Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Tuesday, October 9, 2012

along, jgn pergi long.........

salam alaik =)


harini kerja pagi lagi di wad medikal perempuan. baru tengok assignment dalam roster. kena jaga cubicle acute harini dan esok. kalau dalam wad, biasanya ade 5 cubicle. 

cubicle 1: sangat stabil
cubicle 2 : stabil
cubicle 3(sub-acute) : separa tenat
cubicle 4(acute) : tenat
cubicle 5 : penyakit berjangkit

yang itu kebiasaannya lah. tapi depends on ward protocol jugak. 
so harini bertugas dengan 2 orang staf nurse & sorang adik hijau (sem 2).
6 patients je harini. yang stress nya kalau kerja kat acute cubicle ni, patientnya semua CRIB.
CRIB? complete rest in bed. ini bermakna, semua prosedur kena buat atas katil.
pass urin, pass motion, mandi lap(sponging), dan smuanyalaaah.
sebab, kebanyakan patient walaupun boleh bangun, tp mereka bergantung pada oksigen.
incase tetiba sesak nafas kat tandas, nayaaaa!
atau, blood pressure(BP) high atau low sangat, boleh tumbang!
harini ada 2 katil kosong kat acute. so taklah busy mana.
cuma ada BP hourly. itupun, tekan je pada machine, dah boleh dapat reading.

cumaaaa........
harini ada sorang patient meninggal.
kira-kira jam 12 lebih...

sedihnyaaaa...... ='(

pagi masa ambil report kat acute, memang patient tu nampak restless.
nadi dia tachycardia. suhu tinggi. diagnosis dia ada banyak kot.
antaranya, nephrotic syndrome, TRO laptospyrosis.
muda lagi budaknya, umur 17tahun.

pukul 11 lebih, saya, staf nurse dengan sorang doktor pergi hantar dia pergi buat CT Brain.
naik stretcher, siap angkut tank oksigen, spO2 monitoring, drip dgn infusion pump noradrenaline if x silap.
kat dalam lif, patient tu memang makin laju pulak pernafasan dia. tapi spO2(concentration O2 dalam darah) reading normal. 95-100%. nadi memang laju lah. > 130/min 
saya pun bisik kat staf nurse. 

SN, seramlah, tengok dia bernafas. dengan mata-mata ternaik sekali. 

staf nurse cool je. maybe dah biasa tengok kondisi patient macam tu.
sampai dekat CT Scan department, kitorang pindahkan patient kat tempat yang nak buat CT Brain tu.
saya perasan, doktor HO tu macam cuak je. kejap-kejap tengok spO2 monitor.
bila tak dapat detect, cepat2 dia betulkan kedudukan jari patient pada sensor tu.
erk. saya pun tumpang cuak. 
lepas siap CT Brain, sy dengan HO tu tolak patient naik wad. staft nurse tunggu result.
on the way balik tu, terserempak dengan parents patient tu & relative dia.
terus relative dia nangis je. cium dia banyak kali.
saya dah terdetik macam-macam dalam hati.
tp tengok kt spO2 monitor tu, masih ok.

sampai kat ward, kitorang ramai2 tolong pindahkan patient dari stretcher ke katil.
tiba-tiba, mak patient tu datang sambil nangis. (macam yang dalam drama..tak tipu....)

"along, jangan pergi long...long..."

saya tengok patient tu still macam tadi. sy pun pergi buat kerja-kerja lain.
pergi wad depan pulangkan spO2 portable tu. balik dari wad depan,
tiba-tiba, nampak mak patient tu dah terkulai kat depan katil...
saya cepat2 ambil kerusi suruh suami dia angkat isteri dia..
last-last, suami dia pun hilang kudrat dek tengok isteri dia menangis...
ramai yang tertumpu pada diorang...

masih ada kerja yang belum selesai, saya pun pergi buat kerja lain...

tiba-tiba, terdengar bunyi spring katil...kuat jugaklah....
tengok2, doktor tengah buat CPR kat patient tadi tu...
mak patient tu dah terbaring atas katil depan anak dia..
ramai relative dia dah datang..
patient tengah bertarung dengan kematian....
emak dia tampak lemah tak bermaya kat atas katil..
menangis-nangis...
makcik katil sebelah pun tumpang menangis...
wad tu diselubungi kesedihan...
si anak bertarung dengan kematian, si ibu seolah-olah merasai sebahagian daripada kesakitan anaknya...
OH, hati si ibu... masih terbayang esak tangis si ibu....
sebahagian semangatnya telah pergi bersama-sama pemergian anaknya....
kira-kira jam 12 lebih, adik tu telah kembali menemui Ilahi....
AL FATIHAH....



************************************************
ada sorang makcik ni tanya,

makcik : berapa umur adik tu?
saya : 17 tahun
makcik : ouh muda lagi...tp nak buat macam mana, memang dah tertulis dia meninggal muda....
saya: senyum kelat...

moral of the story,

tak kisah la muda atau tua. bila seruan memanggil, tiada siapa yang dapat menangguhkan saat itu. 
note to myself =(
2ndly, kasih ibu kepada anak tiada tolok bandingnya... emak kita menyayangi kita sepenuh hatinya.
so, hargailah emak kita. jangan pernah sakiti hatinya.....

mak....dah la tengah homesick nie..... ='(
mak...moga Allah berikan kesihatan yang baik pada mak...
sayang mak sangat2.... rindu mak...... sobs...sobs..


sudahkah kita melakukan persiapan untuk kematian?







