salam alaykum :)
seperti yang dijanjikan, saya nak mula cerita tentang kenangan kat skolah menengah. aih. kenangan terindah yang takkan berulang lagi., tp yang penting ia tetap segar dalam ingatan. watak-watak yang bakal disebutkan dalam cerita ini adalah insan yang penting dalam hidup saya. moga Allah rahmati mereka walau dimana mereka berada. =)
************************
1st day melangkah ke sekolah seri puteri cyberjaya. bersama-sama mak abah, ngah dan abg sopi. tak dilupakan aman yang masih kanak-kanak ribena masa tu. hari yang indah,takjub jugak rasanya sebab masuk je pagar sekolah, tersergam indah! O,o besarnya, sekolah ke hotel ni?
setiba di lobi sekolah, terkial-kial jugaklah nak cari mana tempat mendaftarnye. tiba-tiba, ada sorang insan ni tegur saya. dia pun perkenalkan diri dia sebagai K.TINIE, form 4, rumah sapphire. dia ialah college sister(CS) sy. takat tu je yang saya tau pasal k.tinie. dia lah yang memudahkan proses pendaftaran sy pada haritu. tunjukkan selok-belok sekolah. melawat kelas, koperasi, surau dan hostel. sikit sebanyak, hati ni lega dan rasa selamat ada k.tinie. dialah insan pertama yang saya kenal kat ssp. so, no wonder lah saya sayang gile kat dia, kan?hehe :P
selesai urusan pendaftaran, destinasi terakhir ialah hostel. k.tinie tunjukkan dorm sy. Hibiscus 1 bay 1. dan sy ditempatkan di rumah RED HOT RUBY. saya pun tak paham, apesal ade rumah RUBY(merah), TOPAZ (kuning), EMERALD(hijau) dan SAPPHIRE(biru).? seriosly tak paham. rupa-rupanya, kat ssp, diorang gunakan sistem merit rumah. markah koko dan koku serta sahsiah di ssp semuanya diambil kira. dan semuanya akan di update dalam sistem rumah. merit dan demerit. OH. perkara yang paling menakutkan di ssp, ialah DEMERIT.=tolak markah. apekebenda tu? kenapa ia paling menakutkan?haaaaa, later sy story.
em. lepas setel parking barang kat dorm, tibalah masanya untuk mak abah cakap babai. phewww. tahan jela rasa nak nangis tu. keraskan hati gak. seb bek macho, mmg tak nangis pun. HAHA *riak. lepas salam-salam tu, mak abah pun balik. sekian. bermula lah kehidupan 'berdiri-atas-kaki-sendiri'. termenung seketika dalam dorm. dalam dorm HIB 1 ada tiga bay. satu bay ada 12 katil. 11 orang juniors, dan seorang senior sbg ketua. sedang termenung seketika, tiba-tiba datang seorang minah-mulut-kepoh menegur saya. namanya AMIRA AMALINA. yup, dialah budak batch sy yang pertama sy kenal.
amira: nama siapa? orang mana?
saya: Fatimah. dr raub, pahang.
amira: sy takpernah ada kawan nama fatimah. nak panggil apa eh?
saya: panggillah apa-apa. fatimah pun boleh.
amira: em. panggil IMAH ye?
saya: tak kesah. ok je.
so, macam tu lah saya dapat nama IMAH. its from A'a. amira amalina azmi. :)
dan haritu jugak sy kenal insan-insan yang masih berwajah suci lagi murni.
ketua dorm: k. saadah.
baymates:
shuhada abdullah-bedmate
huda shukor
jannah hambali
fadzleena najib
aziera tarmizi
syuhada talib
amira amalina
adani ishak
dayah
macam-macam kenangan masa form 1. kena lecture dengan seniors. kena iron baju. jemur baju. amekkan air panas untuk senior. kena suruh pegi cafe. tapau food kat DM. kena hafal nama seniors. hafal lagu cheer house. kena cuci toilet. kena nyanyi mintak maaf kat fountain. tak boleh makan dalam dorm. tak boleh duduk atas bedspread. pegi dorm senior pakai tudung. kena bagi salam kat senior. dan macam-macam lagi. hahaha.
apa lagi eh? will be continued =)
macam-macam kenangan masa form 1. kena lecture dengan seniors. kena iron baju. jemur baju. amekkan air panas untuk senior. kena suruh pegi cafe. tapau food kat DM. kena hafal nama seniors. hafal lagu cheer house. kena cuci toilet. kena nyanyi mintak maaf kat fountain. tak boleh makan dalam dorm. tak boleh duduk atas bedspread. pegi dorm senior pakai tudung. kena bagi salam kat senior. dan macam-macam lagi. hahaha.
apa lagi eh? will be continued =)
0 Comments:
Post a Comment