buat-buat macam dah jadi suami-isteri. ramai macam tu kan?ada certain orang, dalam tempoh bertunang pulak macam-macam ujian datang. di sinilah pentingnya berharap semata-mata kerana Allah. hati kita milik Allah, Dia yang pegang. dan Dia jugak yang berhak menetapkan hati kita. memberi kita hati yang sejahtera....
6) belum ada kemampuan nak kahwin?
PAUSE. stop dahulu keinginan nak bercinta, berkapel, sebaliknya lihat pada prioriti(keutamaan). kalau masih belajar, utamakan study dulu. bila ilmu penuh didada, insyaAllah lebih matang dalam menempuhi alam rumah tangga.
7) kembali pada pucuk pangkal
apa yang kita lakukan harini, impaknya akan dilihat di kemudian hari.
harini kita bermesej. bergayut dengan kekasih yang belum halal bagi kita.
setelah kahwin, berkemungkinan pasangan kita 'berani-berani' bermesej dan bergayut mencari orang ketiga.
asas kepada cinta. kalau asasnya baik, maka insyaallah hasilnya juga manis.
kalau mulanya cinta telah dipupuk dengan baja2 kemaksiatan, maka alhasilnya jika belum nampak dalam masa terdekat, akan muncul bibit-bibit keretakan dalam jangkamasa panjang. hati yang tidak tenang. nauzubillah...
".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...." (Surah Yusuf : 53)
banyak lagi yang saya dapat menurusi 1 jam ceramah Ustazah Fatimah Syarha. tp setakat ini sahaja perkongsian kali ni. saya menulis kerana pertama sekali saya mengingatkan diri saya. kedua, untuk saya kukuhkan peringatan kepada diri sendiri. ketiga, mana tau kot-kot yang terbaca ni terkena batang idung. sama-samalah kita beringat. :D
saya sedar, saya banyak tersilap. ada kalanya terkeliru. emm, mengurus nafsu sangat sukar kan?
mujahadah tu memang pahit. jalannya berliku dan beronak duri. itulah mahar yang perlu dibayar untuk mengecap syurga Allah yang indah. mari kita berusaha perbaiki diri! yang penting mulakan dengan niat yang baik, insyaAllah, Allah bantu kita =)
moga sama-sama mendapat manfaat.
![]() |
| beliau ^_^ |
Posted by Imah ;D at 6:15 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: buah fikiran, c.i.n.t.a, experience, halwa jiwa, to remember
Wednesday, October 10, 2012
my first real CPR::
salam alaikum =)
harini 2nd day jaga acute cubicle. dengan 2 orang adik junior pulak tu. tp sy tak buli diorang tau. sikit tu ade la kot. adatla. =P
seperti biasa, acute cubicle most of patients ada hourly BP(blood pressure) monitoring. so, setiap jam kena alert untuk ambil BP. kadang-kadang saya buat, kadang-kadang adik junior buat. tengok lah sapa dan, dialah yang buat. tak kesah pun. pastu ada CVP(central venous pressure) reading 4hourly. alhamdulillah dah hafal dah steps nak baca CVP. cuma line unty tu selalu ada blood clot, so kena flush dengan saline lah., tp agak seramlah, sebab line CVP x same dengan line IV(intra venous). CVP direct kepada jantung! -.-
erm. lebih kurang pukul 10 pagi, staf nurse bagitau ada patient nak masuk daripada ED(emergency department). patient nak kena 'intubate'. dah terbayang patient yang masuk tu for sure lah tenat. kes intra cranial bleeding n artrial fibrillation(AF). siap-siap pakai mask sebab nak tolong intubate manually. dengan ambu bag. mesti lenguh tangan punya lah.huhu
setibanya patient daripada ED tu, kitorang pun tolong pindahkan patient daripada stretcher ke katil. patient lebih kurang 60tahun. ada CBD (continuous bladder drainage) bag, nasogastrik tube, infusion pumps. anak-anak dia pun ada. lepas siap transfer patient kat bed, pasang semua machine, saya pun mula operasi mem'bagging' patient. staf nurse suruh duduk kat kerusi. ingatkan kena bagging berjam-jam, rupa-rupanya dalam 30 minit je. pastu ada M.A daripada ICU datang hantar BIPAP. (mesin untuk bantuan pernafasan )
dah x payah bagging. guna machine je. then, doktor order ECG.(electrocardiogram). catat semua observation kat file dia. dengar doktor bagi explaination kat family patient.
bla bla bla bla. tp kesimpulannya, patient dah tak ada harapan. sebab dah ada pendarahan kat otak.
family pun boleh accept. sekali lagi, wad diselubungi kesedihan. anak-anak mula bersedia untuk pemergian insan yang paling disayangi. sy hanya mampu memandang.....
lebih kurang pukul 11 lebih, tiba-tiba spO2 patient tu drop. BP x boleh nak detect.
actually patient dah issue for DIL (die in list).
so x perlukan CPR. tp bila doktor MO tu cakap dengan family, diorang nak doktor do the best.
means, diorang still berharap. so, CPR dimulakan.
doktor HO tu start buat CPR. dalam hati saya,
"teringinnya nak buat CPR kat real patient!"
pucuk dicita, ulam mendatang. doktor HO tu mintak gantikan dia buat CPR. sy pun cepat2 offer diri.
alhamdulillah ! selama ni cuma buat kat patung je. bila buat kat real human being, feeling dia opkos la lain.
takut gakla sbb buat kat orang yg tengah nazak. terbayang pulak kalo tibe2 fracture rib dia. nauzubillah...
dalam 15 minit CPR, patient ok smula. BP boleh detect, spO2 100%.
family members mula duduk dekat dengan patient tu. baca yassin.
dalam pukul 12 tengah hari, BP & spO2 , nadi drop pulak...
cepat2 lari bagitau staf nurse.
klik pah, klik pah....
pejam celik, pejam celik...
cardiac monitor tiba-tiba strett.....
asystole! jantung berhenti berdegup....
Al Fatihah......

********************************
uhuk. 2 hari dah berdepan dengan kematian.
beringat....
harini hari dia....
saya bila ye?
='(
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tamat tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya”.
(Yunus:49)
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
(Ali-Imaran:185)
Posted by Imah ;D at 4:57 AM 1 yang cute melawat Cik Misi
Labels: experience, halwa jiwa, kisah cik misi, wishlist
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)






