salam alaik :)
tengah hari tadi solat zohor di surau cafe. selalunya kitorang prefer solat dekat hospital sebab tak ramai orang. tapi kena jalan sikit la. harini turun awal. rasa macam nak solat kat kolej aje. so, decide ngn k.watie untuk solat kat surau cafe kolej. masa kitorang masuk surau, dah ramai yg memenuhi saf. cepat-cepat ambil wuduk n pakai telekung. seorang akak kos occupational therapy(OT) tengah bagi tazkirah sementara tunggu masuknya waktu zohor. akak comey,alim,manis.(suka tengok muka suci dia-subhanallah)
topik yang sedang dibincangkan ialah MALU(hayya'). malu. shy. hayya'-hayya' kittun(malu-malu kucing)hihi
Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.-yadim-
antara yang akak tu kongsikan ialah:-
- insan yang paling pemalu ialah Rasulullah. Rasulullah lebih pemalu daripada seorang gadis! argh. segannya diri ni. Rasulullah seorang lelaki yang sangat macho,tampan,berakhlak dan sangat perfect. tetapi,sifat pemalu tetap tinggi pada diri baginda.
Hadis Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di dalam biliknya. Sesungguhnya jika baginda tidak suka kepada sesuatu (keadaan sedemikian) dapat aku lihat pada air mukanya.
- malu pun bertempat. ada juga sifat malu dalam kategori 'malu yang tercela'. iaitu malu untuk menuntut ilmu,berubah ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan sebagainya.
- disebabkan hilangnya sifat malu dalam diri masyarakat kini, bermacam gejala sosial berlaku. contohnya, buang bayi, maksiat,sumbang mahram,homoseks dll.
- kita perlu berasa malu kepada Allah. dengan merasakan bahawa setiap tindak-tanduk kita sedang diperhatikan.biar manusia tak nampak, tetapi sedetik pun Allah tak pernah tinggalkan kita.sifat malu tu perlulah bersandarkan malu kepada Allah,bukan kepada manusia.
antara yang membuatkan hati ni sangat tersentuh dengan tazkirah td ialah, akak tu peringatkan kitorang tentang khutbah terakhir Rasulullah. ahh,,sedih sangat. "kalaulah Rasulullah bersama-sama kita pada hari ni, mesti baginda akan sedih tengok umat dia. Kalaulah Rasulullah bersama kita..."
last but not least,malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga...
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”
p/s: saya malu sebab Rasulullah lebih pemalu drp seorang gadis. saya pun nak jadi pemalu yang bertempat. dan saya dah tekad tentang sesuatu. yes, people can change in the blink of an eye. so do i. insyaAllah. . . :)
0 Comments:
Post a Comment