Baca sampai habes >>

merenung langit::

salam alaik :)


aku INSAN BIASA,
yang tidak lari daripada membuat DOSA.

terlalu banyak tipu daya dunia yang terlalu INDAH.

lantas terHIJAB mataku dek sinaran DUNIA yang penuh fantasi.

KESERONOKAN dunia ini terlalu melalaikan.

aku perlukan BEDUK supaya dapat MENGETUK diri ini.


aku INSAN BIASA,
aku SENYUM dan aku KETAWA.

aku sedih lalu aku MENANGIS.

bila ujian mendatang MENDUNG mula berarak dihatiku.

aku juga insan yang lalai.

cuai dalam tingkahku.

seringkali aku kecewa dan berkeluh kesah.

arhhhhh...banyaknya dosaku....

aku INSAN BIASA,
Ada masanya aku perlukan masa untuk SENDIRIAN.

BERSEORANGAN sambil merenung langit.

MEMIKIRKAN diri sendiri, hala tuju kehidupan.

Mengingati DOSA-DOSA lalu yang belum diampuni.

Mungkin masa ini BUKAN untuk MENCARI CINTA selainnya

Tetapi masanya untuk MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH :)


note to me, myself & I.~
oh betuk, ketuklah bila aku lalai.

syukran sahabat.
yang selalu mengetuk pintu hatiku...






Baca sampai habes >>

Saturday, October 6, 2012

mengidam::

salam alaikum =)

haiyak!alhamdulillah harini cuti. woot woot! syioknyaaaa. walaupun sehari, tp sgt bermakna. dah topup tido untuk next week. dan next 2 weeks. medikal perempuan kot. for sure sangat penat. yes, i'm ready. insyaAllah =)


erk. tajuk kat atas tu memang tak leh bla. mengidam la sangat.hehe pun boleh la. tengah2 takde duit ni mmg best lah duk berangan nak makan pe. berangan jela. mudah-mudahan ade org kesian nak belanja. x malu..


teringin nak makan....


-



ayam penyet! ist time makan ayam penyet kat klsentral dengan cah & k.saadiah bulan
pose dulu. pergh. memang terangkat laaaa! pedas gle sambal dia. dengan ayam goreng berempah n tempe yang sedaap =) alamak, lapa la pulak. hehe



sebenarnya ade lagi yg mengidam ni..tp xpe, simpan dalam ati jela dulu.
nak pergi mandi, k.watie ajak gi masak lunch kt bilik dia. kbai.


till then. hav a wonderful weekend.
salam alaykum =)


Baca sampai habes >>

Friday, October 5, 2012

dalam sejarah::

salam alaikum =)


dalam sem ni, macam-macam perkara terjadi. 
terutama perkara yang tak disangka-sangka akan menimpa diri sendiri.
sedih ada... gembira ada...
ada kala membuatkan hati resah gelisah....
tapi ayat Allah juga yang mampu mengubah rasa...
dari sedih dan bermuram durja, kepada pelangi indah yang mengundang ceria...
syukran yaRabb...

* * *

3 oktober 2012. buat kali pertama dalam hidup sebagai budak nursing yang praktikal di HTAR
, saya tertinggal bas!!!!!!!!!!!!!! padan muka! padan muka! huhu bukan sengaja ok....memang sangat sadis. dah la haritu x bawak duit lebih. kena lah tebalkan muka pinjam dengan membe. kebetulan membe2 yang kat wad x bawak duit lebih. terpaksa pulak pinjam dengan adik junior. lelaki pulak tu... memang la sangat segan. tp apa boleh buat, dalam keadaan terdesak... makanya, hari tersebut sy n k.ima naik KTM balik sg.buloh... mujur jugak dah tahu jalan. so, yakin jela naik KTM. moral of the story, jangan terlalu yakin pakcik bas akan datang lambat sokmo. kadang-kadang awal jugak. dan time waits for no man. so kenalah beware sokmo! dannn... kenalah bawak duit extra walaupun naik bas free of charge...hahaha gelakkan diri sendiri...sila gelakkan diri sendiri...huhu esok last day kat eye ward. best keje kat eye ward sebab dok dalam aircond.. even bosan kurang kerja....tp takpe, next week akan menjadi minggu yang mencabar di wad medikal perempuan..dah boleh imagine whats gonna...be prepared mentally n physically!
inilah bas yg telah meninggalkan sy~

Baca sampai habes >>

Tuesday, October 2, 2012

setiap hari adalah pengalaman::

salam alaik. =)

mengantuk!

sorry. mengantuk sangat. tp banyak kerja kena buat. baju pun belum basuh. need to rush. 

semalam research presentation telah berlangsung di auditorium kskb.
pembentangan dari kumpulan research kami telah disampaikan oleh atin & mimie.
hopefully can get good mark for the research subject.
the judges shot our heads with m16 yesterday. haha
as wut i'm expected. don't know why, but seriously i didn't put my heart on my research project.
no spirit.no determination. argh,  my bad. ='(

let bygone be bygone.

minggu ni masuk wad & klinik eye. dan klinik ENT(ear, nose, & troat).
may Allah ease our way. =)


merdeka-raya 2012 :)






Baca sampai habes >>