Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, February 17, 2012

kau terbang jua::



salam alaik. :)

juz nak wish all the best to :-


  • penolong ketua pelajar(PKP) ssp sesi 2008/2009
  • top 5 yang sangat prihatin
  • adik kepada Mizah Tahir
  • jiran sebelah bilik di top floor Topaz masa form 5
  • grupmate PMC 'the lima'(grup 5 masa jadi calon pengawas)
  • classmate masa form 1 Usaha
  • sahabat se-K-Po (kadet Polis)
  • sahabat yang penyayang dan comel
  • budak bijak yang patnam alig-alig(terbalikkan-mantap gila-gila)

Dia ialah seorang Nor Asyikin Mohd Tahir! :)

Mula berjihad di Otago, New Zealand pada 13 Februari 2012.
Selamat maju jaya, Ekin! take care of yourself n iman :D

Luv ya!


 wif ekin yang cantik & smart :D


p/s: nak terbang juga! wif MERCY Malaysia. boleh?


Baca sampai habes >>

Tuesday, February 14, 2012

yesterday is history::

salam alaykum.

 my osce was bad.. tak cemerlang dah pasti. harap lulus la. :'(
yes, my bad. too nervous. =.=' simple thing pun boleh buat silap. muhasabah diri semula. urm

tutup kes osce. insyaAllah takkan ulang lagi kesilapan trial ni. harap sangat.! 

so,

let bygones be bygones. :)

*meminjam kata2 seorang pendebat.....

'jangan terlalu menoleh ke belakang, 
kelak tingkah menjadi songsang,
langkah menjadi pincang,
kita juga akan kecundang' 

makanya,

kenapa perlu bersedih,? semuanya punya hikmah, ingat!!

don't cry because its over, smile because its happened....

kami cuma pandai peaceee.hehe


p/s: esok presentation denggi wif fatma. kami suka presentation. lalalalala~

Baca sampai habes >>

Monday, February 13, 2012

trial osce sem four::


salam alaykum :)

esok ada trial osce. percubaan, not the real one. but still got the spirit of examination. huh. butterflies in my stomach!! relax.relax...kejap lagi nak praktis osce dengan k.wati, n yana...

apa ye prosedur yang mungkin masuk esok? puan cakap ada 3 stations. antara prosedur famess ialah :-

  • bandaging-----> stump,figure of eight,simple spiral,reverse spiral
  • antropometri----> ukur tinggi,berat,lilit kepala,lilit dada n panjang kanak-kanak
  • suntikan insulin
  • pendidikan kesihatan diabetic-foot care,senaman,pemakanan

figure of eight

stump bandaging-buat kat patung.huhu


*tak tahu la mana satu yang masuk... selain daripada yang atas pun maybe boleh masuk.huh

apa-apa pun, insyaAllah boleh buat! mudah-mudahan tak nerves...doakan tau. :)


all the best cik misi skalian :D

p/s : bestnya cuti, dpt rest ckup2.... :D



Baca sampai habes >>

Friday, February 10, 2012

berbumbungkan angkasa :)

salam alaykum :)

dulu,kini dan selamanya....kesyukuran dipanjatkan pd Yang Esa atas kurniaan nikmat Islam & iman...

experience. harini seronok bangat. program KSKB Berselawat. ceramah tentang Valentine's Day. dan bersolat maghrib dan isya di gelanggang bola jaring ! kalau sy tak silap, program ni julung2 kali diadakan. *tak pasti* rasanya yer...

seronok sebab dapat solat berbumbungkan langit. tenang :)

ceramah oleh ustaz yusry. best sangat. kelako. kacukan orgnye.(kelantan-terengganu.haha)

esok. dengan pengalaman yang baru juga. memegang stereng buat julung kali. tak sabarnye!takut gak.

macam-macam benda.

ada yang sibuk. ada yang lengang. ada yang sakit, ada yang sihat. ada yang happy, ada yang sedih.

yang saya rasa?? adalah untuk melupakan yang lagha. dan menumpukan pada penemuan keredaanNya.

insyaAllah. 

p/s : maaf tak dapat nak kongsikan isi ceramah tu. post laju-laju nie. hehe

tengok gamba2 diorang hilang gak rindu...T.T

Baca sampai habes >>

Wednesday, February 8, 2012

tersentuh::

salam alaik :)

tengah hari tadi solat zohor di surau cafe. selalunya kitorang prefer solat dekat hospital sebab tak ramai orang. tapi kena jalan sikit la. harini turun awal. rasa macam nak solat kat kolej aje. so, decide ngn k.watie untuk solat kat surau cafe kolej. masa kitorang masuk surau, dah ramai yg memenuhi saf. cepat-cepat ambil wuduk n pakai telekung. seorang akak kos occupational therapy(OT) tengah bagi tazkirah sementara tunggu masuknya waktu zohor. akak comey,alim,manis.(suka tengok muka suci dia-subhanallah)

topik yang sedang dibincangkan ialah MALU(hayya'). malu. shy. hayya'-hayya' kittun(malu-malu kucing)hihi

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.-yadim-

antara yang akak tu kongsikan ialah:-

  • insan yang paling pemalu ialah Rasulullah. Rasulullah lebih pemalu daripada seorang gadis! argh. segannya diri ni. Rasulullah seorang lelaki yang sangat macho,tampan,berakhlak dan sangat perfect. tetapi,sifat pemalu tetap tinggi pada diri baginda.
Hadis Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di dalam biliknya. Sesungguhnya jika baginda tidak suka kepada sesuatu (keadaan sedemikian) dapat aku lihat pada air mukanya.

  • malu pun bertempat. ada juga sifat malu dalam kategori 'malu yang tercela'. iaitu malu untuk menuntut ilmu,berubah ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan sebagainya.
  • disebabkan hilangnya sifat malu dalam diri masyarakat kini, bermacam gejala sosial berlaku. contohnya, buang bayi, maksiat,sumbang mahram,homoseks dll.
  • kita perlu berasa malu kepada Allah. dengan merasakan bahawa setiap tindak-tanduk kita sedang diperhatikan.biar manusia tak nampak, tetapi sedetik pun Allah tak pernah tinggalkan kita.sifat malu tu perlulah bersandarkan malu kepada Allah,bukan kepada manusia.

antara yang membuatkan hati ni sangat tersentuh dengan tazkirah td ialah, akak tu peringatkan kitorang tentang khutbah terakhir Rasulullah. ahh,,sedih sangat. "kalaulah Rasulullah bersama-sama kita pada hari ni, mesti baginda akan sedih tengok umat dia. Kalaulah Rasulullah bersama kita..."

last but not least,malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga...
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

 Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”


p/s: saya malu sebab Rasulullah lebih pemalu drp seorang gadis. saya pun nak jadi pemalu yang bertempat. dan saya dah tekad tentang sesuatu. yes, people can change in the blink of an eye. so do i. insyaAllah. . . :)





Baca sampai habes >>