Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, January 27, 2013

minggu pertama-pediatrik::

Assalamualaikum :)

alhamdulillah, 1st week completed. sebenarnya last time group saya masuk paeds ialah setahun yang lepas, so actually kitorang agak tergagap-gagap dan serabut sikit sebab dah lama tak handle baby dan kanak2 ni.
dengan asyik menagis je. tak ke serabut?kih3 tapi yang comel, i'm sorry lah asyik jadi mangsa cubit pipi. :p
 
  • pengalaman baru ;)
1st day dah kena insert Ryle's tube kat baby 5 bulan. kalau kat org dewasa memang dah biasa, tp untuk baby, inilah kali pertama. even dah sem 6, baru kali ni berkesempatan buat. sebab masa amek cross sem 3, cuma asist je everytime buat dekat baby. tolong pegang sebab for sure dia akan meronta-ronta. dengan jeritan bagai yang membuatkan kita kesian. huhuhu so baru-baru ni agak nervous masa buat, tp buat-buat berani je sebab kalau kita tunjuk muka tak confident mestilah mak baby tu orang pertama refuse. itu pun mak dia macam taknak, sebab anak dia pakai nasal prong oxygen, pastu insert Ryle's tube, metilah susah sikit nak nafas kan? mak dia berulang-ulang kali cakap yang dulu muka anak dia 'biru' bila masuk via hidung. tak ke buat kita makin cuak?he alhamdulillah, berjaya insert dengan pertolongan Atin. ;)

  • teroka paeds
baru tahu ada bilik susu dekat paeds ni. masa tu staf nurse suruh ambil susu patient. rupa-rupanya kat bilik susu tu lah menyediakan permintaan susu daripada seisi hospital tu. bukan department paeds je. penuh dengan botol susu , macam excited sikit tengok.hahaha jakun kejappp!
pastu, baru tahu kat mana bilik echocardiogram(scan jantung). bawak patient down syndrome pergi echo. tak tahulah pulak patient tu ada behavior problem. sampai dekat bilik echo tu, dia taknak duduk menelentang. puas pulak mak dia pujuk. macam-macam cara guna. at last, MA tu suruh je patient duduk. syukur dia tak struggle waktu buat prosedur tu. kebetulan patient tu ada cataract. menurut mak patient tu, mata dia dah tak nampak. tak boleh dengar dan tak boleh bercakap. dan yang paling menyedihkan, everytime dia marah(tak suka, tak selesa), dia akan  pukul diri dia. sekuat hati! merah-merah tangan dia. kesian sangat! T_T moga unty Chinese tu terus tabah jaga anak yang istimewa tu.

  • child abuse, sexual abuse, depression
tak tahu lah kalau dulu-dulu masa sem 3 masuk paeds rasanya tak dengar pulak kes-kes macam child abuse, sexual abuse dan depression. kes-kes macam ni sangat rare. dan bila terjumpa, cepat-cepat amek kesempatan untuk baca case notes. agak menarik. berdebar pun ada. parents tak mengaku cederakan anak diorang. of course lah, kalau tak konfem lah kena masuk jail dah. substance abuse pun salah satu punca mencederakan anak. tengok parents dia macam ok. cantik, hensem, peramah. sekali substance abuse. =.=' so, dont judge the book by its cover okey!seramnya laaa..ofkos semua parents sygkan anak. tp kalau dah ada effect daripada drug, for sure akan ganggu kewarasan diri. nauzubillah....


sekian sahaja buat waktu ini. moga hari-hari yang mendatang akan diterokai dengan hati yang tabah.
erk, esok masuk emergency! gementar tapi tak sabar...apakah? 

yaAllah, bantu kami YaAllah....kuatkan kami YaAllah. niat kami hanya satu, menyelamatkan nyawa insan. ikhlaskan hati kami YaAllah. amin YaRabbal alamin......

muka nakal, geram nak cubit...

muka suci, kecik-kecik dah suka pakai tudung.


Rasulullah s.a.w. yang bersabda;

    "Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi".
                                    
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)




2 Comments:

Adwa' said...

omeyynya budak tecik pakai tudung pink tuuu :)

Imah ;D said...

masyeh..ank sdare kite..huhu ^_^